CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mia_Sara

Macam mana mia nak bantu bangunkan balik kontractor kecil yang sorang ni?

[Copy link]
 Author| Post time 9-7-2011 11:15 AM | Show all posts
Salam...kalau romeo and juliet tu refer pada mia and bf....nampaknya juliet sahaja yang tak patah semangat!

Ntahla mia dpat rasa mia akan drive bmw 5 series tak lama lagi :p

Siapa tau mia jugak apply lesen kontractor...huhuhuu ( a wild imagination tp xmustahil kan )

Now tag line baru

Aku redah aje...dan apa pun aku bersyukur!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2011 05:55 PM | Show all posts
Salam...kalau romeo and juliet tu refer pada mia and bf....nampaknya juliet sahaja yang tak patah se ...
Mia_Sara Post at 9-7-2011 11:15 AM


Lupakan dahulu kontraktor tu ......

mari aku perturunkan kamu beberapa ilmu.....


sungguh rugi jika seseorang yang pandai memasak seperti kamu cuma mendapat tak sampai RM100 sehari income


Dan ada beberapa teknik yang cuma kecil usahanya tapi besar impaknya .... (saja aku cakap berbelit-belit)....

Aku cakap macam ni aja lah .... kekadang kamu lihat Cina bukak kedai topup phone, topup RM10 cuma untung 15 sen. Nak bayar sewa kedai pun belum lepas .... jauh sekali nak jadi kaya raya dengan bisnes tersebut ..... Inilah yang ramai orang tak tahu cara Cina buat duit .... (ini aku bagi clue...)

Ada benda yang kamu tak nampak ...... sebab itu kamu belum kaya dan punyalah hazab nak buat duit ....

Sebab yang kamu nampak hanyalah yang semua orang nampak iaitu jual sebungkus RM1.20, target sehari 100 customer .....

Aku takkan tulis kat sini .... kalau aku good mood, aku PM kamu ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 10:46 AM | Show all posts
mia.

kalau kurang modal. cuba bekalkan servis. maksudnya. repair pc ke... cuci bangunan ke...tanam pokok ke.... benda yang tak perlu modal dulu. for a start ajak kawan2 tolong..atau ramai je pekerja asing yang boleh diupah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Do what other's wont today, so that you'll accomplish what others cant tommorow, The time is NOW "
Grow and plan your wealth with us. ( CIMB UT )
email : [email protected]
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 01:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_WonBin at 13-7-2011 02:08

Mia, kamu buat lah perkara yang betul. Maksud "YANG BETUL" ini aku takkan ajar, kamu kena faham sendiri. Aku bagi contoh: aku pernah rasa amat hina buat kerja tengah panas dan kotor, tapi dapat sikit aja bayaran. Bila kira balik, betapa hinanya aku, kerani pejabat lagi mulia drpd aku. Tapi bila dah berjaya, rasa bosan pulak sebab kerja aku hari2 melepak dan bila malam aku akan kira duit. Kekadang malas nak kira. 1 kedai = 1 akaun bank aku buka. Malam2 pekerja akan bank in duit. Kalau rajin aku akan periksa, kalau malas aku biarkan aja. Aku tak perlu kerja sebab aku dah ambik pekerja yang rajin dan amanah. Mereka datang sendiri ke kedai/office, mereka cari pelanggan, mereka order sendiri barang stock, pendek kata mereka run the business.Aku cuma rileks. Cuma monitor apa mereka buat. Kemudian aku bagi mereka motivasi dan saikologi kat mereka supaya mereka ada rasa takut.

Aku pernah jadi kontraktor dan aku gagal. Bukan rezeki aku kot? Aku memang jenis otak bijak sebab aku cabang perakaunan tapi aku boleh paham dan boleh integrate sistem RF dan telecommunication. Cuma aku tak reti buat PR. Tak reti nak layan pegawai sampai mabuk, tak reti nak langgan betina GRO bagi kat pegawai kerajaan. Itu sebab aku tak ke mana-mana. Dan aku bukan jenis boleh lepak dan borak sampai subuh kat mamak, aku bukan jenis layan meeting pemuda UMNO sampai jam 2 pagi.

So aku berubah bidang. Orang yang banyak mengajar aku ialah Farlin Elle. Aku belajar daripada seorang budak yang asal niaga pasar malam tepi jalan kemudian dapat pakai BMW dalam masa 12 bulan. Itu ilmu yang paling bagus pernah aku pelajari.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 02:06 AM | Show all posts
Stop bergantung rezeki kepada orang. Melutut harapkan dapat kontrak. Stop. Itu bukan jalannya.

When i tell you to retreat, than it is better for you to do so, b'coz i am a kind of old guy who have walked through lots of difficulties much more than you do ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 02:47 AM | Show all posts
Reply 65# cmf_WonBin


salute.......!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2011 10:02 PM | Show all posts
keja sbg kontractor kalu x bijak/berhati2 kena tipu dek supplier/kontractor utama/x dibayar payment/payment lambat/kena tipu/rasuah dikalangan pbt/duit lobi/poket org2 politik. dan ianya perniagaan yg memeningkan kepala bila x diurus dgn betul. biasa kontraktor kelas f akan  menempel/bekerja utk kontraktor kelas a dan b, dan menempel kilang yg membekal bahan spt perabot/tingkap/precast etc, juga membekal tenaga kerja utk buat kerja kontraktor kelas a dan b. kalu x boleh tukar bidang ajalah yg relax, pelbagaikan bisnes agar bisnes ada backup duit
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 11:14 AM | Show all posts
Mia, kamu buat lah perkara yang betul. Maksud "YANG BETUL" ini aku takkan ajar, kamu kena faham send ...
cmf_WonBin Post at 13-7-2011 01:58


pembetulan : saya bukan asal dari budak peniaga pasar malam yang tiada education. saya mempunyai pelajaran dan pernah bekerja di Malaysia airlines sebelum saya berhenti bekerja utk menapak dalam bidang perniagaan.
kereta mewah bukan pengukur kejayaan. bagi saya tiada jalan mudah untuk berjaya. bekerja siang malam dan memerah otak serta keringat. berniaga tidak mudah seperti yang diwartakan. saya banyak berjumpa dan berpartner dengan org hebat2 yang pernah byk kali jatuh bangun dalam berniaga. setakat bankrupt apa nak takut? manusia yang hanya angan2 kosong memang tidak akan berjaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2011 04:04 PM | Show all posts
ape kata ko jerit kn je bf ko tu tiap2 ari... org2 cmni kena motivate cara keras. provoke dia!!! cuba cr keja2 sub dgn kawan2 lama dia. itupun klu mmg kwn2 lama dia jenis kawan sama susah-senang. klu kwn2 lama dia jenis himpit time senang je mmg payah la. cuba jgn la nk harap jd main-con je. awk tu dah le lesen F je. run bisnes kelas F ni x sama mcm kelas A.

cuba ckp kat dia klu dah rasa down sgt smp xleh nk bangkit, pi amik cangkul, gali lubang... senang sikit nk tanam.

skrg ni belum kawin pun baru problem cmni dah down. klu esok2 dah jd laki ko dgn anak bederet.. larat ke ko nk ngadap??
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 05:02 PM | Show all posts
actually kan... kelas F lah yg paling senang nak survive...

beli tender - FREE

dpt kerja - tak byk BG

modal - bersepah CONTRACT FINANCING - Bank Rakyat, SME, MARA

pekerja - tak payah fikir tempat tinggal sbb kerja hari

rolling period - paling habis 6 bulan. dapat payment..

Yang susah SIKIT... yelah nak dapatkan kerja - tapi kenalah usaha, tak dpt kerja govt, pergilah kawasan2 perumahan - tak pun himpit sedara mara yg nak keluar duit epf ker, pencen awal ker... .. ni memang potential nak renovate rumah...

tapi tulah.. lain orang lain... mungkin senang kita tulis, tapi susah untuk diterima.

Mia, kelas F bf mia - daerah mana? kepala berapa? bidang apa? kekadang kat fb kontraktor tu byk info tentang kerja/lesen.

susah2 - suruh jer dia jual lesen tu - kurang2 market price RM60k - berebut kontraktor lain nak beli.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2011 10:26 PM | Show all posts
Reply 65# cmf_WonBin


Tak banyak tp sikit sy dah mula faham dan saya rasa saya dah mula ada thick face...mia redah satu kilang di bukit jelutung dan mia dpt supply makanan lunch set..dan tadi mia dah hantar utk 100 pax..and mia dapat 1500k..pd mia banyak...utk starting...as a boosting motivation and yes mia dah hire satu budak indon...blm permanent tp mia dah mula ada...
Mia doakan utk bf mia, tp mia rasa now mia akan buat and amek apa je peluang yg ada...maybe mia tak sebijak awak my dear senior...tp mia belajar so pleaseeee keep on posting to mee...appreciate sangat tau!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 12:58 AM | Show all posts
ape kata ko jerit kn je bf ko tu tiap2 ari... org2 cmni kena motivate cara keras. provoke dia!!! cub ...
ntahler Post at 14-7-2011 16:04
BF mia nie lembik....... kalu aku ada anak dara, calon laki camnie mmg aku terajang......
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 12:59 AM | Show all posts
Reply 71# Mia_Sara


usaha tangga kejayaan...... Allah tidak akan membantu org yg malas berusaha......
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 01:05 AM | Show all posts
hahahah.... Naik angin betul bila aku cakap 'budak pasar malam' ...... Sorry ekkk.... Jangan marah k. Mungkin bila dah kaya raya ni dah jadi malu nak dengar kisah lama.....

Mia, aku kesian kat kau. Aku bagi tips laaa.... Kau pi cari foodcourt yang ada kekosongan ..... Bawak dapur api high pressure (RM59), meja stainless steel 5 kaki 3 tingkat (RM800) dan kotak stainless stell untuk gantung ayam dan sayur).....kau dah dapat buat duit RM500 sehari paling busuk .... Kerusi meja foodcourt dah siap.......Hahahahaha...... Aku boleh tulis buku pasal 'jutawan foodcourt' ...... Foodcourt amat stabil & mudah control, tak macam pasar malam. Tokey foodcourt boleh buka & tinggal kat pekerja sampai 5 bijik kedai .... RM1500 x 5 kedai x 30 hari ....... Hahahahaha ......kau kira sendiri laaaa...... ...... RM1500 tu jika customer tak ramai ...... Itu pun dah dapat banyak sangat duit sampai duit kertas RM1 dan RM5 yang mesin cash deposit tak terima tu boleh buat lap hingus aja ganti toilet tissue ...........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 01:21 AM | Show all posts
BF mia nie lembik....... kalu aku ada anak dara, calon laki camnie mmg aku terajang......
Acong Post at 15-7-2011 00:58



bukan terajang jer...
kasi kurung dlm jamban 2hari 4 malam...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 03:22 AM | Show all posts
hahahah.... Naik angin betul bila aku cakap 'budak pasar malam' ...... Sorry ekkk.... Jangan marah k ...
cmf_WonBin Post at 15-7-2011 01:05
ada kira2 tak? brape sewa lak food court tu tauke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2011 03:23 AM | Show all posts
bukan terajang jer...
kasi kurung dlm jamban 2hari 4 malam...
system_failure Post at 15-7-2011 01:21
jamban kat kedai mamak? kalu jamban umah sendiri, tido situ pung tak pe......
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 09:45 AM | Show all posts
aku ambil foodcourt yg 'sewa murah giler' tapi harga jualan standard KL ............ Aku pon tak tau kenapa aku amat bernasib baik dapat tempat yang amat stragegik pada harga murah, lebih sikit aja daripada harga korang sewa kiosk kat KL, malahan ada yang sewa cuma RM45 sehari, gaji budak RM20 x 2 orang, jika kos barang RM100, jual dapat RM300 at least.

Tapi awaslah jangan beli tapak daripada orang lain pada harga RM10 ribu, alasan takda masa nak jaga, alasan itu, alasan ini. Itu tipu ajaaaaa..... Sebab tak laku laaa mereka jual sebab nak cover modal.tapak daripada orang lain pada harga RM10 ribu, alasan takda masa nak jaga, alasan itu, alasan ini. Itu tipu ajaaaaa..... Sebab tak laku laaa mereka jual sebab nak cover modal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 09:54 AM | Show all posts
dan first time aku bukak 'branch' kat suatu tempat ni, aku jumpa jiran lot sebelah aku. Awek muda lagi..... Tengok handbag Marc Jacob.... Tengok keychain kereta logo Mercedes ..... Confirm laaa bukan handbag Marc Jacob pasar malam .... Lepas tu aku pon tanya laaa makcik sebelah, siapa awek ni? "oh dia ni laaa tokey...... Dia ada 10 foodcourt kat 3 negeri, ada 2 budget hotel, dan buat jugak perunding perkahwinan termasuk catering, supply khemah, semua laaa.... muda lagi baru 25 tahun, kamu tak nampak kaaa Mercedes CLS kat luar tu, dia punya laaa.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 10:40 AM | Show all posts
Dan dia punya target untuk budget hotel tuh total RM400 ribu sebulan for both hotel during bulan puasa ini ....... Dia punya strategi: fully booked untuk function dan buffet berbuka puasa. Lupa cakap kat bawak budget hotel ada juga restoran. Gunakan tukang masak dan pekerja foodcourt untuk kerja masak buffet hotel. Oleh kerana cable baikkk punya dengan Menteri Besar, ketua polis negeri dan majlis perbandaran, dia akan pasang canopy depan budget hotel untuk buffet berbuka puasa ..... Huhuhuh

aku dah kira total sales yang budak ni akan dapat ialah RM500 ribu untuk sepanjang bulan puasa ...... Hahahahaha.... Cash tuhh.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.081552 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list