CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Bantuan RM500: Rayuan permohonan BR1M dilanjut akhir bulan ini

  [Copy link]
 Author| Post time 8-12-2011 09:05 PM | Show all posts
Ketua keluarga layak terima RM500

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

"Ini merangkumi individu berkahwin; ibu atau bapa tunggal mempunyai tanggungan; bujang mempunyai tanggungan; dan warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setiap anak berkahwin berpendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah tetapi tinggal serumah dengan ibu bapa, dikira sebagai satu isi rumah berlainan.

"Pendapatan kasar isi rumah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang," katanya dan menekankan 'hanya ketua isi rumah layak untuk memohon'.

Kementerian Kewangan telah membuka Bilik Gerakan untuk operasi Talian Hotline BR1M 1-800-222-500 bermula hari ini bagi memudahkan orang ramai mendapat penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan BR1M.

Talian Hotline ini beroperasi setiap hari bekerja, mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Kementerian itu juga mengingatkan bahawa pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Disember ini hingga 10 Januari 2012. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2011 09:06 PM | Show all posts
1.3 juta rakyat Kelantan layak terima bantuan RM500

PENGKALAN CHEPA 7 Dis. - Kira-kira 1.3 juta rakyat negeri ini layak menerima bantuan sebanyak RM500 menerusi program Bantuan Rakyat 1Malaysia yang disalurkan Kerajaan Pusat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bantuan tersebut akan diagihkan pada pertengahan Januari ini manakala tempoh pendaftaran akan bermula pada 10 Disember hingga 15 Januari depan.

"Bantuan ini akan diagih-agihkan kepada setiap rakyat yang layak dengan pendapatan bulanannya di bawah RM3,000 seisi keluarga.

"Rakyat boleh membuat pendaftaran sebaik sahaja tempoh itu bermula, kemudian dapatkan pengesahan daripada pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung dan Penduduk (JKKP)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Penerangan Bantuan Khas Kerajaan Persekutuan, di sini hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan telah banyak berkompromi dalam melaksanakan program tersebut demi kesejahteraan rakyat tanpa membezakan ideologi parti.

"Ini bukan instrumen UMNO, ini program Kerajaan Pusat untuk membantu rakyat Malaysia. Sebab itu mereka perlu daftar bagi menentukan kelayakan dan mereka yang layak secara automatik berhak menerima bantuan itu.

"Kalau kita tengok 1.3 juta anggaran rakyat negeri ini layak menerima bantuan tersebut, iaitu kira-kira 85 peratus, maka dari segi fizikal jika itu program UMNO maknanya kita (UMNO) sudah menang di sini," katanya.

Beliau berkata, bantuan membabitkan peruntukan sebanyak RM2.6 juta untuk seluruh rakyat Malaysia ini merupakan satu program terbesar Kerajaan Pusat dalam membantu rakyat.

Pada pembentangan Bajet 2012, kerajaan mengumumkan untuk memberi bantuan tersebut sebagai tanda prihatin dalam meringankan kos sara hidup rakyat di negara ini yang semakin meningkat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 09:15 PM | Show all posts
Ketua kampung diarah buka pejabat edar borang BR1M Sabtu ini

IPOH 7 Dis. - Semua ketua kampung di negeri ini diarah membuka pejabat pada Sabtu ini bagi mengedarkan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sekiranya ada ketua kampung yang gagal berbuat demikian, orang ramai boleh melaporkan perkara tersebut kepada kerajaan negeri atau pejabat daerah.

''Saya juga ingin memberi amaran kepada mana-mana pihak jangan jual borang tersebut untuk mengaut keuntungan kerana ia diedarkan secara percuma.

''Jika ada pihak meminta bayaran RM5 atau RM10 untuk setiap borang, orang ramai boleh melaporkan perkara itu kepada ketua kampung, penghulu atau pejabat daerah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Zambry berkata, selain di pejabat ketua kampung, orang ramai juga boleh mendapatkan borang tersebut di semua Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Barisan Nasional (BN), pejabat penghulu dan kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh negeri.

''Borang itu juga boleh difotostat atau dimuat turun dari laman sesawang LHDN www.hasil.gov.my. Pendaftaran permohonan bantuan tunai itu akan dijalankan selama sebulan sehingga 9 Januari tahun depan," katanya.

Beliau memberitahu, pembayaran bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai 16 Januari tahun depan dan tarikh serta lokasi majlis penyerahan baucer tunai akan ditentukan oleh pejabat-pejabat daerah dan tanah.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar meminta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mempercepatkan pembinaan dua susur keluar di Lebuh Raya Utara Selatan di jajaran negeri ini seperti yang dipersetujui semasa pembinaan lebuh raya tersebut lebih 20 tahun lalu.

''Susur keluar yang pertama ialah di Alor Pongsu dan saya difahamkan kerja-kerja awal telah dimulakan. Satu lagi di Taiping tetapi memandangkan sudah ada dua susur keluar di kawasan tersebut, kita minta ubah ke Gua Tempurung atau Kampar supaya kawasan tersebut dapat membangun," katanya.

Kata Zambry, beliau difahamkan kelewatan tersebut disebabkan tiada peruntukan atau peruntukan yang ada telah digunakan untuk tempat lain.

Namun, tegas beliau, apa pun alasannya, LLM perlu menunaikan apa yang telah dijanjikan dengan kerajaan negeri sebelum ini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 09:17 PM | Show all posts
sabtu ni nk pi amik form..hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2011 06:30 PM | Show all posts

SEBAHAGIAN daripada 250 pemandu dari kawasan Parlimen Lembah Pantai berebut-rebut menyerahkan borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bakal mendapat wang tunai RM500, bagi pendapatan isi rumah bawah RM3,000 kepada pembantu tadbir Pusat Khidmat Masyarakat Lembah Pantai, Sri Pahang Bangsar, hari ini. - Foto
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 07:01 PM | Show all posts
Kat kampung ambik kat JKKP/ADUN. which is semua adun/JKKP. kenal orang2 ni ..kalau bukan penyokong kerajaan, mampu ke orang kampung(bukan penyokong kerajaan) yang di bawah pendapatan kasar 3k nak mengadap ambil tandatangan dan ambil baucer dan cash kat BSN (difahamkan tidak dibank in tapi diageh oleh ADUN/JKKP..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-12-2011 07:27 PM | Show all posts
ape cerita plak skang ni..
pejabat adun ngan pejabat UMNO boleh dpt borang dulu plak ni..
dia org ni buat duit kerajaan mcm duit UMNO ke..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 07:38 PM | Show all posts
baguslaaaa....adun edarkn borang...xdelaaa ramai berpusu2 n gi serang
lhdn...rakyat pon pandai..amik 1 copy pastu gi postostat...pas je kt kenkawab...xyah nk gi layan kat lhdn..cuma perlukn payslip gaji...yg keje sendiri..x mintak pun suat sumpah..tp kene ingatlaa...bila ic ko dh masuk lhdn..xleh nk sorok laghilaaa....sbb borang tu sume ada detail pasal keluarga..mana yg layak tu..amik je laaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2011 08:43 PM | Show all posts
yang menjadi kemyuskilannyer kenapa pejabat wakil rakyat ngan JKKP plak boleh dpt borang dulu.. bukan ke kerajaan dah keluarkan kenyataan yang borang akan keluar pada 10/12/2011 kat pejabat LHDN seluruh negara.. lps tu plak dah ada org yang dah siap isi dah serahkan kat pejabat wakil rakyat.. ape cerita semua ni??
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 08:53 PM | Show all posts
anto awal pn x semestinya dia dapt
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 08:54 PM | Show all posts
xyah laa nk pk negatif...pada yg dpt tu bersyukur la yee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2011 08:59 PM | Show all posts
bukan nak fikir negatif, tapi kalau kerajaan dah keluarkan kenyataan bahawa borang keluar pada 10/12/2012 kenapa ada tempat2 tertentu boleh dapat lagi awal plak.. mcm ada sesuatu yang tak betul plak.. harap2 yang betul2 layak je lah dapat bantuan rm500 ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2011 09:34 PM | Show all posts
Pendapatan kasar isi rumah untuk mohon BR1M diperjelas

09/12/2011
9:22pm


KUALA LUMPUR 9 Dis. – Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan pendapatan kasar isi rumah bagi permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang dan bekerja yang tinggal serumah.

Kementerian itu sebelum ini turut menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon pemberian BR1M RM500 merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

Bagi membuat permohonan, katanya, ketua isi rumah perlu membawa borang permohonan BR1M, salinan kad pengenalan pemohon dan slip gaji terkini (jika berkenaan).

Bagi tanggungan, mereka perlu menyertakan salinan kad pengenalan sama ada suami, isteri dan anak, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kesemua dokumen di atas, perlu dikepilkan bersama borang permohonan bagi mempercepatkan proses dan mengelakkan sebarang kesulitan, katanya.

Borang permohonan BR1M boleh didapati secara percuma di semua Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, agensi-agensi Kerajaan serta Lobi Utama Kementerian Kewangan, Putrajaya dan sekolah-sekolah terpilih mulai esok bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh layari www.treasury.gov.my atau hubungi talian 1-800-222-500 (Hari bekerja jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang). – Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 12:22 PM | Show all posts
td dh pi ldhn...ramai tol org amik form...aku dh mik td
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 12:23 PM | Show all posts
td dh pi ldhn...ramai tol org amik form...aku dh mik td
reenz013 Post at 10-12-2011 12:22

cepatnya gi ambikkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 12:26 PM | Show all posts
Reply 75# Risma

duitttt tu..lgpun lau ikut kriteria yg diberi..layak..hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2011 12:27 PM | Show all posts
berduyun-duyun org dtg ambik borang..
elok jugek sbb selama ni, tak pernah pun nak dtg LHDN sbb ta ...
zehra2 Post at 28-11-2011 17:22



    itulahnya.....senang sgt kan...umpan 500 jer ......secara automatik no IC ada dlm genggaman LHDN....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 12:28 PM | Show all posts
Reply  Risma

duitttt tu..lgpun lau ikut kriteria yg diberi..layak..hahahaha
reenz013 Post at 10-12-2011 12:26

kat area rumah ris dia orang gi ambik kat sekolah.......... ada satu sekolah menengah tuh bukak kaunter bantuan duit nih.... ramai dah tadi makcik2 kat sini gi ambik.........hu hu
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 12:30 PM | Show all posts
6 bulan baru dapat...maknanya kena pangkah dacing dulu lah kan kalu nak merasa 500 hengget tu? terpedaya lagi rakyat 1malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 12:31 PM | Show all posts
bagus la mcm tu....tp bantuan rm500 ni bkn dpt tiap2 bulan..........setaun skali itupun nt ...
iza.moha Post at 2-12-2011 09:37



    motip sgt kan org nak kasi bulan2 500
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.588313 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list