CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Segalanya Mengenai Sejarah Tamil

[Copy link]
 Author| Post time 15-1-2012 02:42 PM | Show all posts
Jom belajar sistem pentadbiran negara Tamil Cholan

Wilayah2 Negara Tamil Cholan

Dalam tradisi lama Tamil Chola Nadu (negara), bahagian wilayah negara itu yang betul2 mengandungi rantau yang zaman moden ini dikenali sebagai daerah2:

1. Tiruchirapalli
2. Tiravarur
3. Nagapatnam
4. Ariyalur  
5. Puthukottai
6. Pichavaram Taluk
7. Tanjavur (Tanjore) dalam Tamil Nadu
8. Karaikal

Kawasan Muka Bumi Negara Tamil Cholan

Sungai Kaveri dan negeri2 ufti menguasai kawasan negara ini ada bukit bukau menghala ke lautan yang tidak terputus dari lembah2 dan pergunungan utama. Sungai Kaveri dikenali sebagai Sungai Emas disebut dalam bahasa Tamil sebagai Ponni. Tempat ni memberikan keistimewaan dalam kebudayaan orang Tamil negara Chola. Banjir tahunan melimpah dari Sungai Kaveri menandakan permulaan perayaan Athiperukku. Seluruh negara Tamil Cholan akan merayakannya.

Kaveripoompattinam di pantai dekat dengan delta Kaveri menjadi kota pelabuhan utama. Orang Tamil atau Dravidia memang tak boleh terpisah dengan sungai. Rasanya upacara keagamaan mereka pun banyak menggunakan air bersih dan rempah2. Ptolemy pun ada mencatat kota ini selain dari Nagapattinam sebagai kota2 dan pusat utama kerajaan Cholan. Dua kota ini menjadi pusat perdagangan dan menarik perhatian pendakwah2 perlbagai agama termasuklah pendakwah agama Buddha. Kapal2 orang Romawi pun singgah ke kota2 pelabuhan Tamil Cholan ini. Ada juga penemuan matawang Romawi bertarikh awal abad masihi ditemui dekat2 kawasan delta Kaveri melalui cari gali sejarah.

Kota2 Negara Tamil Cholan

Kota2 negara Tamil Cholan yang lain seperti:

1. Thanjavur
2. Uraiyur
3. Kudanthai (Kombakonam)

Selepas ibukota negara Tamil Cholan dipindahkan oleh maharaja Rajendra Chola ke Gangaikonda Cholapuram, kota Thanjavur mula hilang kepentingannya. Raja2 Cholan yang kemudian pun memindahkan ibu kota banyak kali juga. Antaranya mereka membuat kota2 baru di:

1. Shitambaram
2. Mathurai
3. Kanchipuram

Kota2 ni menjadi ibu kota rantau atau negeri2 dalam negara Tamil Cholan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2012 03:09 PM | Show all posts
Bentuk Kerajaan Negara Tamil Cholan

Seluruh kawasan India Selatan dibawa masuk ke pemerintahan berpusat pada zaman Cholan jika ada usaha untuk menyelesaikan masalah2 pentadbiran awam. Sistem kerajaan bersifat kerajaan beraja seperti semasa zaman Sangam. Kurang pula persamaan antara pemerintahan negeri2 dalam negara Tamil Cholan begitu juga dengan sistem istana dengan negeri2 dalam masa Rajaraja Cholan dan penggantinya semasa abad ke-10 M.

Negara Cholan berubah menjadi sebuah empayar yang menakluki seluruh Semenanjung India Selatan dan melebar ke Barat dan Timur pantai Selatan India. Kemudian disempadani oleh kawasan utara dengan sungai Tungabhadra dan sempadan negeri Vengi. Negeri Vengi sebenarnya mempunyai sistem pemerintahan yang lain dari negara Cholan tapi berkaitan rapat dengan empayar Cholan. Jadi kalau dikira penguasaan empayarnya, negara Cholan sebenarnya melebar sampai ke tebing sungai Godavari. Tengok dalam peta... Peta tak keluar aku tak tahu nak buat macam mana lagi



i love Cari/wikipedia/commons/thumb/1/16/Godavari_River.png/250px-Godavari_River.png


Thanjavur dan kemudian Gangaikonda Cholapuram mejadi ibukota istana (ala2 kerajaan persekutuan). Kanchipuram dan Mathurai menjadi ibukota wilayah yang mana ada istana2 singgah di situ.

Kuasa Raja

Raja menjadi mahakesatria dan juga diktator yang boleh beri pertimbangan. Peranan pentadbiran raja adalah mengeluarkan perintah lisan kepada pegawai2 istana dan pegawai2 akan menjalankan perintah mewakili raja. Ada birokrasi berkuasa yang membantu raja dalam tugasan pentadbiran dan melaksanakan perintah2 istana. Kurangnya badan perundangan atau sistem perundangan kalau menurut pengajian politik moden, keadilan perintah raja akan bergantung kepada niat baik seseorang yang melaksanakan perintah serta kepercayaan Dharmma atau tanggungjawab bagi melaksanakan perintah dengan adil dan saksama.

Raja Chola membina koil2 dan menghantar harta2 kepada kuil2 sebagai tanda beriman kepada dewa2. Koil2 bukan sahaja tempat beribadat tapi juga tempat kegiatan ekonomi bagi manfaat penduduk sekeliling.

Kerajaan Tempatan

Setiap kampung mempunyai unit pentadbiran sendiri. Serumupun kampung akan membentuk satu entiti dipanggil sebagai Kurram, Nadu, atau Gottram menurut kawasan mereka. Serumpun Gottram membentuk Valanadu. Susunan pentadbiran ini akan melalui perubahan selalu mengikut zaman2 yang dilalui oleh kerajaan Cholan.

Keadilan dalam empayar Chola akan dijalankan secara tempatan. Kalau ada masalah di kampung, ia diselesaikan pada tahap kampung. Hukuman untuk perbuatan jenayah kecil dalam bentuk denda atau arahan supaya penjenayah menderma kepada badan kebajikan dan kuil. Perbuatan2 jenayah yang berat sedikit seperti membunuh akan dikenakan hukuman denda. Jenayah terhadap negara seperti pengkhianatan akan diadili dan dihukum oleh raja sendiri. Hukuman yang biasa dijatuhkan adalah pancung atau rampas harta benda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2012 03:19 PM | Show all posts
Perdagangan Negara Cholan

Mereka maju dalam perdagangan asing dan juga kegiatan kelautan. Mereka melebarkan pengaruh sampai ke China dan Asia Tenggara. Hujung abad ke-9, kawasan India Selatan telah pun maju dalam kelautan jauh dan juga kegiatan perniagaan. Orang Tamil Chola sudah melebar sampai ke pantai barat dan timur semenanjung benua India jadi mereka menjadi peneraju bidang ini. Mereka berhubung dengan dinasti Tang di China, dan empayar Srivijaya yang mengawal kepulauan Asia Tenggara bawah perintah mamak Sailendra, dan khalifah Abbasiah untuk berdagang.  

Laporan istana dinasti Song melaporkan ada duta dari Chulian (Chola) dihantar ke istana di China tahun 1077. Raja negara itu disebut dalam bahasa Cina, Tihua Kialo kemungkinan merujuk Deva Kulothungga I. Duta2 ini membawa perutusan dagangan ke istana dinasti Song dan membawa balik bersama mereka 81,800 ikat duit pitis tembaga sebagai tukaran serta hadiah2 kepada maharaja China termasuk gelas kaca dan rempah ratus.

Batu bersurat Tamil ditemui di pulau Sumatera mencatatkan nama pedagang Tamil Chola dikenali sebagai Nanadesham Tisaiyayirattu Ainnutruvar bermaksud 500 dari empat negara dan seribu arah. Batu bersurat bertarikh 1088, menunjukkan kegiatan pedagang2 Tamil Chola di luar negara.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 03:20 PM | Show all posts


selamat hari pongal

from lombu akak shahrijat

* posted from condo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2012 04:47 PM | Show all posts
Kemasyarakatan Tamil Cholan

Kurang maklumat tentang jumlah dan kepadatan penduduk semasa zaman Chola di negara orang Tamil. Kestabilan menjadi tunggak kepada hidup rakyat yang aman dan giat dalam kegiatan harian. Ada satu sahaj rekod kekacauan awam dalam negara Cholan sendiri. Ada juga laporan2 mengenai kelaparan secara meluas yang disebabkan oleh bencana alam.

Batu2 bersurat di merata2 negara menunjukkan bahawa masyarakat Tamil merupakan masyarakat yang mempunyai kadar celik huruf yang tinggi serta berpendidikan. Ada sekolah2 yang dianjurkan oleh badan2 kemasyarakatan kampung yang mengajar anak2 orang Tamil Cholan membaca dan menulis walaupun tiada rekod pendidikan rasmi.

Pendidikan kemahiran adalah warisan keluarga. Bapak akan mewariskan pekerjaan kepada anakny2. Kalau bapa tukang gunting rambut, anak pun tukang gunting rambut sebagai contohnya. Bahasa Tamil merupakan bahasa utama untuk menyampaikan pelajaran. Bukan bahasa Sanskrit. Pusat2 keagamaan macam matha dan gatika menjadi pusat pembelajaran dan menerima sokongan negara.  

Sumbangan Tamil Cholan dalam Kebudayaan

Negara orang Tamil menerima pembaharuan dalam bidang keagamaan, sastera dan kesenian semasa pemerintahan dinasti Cholan. Sebenarnya kebudayaan Tamil sudah lama bermula dan berkembang lebih2 lagi pada zaman dinasti Pallava. Ada banyak artifak sejarah zaman Chola seperti kuil2, batu2 dan tembaga ukiran serta lain2.

Penaklukan tentera laut Chola ke atas Kadaram (Kedah) dan empayar Srivijaya pada abad ke-10 membawa kepada hubungan dagangan mereka dengan empayar China. Ia juga menyebabkan budaya tempatan dalam lingkungan empayar Srivijaya dipengaruhi oleh budaya Tamil zaman Cholan. Ada juga pengaruh2 Tamil Chola yang lain dalam senibina di seluruh Asia Tenggara.

Kesenian

Tradisi senibina Chola adalah kesinambungan senibina koil2 dinasti Pallava. Banyak koil2 dibina untuk dewa Siva di tebing2 sungai Kaveri. Pada zaman Pallava koil tidak lah sebanyak koil pada zaman kegemilangan Chola pada abad ke-10 M. Kuil2 diperbaharui semasa zaman Rajaraja Cholan dan Rajendra Cholan I. Mengenai koil2 boleh lah merujuk ke senarai Yatra Koil Cholan.

Zaman Chola, dewa Siva digambarkan sebagai jelmaan Vishnu dan juga dewi Lakshmi serta wali2 keramat agama Hindu aliran dewa Siva. Dari abad ke-11 sampai ke-12 M kesenian seni bina Tamil Cholan berkembang. Ia dicerminkan oleh ukiran gaya Nataraja Siva.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 10:38 PM | Show all posts
Reply 59# nobito


  jadi pedagang konon...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2012 03:51 AM | Show all posts
Soalan aku tu hanya untuk GENOT...Ko jangan nak sama lorat menyibuk2 kat benang ni...TQ GENOT...Info ...
larikesurga Post at 15-1-2012 13:21

Ko tak tau guna fungsi 'reply' & 'quote' ka ?

Ini forum la bongok. Sesiapa pun boleh nyampuk. Kalo tak suka lu guna PM saja atau sembunyi dalam blog sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 03:54 AM | Show all posts
Perempuan Bugis jadi hamba??? Bugis jadik pedagang dekat Melaka ada la...n Bugis akan baya ...
nobito Post at 15-1-2012 11:05
Bugis yang berdagang memang ada. Tapi bugis yang didagangkan pun ada gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2012 10:34 AM | Show all posts
Bugis yang berdagang memang ada. Tapi bugis yang didagangkan pun ada gak
BotakChinPeng Post at 16-1-2012 03:54



    Apa buktinya? Melayu n Jawa didagangkan oleh Bugis memang biasa la dengar...kalau belah pantai timur tu dibawa ke Sulu...macam keluarga kitorang dulu2 mmg ada amik Melayu Perak jadikkan hamba
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 11:27 AM | Show all posts








Depiction of the siege of Kedah, the battle between Beemasenan's Chola naval infantry and the defenders of Kedah fort.




The model of a Chola Era Ship's hull, built by the ASI, based on a wreck 19 miles off the coast of Poombuhar, displayed in a Museum in Tirunelveli




A Chinese Flame thrower of the 9th Century CE, Designs like this were incorporated into the Chola Navy



Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 09:14 PM | Show all posts
Reply 70# HangPC2

Melayu kedah mata sepet ? Hahahaha. Melayu tak bina kubu la. Mereka hantar kaum wanita & kanak-kanak masuk hutan dulu sebelum bertempur di kawasan terbuka. Geli hati aku tengok tentera bercawat chola digambarkan sebagai berseluar & berkulit cerah.

Kalau tak boleh kalahkan melayu di medan perang..... boleh menang dalam lukisan pun jaadilah
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 09:15 PM | Show all posts
Reply 69# nobito

Sorry la. Di semenanjung & singapura ketika itu hamba yang didagangkan ialah kaum indon macam bugis, jawa, bali, buton, minang & sebagainya. Kalau tak caya rujuk Hikayat Abdullah. Wanita korang dibeli oleh melayu, cina & chitty untuk dijadikan hamba seks atau isteri.

Lanun yang tawan beberapa orang nelayan di laut kelantan itu bukan bugis la. Mereka kaum balangingi.
Di siam serta wilayah bugis, jawa, madura & indon lain mereka berani mendarat untuk menjarah. Tapi di pantai timur tanah melayu mereka hanya berani menyerang bot nelayan di laut saja.

Satu lagi golongan lanun dari mindanao yang bersarang di sumatera pula sering menjarah selangor. (Wilayah bugis). Mereka juga tak berani menyerang wilayah melayu macam johor, kedah, perak yang berhampiran selangor.

Oleh kerana engko bugis maka keluarga engko la yang jadi hamba melayu perak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 01:06 PM | Show all posts
Reply 67# BotakChinPeng


    kalau kat dalam kelas, bila cikgu tanya soalan kat ahmad...si muthu jangan sebok2 nak kasi jawapan...aku tanya kat genot, ko jgn sebok2 nak jawap....dah ler asek nak kondem orang jer..bingai...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 04:05 PM | Show all posts
Reply  BotakChinPeng


    kalau kat dalam kelas, bila cikgu tanya soalan kat ahmad...si muthu j ...
larikesurga Post at 17-1-2012 13:06


Ingat ini kelas kat sekolah ka ?
Dalam forum sesiapa saja boleh mencelah. Kalo tak suka ko hantar mesej peribadi saja kat genot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2012 02:56 PM | Show all posts
Pemandangan di Penang dan komuniti India nya

Tamil Muslim atau singkatannya Mamak Penang, didapati bahawa mereka agak 'over' sedikit jika dibandingkan dengan orang Melayu yang sebenar. Mamak dan Melayu adalah entiti berbeza. Aku tak paham kenapa Mamak dikelaskan jadi Melayu padahal MIC ada untuk mewakili kepentingan seluruh masyarakat India dan Hindu. Agama Islam memang lah sama tapi mazhab orang Melayu mazhab Shafi'ie, Mamak2 Tamil Muslim ni kebanyakan bermazhab Hanafi kecuali Mamak Kerala sahaja yang sama mazhab dengan orang Melayu. Selain itu rupa mereka adalah rupa Hindu/India bukan rupa orang Melayu. Walau bagaimanapun, 1 Malaysia kita menyokong penuh PM kita... Aangaludaiyya prathamant vazhgaiii, ammak!!!



Ada jugak filem2 Malaysia yang diarahkan oleh golongan Tamil Muslim memaparkan kisah kehidupan orang Tamil Muslim, Peranakan Tamil atau Mamak di Pulau Pinang. Yang terkenalnya Mami Jarum entah berapa banyak sekuel pun aku tak ingat dah lupa. Ada ditayangkan waktu raya2 juga. Dan juga yang ditayangkan di Astro secara telefilem seperti Anak Mamak Menantu Mami. Tajuk macam tu kot. Antara pelakonnya dikenali sebagai Wan Raja, Mamak Azad Jasmin, Faezah Elai apa tah. Ada saja Wan Raja pernah melepak di kedai Mamak Khaleel di Bukit Gambir




Yang ni boleh dikatakan 92% loghat Keling Penang betul sebab Penang bukan cakap macam bahasa Kedah. Yang Mami Jarum pelakonnya ada orang Kedah dan ada juga orang Perlis. Jadi nampak macam tak kena pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 03:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 18-1-2012 15:23
Satu lagi golongan lanun dari mindanao yang bersarang di sumatera pula sering menjarah selangor. (Wilayah bugis). Mereka juga tak berani menyerang wilayah melayu macam johor, kedah, perak yang berhampiran selangor.
BotakChinPeng Post at 16-1-2012 21:15



    Akhirnya ada gak Melayu keturunan hambe abdi yg menyedari n mengaku kedaulatan Tanah Bugis di sekitar Tanah Melayu....selama hari ni Raja-Raja Melayu saja yang mengakui kedaulatan Negeri Selangor Ad-Daulatul Bugisiyah

Terima Kasih...keturunan2 Hamba Raje2 Melayu...ikut jugak korang dengan perintah Sultan Melayu masing2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2012 04:05 PM | Show all posts
Reply 75# genot

Mami ialah melayu yang ada campuran darah mamak.

Mamak pula ialah muslim selatan india yang tak ada darah melayu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2012 04:07 PM | Show all posts
Mami bukan merujuk kat perempuan tua kah?
Kalau yang muda, chombee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2012 04:28 PM | Show all posts
Jenis2 Keturunan India Muslim Penang, tak pasti pulak peranakan atau bukan. Dengan aku jenis2 muka keling tu kira Hindu sekali harung sahaja tak mengira berbahasa apa pun, 1 Hindu

India Selatan

1. Majoriti Tamil
2. Kerala/Malayalam

India Utara

3. Benggali (Bangla)
4. Jenis2 Pakistan macam kak Ijat  


Biasa mereka ni dwibahasa boleh bahasa ibunda dan bahasa Melayu style Penang bunyi tekanan macam bahasa Hindu (Tamil). Point ini membezakan bahasa Kedah, bahasa Perlis dengan bahasa Penang selain satu lagi point, perbendaharaan kata berbeza. Kalau dalam bas RapidPenang anda boleh menemui makcik2 pakai tudung rupa muka Hindu, nanti dia bersembang dengan sesamanya dalam bahasa Tamil lepas tu nanti dia pusing sebelah cakap bahasa Melayu Penang. Atau boleh jumpa puak2 Tabligh berbahasa Tamil. Dalam masjid Benggali di Georgetown belakang off Jalan Mcalister area hotel2 murah bajet tu malam2 Khamis kalau beruntung dapat lah dengar ceramah agama dalam bahasa Tamil dengan penterjemahnya orang Tamil Muslim Penang yang juga berbahasa Melayu Penang. Rasanya bagaikan di koil

Acchee Penang

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 04:39 PM | Show all posts
ha betoi mamak tu tamil muslim
mami tu peranakan melayu tamil muslim

ni ada artikel Bi pasai mami

Utusan Malaysia 27/5/2004

PENANG - "Mami ... Who's that crying mami?"

"Ooo..that's mami's child ... her name Chom Bee ..."

This is the dialogue line in the Malay film `Ibu Mertuaku' directed and starred by the nation' silver screen idol, the late Tan Sri P.Ramlee, portraying the life of a Jawi Peranakan or Jawi Pekan family in Penang.

Chom Bee is the contraction for the name Kalsom Bee in the Jawi Peranakan community. They have left their legacy in the country's history, they were the ones who introduced boria, published the first daily - Jawi Peranakan - and even were highly regarded by the British colonial masters. Just who are these people?

The Jawi Peranakan ethnic group, also known as "anak mami Tanjong", came into existence through inter marriages between the Malay community and migrants from India who settled down here during the colonial period.

From the sociological point of view, the Jawi Peranakan community is the result of a long amalgamation process whereby different ethnic groups combined biologically and culturally giving rise to a new group with its own unique identity.

Today, the easiest way to identify them are from their last or first names "Shaikh", "Khan", "Shah", "Merican" dan "Mah Wan". Differentiating them physically is difficult as they share similarities in looks, customs and traditions with the Malays and often branded as the Malays of Penang.

The president of the Penang Malay Association Datuk Mohamad Yusof Latiff said, the evolution of the Jawi Peranakan ethnic group began in 1800s when Penang was developing fast as commercial hub and a strategic port.

"During the British colonial period, ships from India came to the Island bringing spices and traders of Indian Muslim origin who later settled down in the island," he said.

With the passage of time this settlers gradually assimilated with the Malays. They married the local Malay women and adopted the Malay language, the Malay customs and tradition along with their own traditions.

Yusoff said, this combination of Malaysian and Indian culture over time created a notable culture and remained exclusive as until 1970s the majority of the Malay Peranakan people would only marry within their clan.

They speak the Malay loghat with some of the words neither found in the Indian or the Malay languages.

Among the words in their vocabulary are "siru" (show off, proud off), "haprak" (useless fellow), "kamjat" (useless), "peran" (mask), "kolom" (old fashioned, not neat), "merudum" (drastik fall), "cempera" (strewn, commotion), "balqo salam" (stupid), "ghoplah" (problematic, confusing), "lokoih" (wet). "arbok" (now pronounced as bohsia) and "ser" (lack sanity).

The same goes to pronouns like "cek" (me and you during conversation between an older and a younger person), "ba" (father), "kuntom" (relatives), "nana" (elder brother), "aci" (elder sister), "mami" (aunt) "mamu" and "mamak" (uncle).

For the Jawi Peranakan community Tamil is an alien language although the tone and the syntax has some resemblance to that language.

The Jawi Peranakan community added flavour to the nations rich gourmet offerings with their own blend of Indian and Malay cuisines. Johara Bee Abdul Rahman, 50, a chef, when met said the Jawi Peranakan people enjoy spicy thick curries added with "halba campur", an assortment of spices blended together.

Their `dalca' (curry made from lentil) is normally spiced up with "kas-kas" imported from India to enhance the taste. The members of the community normally have rice for lunch and bread for dinner and breakfast.

Among pastry of the community that Malaysians may be familiar with are "bamia" (made from flour, coconut milk, sugar and a kind of vermecelli known as semmia), bengkang suji and the `kuih cha'.

Even their houses follow a unique design - double storey houses half masonry and half wood with concrete staircase at the front. Another feature of their homes are the spacious verandah where visitors outside family are entertained.

The songkok or tarbus and the coat distinguishes a married man and the long kebaya the married women. For those unmarried damsels, they can be identified through their short kebaya.

An interesting feature to be noted among the women folk of the Jawi Peranakan people are that the dressing must be of the same colour from the shoes up to their hair ribbon.

Their priority for education were even recognised by the colonial masters. Due to their educational achievements many were given awards and entrusted with key positions. There were also well known figures in the education field who later became among the first Malays to hold key positions in the colonial government.

Among them were Abdullah Ariff, Aisha Hanum Dadameah, S.M.Zainal Abidin, Abdul Hamid Khan, Basha Merican Omar Merican, K.Sultan Merican.

The same goes to the businessmen from the community who were highly regarded by the colonial masters for their businesses acumen and philanthropy. One must take note that their financial contribution helped the British government to set up the first piped water system from Waterfall (now known as Taman Botani).

Among the prominent Jawi Peranakan businessmen in the state in 1800s were M.M. Noordin the owner of Noordin Estate in Seberang Perai who was known for his wealth and philanthropy and as a mark of respect the colonial government appointed him as the Penang Municipal Council (PMC) President and justice of peace.

His import-export business was thriving and he was so rich that he even employed a few British citizens to work in his household. The British who got wind of this and in order to save the embarrassment arrested the British employees and repatriated them back to England.

Another Jawi Peranakan tycoon, Ariff Wanchee Ariffin Mohamed owned so much land and buildings in the town and donated some to Penang Municipal Council and the State Islamic Council. The land donated to PMC today covers Jalan Ariffin dan Halaman Ariffin and the two mosque that he build carries his name Wanchee Ariffin.

Shaik Abdul Ghani a prominent son of the community became the first Malay navigator even before the Penang Port Authority came into existence. He amassed a vast fortune and owned real estates in Lorong Selamat and Jalan Burmah.

The Jawi Peranakan people were highly respected by the community due to the achievements and their status. They remained as a close knit clan until the 70s and this helped safeguard their heritage and traditions. Nevertheless, with intermarriages with the local Malays, there are fears that in time to come the Jawi Peranakan community would lose their distinct identity for good. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.074970 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list