|
PROGRAM REALITI : BINTANG MENCARI BINTANG [MUSIM 2]
[Copy link]
|
|
viscose posted on 1-4-2013 12:57 AM
ahli XOXO tuh
perasan jugak si arin...
banyak kuar tv tapi tak popular kekdahnya..
|
|
|
|
|
|
|
|
eddlisa_uyuk posted on 31-3-2013 10:53 PM
group B nih byk yg best sikit dr group A last week.........
suka gan FBI punya protege IJO....tp ...
setuju...saingan sengit group B ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
diana007 posted on 1-4-2013 12:27 AM
Ramai rasanya peserta dari Raja Lawak kecuali Senario punya anak didikan...tak habis2 Azlee Senari ...
perasan gak.. senario puji anak didikan belum pernah masuk2 maan2 realiti tv.
eh anak didikan senario je kan freshie?
|
|
|
|
|
|
|
|
group B ni best sket..mggu lps tgk group A aduhaiii bosan sgguh.. |
|
|
|
|
|
|
|
viscose posted on 1-4-2013 01:13 AM
gigihnya iols beklog benang nie pepagi buta
nie gara2 @diana007 tag iols la nie
owh ye ke?iols tak folo sgt RL ni..
penah tgk pom RL3 jah la zaman sepah dulu.. tu pun tgk gitu2 je.. |
|
|
|
|
|
|
|
viscose posted on 1-4-2013 12:57 AM
ahli XOXO tuh
xoxo smlm sgt lah tak best.. mmg patut pom dpt markah terendah..
tp iols suka lawak xoxo masa minggu mula2 dulu..
yg kejap2 kuar dari rumah tu.. hahaha.. kelakar
|
|
|
|
|
|
|
|
mycute posted on 1-4-2013 08:18 AM
perasan gak.. senario puji anak didikan belum pernah masuk2 maan2 realiti tv.
eh anak didikan sen ...
How do they maintaining ' mutual understanding ' between those 3 ' sifus ' sebab masing2 mesti nak mengajar, nak bersuara itu dan ini kerana ingin memberi yg terbaik buat anak2 didikan, Harap tak pening2 lalat lah anak2 didikan mereka
|
|
|
|
|
|
|
|
viscose posted on 1-4-2013 12:57 AM
ahli XOXO tuh
Azrul pun terlibat sama dalam Iklan promo RL 7.
Rasa I, itu bukan sebab faktor utama yg mendorong kepada penglibatan mereka dlm iklan tetapi maksudnya Astro mahu tonjolkan bahawa walau apa jua rupa, size badan, ketinggian dan sebagainya...ianya tidak menghalang utk menjadi Pelawak yg Baik tetapi utk menjadi Pelawak yg Baik haruslah berilmu, bijak dalam menyampaikan persembahan dan menghiburkan penonton
My 2 cents.
|
|
|
|
|
|
|
|
diana007 posted on 31-3-2013 11:29 PM
Yes, I bersetuju dgn you. Group B ni mix of raw talents yg boleh diasah dgn baik dan ada talents ...
ahad hari tuh baru minggu ke 4
minggu 1 & 2 hanya utk pengenalan
minggu 3 start with group A & last week tuh utk group b
lisa pun setuju dgn u paal titan....intipati dia org lebih ke teater berkomedi & dia org tak waste masa pun kat pentas
lain2 group byk teragak2 utk satu2 dialog ke satu dialog tuh
|
|
|
|
|
|
|
|
semalam apa cite???
siapa yang menang...
korang tau tak ulangan bila ye???
ari tu ada pernah tengok ulangan...tp tak ingat lak...jumaat kah??? |
|
|
|
|
|
|
|
chaoyunjie posted on 15-4-2013 01:34 PM
semalam apa cite???
siapa yang menang...
aku tgk tp tertido masuk umum juara..
tp smpat tgk kt markah yg paling tggi..big too..
|
|
|
|
|
|
|
|
chaoyunjie posted on 15-4-2013 01:34 PM
semalam apa cite???
siapa yang menang...
kump bowl anak didik afdlin shauki..
ulangan kalo tak silap adibah noor ckp smlm hari jumaat tp masanya tak sure la plk.. |
|
|
|
|
|
|
|
tiewa posted on 15-4-2013 02:49 PM
kump bowl anak didik afdlin shauki..
ulangan kalo tak silap adibah noor ckp smlm hari jumaat tp ...
kump bowl menang..igt big too..
mata dh berpinar2 ngantuk smlm..
|
|
|
|
|
|
|
|
tak suka sgt achehh tuh...tak lawak pun
lagi suka group FBI tuh..tapaw...lawak selamba
|
|
|
|
|
|
|
|
chaoyunjie posted on 15-4-2013 01:34 PM
semalam apa cite???
siapa yang menang...
Jumaat, 10 am.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bintang Mencari Bintang: Konsert kedua Kumpulan A lebih meriah
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
15 April 2013
KEHADIRAN Afdlin Shauki bagaikan suntikan semangat terhadap peserta Bintang Mencari Bintang (BMB), Bowl apabila dari tangga tercorot, Bowl mendaki ke tangga teratas menewaskan peserta lain pada konsert kedua, malam tadi.
Meskipun kehadiran Afdlin cukup menggeletek pentas BMB, namun beliau tidak mendominasi persembahan itu malah memberi ruang kepada anak didiknya menyerlah. Membawa idea ‘bomba praktikal’, Bowl dan Afdlin membuat penonton ketawa tanpa henti dari awal persembahannya.
Seperti yang diduga, peserta berasal dari Johor, Achey yang merupakan juara konsert pertama tetap mencuri tumpuan dengan lawaknya yang bersahaja. Bermodalkan cerita mekanik dan pelanggan, Achey dan sifunya, Harun Salim Bachik tetap menjadi pilihan penonton.
Juri tetap, A.R Badul memberitahu bahawa program BMB boleh dibanggakan. "Achey, hari ini kamu hero, dia (Harun Salim Bachik) hanya tambahan. Saya berani kata, program BMB ini, kalau orang tengok, tak malu," katanya.
Malah, Achey mendapat 20 markah daripada juri awam. Meskipun kehebatan Achey diakui, namun dia ditewaskan Bowl dari segi pemarkahan.
Keputusan konsert kedua bagi kumpulan A, Bowl (68.4), Achey (65.8), Tapaw (55.6), Tocai (52.5), Big Too (51.3) dan Kelawak (41.4).
Konsert kali ini diadili juri tetap, A.R Badul dan juri jemputan, Ahmad Idham serta Black.
Melalui konsert malam tadi, persembahan Faizal Ismail (FBI) bersama anak didiknya, Tapaw sarat dengan mesej.
Tapaw mendapat pujian juri profesional secara keseluruhan meskipun Ahmad Idham mengatakan sedikit terganggu dengan awal-awal persembahan.
"Konsep itu dah ada. Cuma, kalau FBI masuk, lebih banyak boleh buat.
"Pada awal itu, saya sedikit terganggu. Macam yang saya cakap, melawak tak perlu menjerit," katanya.
Meskipun membawa idea menjual ubat yang boleh dikategorikan klise, anak didik Senario, Tocai tetap memperoleh markah yang tinggi.
Lan Pet Pet pula dilihat mendominasi pentas sehingga menengelamkan anak didiknya, Tocai.
Juri profesional menggambarkan seolah sedang menyaksikan konsert salah seorang anggota Senario, Lan Pet Pet.
"Macam konsert Abang Lan Pet Pet," kata Black.
Perkara sama disentuh Ahmad Idham dengan berkata, "bukan saja cakap tapi itu gambaran kami nampak."
Anak didik Sabri Yunus, Big Too masih membawa lawak yang berisi.
Mereka menjadikan 'respect each other' sebagai 'trademark' bagi konsert kali ini.
Menyentuh soal pokok dan seniman, Big Too agak kurang menyerlah berbanding konsert pertama.
Sementara sifu Kelawak, Raja Azura yang mendapat markah terendah pula masih terkilan dengan markah yang diterima anak didiknya.
Tidak tahu di mana silapnya, apabila Raja Azura yakin anak didiknya itu sudah memberikan yang terbaik pada malam tadi.
Ahad ini, kumpulan B pula bakal bersaing dalam konsert pertama mereka.
Masih mengekalkan konsep malam tadi di mana sifu beraksi di pentas bersama anak didiknya.
Sumber Artikel : http://www.sinarharian.com.my/hiburan/bintang-mencari-bintang-konsert-kedua-kumpulan-a-lebih-meriah-1.150078 Last edited by diana007 on 15-4-2013 11:25 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|