copy paste...
BERIKAN PEMANDU GAJI BULANAN RM1600 TATKALA MEREKA MEMBUAT KAJIAN DI MAKMAL
Saya tertarik membaca komen seorang daripada rakan di facebook, respon kepada entri ini.
Mengapa tidak?
Barangkali mereka di PEMANDU selama ini hidup mewah. Berikan mereka gaji RM1,600 sebulan, tarik buat sementara waktu semua kemudahan diberikan oleh kerajaan sekaligus membuka peluang untuk mereka hidup seperti rakyat marhaen.
Tatkala itu mereka semua bakal merasai kehidupan sebenar rakyat untuk mencaturkan kos kehidupan.
Oh! Terlalu zalim? Kita berkrompomi.
Berikan sebuah kereta Proton Saga setiap seorang, tanpa pemandu. Biar mereka sendiri meraih pengalaman mengisi minyak petrol dan membayar tol untuk berulang-alik ke pejabat menggunakan gaji RM1600.
RM1,600.
Cuba pembaca cadangkan, bagaimanakah individu hidup mewah mencaturkan perbelanjaan bulanan mereka dengan gaji sebegitu?
|