Sumber: Malaysian Digest
.
Diusia anaknya yang diberi nama Noah Ismail Wang baru mencecah tiga bulan, masih awal untuk Yasmin Hani Richardson dan suaminya Sha'rin Razali untuk mengatur semua sekali mengenai hal masa depan permata hati mereka itu.
Begitupun pengacara dan pelakon yang mesra disapa sebagai Hani ini berkata, dia tidak menghalang sekiranya putera mereka terlibat dalam iklan bayi atau kanak-kanak. Walaupun menyedari Noah masih kecil tetapi hal itu tidak menjadi masalah kerana beritahu Hani, dia juga telah 'bekerja' sejak kecil bermula sebagai model iklan kanak-kanak.
"Saya dan suami tiada halangan kalau misalnya ada pihak yang tawarkan Noah untuk jayakan iklan produk bayi atau kanak-kanak. Asalkan anak saya gembira. Saya hanya mahu anak saya gembira melalui kehidupan dia dan itu juga yang membuatkan kami suami isteri gembira.
"Sebenarnya saya pun dari kecil lagi sudah terlibat dalam iklan. Anak-anak buah saya juga ada yang terlibat dalam iklan semasa mereka kecil. Penglibatan dalam dunia iklan ni dah normal bagi keluarga kami. Jadi tak ada masalah juga untuk Noah. Tapi setakat ni belum ada apa-apa tawaran", kata Yasmin Hani kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui baru-baru ini.
Hani juga berkata, sama seperti rata-rata ibu bapa lain, dia dan Sha'rin sebolehnya akan memberikan didikan yang sempurna kepada anak sulungnya itu.
"Kami akan memberikan dia didikan yang terbaik dan paling utama mengajarnya supaya sentiasa menghormati orang tua", katanya.
Disamping itu Hani mengakui dia masih lagi dalam proses membiasakan diri dalam menguruskan hal penjagaan putera kesayangannya itu.
"Seronok menjaganya dan melihat perkembangannya dari hari ke hari. Walaupun masa awal-awal dulu hidup saya agak kelam kabut juga. Iyalah, mana kan nak bahagi masa antara kerjaya dan menguruskan rumahtangga. Tapi lama-kelamaan saya semakin biasa. Buat masa ini saya kurang mengambil tawaran kerana Noah masih menyusu badan", ujarnya yang selamat melahirkan bayinya itu pada 12 November tahun lalu di Hospital Prince Court.
Tambah Hani, dia ada mewujudkan akaun sosial Instagram khas untuk anaknya. Kewujudan akaun tersebut adalah untuk berkongsi dengan peminat mengenai perkembangan pembesaran Noah..................................................................................
Baca Lanjut: http://malaysiandigest.com/hibur ... di-model-iklan.html
|