|
Isu buli:Sila tgk Juvana 2 pakai otak,bukan dgn lutut - Zaharil Adzim pg3
[Copy link]
|
|
syafiq woi, toksah sentap bagai lah..mmg movie bawa pengaruh besar pon...takyah org lain, iols ni pon leh jadi contoh....akibat tgk citer snow white n little red riding hood kecik2 dulu, i teringin nak buat little cottage lam hutan tau tak....hutan pun nak hutan kat negeri omputih, takmau la hutan Belum..takut berjiran ngan cik Pon.... heran la anak2 pak usop ni, asyik2 idea psl gangster..huh!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah memang betul pn citer2 gangster ni mempengaruhi budak2 sekolah malah sekolah rendah murid lelaki n perempuan...yg budak lelakinye jgn ckp la...perangai mcm samseng....bertumbuk2,lempang2..ade murid tu siap mengaku kt rumah dorang tgk citer2 gangster ni..siap tanya aku lg tengok tak cerita tu,cerita ni...citer2 sampah mcm ni la yg membawa ke'sampah'an masyarakat Last edited by shiraloveyou on 6-6-2014 09:32 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Filem The Journey..tak perlukan gangster..hero pun pak cik tua..tapi penuh dgn nilai murni,kasih sayang & kebudayaan masyarakat cina..kutipan pun tinggi..kalau tak silap lagi tinggi drp KL gangster..kutipan the journey 13 juta kan?
Producers & directors Melayu patut pikir idea di luar kotak..bkn balik2 gangster ,hantu..kalau drama lak..kawen paksa,cinta antara 2 darjat..oh pleaze la...bosan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-6-2014 09:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
pauliza posted on 6-6-2014 09:35 PM
Filem The Journey..tak perlukan gangster..hero pun pak cik tua..tapi penuh dgn nilai murni,kasih say ...
The journey 18 juta |
|
|
|
|
|
|
|
haiz nak heran apa
dulu ayah derang pun sentap bila orang sound pasal pilem2 dia
pelopor ada lah si ayah
anak2 hanya sambung legacy ayah mereka..
|
|
|
|
|
|
|
|
maxim posted on 6-6-2014 09:38 PM
The journey 18 juta
Wow..bg aku cerita tu sgt best...rare tapi best..bkn rare version merepek hantu bkn2..hihi..citer paling x best aku pernah tgk sebab bawak anak buah..KL zombie...rasa nk hentak2 kepala dlm cinema..dgn lawak murahan cliche..tp bdk2 suka pulak..maybe golongan matang mcm aku ni xleh hadam cerita mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-6-2014 09:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
pauliza posted on 6-6-2014 09:43 PM
Wow..bg aku cerita tu sgt best...rare tapi best..bkn rare version merepek hantu bkn2..hihi..citer ...
Abang long fadil ni pn sama spesis la..byk lawak bodo yg aku xleh hadam..tp dlm pggung bdk2 muda dok gelak guling2..iols was like..'wtf..apa yg lawak sgt?'
Bdk2 muda mat rempit suma tuh tgk iklan sblom movie stat tu pn bleh gelak barai..just imagine. |
|
|
|
|
|
|
|
maxim posted on 6-6-2014 09:46 PM
Abang long fadil ni pn sama spesis la..byk lawak bodo yg aku xleh hadam..tp dlm pggung bdk2 muda d ...
Hahaha...paham paham..tu lah feeling aku masa tgk KL Zombie...ya ampun..be kreatif la..lawak zizan tu memang sepesen je..predictable kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
filem memang pengaruh jiwa2 kita.. teringat zaman berbudak aku terjun ikut tingkat sambil ikat kain tuala kt leher. korak pun superman. |
|
|
|
|
|
|
|
tepek sini je la..isu sama
Kes Buli & Gangster Sekolah : Biarlah Ada Otak, Jangan Tengok Dengan Lutut – Zahiril Adzim
Pelik juga dengan budak-budak sekolah zaman sekarang, baik lelaki dan perempuan. Mak Ayah suruh pergi sekolah untuk belajar tapi rupanya praktis jadi pembuli. Bila timbul perkara macam ni, ramai yang salahkan filem dan drama di televisyen kerana mengajar kanak-kanak serta remaja bertindak secara melampau sebegitu. Kalau masih ingat, sekitar tahun lepas tersebar video menunjukkan seorang budak lelaki yang menggelarkan dirinya Lan Todak memukul seorang ketua kelas secara beramai-ramai bersama sekumpulan rakannya. Oleh kerana sekuel Juvana kini bakal ditayangkan sekali lagi, risau juga kalau-kalau intipati filem berkenaan dijadikan modal sekali lagi untuk budak-budak tak matang melakukan aktiviti buli. Tetapi Zahiril Adzim yang membawa karakter Daim sama sekali tak takut dan menganggap karya Juvana bukan penyebab masalah ini berlaku. Saya tak takut pasal bukan tanggungjawab kita buat macam tu kan. Sebenarnya isu budak-budak gangster ni dah lama. Cuma bila Juvana keluar, dia jumpa someone or something to blame. Bila kita tak boleh nak handle, kita blame orang-orang Juvana ni lah yang buat cerita macam ni. Zaman saya sekolah pun dah ada buli-buli ni dah, cuma dia tak ada nama karakter yang dia sebut masa rekod video.
Dalam masa yang sama, Zahiril berharap agar filem seperti ini tidak dijadikan contoh negatif sebaliknya mengalakkan remaja mengambil pengajaran daripadanya. Saya sebenarnya harap budak-budak ni bila tengok biarlah ada otak, jangan tengok dengan lutut. Tengok bukan nak suruh kau jadi macam tu, tapi sebagai pengajaran.
Di dalam filem Juvana 2, watak Daim akan dikembangkan dan diberi nafas yang berbeza di mana dia meneruskan pelajaran dalam bidang guaman bersama teman wanitanya, Sara lakonan Shera Aiyob. Tapi apa yang pasti, konflik kali ini lebih hebat dengan kemunculan watak-watak antagonis baru iaitu Tok Ki (Pekin Ibrahim), Encik Raja (Hasnol Rahmat) dan konco-konco mereka. Tak sabar nak tunggu tayangannya!
|
|
|
|
|
|
|
|
aijinmisaki posted on 6-6-2014 11:13 AM
mulayu pprt felda memang cepat ikut ayat2 carut omputih..tapi masih jugak kekal menjadi pprt fel ...
Semua bangsa sm sj.. F word tu ringan je kuar.lg 1 sh*t |
|
|
|
|
|
|
|
Ckp dgn orang xde otak gtulah.. Cakap senang |
|
|
|
|
|
|
|
Pengarah Harap 'Juvana 2' Tidak Dijadikan Isu Kes Buli
[size=0.75em]Faisal harap Juvana 2 tidak dikaitkan sekali lagi dengan kes buli.
KUALA LUMPUR: Pengarah filem Juvana, Faisal Ishak berharap sekuel filem tersebut iaitu Juvana 2 tidak dipersalahkan sekali lagi sebagai penyumbang kepada peningkatan kes buli dan gengsterism di kalangan pelajar sekolah yang berlaku kebelakangan ini.
Faisal berkata, apa yang dipaparkan dalam filem itu adalah untuk dijadikan pengajaran dan iktibar semata-mata dan bukannya bertujuan menyebarkan budaya gengster untuk diikut oleh remaja.
"Saya akan berasa kecewa jika Juvana 2 ini dipersalahkan sekali lagi dalam peningkatan kes buli yang sememangnya sudah berlaku sejak dahulu lagi dikalangan pelajar sekolah.
"Saya berharap mereka yang menonton filem Juvana 2 kali ini menggunakan akal fikiran dan mengambil perkara buruk untuk dihindari atau sebagai pengajaran sahaja," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Juvana 2 dan Juvana 3, di Jalan Doraisamy, di sini pada Khamis.
Faisal berkata demikian ketika diminta mengulas tentang filem Juvana yang ditayangkan tahun lalu telah dikaitkan dengan kes buli yang berlaku dikalangan pelajar sekolah.
Pada 10 April 2013, polis telah menahan tiga pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Seberang Jaya, Pulau Pinang kerana membelasah rakan mereka akibat berang apabila ketua tingkatan itu mahu membuat laporan kepada guru selepas mendapati mereka membawa telefon bimbit ke sekolah.
Perbuatan mereka dirakam dan dimuat naik ke laman YouTube.
Dalam rakaman itu turut kedengaran dialog salah seorang pelajar berkenaan iaitu: “Nama aku Lan. Panggil Aku Lan Todak,” - ungkapan pelakon Sharnaaz Ahmad yang memegang watak kaki buli dalam filem tersebut.
[size=0.75em]Antara babak lakonan Sharnaaz Ahmad dalam filem Juvana lalu sebagai Lan Todak.
Dalam pada itu, Faisal turut menggalakkan ibu bapa untuk menonton karya itu bagi mengetahui apa sebenarnya yang dipaparkan sebelum menunding jari kepada filem tersebut.
"Saya galakkan ibu bapa datang tengok filem ini dan apa yang cuba saya paparkan adalah keganasan sebagai jalan terakhir untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
"Kadang-kadang ada situasi yang kita tidak boleh lari daripada keganasan dan setiap pertikaian yang saya tonjolkan dalam filem ini ada sebab tersendiri," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya tentang watak Lan Todak yang dilakonkan oleh Sharnaaz Ahmad tidak dikekalkan dalam filem Juvana kali ini, Faisal berkata ia direhatkan buat sementara waktu.
"Pada Juvana lalu Lan Todak ditangkap, jadi saya rehatkan watak itu untuk Juvana 2 danJuvana 3 tetapi bukan kerana isu kes buli yang berlaku, sebaliknya kita mahu munculkan watak lain iaitu To Ki yang dilakonkan oleh Pekin iaitu kawan baik kepada Lan Todak.
"Beberapa pelakon asal lain seperti Johan As'ari, Zahiril Adzim dan Shera Ayob kami masih kekalkan," katanya.
Dalam pada itu, Faisal berkata, sebanyak 40 peratus babak aksi akan dipaparkan dalam filem tersebut.
Katanya, latar belakang cerita kali ini lebih banyak tertumpu di luar sekolah berbanding filem terdahulu.
"Kita membawa watak-watak lama dan kebanyakan mereka sudah besar dan bercerita tentang kehidupan mereka selepas keluar daripada sekolah pemulihan akhlak tersebut.
"Kali ini lebih kurang 40 peratus babak aksi dan ganas kita cuba paparkan, ada beberapa babak yang saya cuba masukan tetapi tidak tahu lepas atau tidak Lembaga Penapisan Filem," katanya.
Sementara itu, Faisal berkata penggambaran dilakukan selama 33 hari untuk dua filem sekali gus iaitu Juvana 2 dan Juvana 3 disekitar Kuala Lumpur.
Jelasnya, penggambaran dua filem tersebut adalah supaya filem Juvana 3 tidak terlalu lama memnanti tarikh tayangannya.
"Kita buat dua filem sekali gus supaya filem Juvana 3 dapat ditayangkan cepat iaitu beberapa bulan sahaja dari tayangan Juvana 2.
"Kita tidak mahu penonton menunggu lama untuk sambungan filem tersebut, jika tarikh tayangan Juvana 2 dapat pada Disember ini, saya harap Juvana 3 ditayangkan tiga bulan selepas itu," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya sebenarnya harap budak-budak ni bila tengok biarlah ada otak, jangan tengok dengan lutut. Tengok bukan nak suruh kau jadi macam tu, tapi sebagai pengajaran
hamboihh stetmen...
lagi2 pengajaran...apa yg nak diajar pon taktau la
yg sebetulnya budak2 tak boleh tgk pon cite2 camnih
nanti dah dapat klasifikasi 21PL jgn nak meroyan plak
|
|
|
|
|
|
|
|
sapik usop nak cakap pilem dia sangat berpengaruh ler tu...........kalau cenggitu sapik, cer lepaih ni ko buat filem dakwah lak...kalau orang terikut-ikut, sah la mmg filem ganas ko tu membawa pengaruh jahat,sadis,zalim, halanat dan sebagainya.... |
|
|
|
|
|
|
|
SissySembah posted on 6-6-2014 01:41 AM
Ni entry akak ambik dari blog ummah felda pprt
tak boleh di terima dek akal akak bila ayat2 kasar b ...
pe hal nenen nko tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
anak yusuf selam rupa nya budak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
elnor_81 posted on 6-6-2014 01:30 AM
Skolah aku rata2 ank2 melayu.mmg x tgk.cte omputih ni sbb bile.aku ckp.psl disney dorg xtau..ckp p ...
Adakah ini membuktikn usop selam & sons punca akhlak ank2 melayu bertmbh rosak... Selain mig david teoh... |
|
|
|
|
|
|
| |
|