Suami isteri didakwa dera anak
Melaka: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini atas pertuduhan mendera anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun enam bulan, 29 September lalu.
Tertuduh Abdul Mutalib Sivakumar Abdullah, 37, dan isterinya Nurul Najwa Abdullah, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Fridaus Saleh selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan.
Mengikut pertuduhan Abdul Mutalib sebagai bapa dan Nurul Najwa sebagai ibu tiri kepada kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun enam bulan itu didakwa menganiayai mangsa dengan mengakibatkannya mengalami kecederaan fizikal di seluruh badan.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh masing-masing kira-kira jam 7.15 malam dan 8.30 malam di sebuah rumah di Batu 7 1/2 Paya Rumput di sini, 29 September lalu.
Justeru mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mohd Firdaus membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.
NURUL Najwa dan suaminya Abdul Mutalib (baju merah) dituduh mendera anak perempuan mereka. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3094#sthash.ACmLttOa.dpuf Last edited by GhostWalking on 20-10-2014 08:42 AM
|