|
HAH Sentap Kerana Stacy Tersalah Lirik (Fesyen Designer Sentap Page 3)
[Copy link]
|
|
Belum pun reda kontroversi melibatkan penulis lirik dan penyanyi Stacy pada malam Anugerah Skrin 2014 (2014), kali ini seorang pereka fesyen pula meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap seorang selebriti wanita.
Pereka fesyen Ezuwan Ismail pada pagi Sabtu telah memuat naik sekeping foto seorang wanita yang didakwa seorang artis menyarung busana rekaannya.
Foto di akaun Instagram Ezuwan itu bagaimanapun tidak menampakkan wajah selebriti wanita yang menyarung busana berwarna merah jambu tersebut kerana bahagian kepalanya telah 'dipotong'.
Menerusi foto tersebut juga Ezuwan meluahkan rasa kecewanya apabila selebriti wanita tersebut tidak memakai gaun rekaannya pada malam ASK 2014.
"Sejujurnya amat kecewa dgn artis ini. Masa tenaga dan wang ringgit sudah dihabiskan utk menyiapkan gaun ini tapi alangkah sedih dan kecewa apabila ia tidak dipakai artis berkenaan utk #ASK #ASK2014 tanpa sebarang notis malah ketika sesi fitting beliau tidak merungut langsung atau tidak bersetuju dgn rekaan ini.Saya dpt tahu artis ini menggunakan dress dari pereka lain.Inilah senario yg sering sy hadapi dgn kerenah sesetengah artis yg tanpa segan silu dan jauh sekali menghargai kudrat dan wang ringgit serta masa yg diperuntukkan utk menyiapkan pakaian yg dikehendaki.Jgn tlalu pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan org lain.Saya terbuka dlm segala bentuk komunikasi dua hala.ini tidak dia hanya berdiam diri. #artismalaysia"
Daripada kapyen yang ditulis Ezuwan itu, jelas menggambarkan perasaan kesalnya terhadap artis wanita tersebut yang dianggap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Siapa agaknya artis wanita yang dimaksudkan Ezuwan?
Antara nama selebriti wanita yang disebut pengikut Ezuwan di ruangan komen ialah Nora Danish, Nabila Huda dan Chacha Maembong.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Saya hanya memenuhi permintaan pihak penganjur (TV3) yang mahukan kelainan daripada saya untuk membawakan lagu Cindai.
“Sebab itulah jika anda perasan, lagu nyanyian asal Dato’ Siti Nurhaliza itu telah telah digubah susunannya dengan sedikit ‘fast’ untuk menyuntik kelainan,” kata Stacy ketika dihubungi Astro Gempak pada Sabtu.
Stacy berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Astro Gempak mengenai isu yang tercetus selepas Penulis Lirik lagu Cindai, Hairul Anuar Harun mengkritik cara nyanyiannya ketika membuat persembahan di malam Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada malam Jumaat.
Sungguhpun cara penyampaiannya pada malam tersebut telah dikritik, Stacy tidak sedikitpun menyalahkan penulis lirik terbabit.
Stacy juga lebih selesa mengambil pendekatan positif dengan menganggap penulis lirik tersebut ‘bermungkinan’ tidak memahami konsep yang cuba ditampilkan.
“Mungkin dia tidak faham makna konsep. Lagipun jika penganjur tidak mahu kelainan, pasti mereka sudah memanggil Dato' Siti untuk menyanyikan lagu itu. Sama juga macam Lan, dia menyanyi lagu Siti dengan caranya yang tersendiri,” ujarnya.
Menjawab dakwaan tidak hafal lirik dan menyanyi secara sembrono, penyanyi berusia 24 tahun itu berkata tuduhan tersebut tidak berasas.
“Saya harap dia boleh dengar dan tonton semula persembahan saya…Saya hanya ulang satu perkataan sahaja. Tidak wajarlah dia cakap saya main ‘hentam’ sahaja ketika menyanyikan lagu tersebut”, katanya dalam nada kesal.
Dalam pada itu Stacy turut meluahkan rasa kecewanya apabila penulis lirik berpengalaman tersebut mengeluarkan perkataan kesat dan menganggap ia perbuatan yang tidak profesional.
Bagi Astro Gempak pula, percubaan Stacy menyanyikan lagu Cindai dalam versinya yang tersendiri wajar diberikan pujian kerana ia telah disampaikan dengan baik, tambahan pula irama tradisional bukan genre nyanyiannya.
Ia juga boleh dilihat sebagai usaha seorang artis muda untuk menyanyikan lagu berentak irama Malaysia.
Malah Astro Gempak perasan sejurus selepas persembahan, Stacy telah memuat naik sekeping foto berserta permohonan maaf sekiranya 'Cindai' versi nyanyiannya itu tidak sesempurna penyanyi asalnya.
Itu membuktikan Stacy menghormati versi asal lagu tersebut dan sebenarnya memenuhi permintaan penganjur yang mahukan lagu Cindai disuntik kelainan! |
|
|
|
|
|
|
|
azrinaziz posted on 9-11-2014 12:57 AM
“Saya hanya memenuhi permintaan pihak penganjur (TV3) yang mahukan kelainan daripada saya untuk mem ...
ya saya setuju..suka persembahan stacy semalam |
|
|
|
|
|
|
|
pelik gak, anugerah skrin anjuran media prima tapi astro gempak yg banyak buat liputan.... |
|
|
|
|
|
|
|
chokbedah posted on 8-11-2014 11:33 PM
Ala, watpe nak sentap, bkn senang woo nak nyanyi lagu tradisional ni, lg2 stacy yg nyanyi jenis lagu ...
kan..persembahan paling mantap smlm stacy..usahanya patut dipuji..takkan stacy nak nyanyi ikut style ct kan..tarian stacy tu sangat best..tahniah stacy |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka jer persembahan stacy walaupun lupa lirik..stacy nampak comel sangat |
|
|
|
|
|
|
|
azrinaziz posted on 8-11-2014 04:42 PM
Belum pun reda kontroversi melibatkan penulis lirik dan penyanyi Stacy pada malam Anugerah Skrin 201 ...
aku speku adeline tsen
|
|
|
|
|
|
|
|
Blum pernah aku dgr org nyanyi lgu ct sedap ataupun nk setaraf dgn yg asal... Bnyk yg hncur... |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 posted on 8-11-2014 05:50 PM
patut stacy bw lagu Iboq je..
lagu iboq ni patut bagi kat Wawa Kerepek chuol..part tok batin bagi kt zarif
|
|
|
|
|
|
|
|
azrinaziz posted on 9-11-2014 12:42 AM
Belum pun reda kontroversi melibatkan penulis lirik dan penyanyi Stacy pada malam Anugerah Skrin 201 ...
Baju tu nampak mcm org badan berisi, agak seksi ....tak mungkin utk Nora kot sbb Nora awal-awal lagi berkolaborasi dgn pereka lain. Tapi baju tu mmg ala-ala old fashion sikitlah
|
|
|
|
|
|
|
|
atekome posted on 8-11-2014 06:56 AM
Mmg hazab lagu cindai mlm td..tk sdp satu hal..lirik ke laut..mcm dh stok2 mokcik pprt nyanyi karoek ...
Adoiii macam cacamarba habis lagu siti ...hahhaha
itu namanya apa ??
Kurg latihan ...
Ni semua mesti last minute ...
knowing stacy dia akan silap lirik ni semua |
|
|
|
|
|
|
|
mmg hancur la stacy nyanyi.. sebut dah la salah.. byk kpd tarian semata. nyanyi ke laut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok je dia nyanyi.... Dia pun nmpk cntik mlm tu...cuma tarian mcm pelik sikit je la....aku suka dia nyanyi cindai tu |
|
|
|
|
|
|
|
beta_carotene posted on 8-11-2014 03:38 PM
kebelakangan neh ahlil muzik ramai yang mencerca stacy di laman sosial kan?
tempuh hari ramli ms. ...
ramli ms cerca dia ape??
tertinggal ketapi
|
|
|
|
|
|
|
|
Lirik cindai pun ada makna tersirat kan.
Lebih2 lagi tang chorus. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag posted on 8-11-2014 11:00 PM
Sbb lagu tu konon2 dh meletop ala2 karya agung, haruslah hairul nak sental
Stakat stacy lupa liri ...
Baris akhir Kaka setuju.. Rasa gah sangat dgn lagu cindai ko tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Mahu x ngamuk si ponen hairul anuar harun tu.. Mmg hancur pun stacy bawak..
Nak wat kelainan sekalipun jgn la sampai teruk sgt bunyinya.. Lan bawak jerat percintaan sedap dan xder org kondem pun.. Stacy kena ingat cindai lgu yg sgt berhantu bukan saja di malaysia tetapi serantau asia.. So lagu ni bukan sebarangan lagu ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
ala bkn stacy jer..lan typewritter tue pon sme jer..xsedap bila nyhanyi lagu jerat pencintaan.. black dgn hafiz ok la.. |
|
|
|
|
|
|
|
intention tv3 tu takdela berdosa besar.apa salahnya?cuma dari segi professionalism ...stacy patut disalahkan sbb tak cukup bersedia.ironic sgt mamat neh.. menulis lirik lagu bahasa tinggi...tapi bila sentap...carutan mengalahkan pondan lorong.selayaknyalah karya ko tu dihanjengkan begitu rupa.elok2 je tegur tak boleh?bak kata ostad harryanto ..bawak bertenang |
|
|
|
|
|
|
| |
|