aduhai. kesiannya tengok zamani neh. yes. aku bukan kesian dia dibuli tapi kesian apa dah jadi ngan diri dia sebab dadah. aku minat gila kot kt zamani neh.
mmg sedih tngok kdaan zamani ni.. kenapalah di viralkan video ni.. menyanyi sambil bergari tangan..
aku mmg minat giler dgn zamani dari zaman sekolah sampai tampal poster slam dlm bilik dulu.. bising la arwah nenek aku knp tampal poster2 retis.. harap ada yg sudi bantu dia.. dia dah pilih jalan yg salah..
Itu nasib baik baru 4-5 baris/ bait lagu gerimis mengundangnya....kau bayangkan kalau koporal @NURMIMIK kita yang sedang kena layan ambik statement Si ZAMANI nee...habis dua album SLAM dia akan suruh ZAMANI dodoikannya.....
menurut dari sumber ROOSTER...........masa zaman jahiliah si koporal MIMIK nee........kabinet IKEA dia penuh ditampal dgn poster ZAMANI SLAM...........
ye kek kak...
apa pun kak..zamani dan pacik pensel antik semuanya bekas kekasih tok ti kaka..
seharusnya tok ti tinggalkan depa???
(atau pacik antik tinggalkan tok ti??? sebab meroyan semacam ja...
KUALA LUMPUR 22 Jan. - Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menganggap penyebaran video pendek yang memperlihatkan bekas vokalis sebuah kumpulan muzik popular pada tahun 90-an dipaksa menyanyi dalam tahanan pihak berkuasa baru-baru ini sebagai satu penghinaan buat penyanyi tersebut.
Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata, seharusnya perkara itu tidak berlaku memandangkan penyanyi berusia 43 tahun tersebut berada dalam tahanan pihak berkuasa yang memperuntukkan jaminan keselamatan terbaik.
“Memang ia tidak patut berlaku. Kalau kita lihat dia dalam keadaan bergari dan disuruh menyanyi. Saya rasa mungkin dia berada dalam keadaan terpaksa kerana tidak mahu menghadapi sebarang akibat kalau enggan menyanyi.
Advertisement
“Melihat kepada bantahan orang ramai sehingga menyebabkan video tersebut menjadi viral, saya pasti akan ada tindakan susulan kepada penyebar video berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. - UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR 22 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang merakam dan memuat naik video seorang bekas vokalis kumpulan terkenal era tahun 90-an menyanyi semasa bergari ketika ditahan berhubung kes penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Taman Keramat, di sini semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitter miliknya berkata demikian berikutan video tersebut kini telah menjadi viral di internet dan laman-laman sosial.
“PDRM akan siasat dan ambil tindakan tegas terhadap orang yang merakam dan memuat naik video penyanyi itu semasa bergari,” kata kenyataan itu hari ini. - UTUSAN ONLINE
Budaya serta prinsip hidupnya very straight forward..........."kalau apa yang aku sampai kan berupa satu fitnah...maka informer aku ler yang sebenarnya fitnah....aku sekadar menyemarakkan fitnah tersebut jerk"...........
ya, aku percaya
adik ipar aku kena cekop masuk lokap sbb budak umah dia mat pit
disebabkan duduk serumah, seluruh isi rumah diangkut sekali harung
masa didalam lokap, adik ipar aku dibelai2 manja, di timang2 bagai putera raja
diberi layanan 1st class..
akhirnya, kerana terlampau terkejut dgn apa yg diterima, adik ipar aku telah menumbuk diri sendiri
membelasah diri sendiri sehingga lebam2.
setelah terbukti dia xde sangkut dgn najis harom itu, dia dijamin dan dibebaskan dgn suasana yg penuh gimang gemilang
sekian