CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rose_2011

Family In Laws anti kan aku (Ending)

[Copy link]
Post time 7-6-2015 03:43 PM | Show all posts
Buat taktau je. Asalkan TT tak kacau hidup orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2015 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Stop pleasing others

Jaga rumahtangga kamu sebaiknya

Whatsapp group dgn family mertua? No need to join..
Kalo ada yg minta tolong mereka akn cari awak sendrik..Fitnah org? Berdoa shja pd Allah...mereka akn dpt balasannya
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy pon pnh kena....tp ngn makcik2 la..sbb xkwen lg..bila dorg ngata mcm ni,kite ubah la kita buat mcm ni..sy bongsu parents xajar msk,kemas,ke dapo...slalu kena perli dgn makcik2...skrg ni sy lg pndai msk dr anak2 dorg..yg lain2 mengumpat blkg ke tarik muka ke,buat dek je tt...lyn je mcm biasa..tak rugi buat baik
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 09:20 AM | Show all posts
rose_2011 replied at 6-6-2015 09:07 AM
Sungguh tabah hati mak Sya. Besar dugaan nya. Dari mak sendiri pula.

Taktau lq lepas ni sis. Ka ...

alhamdulillah, mak tabah berkat dari kesabaran yang Allah beri jua..macam rose, mak pun ada juga muhasabah diri..
sebab mungkin juga dia ada terlepas pandang mane2, tu yang jadikan dia sabar je..

walaupun bertahun nak sedarkan, tapi mak tetap berhati2 juga..
orang tersedar hari ni, mungkin jugak boleh terlupa hari esok..
kena sentiasa beringat..

boleh kata orang tua2 memang camtu kot..
sebab mak mertua pun ada cerita, mak & mak mertua dia dulu pun lagi hazab mulut..
tapi sebab mak mertua ni hati kering je, segala yang diluah (yang boleh buat kita sakit hati) ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan..
mana positif, kita amik..
mana yang remeh temeh tu, butakan mata pekakkan telinga..
InsyaAllah, hati TT pun lebih tenang..

Alhamdulillah, yang bagusnya pada TT sebab nak jaga hati org..
Tapi kalau dah sampai memakan diri, rasa baik jaga hati sendiri dulu dari terjebak dengan anasir2 jahat ni.
Sebab lama2 takut kita yang stress & effect pada perhubungan suami isteri, bila pihak sana dapat tahu memang bertepuk tangan la sebab memang itu kot yang dorg nak..
Elakkan la kalau boleh ye..
Dekatkan diri dengan Allah & berzikir sentiasa, InsyaAllah tenang sikit hati TT nanti..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 04:19 PM | Show all posts
Pelik kan? Sesama Islam pun busuk hati agaknya boleh melompat tgk laki bini bertumbuk bercerai... Diorang ni tak tahu ke tuhan tgh perhati?? I tak rasa pelik pun benda2 mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
rose_2011 replied at 6-6-2015 09:29 AM
Just another sharing.
Selama i ada whatsapp ni,dari before kahwin lagi.. Sejak kahwin diorang tak  ...

Sabarlah rose. Munchkin paham sangat

Cepat cepat or at once remove them all from fb. Cakap dah takmo guna fb. Ni still ada tag tag nak jadi baja lah apalah. Yanh si biras pulak jadi baja juga. Tag u bagai dgn tahu situasi apa terjadi antara u and Pil.

My freind si naz tu camtulah tengok sil yang dia banyak tolong takde pun add sil sebagai family. Family dia and family in law semua dia add sebagai family list. Bro in law pun sama ntah mana mana kawan semua dikutip jadi family. Apa dia buat dia buang habis semua family belah husband. Dia restrict and block. Dia bagi tahu i dah tak guna fb lagi dah. Selesai masalah.

Pasal whatsapp tu pun sama jugak. Bila biras kecoh berborak naz masuk dia senyap. Jadi si naz ni tahu si biras suka kucing. Jadi si naz post gambo kucing or tanya pasal kucing sil biras. Baru si biras tu rancak berborak. Sekarang dah geng dah.

Naz sabar dah masuk 8 tahun. Last year and this year baru nampak perubahan positif tu. she stopped trying hard to please them. Dia buat baik cam biasa je. Buat casual. Lama lama ok lah tu. as long ur husband support insyaallah everything will be fine. Buat selamba and lantak je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2015 12:40 PM | Show all posts
cam mana ek... saya tak pernah campo hal in laws... biras ke ipar2 ke... dan mereka pun tak pernah ambik tahu hal kami anak beranak.... jumpa bila balik kg je... lepas tu semua buat hal masing2... FB ke WA ke tak pernah ambik port....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 12:39 AM | Show all posts
Edited by rose_2011 at 5-7-2015 01:17 AM

Assalamualaikum uols
lama rose tak update. rose pun ingatkan dah ok la sket hubungan ngan PIL.

baru2 ni pun FIL n MIL kirimkan buah2 kat rose through my husband.
My husband selalu balik jumpa mak ayah dia. cuma kami tak g berbuka puasa dengan PIL. coz, tahun lepas nye kes bila i g berbuka dekat umah PIL, diorang dok kata i tinggalkan my mom buka puasa sorang2.
Well, my mom umo 70++ u guys know la bila umo2 macam tu, gigi pun takde dah, n my mom ada pe'el dia sendiri bab makanan ni, ada yg dia tak makan,ada yg dia leh makan. So my mom memang tak makan kat luar.

So my hands are tied. Bila tak balik berbuka rumah PIL, diorang komplen, bila berbuka umah PIL diorang komplen juga kata i sanggup tinggal my mom sorang2.

And this year,since aku kena maki hamun halau aritu, aku tak balik berbuka puasa dengan PIL. my husband pun tak saran kan lagi. And bila PIL dah start kirim buah2 kat i, i pun dah sejuk skit.

Tapi... itu la permainan diorang

Petang tadi tiba2 my Brother in law (abg sulung husband) call my husband maki2 kata kami tak pernah balik rumah parent, anak derhaka bagai. (Walhal dia taktau yg my husband selalu balik rumah parent diorang, cuma tak berbuka puasa ja). dia suruh my husband bawa aku n my mom g rumah PIL utk bbuka. Siap perli yg wife dia okey je dengan PIL, kahwin dah nak masuk 10tahun. well my husband suggest suruh BiL balik tinggal sini duduk di tempat kami. Takat setahun balik 2 3 kali boleh la nak 'kamceng' bagai. CUba bila orang dah tak bau wangi kita, apa kita buat semua busuk.

Diorang siap kata i memalu kan diorang, buat sedara lain mengata kat my FIL. memalukan my FIL.

Wow, talk about 'memalukan'. Diorang tak ingat masa majlis bertunang dulu, janji pukul 2pm lepas solat jumaat, last2 kul 430 lepas asar baru diorang sampai. My mom n my sis n bro dah merah padam muka malu dengan tetamu n mak pak sedara semua. Adik beradik my mom bukan calang2 orang, ada Pendakwah,Datuk, Imam masjid, kalau sebut nama memang orang kenal. (maaf bukan nak nunjuk) diorang sabar je tunggu 2 jam lebih sampai lapar. Tapi once in laws sampai, 1 'maaf' pun takde.

My BiL cakap kat my husband, kalau boleh diorang nak dok elok2 dengan adik beradik happy2 semua.
Which i ask my husband, 'elok' macam mana tu? give me d definition of 'elok' through their eyes. Coz bila i kerap visit, diorang komplen, even i buat keje rumah pun diorang buat2 tak nampak sampai kata i pemalas. Bila kami visit lepas kami abes bisnes time dalam kul 10 malam diorang komplen juga balik jenguk sekejap2 je, panas punggung agaknye kat rumah diorang ni kata diorang.
Bila kami jarang visit, komplen lagi. So what is their definition of 'elok' n 'happy'.

Boleh pulak my BIL ungkit kisah kami berbuka puasa kat nasi arab ( Tahun lepas punya cerita). katanya kami terlalu pikir diri sendiri, enjoy sangat. What??
Common, takkan la uols tak pernah spend time just husband and wife. Kisah kami bbuka kat restoren nasi arab, my FiL siap perli2 kat whatsapp, memang sedih my husband masa tu.

RUpa-rupanya my BIL call my MIL,n i taktau la apa MiL ngadu sampai my BIL maki hamun my husband.
Tapi itu la yg i letih dengan diorang ni,ibarat diorang bagi gula sekejap kat kita, tapi sekejap lepas tu diorang bagi penampar balik.

----------------------------------

Raya ni tradisi diorang first day raya pakat visit semua rumah adik beradik, termasuk la yg anti kami tu.
My husband suggest utk pergi, tapi i rasa berat sangat. especially bila BIL call maki2 tadi.
My husband cakap biarkan diorang nampak buruk kat kita, janji kita dah buat baik.
Which for me doesnt make sense anymore, since dah kena tomahan macam orang tak bermaruah, seperti pengemis.

hmmm.. apa pendapat uols? T.T



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2015 03:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahla ye sis..aku x pernah merasa ada FIL so mmg aku x tahu cane feeling nye.husband ko ok ke dgn ko? Ke dia selamba x nak defend ko?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 10:26 AM | Show all posts
rose_2011 replied at 28-5-2015 01:29 PM
Orang sebelah utara pinky.
Takde hal sebenarnye. Memang lain family lain cara. Benda tak susah se ...

Hi

I just nak cakap, apa pun be your self. Tak perlu nak ubah diri sangat sebab nak ambil hati mentua.

Jadi diri sendiri, jangan fake.

Mentua nak terima atau tak nak terima, tu masalah dia.

Janji you hormat dia, you lakukan tugas you sebagai menantu sebaik mungkin dah cukup.

Dia hanyalah mentua you. Tugas you sebenar adalah menjaga suami dan keluarga you.


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 01:45 PM | Show all posts
dulu ai pernah juga kecik ati dgn family mil...
ai x jejak umah dia selama 2 tahun...
so is my husband...sebabnya selama ni kalau balik umah mil ai yg ajak...
otherwise dia mcm tertutup pintu hati je...padahal dia baik sangat...
peliknya kalau ajak ..jom aje...
cuma bila raya ai ingatkan dia suruh balik and ai raya umah my mom...
since then mil mcm segan kat aku dan lebih bersopan sikit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2015 12:23 AM | Show all posts
Jamilahbebee replied at 7-7-2015 03:31 AM
Bertabahla ye sis..aku x pernah merasa ada FIL so mmg aku x tahu cane feeling nye.husband ko ok ke d ...

thank u sis Jamilah & kwn2 yg response.
alhamdulillah my husband paham peel family dia, n dia pun sebelah kan rose, cuma dia dok di tengah2, cuba nak jernihkan balik.

setelah lama tak balik umah mertua, raya aritu rose balik n beraya dgn PIL n adik2 in laws, si adik ipar perempuan masa i masuk umah buat2 tak nampak, salam pun idak, sebolehnya nak buat2 tak nampak walaupun depan mata. tapi at the end terpaksa salam dengan rose n mintak ampun maap. With PIL pun rose bersalam, MIL siap nangis2 bagai masa beraya tu ( tiap2 raya my MIL nangis hehe).

abes beraya rumah PIL, kami beraya umah Mak LOng ( kakak sulong my FIL), pegi rumah diorang si sepupu yang ada isu dgn rose buat2 tak nampak rose walaupun adik beradik dia semua bersalam-salaman dgn rose, tetiba dia meluru masuk bilik n hentam pintu bilik, then keluar balik, then masuk balik hentam pintu bilik. Perkara ni berlaku depan mak pak dia, my husband and adik-beradik ipar duai yang lain. I tak amek peduli. Biar orang yg menilai ko lepas ni.

Abes perihal raya, seminggu lepas tu my PIL bising dekat my husband, PIL kata ada orang claim nampak i pegi jogging tak pakai tudung. Which my husband defend i, dah berzaman i tak pergi jogging mahupun bersukan since sibuk dengan meniaga. Terdiam diorang on the spot.

Bila my husband story kat i, i speechless juga coz takkan diorang tak caya kat i sampai boleh caya bulat2 fitnah dari ntah sapa2. I advice suruh orang yang sebar fitnah tu amek gambar bila nampak benda2 tak elok i buat untuk bukti.

Now my BIL ( abg yg sulung) and his wife pun anti i,sejak i deactive fb, diorang claim i block diorang. Bertalu2 tag my husband kat post bergambar pasal 'silaturahim adik beradik lebih penting dari isteri'.. "adab isteri dengan keluarga mertua"..perempuan itu...perempuan ini..
Dan masing2 pakat support each other and like n komen sarcastic.

My MIL nye besday aritu, i call banyak kali nak wish pun tak berjawab. Sedangkan my husband call laju je dia jawab. Biar la

For my FIL pula, dia ada cakap kat my husband few days after raya, yang dia takot i salah faham dengan 'teguran' dia dulu tu. Dia tak sangka i akan amek 'teguran' dia sampai macam ni sekali. Katanya dia tegur sebab i selalu pergunakan my old mom, tinggalkan my mom sorang2 (which we all know that's not true).. tapi sebab terlampau marah terus terbabas kata2 maki nista yang lain tu. Senang nye...Why not datang jumpa n cakap kat i depan2 seperti masa memaki rose face to face dulu.

Alhamdulillah, i dah tak sesakit ati/sesedih awal dulu. I tak de nak mesra2 macam dulu, borak2 macam dulu. Cakap bila perlu, jawab apa yang disoal sambil berjaga2 setiap perkataan.

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 02:48 PM | Show all posts
kazen lelaki iols penah cerita. mak mentua dia haru skit. jenis mata duitan.

dengan ank2 perempuan dia, dia suka la sebut " suami boleh cari, mak dan  adik beradik xde ganti"

wife kazen panas jugak la tgk mak n adik2 dia komen macam tu. dia ckp "Abang XXX jaga aku elok tau, habis tu korang nk tengok ke adik beradik bercerai-berai" baru senyap semua.

lebih kurang kes tt la kot,jenis pikir suami/isteri blh ditukar ganti maka pakat2 la la dok goncang rmh tgga ank/abg/adik/kakak bagi bercerai berai.

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 05:42 PM | Show all posts
bila baca masalah TT aku rasa mmg most of menantu especially menatu perempuan mesti akan ada problem dgn family in law...kalau tak dgn MIL, dgn SIL BIL n dgn biras...
aku dulu pon ada je probs dgn SIL...bergaduh besar juga...tapi nasib baikla habi aku tau aku tak bersalah dan dia backing aku kaw kaw...dia sound kakak dia n lps tu lama2 everything jadi okay...
maybe dia igt kita sng dibuli...which is silap la kan...

so aku suggest, ko jadi je diri sendiri...tak yah dah nak please everyone...
kalau kita baik mcm malaikat sekalipon, kalo org tak suka...tetap dicari jugak kesalahan kita..kalo tak de kesalahan sanggup reka cerita n fitnah yg bukan2...so stop justify things to your family in law lagi...sbb kalau ko try to explain n defence diri ko pon.,..tetap tak guna n ko still jahat kt mata diorang...
tak yah kecik hati sbb diorg tak invite ko join group wasap diorang..tapi ko patut bersyukur sbb ko tak yah nak layan drama diorang...aku mmg ckp kt habi aku, don't even invite me dlm group diorang...aku tak berminat...so diorang tak invite aku n aku aman2 jer....sikit pon tak kesah...

ko tak yah dah nak telebih ramah or telebih rajin semata nak amik hati diorang..
ko buat ala kadar je...
janji kebajikan habi ko, ko jaga betul2...
ko bertegur sapa n bersembang pon ala kadar je...kalo diorang tegur, ko respon..kalo tak tego ko buat donno je...
dan jangan add in law or biras ko kt social media mcm FB ke IG ke whatso ever...don't ever!!
aku walaupon diorang request...aku tak approve lansung sampai ke sudah...lantak la nak cakap apa pon...

mmg dulu masa baru2 kawin aku gigih gila nak amik hati diorang..tapi end up diorang buat mcm2 jugak kt aku...mengata kt blkg jgn ckp la...ada ke tak kena kt mata diorang..aku rajin tolong kt dapur pon tak cukup lagi...ada je benda yg tak puas hati..
last2 aku give up dah nak telebih gigih so aku jadi diri aku sendiri...
kalo suka...suka la...kalo tak suka...lantak korang la...

dari tak de anak sampaila ada anak...aku ikut mood je dgn in law aku..dah mls nak beria...n happen to be...bila aku jadi diri sendiri...ok plak diorang..tak berani dah nak sindir2 aku...mengata kt blkg tu lantak korang la..aku sikit pon tak heran...
habi aku pon dah tak paksa minta aku beria dgn family dia..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 04:03 PM | Show all posts
segala FB ni baik elak terus la kalu once dah kawen sebab tu modal terbesar org nak kutuk kita. kalu nak gak berFB dgn ipar duai segala tu pas kawen ko create la account baru yg friendlist tu ipar duai family saje.... bukan apa kot la derang gali balik citer2 zaman jahiliah sebelum jumpa dgn husband..tu pun leh wat modal gak tu ...Pastu jangan lupa ko gi check balik setting tu biar account lama tu  hanya friendlist je leh view foto dgn status ..so stalker takleh sneak peak kat ko nyer account

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2015 03:18 PM | Show all posts
Edited by rose_2011 at 9-10-2015 03:27 PM

YOU COULD DRIVE A PERSON CRAZY ( OR EVEN SUICIDAL )

Lama rose menyepi kerana mencuba seboleh mungkin untuk lupakan kisah dulu, tapi selama kita menyepi n berdiam diri dah bertingkat2 fitnah dan kata-kata nista family in laws trashing about me.

1.       Setelah deactive fb sekian lama, page bisnes rose bagi kakak sulung rose handle untuk marketing & post2 about produk. Rupanya adik beradik in laws in dok trashing kita kat PAGE FB BISNES kita. Dari kakak sulung rose tak tau, sampai la semua family rose tau. Korang imagine la page pasai baju2/tudung2..tetibe orang dok post kat komen2 & post kat timeline page pasai anak derhaka, menantu durjana bagai, which itu keje si abang sulung ipar, n the rest adik beradik sepupu sepapat in laws pakat komen2 support. Talk about maturity.. Jantan bapak budak umo 40 something tapi trashing orang kat fb.. duhhh

2.      Sekarang ni adik lelaki in laws nak kawin, dengan girl yg parent in laws tak bekenan. n si SiL nak jadi orang tengah kononnye. Dok pujuk la si adik ni jangan kahwin dgn girl tu, this time biar ikut pilihan mak diorang. Siap bagi contoh..which i quote "Jangan jadi mcm abg &&*** ( my husband), si abg &&*** tu awal lagi dah TEKENA dgn pompuan tu, sampai parent kata apa pun tak nak dengar, tengok sekarang susah je idop, ko nak jadi macam tu takde redha mak pak??"..

Pompuan tu tak sedar yg adik dia pun dok diskus dgn my husband, he sent screencap whatsap diorang kat my husband. I baca memang shaking terus badan. Can u guys imagine, rupanya dari saat pertama diorang memang tak suka, tapi bermuka-muka bila depan kita, They lied to me with every smile.. They lied to me with every salam.. from d very start.

Logic please..kalau aku nak sihir ke pisau cukur ke of coz g cari yg kaya raya. and even i witch (maybe witch yg bodoh x pilih mangsa yg kaya raya).. i tak kan bagi my husband bagi duit tiap2 bulan kat mak n pak dia, even beli keta mpv sebijik kat depa, buat loan sampai 9tahun. Baik aku kikis mangsa aku sampai tinggal spenda ja.

At the end, semua perempuan2 yg kahwin dgn anak lelaki dia yg sorang ni adalah jahat, semua perempuan2 ni main sihir utk kikis harta anak lelaki dia. Dorang ja yg suci murni bak kain putih.

I can relate myself in current condition to what happened kat 1st wife dia dulu, memang diorang claim d exwife buat nasi kangkang la etc2. End up the exwife tak tahan sampai 2 kali attempt bunuh diri.

3.         Selama ni parent in laws ingat gaji anak dia rm5K sebulan.. padahal rm2k pun tak sampai. Now kompeni husband ada masalah kewangan, banyak kena cut, so tak leh claim ot n etc2.. Imagine dengan keta ada 2, loan itu ini, so berbulan2 i tolong settle kan bil2 and even duit dapur, now kereta MPV yg my husband beli utk parent dia dah nak kena tarik, last i juga bayar, sebab taknak nama my husband black list, harap kat adik beradik lain semua cuci tangan siap cakap itu kan under nama abg&&*** bukan under diorang.

Bila my husband tak mampu nak bagi duit poket bulan2 kat his parent, si ibu tu siap berdrama air mata kata anak dah lupa kat dia.. So my husband explain to his parent his situation, and i yg banyak tolong dia and i yg settlekan keta yg PIL guna, terdiam diorang.. i ingat diorang insaf n accept i balik. But they kept trashing me yang kata itu semua bala dari Allah untuk kami sebab derhaka dengan ibubapa.

OMG, buta kah kau??

Kenapa layan aku macam aku yg menumpang korang, korang patot pikir anak korang kahwin dgn aku banyak keselasaan dah, rumah dah ada, tak payah pikir nak beli or sewa rumah.

Korang nak issue kan sebab aku dah tak pegi jenguk PIL, so korang claim aku kurang ajar and melawan. Aku bukan melawan korang, aku tak pegi jenguk bukan tanda aku kurang ajar and tak hormat orang tua.. Tapi aku selamatkan diri aku, sebab aku tau apa yang dah jadi kat diri aku..mentally and physically. I ve been destroyed, and i have to do lots of hardwork on my self to get back and moving on... I will never win in this kind of game. 10 lawan 1. Yang 10 tu players yg strong ( si ibu dengan air mata nye, si bapak dengan ketayap n majlis ilmu yg tak pernah miss, si anak2 yg konon penyayang), VS me ( outsiders, nobody, useless to them). I m sure orang luar jadi jury, dengar cerita dari family in laws pun akan sokong coz they have 'strong look'.

Aku dididik macam mana erti hormat, dah di ajar kasih sayang and sopan santun. Oleh itu aku tau macam mana rupa orang Hormat, kasih & sayang. And obviously apa korang buat kat aku bukan tanda kasih jauh sekali hormat.

Kenapa buat aku macam ni? Aku tak bunuh orang, aku tak berzina dengan orang.. aku tak sepak terajang suami aku..aku tak maki jerit2 kat suami aku. I Know i dont deserve this kind of treatment!

YOU KNOW WHAT YOU HAVE TURN ME INTO??- moody & depress, and aku cepat panas baran. even over small thing. Baling barang2 tu dah selalu sangat.
- i m not happy like i used to be. and aku jadi pendendam.
- i dont trust people anymore!

- sampai saat bila aku tengok laki aku, aku menyampah sangat, sebab aku tengok muka dia aku teringat depa. Ada saat aku cakap lebih kurang ja, aku pernah paksa juga2 husband aku beli kan benda2 mahal iphone+handbag (dah kata aku pisau cukur, meh sini aku cukur anak ko sampai tulang).. Sampai my husband terpaksa buat sesi heart to heart dgn aku, utk tahu apa dalam kepala n hati aku.
- my family pun penah tegur coz i nampak lain, tak sehappy dulu and tak se vibrant dulu. i lagi banyak duduk sendirian n tak banyak cakap.

- i event luahkan kat my husband, if this thing hard to hold on, just let go.. so you n i could be happy even it means separately. Serius, deep in my heart,kalau i boleh tau benda macam ni akan terjadi, aku tak kan pilih utk kahwin dgn insan bernama husband aku, aku akan lari sejauh mungkin. if i knew..if i dont be so innocence before.. BODOHNYA AKU.
- i advice my husband, if jodoh kita tak panjang, i minta dia kahwin la dgn pilihan PIL dia, coz at least next woman tak jadi mangsa macam i. Becoz it's too hard to bare.

SO HOPE KORANG BAHAGIA DENGAN APA KORANG BUAT. HANYA KORANG JA YG SUCI, YG AHLI SYURGA. KORANG MENANG.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 11:26 PM | Show all posts
rose_2011 replied at 9-10-2015 03:18 PM
YOU COULD DRIVE A PERSON CRAZY ( OR EVEN SUICIDAL )

Lama rose menyepi kerana mencuba seboleh mung ...

saya baca dari first post, banyak2kan bersabar ye.dalam keadaan sekarang ni lagi lah kena byk2 sabar.if u love ur husband dont let him go.marriage is never gonna be easy.its a gamble.u have raised the stake high on the first place.kalau give up sekarang u may or may not recover...so hang tight onto it..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 12:51 PM | Show all posts
rose_2011 replied at 9-10-2015 03:18 PM
YOU COULD DRIVE A PERSON CRAZY ( OR EVEN SUICIDAL )

Lama rose menyepi kerana mencuba seboleh mung ...

astaghfirullah... diorang ni macam takde iman ek... tea menangis baca your posting ni... dahsyat sangat u kena sampai ke tahap thrashing your FB business acoount... tak boleh ke u block diorang nyer account? u nominate few admins laa utk page tu, tea pun nominate few admins supaya senang nak urus...
how's your husband stand skang ni? dia memihak pada u ke pada diorang? sbb tea pun face similar issues, tp tea masih survive sbb husband memihak pada tea lepas isue kantoi berjemaah tea buat loud speaker masa insiden diorang maki tea tu... yang penting skang ni is your husband... kalo dia support you, u'll be strong... dan he knows exactly how to manage his family (in laws)..

tea atk severe ties dengan diorang... berjumpa masa raya, tp tea buat hal sendiri aje, layan anak, layan ipad... taknak bercakap 3,4 hari dengan tea pun takde hal... diorang taknak dukung / sentuh anak tea pun takde hal... diorang dingin tanak sentuh makanan tea masak or bawak pun takde hal, walaupun tea bawak 15 bekas kuih raya and cuma luak sebekas sbb hidang kat tetamu aje... bekas2 yang tak luak tu tea ambik bawak balik sedekah dengan orang lain yg susah2.. ape ade hal.. nak boikot?? lantakkkk.....

tea siap kena jerkah dengan mertua tea depan2 orang... "ngko tu perabih pitih *** (suami)" mmg gigil laa time kena jerkah tu. tp tea tahan dari naikkan suara.. tea cuma jawab... tak harap sesen pun duit laki... tea ni berdikari... pastu dia pusing cite kat suami tea, tea ni ada potensi curang & lari ikut jantan lain. pfttt......

u anggap je diorang ni sakit jiwa dan sangat2 berdengki dengan u & nak u susah... if u tunduk kat diorang, rugi la.. nanti diorang berjaya.... dont let them.... u're stronger than that.... sbb tu u mampu dpt ujian macam ni.. ok!! luahkan je kat sini... we support you...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 04:50 PM | Show all posts
rose_2011 replied at 9-10-2015 03:18 PM
YOU COULD DRIVE A PERSON CRAZY ( OR EVEN SUICIDAL )

Lama rose menyepi kerana mencuba seboleh mung ...

toksah lah ko torture laki ko. selama ni dia side kau kan? yang problematic nya keluarga dia. ko ignore jek. build up balik financial, emosional korang. tunjuk sikit korang bahagia. biar diorang lagi stress.


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
rose_2011 replied at 9-10-2015 03:18 PM
YOU COULD DRIVE A PERSON CRAZY ( OR EVEN SUICIDAL )

Lama rose menyepi kerana mencuba seboleh mung ...

Ya allah..dh serupa firaun je inlaws u tu. Mocik paham kalau sakit hti kat inlaws sure muka laki kita pon x hengen nk tgk sbb dok teringat.sabar byk2 ye uols.uols ada mak kan?mintak mak u tlg doakan byk2 sbb doa mak senang nak makbul.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.293310 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list