|
[Tempatan]
Najib-Taat atau derhaka titah raja?#74 Gesaan Muhyiddin, #251 Zahid
[Copy link]
|
|
hakak terbayang rambut kak mah kuncup dah sebab x leh shopping |
|
|
|
|
|
|
|
@apam
@dizek
sila masuk sambung hencap cina dap |
|
|
|
|
|
|
|
sampai ke raja2 syumul cina dap berjaya menghasut |
|
|
|
|
|
|
|
statement tukang announce anak bulan???
senyum sinis aja sis...
sampai ke tukang announce anak bulan pon DAP pi hasut
@apam |
|
|
|
|
|
|
|
umno akan buat malaysia mati bersama2 umno... |
|
|
|
|
|
|
|
Damn...
Delete post...
Perlukan update di tajuk jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Korang memang betul. Najib kena akur dgn titah majlis raja raja. |
|
|
|
|
|
|
|
Kapal Najib dah nak tenggelam.
Tak tahu melayarkan kapal, nak juga jadi kapten.
Akhirnya, layar dikembangkan tapi sauh dilabohkan......
Terus tak bergerak di tengah-tengha lautan.
Kena pukul ribut, habis karam.
Ko pun nak mati bersama dia ke apom.........????
|
|
|
|
|
|
|
|
brader dizek suka benar guna alasan recyclenya bahawa segala masalah 1MDB itu berpunca dari DAP dan mereka2 yg tak bersetuju dgn 1MDB telah termaskan hasutan DAP
harapnya brader dizek tak guna alasan yg sama berkenaan titah majlis raja-raja berkenaan dgn 1MDB ni
bukan apa kadang bila dah terlampau naik sheikh memuja tuannya semua benda di bantainya
sekadar mengingatkan
|
|
|
|
|
|
|
|
sy dh byk kali tanya @dizek semlm:
adakah anda menuduh bhw majlis raja2 melayu ini diperkuda cina dap? seperti yg dia biasa menuduh pkr, bershits, sprm, bnm, sekolah kebangsatan cina, dong lanchiau zong, dan sebagainya...dia masi x jawab...hanya konar baring....
@apam lagi teruk...utk protek tuannya...sanggup sindir majlis raja2 melayu...sindir itu macai tgo anak bulan dan sebagainya...
bila geng umno buat hina...no problem...janji bukan cina...
|
|
|
|
|
|
|
|
brader dizek tu memang kelakar orangnya
agaknya kat kampung dia..dia ni pak pandir kut
semua benda nak dikaitkan dgn DAP hatta yang buat taik tu dah memang jelas org lain eh tetap jugak nak dikatanya DAP yang buat
bukannya saya ni org DAP malah saya tak pernah pun sokong DAP selama ni
cuma tindakan mcm tu sgt tak masuk akal dan bila berterusan dibuat nampak lagi bangang
yg menarik tu dia cukup istiqmah dgn pembangangngannya
untung la kalau dapat kadam mcm tu
|
|
|
|
|
|
|
|
sis.. tergelak sampai terkepit2 hest membaca statement ini ok
|
|
|
|
|
|
|
|
Raja2 dah bertitah,
Kena tubuhkan suruhanjaya diraja utk menyiasatnya...
Biar dipihak raja yg menyiasatnya....sama ada nak lambat atau cepat
Kerajaan dah tak terlibat...rakyat kena terima keputusan siasatan dipihak raja.
|
|
|
|
|
|
|
|
so bile nk repeat perhimpunan merah ?
hencap pulak raja2 ? atau mungkin cina DAP dah bayar raja2 ?
apa kata macai ? |
|
|
|
|
|
|
|
Teguran Raja-Raja Melayu tepat waktu
Afif Bahardin  7 Oct 2015, 2:52 pm  7 Oct 2015, 2:59 pm
https://www.malaysiakini.com/letters/314871
AMK menjunjung kasih ke bawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang telah bersidang dan tampil dengan kenyataan bersama untuk menegur kepimpinan tertinggi BN hari ini.
Tindakan para pemimpin tertinggi BN itu mengakibatkan negara dan rakyat berada di dalam krisis kepimpinan dan ekonomi yang parah.
Majlis Raja-Raja mengeluarkan titah menuntut agar isu skandal 1MDB diselesaikan dengan segera dan agar setiap pemimpin politik agar menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang seperti yang termaktub di dalam Rukun Negara.
Keprihatinan dan ketegasan dalam saranan ini adalah tepat pada waktunya.
Majoriti rakyat telah bersuara dan menyatakan pendirian bahawa mereka hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan BN.
Luahan ini bukan hanya muncul di media sosial atau diperolehi melalui kajian bebas. Ia juga boleh dilihat melalui kejayaan perhimpunan aman BERSIH 4 yang menunjukkan rakyat menuntut perubahan kepimpinan dan reformasi sistem bagi menyelesaikan krisis ini.
AMK mendesak agar Datuk Seri Najib Razak segera meletakkan semua jawatan beliau di dalam kerajaan, sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.
Najib dilihat gagal menjawab dengan fakta dan bukti yang jelas berkenaan skandal yang membelenggu dirinya.
Selain itu, perdana menteri juga dilihat enggan berhadapan dengan siasatan dan perbicaraan yang rakyat hilang kepercayaan dan seterusnya menjejaskan kedudukan negara pada pandangan dunia.
Integriti dan tata kelola kerajaan BN yang terus dipersoalkan turut menjejaskan ekonomi negara yang akhirnya membebankan rakyat.
AMK juga menggesa semua ahli parlimen, waima dari kerajaan mahupun pembangkang, agar bersepakat untuk mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada sesi sidang Dewan Rakyat yang akan datang.
Usul undi tidak percaya ini adalah permulaan kepada perubahan dan reformasi sistem yang wajib dilaksanakan bagi menyelesaikan krisis yang melanda negara ini.
Perbezaaan pendapat dan apa jua perselisihan yang wujud di kalangan Ahli Parlimen harus diketepikan demi kepentingan negara.
Rakyat bakal menjadi saksi sama ada ahli parlimen hari ini bakal dikenang sebagai wakil rakyat yang menyelamatkan negara, atau yang telah membenarkan negara terus dihancurkan oleh Datuk Seri Najib Razak dan BN.
--------------------------------------------------------------------------------
DR AFIF BAHARDIN timbalan ketua AMK Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Muhyiddin gesa PM junjung titah Majlis Raja-raja
7 Oktober 2015
http://www.sinarharian.com.my/ka ... -raja-raja-1.437853
SAYA amat menyambut baik dan menjunjung kasih titah DYMM Raja-raja Melayu supaya kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap piha-pihak yang terlibat.
Titah yang terkandung dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Peyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad semalam menunjukkan keprihatinan DYMM Raja-raja terhadap kemelut 1MDB yang semakin hari semakin menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
DYMM Raja-raja pada kebiasaannya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali ianya melibatkan isu besar yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara. Apabila DYMM Raja raja bertitah mengenai isu 1MDB, ini menandakan 1MDB adalah satu isu yang amat besar pada hemat baginda sekalian dan membayangkan kebimbangan mereka tentang kesan negatif kemelut 1MDB terhadap rakyat jelata dan negara. Titah DYMM Raja-raja dalam hal ini amatlah saya hargai dan sanjung tinggi.
Oleh kerana DYMM Raja-raja telah bertitah menggesa kerajaan supaya bertindak segera menyelesaikan kemelut 1MDB, maka pihak yang sewajarnya menjunjung titah baginda sekalian ialah YAB Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan. Tanggungjawab menyelesaikan isu ini akhirnya terpikul di bahu YAB Perdana Menteri sendiri.
Beliau mesti memastikan siasatan terhadap 1MDB oleh agensi-agensi berkaitan dijalankan secara telus, adil dan berkecuali tanpa sebarang gangguan atau campur tangan daripada mana-mana pihak. Lebih penting lagi, jika hasil siasatian mendapati terdapat pihak-pihak yang melanggar undang-undang, maka tindakan undang-undang perlu diambil dengan kadar segera tanpa rasa takut dan pilih kasih.
Sehingga kini, masih tiada sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak berhubung skandal 1MDB. Sepertimana yang dilaporkan oleh media, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia, telah membuat kenyataan bahawa BNM telah pun menyelesaikan siasatan berhubung transaksi 1MDB dan hasil siasatan telah diserahkan kepada Peguam Negara pada bulan Ogos yang lalu.
Jika hasil siasatan Bank Negara mengandungi bukti-bukti yang boleh mensabitkan mana-mana pihak dengan apa-apa kesalahan di bawah undang-undang negara, maka adalah menjadi tanggungjawab Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendakwa mereka yang terbabit di mahkamah.
Saya khuatir oleh kerana kemelut 1MDB adalah satu isu yang menyentuh kepentingan awam, maka kelewatan Peguam Negara membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan akan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis. Adalah wajar bagi Peguam Negara tampil dalam masa terdekat untuk memaklumkan kepada masyarakat umum mengenai perkembangan mutakhir berhubung perkara ini.
Mengambil semangat titah DYMM Raja-raja berhubung kemelut 1MDB, agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dahulunya terlibat dalam Pasukan Petugas Khas siasatan terhadap 1MDB mesti diberikan ruang yang seluas-luasnya untuk meneruskan siasatan terhadap syarikat ini hingga selesai dan menyerahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Begitu juga dengan siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Keanggotaan PAC mesti diisi dengan segera untuk membolehkan jawatankuasa ini meneruskan siasatan mereka terhadap 1MDB. Amat malang sekiranya siasatan oleh PAC terbengkalai hanya disebabkan beberapa ahlinya menerima pelantikan sebagai anggota pentadbiran kerajaan persekutuan ekoran rombakan kabinet baru-baru ini.
Masyarakat umum juga tertunggu-tunggu laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB. Laporan awal mengenainya telah pun diserahkan kepada PAC. Dengan siasatan oleh PAC yang tergendala setakat ini, masyarakat umum pastinya ingin mengetahui status laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.
Pada hemat saya, perkembangan siasatan dan pendakwaan berhubung skandal 1MDB amat mendukacitakan. Di satu peringkat kerajaan kelihatan serius untuk menyelesaikan kemelut ini, tetapi kemudiannya perkembangan proses siasatan kelihatan perlahan dan hampir tergendala. Seolahnya terdapat tangan-tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak-pihak tertentu. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.
Saya juga berasa bimbang dengan tindakan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan mengenai 1MDB. Yang terbaharu ialah penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma 2012 semata-mata kerana tindakan beliau membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa di luar negara berhubung transaksi 1MDB.
Seingat saya Sosma adalah satu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen negara kita untuk membendung kegiatan keganasan atau terrorisme. Adakah tindakan membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa berhubung transaksi yang dibuat oleh sebuah syarikat swasta merupakan satu kegiatan keganasan? Adakah 1MDB kini telah menjadi satu institusi yang kebal dan amat dilindungi oleh pihak berkuasa negara kita? Saya tidak fikir begitu. Membuat laporan terhadap 1MDB bukanlah satu kegiatan keganasan dan 1MDB bukanlah sebuah institusi yang kebal. 1MDB adalah satu entiti yang tertakluk kepada undang-undang negara.
Memandangkan DYMM Raja-Raja telahpun bertitah menggesa kerajaan menyelesaikan segera kemelut 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit, maka pada hemat saya adalah amat wajar bagi warganegara yang prihatin menyuarakan kebimbangan mereka mengenai isu 1MDB atau membuat laporan kepada mana-mana pihak berkuasa supaya menyiasat setiap dakwaan terhadap 1MDB secara telus, adil dan berkecuali. Mereka yang membuat laporan mengenai 1MDB sewajarnya mendapat perlindungan undang-undang dan bukan sebaliknya.
Malaysia adalah sebuah negara yang berpaksikan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berasaskan perlembagaan dan undang-undang negara dalam menyelesaikan kemelut 1MDB bukan sahaja akan menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis malah mencemarkan nama Malaysia di mata masyarakat antarabangsa.
Dalam beberapa lawatan saya ke luar negara yang mutakhir ini, saya sering ditanya oleh pemimpin negara luar tentang isu 1MDB. Mereka berasa amat hairan dengan apa yang terjadi kepada negara kita. Mereka tidak percaya sebuah syarikat pelaburan strategik negara menanggung hutang berbillion ringgit dan menghadapi masalah aliran tunai yang kronik sehingga tidak mampu untuk membayar hutang-piutang syarikat. Lebih malang jika wang dalam kantung syarikat ini juga telah lesap.
Malaysia adalah sebuah negara yang amat dihormati oleh masyarakat antarabangsa dan diyakini oleh para pelabur dan pedagang di seluruh dunia. Janganlah kita biarkan kemelut 1MDB mencemarkan nama baik Malaysia. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Oleh yang demikian, amatlah wajar bagi kerajaan dan pihak berkuasa negara kita menjunjung sepenuhnya titah DYMM Raja-raja Melayu supaya menyelesaikan segera kemelut 1MDB dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin
Timbalan Presiden Umno
Kenyataan ini dikeluarkan di Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin |
|
|
|
|
|
|
|
Cheh! penat je baca.. dizek tak masuk lagi. Mana dizek ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Teguran Majlis Raja-Raja selaras sentimen rakyat
Wartawan Sinar Harian
8 Oktober 2015
http://www.sinarharian.com.my/na ... men-rakyat-1.437940
SHAH ALAM – Teguran Majlis Raja-Raja selaras dengan sentimen rakyat ketika ini yang bimbang dengan isu 1MDB yang dibebani hutang.
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, pemimpin kerajaan perlu mengambil serius kebimbangan dan pandangan yang dititahkan Majlis Raja-Raja supaya menangani segera isu
Beliau kerajaan negeri mengalu-alukan kenyataan raja-raja Melayu itu, yang menurut beliau penting kerana melibatkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia.
“Kami (Kerajaan Selangor) berpandangan bukan sahaja pemimpin, tapi seluruh negara patut mengalu-alukan dan mengambil serius pandangan yang dinyatakan dalam kenyataan itu.
“Tanpa ragu, setiap yang diluahkan dalam hal itu adalah senada dengan orang ramai yang berkongsi kebimbangan dengan isu yang dibangkitkan oleh Majlis Raja-Raja,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Mohamed Azmin berkata, sekiranya tidak ditangani segera isu 1MBD itu, ia dibimbangi akan menjejaskan ekonomi negara dan masa depan rakyat keseluruhannya.
“Jika isu ini tidak ditangani dan dibenarkan berpanjangan, ia mampu mengancam ekonomi negara dan kehidupan orang ramai.
“Bahkan pada masa sama juga dapat mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara,” kata Timbalan Presiden PKR itu.
Kelmarin media melaporkan, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengeluarkan kenyataan Majlis Raja-Raja yang mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak yang terlibat.
|
|
|
|
|
|
|
|
wow ada nama timangan lagi cangih la
|
|
|
|
|
|
|
| |
|