CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kagiru

Kisah Misteri Nukilan Kagiru

[Copy link]
Post time 9-10-2015 02:48 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 8-10-2015 04:45 PM
dia punya lane motosikal separate kan...
disebabkan uols naik kereta bolehla iols cerita..
ada k ...

gerai sate depan bangunan umno tu kan..situ mmg sedap..isi dia pn tebal...kuah pn sedap...selalu beli tang tu..nyammm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 02:55 PM | Show all posts
toyaq_03 replied at 9-10-2015 02:48 PM
gerai sate depan bangunan umno tu kan..situ mmg sedap..isi dia pn tebal...kuah pn sedap...selalu b ...

tak taula bangunan umno yg mana...selalu pi kubang semang sebab nak makan kat puncak mutiara kg pelet...
tak pandai sangat jalan area BM tu, sebab tu masuk ikut BKE...

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 02:55 PM | Show all posts
kagiru replied at 8-10-2015 04:49 PM
Betul...BKE memang suram tengah malam...kes samun dan ragut juga banyak...nanti saya akan ceritaka ...

mengkuang dam tu masih tutup lg kan? dulu selalu dok pi jogging kt situ..kdg2 piknik kt situ..haha...tp depa dok marah kalo pi mancing kt sana...kalo xsilap byk kes bunuh diri dan ada mayat ilang xjmpa2...xpastila...dh lama dgr cita tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 03:01 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 9-10-2015 02:55 PM
tak taula bangunan umno yg mana...selalu pi kubang semang sebab nak makan kat puncak mutiara kg pe ...

puncak mutiara??buweeekkkkk


xsedap....ada skali tu pi mkn checken chop...aym dh sejuk...kuah pepper pn xsedap...ayaq shake pn ceroyyy ja...hehe..bkn nk kutuk ye...tp tu la hakikatnya..hehe...skrng ni dok pi mkn kt De Pauh....kt ptmg pauh..dpan uitm...situ agak sedap..TT lain kali bole bwk family mkn sana..huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 03:11 PM | Show all posts
toyaq_03 replied at 9-10-2015 03:01 PM
puncak mutiara??buweeekkkkk

erk D Pauh memang pernah try tapi tahun lepas kalau tak silap...bagi iols overrated sana tak taula kalau sekarang dah improve...

mungkin uols terkena hari yg tak best kot...sepanjang iols pi memang masih memuaskan...
pi ngan chinese & indian colleague pun theyols cakap sedap & reasonable price...

cuma sekali tu pi masa bulan puasa / public holiday...servis punya lambat pasai semua pondok penuh...
dekat sejam menunggu !
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 03:35 PM | Show all posts
nak lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2015 03:59 PM | Show all posts
btw, TT, mohon share story pasai Mengkuang Dam....dulu kecik2 byk dgr cita pasai tmpt ni... la ni dh kurang cita sbb tmpt tu tutup utk diupgrade kan...hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2015 04:03 PM | Show all posts
toyaq_03 replied at 9-10-2015 03:59 PM
btw, TT, mohon share story pasai Mengkuang Dam....dulu kecik2 byk dgr cita pasai tmpt ni... la ni dh ...

In shaa allah toyaq..nanti saya akan sharekan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2015 04:03 PM | Show all posts
Kisah ke-4:

Cerita ini mengisahkan mengenai sebuah sekolah rendah di satu kawasan terpencil di Kedah.Arwah abah saya seorang Jaga disekolah tersebut, sebagai seorang Jaga tetap shif malam. Sejak abah saya pulih dari serangan angin ahmar yang menyebabkannya lumpuh sebelah badan, abah akan membawa saya dan abang menemaninya disekolah pada sebelah malam.Itu pun atas nasihat dari mak kerana takut apa - apa terjadi kepada abah dan tiada siapa yang ada disampingnya. Abah seorang yang kuat, dari seorang yang lumpuh sebelah badan kembali pulih dan mampu memandu kereta dan berjalan seperti biasa cuma tidaklah seperti sediakala.



Abah memanggil kami dengan panggilan abang dan adik, setiap hari selepas Insyak, abah akan mengajak kami ke sekolahnya. Jarak perjalanan adalah 30 minit dari rumah, abah akan memandu menyusuri jalan mini tar setelah keluar dari jalan utama.Kiri dan kananya adalah sawah padi. Sesampainya kami disekolah , abah akan memeriksa keseluruhan kawasan sekolah bersama-sama kami 2 beradik. Abang dan saya ketika itu baru berumur 9 dan 11 tahun tapi abah selalunya akan menyuruh abang pergi membuka lampu di setiap koridor. Abang semestinya takut dek kerana keadaan yang masih gelap pada ketika itu.Ini adalah diantara perbualan abang dan abah:



Abah: 'Abang, hang pi bukak lampu kat tangga tingkat 1 dengan dua bangunan hujung sana'
Abang: 'Huih???? Abang takut abah, sana gelap sangat'
Abah: 'Hang takut apa abang? Kalau dari kecik penakut, sampai besaq penakut'
Abang:'Adik, jom teman abang...kalau nak berani biaq berani dua - dua orang'
Adik: 'Adik jaga abah, kesian abah dok sorang nih'(serius saya bohong kerana pada hakikatnya saya takut nak ikut abang)
Abah:'Tak payah ajak adik,abang pi sorang abah tengok dari sini nak takut apa aiihhh'




Abang tengok saya sambil mulut membebel sendirian, saya hanya tersengih sebab takut abang marah. Tapi bila difikir-fikirkan balik sekarang baru dapat mengagak kenapa abah paksa abang pergi juga tutup lampu , sebab abah nak ajar abang agar dia lebih berani. Abang berlari-lari anak ke tangga yang di arahkan abah tadi, selepas kedua-dua lampu dibuka abang terus berlari dengan laju kearah saya dan abah.Abah bertanya kenapa lari ni? abang hanya mengelengkan kepala menandakan tiada masalah. Selpas menulis report yang diperlukan, abah mengajak kami masuk tidur. Kami tidur di dalam perpustakaan, ni part yang seronok untuk saya dan abang kerana kami boleh baca buku tapi abah tak benarkan kami bawa balik. Ketika tengah mencari buku, saya cuba merapati abang dan bertanya:



Adik: Abang..hang pasai pa? hang nampak hantu ka?
Abang: 'Aku nampak ada kakak pakai baju putih carik-carik kat tangga tadi'
Adik: 'Awat hg tak habaq kat abah?
Abang: 'Aku takut abah marah sebab aku takut kat hantu'
Adik: 'Ish tak leh la camtu, satgi kalau kakak tu pi jumpa abah pulak macamana?
Abang: 'Hang habaq sat kat abah boleh?
Adik:'Ok ok sat aku pi habaq noh.



Saya pun berlalu dari rak buku kearah abah.



Adik: 'Abah, tadi abang nampak ada kakak pakai baju putih carik carik kat tangga lampu tadi'
Abah: 'Abang mana?
Adik:'Abang, abah panggil ni.
Abang:'Ok sat.
Abah:'Betoi ka hang nampak abang?
Abang: 'Betoi abah, chek nampak taksat ni.
Abah: HAmpa tunggu sini satgi abah mai balik.



Saya dan abang , duduk diam-diam kat dalam perpustakaan , tapi tak sempat abah nak keluar dari perpustakaan. Kami bertiga dengan jelasnya nampak susuk seorang perempuan melalui di luar perpustakaan tersebut diiringi dengan esakan tangisan yang mendayu sayu. Langkah abah terhenti seketika, saya nampak abah sedang membaca sesuatu sambil matanya tetap memerhati gerak susuk tubuh tersebut. Tidak lama kemudian, abah berkata:



Abah: 'Dah banyak kali aku habaq, aku mai cari rezeki kita sama makhluk tuhan cuma dunia kita berbeza. Jangan tunjuk kat anak- anak aku depa tak dak salah apa cuma mai nak teman aku saja. Hang balik la sebelum ada yang sakit.



Suara tangisan semakin kuat cuma ianya hanya seketika sebelum hilang bersama angin yang agak kencang. Abah menyuruh saya dan abang terus tidur sahaja kerana keadaan yang tidak menigizinkan kami.Kessokan pagi seawal pukul 6 pagi kami bertolak pulang kerana kami akan kesekolah. BAlik saja dari sekolah, nampak Pakcik Hassan kawan sekerja abah ada dirumah. Rupanya abah mintak Pakcik Hassan mengantikannya malam ini sebab abah ada mesyuarat JKKK Kampung, saya dan abang agak muram sebab tak boleh nak membaca buku di perpustakaan sekolah abah.Tapi tidak mengapa kerana kejadian semalam masih hangat kami ingati.



Pada malam itu saya dan abang tidur agak lewat kerana keesokan harinya kami bercuti, tepat pukul 12 malam kami pun tidur diiringi dengan hujan lebat menambah lagi keenakan tidur kami. Sedang nyenyak tidur kami dikejutkan dengan bunyi telefon rumah, kedengaran mak mengejutkan abah kecemasan katanya. Abah menjawab panggilan tersebut, rupanya orang kampung menelefon abah memberitahu yang Pacik Hassan lari kerumah mereka dalam keadaan meracau yang teruk.Untuk pengetahuan para forumers, pakcik hassan adalah sekampung dengan kami. Abah bersiap-siap untuk ke sekolah, abah menasihatkan mak agar menjaga kami adik beradik baik-baik. Janagan buka pintu dalam apa keadaan sekali pun. MAk hanya mengiakan permintaan abah.



Pada keesokan harinya abah menceritakan kejadian semalam kepada mak, sedang Pakcik Hassan memeriksa kawasan sekolah, dia ternampak kelibat seorang perempuan menaiki tangga bangunan berhampiran. Pakcik Hassan terus memarahi perempuan itu dan mengatakan ini adalah kawasan larangan. Sejurus selepas itu perempuan itu memandang tepat ke arahnya dan terbang dari satu bangunan ke satu bangunan menuju kearahnya dan ketika itu barulah Pakcik Hassan sedar yang itu bukanlah manusia biasa. Pakcik Hassan terus melarikan diri ke arah pintu pagar sekolah tapi tiba-tiba kedengaran jeritan memanggil namanya hanya disebelahnya sahaja. Selepas itu dia hanya sedar selepas abah tiba dirumah orang kampung dan memberikan air tawar bacaan ayat suci al-Quran. Orang kampung mendengar jeritan Pakcik HAssan dan terus ke kawasan sekolah untuk melihat apa yang telah terjadi rupa-rupanya pakcik Hassan sedang menjerit keseorangan. Salah seorang orang kampung telah melaungkan azan setelah itu barulah mereka boleh membawa pakcik Hassan balik kerumah mereka.



Menurut cerita abah, kawasan sekolah itu dulunya adalah sebuah kawasan perkuburan lama yang telah ditolak untuk membangunkan sekolah tersebut. Pakcik Hassan telah diberi cuti selama seminggu dan 2 bulan kemudian dia telah ditukarkan ke sekolah lain. Tapi sampai sekarang Saya selalu terserempak dengan pakcik Hassan di masjid, masih sihat seperti dulu.



Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 04:07 PM | Show all posts
Jagendas replied at 9-10-2015 02:33 PM
dey.. jgn imaging mcm tu la
warna putih ok ..sbb gua pakai filter

Kehkehkeh... tea filter ke ko pakai? Aku terimajin sbb avatar ko tu x leh blah.. apa pon tgh menunggu cite n pengalaman tt yg best ni.. thnks tt sudi share..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 05:12 PM | Show all posts
RinIna replied at 9-10-2015 04:07 PM
Kehkehkeh... tea filter ke ko pakai? Aku terimajin sbb avatar ko tu x leh blah.. apa pon tgh menun ...

tu haaa
dah update tu .. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 05:13 PM | Show all posts
berani abg hang kagiru ..
kalau aku .. tercirit time tu jugak

masuk sekolah bkn waktu sekolah ni seram dia semacam
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 05:30 PM | Show all posts
Jagendas replied at 9-10-2015 05:13 PM
berani abg hang kagiru ..
kalau aku .. tercirit time tu jugak

Ya Ya.. aku dah baca.. mmg seramla oooiiittt.. kecik2 dah nmpk "minah" tu siap nangis2 lak..
lau ko smpai terkorek2 lobang hidung kot @Jagendas hikhik...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 05:34 PM | Show all posts
RinIna replied at 9-10-2015 05:30 PM
Ya Ya.. aku dah baca.. mmg seramla oooiiittt.. kecik2 dah nmpk "minah" tu siap nangis2 lak..
lau  ...

malam kang dia cari ko pulak
hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2015 05:56 PM | Show all posts
terima kasih forumers...kejadian berlaku pada tahun 1993...dan dua tahun kemudian abah kembali menemui Penciptanya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2015 05:56 PM | Show all posts
In shaa allah...nanti update lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengkuang dam, D pauh.. Rindu pulak zaman belajar dulu kat Bukit Mertajam.. Tapi sy bukan uitm.. hehe..

Mengkuang dam tu ada tokong cina ke atas bukit tu? sebelum nk sampai dam tu ada jirat cina besar gak kan tepi jalan.
scary wooo malam2. tak pernah lalu malam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
best cter kagiru. kipidap!
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 08:36 PM | Show all posts
@kagiru .... keep writing ..... sebenarnya nak penyepak ko sebab buat cite seram tp aku xleh berhenti baca ... hahahaha
keep writing .... :-)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2015 08:42 PM | Show all posts
damian_lee replied at 9-10-2015 08:36 PM
@kagiru .... keep writing ..... sebenarnya nak penyepak ko sebab buat cite seram tp aku xleh berhent ...

damian_lee...penyepak itu akan disambut dengan mesra bro...
sebelum keluar makan ngan my sweet wife ...saya belanja update baru...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.053982 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list