xdok bom
Kredit to :
https://www.malaysiakini.com/news/324112
Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan bahawa kejadian sebuah kereta terbakar di tempat letak kereta di stesen LRT Taman Jaya, Petaling Jaya, petang tadi bukannya kes letupan bom. Beliau mengulas khabar angin itu yang tersebar di media sosial dan kumpulan Whatsapp. "Ada orang yang bakar kereta di tempat letak kenderaan di LRT Taman Jaya, PJ. Tidak ada letupan bom. @PDRMsia sedang menyiasat," katanya dalam tweet. Dalam satu kenyataan sebelum ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan kebakaran itu memusnahkan dua kereta manakala empat yang lain hampir musnah. "Enam anggota dihantar ke tempat kejadian dan api berjaya dipadamkan dalam kira-kira 30 minit pada 1:32 petang. Kebakaran melibatkan enam buah kereta yang diletakan di parkir, Toyota Vios dan Proton Wira musnah 100 peratus; Suzuki Swift musnah 80 peratus; Proton BLM musnah 70 peratus; Proton Gen2 musnah 20 peratus dan Honda musnah 20 peratus," kenyataan itu dipetik. Sementara itu, Prasarana Bhd berkata kejadian itu tidak menjejaskan perkhidmatan LRT.
|