CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-LTS

Jabatan Meteorologi Menafikan Suhu Malaysia Akan Menjadi Sejuk

[Copy link]
Post time 2-2-2016 10:03 AM | Show all posts
so wartawan dapat info sahih dari whatsapp la ni ?
wartawan pun dah malas nk selidik setiap info
aci tulis
asalkn ada berita
nk lakukan suratkhabar ler tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2016 10:12 AM | Show all posts
sofiazara replied at 2-2-2016 09:48 AM
suratkabar kosmo laa yg start tulis smlm pasal berita ni...
aku beriya berangan nk g kuala kerai je ...



1 Feb 2016

[url=http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... ra&pg=ne_03.htm]http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... ra&pg=ne_03.htm[/url]



KUALA LUMPUR –Rakyat di Semenanjung Malaysia terutamanya di Kelantan dan Perak bakal menikmati cuaca sejuk dan nyaman seperti musim bunga di kota London apabila suhu di negara ini dijangka turun sehingga 20 darjah Celsius sepanjang bulan Februari ini.

Menurut sumber daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), fenomena itu berlaku berikutan angin sejuk di kawasan kutub utara yang terkumpul terlalu lama lalu mengakibatkan laluan luruan angin.

Luruan angin kutub utara itu ‘berpecah’ daripada sempadannya dan bertiup ke hemisfera selatan.

“Dalam beberapa hari lagi, luruan angin itu akan sampai ke utara Semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan pedalaman sekitar Perak dan Kelantan disebabkan faktor geografi yang berlatitud tinggi.

“Namun begitu, negeri seperti Perlis, Kedah dan sebahagian kawasan tanah rendah di Perak dijangka kurang terkesan dengan angin sejuk itu ekoran dipengaruhi suhu laut Lautan Hindi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.




Kosmo ni duk recycle berita tahun lepas ke?




7 Jan 2015

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa dalam tempoh terdekat seperti yang berlaku di negara ini pada Januari tahun lalu.

Fenomena itu akan dialami oleh penduduk di negeri-negeri Pantai Timur yang baru sahaja menghadapi bencana banjir terburuk dalam sejarah negara pada Disember tahun lalu.

Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.

“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.

“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin ketika dihubungi Kosmo! bagi mengulas mengenai fenomena cuaca sejuk yang bakal melanda Malaysia.


26 Jan 2014

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm

RUTIN harian Sukhon berubah sejak tiga bulan lalu sementelah lelaki warga Thailand itu terpaksa menjerang seperiuk besar air panas untuk kegunaannya mandi setiap pagi.

Malah, dia terpaksa mengenakan dua hingga tiga lapis pakaian termasuk baju sejuk dan stoking walaupun berada di dalam rumah.

Kesejukan luar biasa itu menyebabkan lelaki berusia lewat 40-an itu mengelak untuk keluar dari rumah terutamanya pada waktu malam dan awal pagi.

Cuaca sejuk dengan suhu minimum 17 darjah Celsius yang melanda Thailand bukan sahaja mengehadkan kegiatan harian penduduk malah turut memberi kesan kepada tanaman padi di negara itu.

"Tuaian baharu padi didapati tidak berkualiti kerana berbunga lebih awal daripada biasa.

"Apabila suhu rendah, pembajaan terjejas dan kami hanya mendapat sekam padi kosong," kata Presiden Kehormat Persatuan Pengeksport Padi Thailand, Vichai Sripraset menerusi portal berita Bangkok Post.

Lebih memburukkan keadaan, musim sejuk yang melanda seluruh wilayah utara, timur laut dan tengah Thailand itu telah meragut 63 nyawa setakat ini.

Turut menjadi mangsa ialah ialah seorang bayi berusia sebulan dan warga emas berumur 81 tahun serta seorang warga Kemboja dan seorang rakyat Britain.

Paling sejuk

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Thailand, Songkram Aksorn memberitahu, wilayah sempadan utara Chiang Rai mencatatkan paling banyak kematian dengan jumlah enam mangsa setakat ini.

Ia diikuti wilayah Sa Kaeo dan Nakhon Ratchasima di timur laut dengan masing-masing mencatat lima kematian.

Katanya, Bangkok turut mengalami waktu malam paling sejuk pernah direkodkan dalam tempoh 30 tahun dengan suhu jatuh sehingga 15.6 darjah Celcius.

"Musim sejuk tahun ini adalah paling panjang dalam dekad ini iaitu berlarutan sehingga tiga bulan," ujarnya.

Kejadian cuaca sejuk yang berlaku di Negara Gajah Putih itu turut melanda Malaysia apabila beberapa buah negeri di laporkan mencatatkan suhu purata serendah 17 darjah Celcius akibat terkena 'tempias' fenomena tersebut.


Perlis yang pernah mencatatkan suhu paling panas iaitu 40.1 darjah Celcius pada tahun 1998 kini mengalami perubahan suhu yang nyaman iaitu sekitar 23.3 darjah Celcius pada waktu siang dan 20 darjah Celcius pada malam hari.
Beberapa buah kawasan di negeri Pantai Timur tidak terkecuali apabila mencatatkan suhu terendah pernah direkodkan dalam sejarah.
Jajahan Kuala Krai, Kelantan mencatatkan bacaan suhu paling rendah iaitu 17 darjah Celcius berbanding sekitar 29 darjah Celcius bagi suhu maksimum.
Kawasan Pasir Putih pula mencatatkan bacaan 19 darjah Celsius selain Kota Bharu dan Gong Kedak dengan purata 20 hingga 25 darjah Celsius.
Angin monsun
Di Terengganu, Besut mencatatkan penurunan sehingga 19 darjah Celsius menjadikan ia rekod suhu terendah yang pernah dicatatkan di daerah itu.
Seorang penduduk di Kerteh, Siti Nuur Ailmi Ahmad, 27, memberitahu, cuaca di daerah itu ternyata lebih dingin daripada biasa dengan suhu sekitar sekitar 21 darjah Celsius berbanding hari biasa.
"Kami sekeluarga sudah dua bulan tidak menggunakan pendingin hawa, kipas pun guna pengaliran udara.
"Kalau mandi pun sekejap sahaja sebab sejuk sampai ke tulang," katanya.
Sementara itu, Pengarah Pusat Cuaca Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan itu berlaku ekoran tempias cuaca sejuk melampau dari negara di Hemisfera Utara yang dibawa oleh tiupan angin Monsun Timur Laut.
Angin monsun itu membawa kedinginan dari tanah besar China yang ketika ini sedang mengalami musim sejuk.
"Keadaan litupan awan yang kurang di seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi," katanya.
Tambah Helmi, cuaca dingin ini dijangka akan berlarutan sehingga awal minggu hadapan berdasarkan keadaan cuaca dan tiupan angin untuk beberapa hari yang akan datang.
"Fenomena ini akan berakhir apabila tiba musim peralihan dengan angin bertiup dari arah Lautan Pasifik," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm#ixzz3yyMXiyhW
Hakcipta terpelihara






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 2-2-2016 02:12 AM
1 Feb 2016

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg ...

tadi che gayah ckp dlm radio nasional fm..suratkhabar tu ada contact met..met bg info n fakta..suhu terendah yg pernah terjadi. kata che gayah cuma 16.5 darjah tu pun kat kuala kerai tahun 2014
yg dia kata luruan angin sejuk tu mcm x logik katanya sbb el nino akan terkesan sampai jun tahun ni
tapi semuanya ramalan manusia. kalau Allah nk suruh jadi..so jadilah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 10:18 AM | Show all posts
Aisehhh...simpan baliklah selimut tebal & kain batik
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 11:18 AM | Show all posts
dizeck replied at 2-2-2016 09:50 AM
tak serik2 kena tipu dengan media
sosial haprak

Apa nak heran..Kosmo kan adik Utusang


Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 11:47 AM | Show all posts
MissNigga replied at 2-2-2016 09:47 AM
cer try cek trid satu lagi pasai malaysia dilanda musim sejuk last year ... sorg porumer tu cakap, ...

hahahaha... lawak nyaa dorang..
kampungan tul...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2016 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
tertipu lg
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 12:05 PM | Show all posts
dewimalam78 replied at 1-2-2016 06:59 PM
Tak faham dgn jenis manusia yg suka sgt viralkan benda yg blom sahih or rumours. Mcm takde life. Mes ...

well....nk jadi yg 1st kononnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2016 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
hacks_oren replied at 2-2-2016 04:05 AM
well....nk jadi yg 1st kononnya...

tak silap aku..kosmo sendiri yg contact org met mintak fakta musim sejuk apa bagai. pastu kosmo sendiri yg tulis berita menurut kesedapan rasanya

bukan rumours viral bagai k. mmg suratkhabar rasmi ada editor bagai. konsepnya kosmo salah faham or memandai2
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
frust la macam ni.i kat machang feeling2 dpt merasa udara sejuk yg dtg dr k.krai..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 12:22 PM | Show all posts
banyaknya penyebar fitnah skrg ini..padanlah allah turunkan cuaca panas..biar terbakar rentung semua
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 12:26 PM | Show all posts
cepat benor deme ni percaya
kan dah keciwa sbb xde musim sejuk bagai nnt
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
MamaMima711 replied at 1-2-2016 10:30 PM
haha..mcm i ms keje kfc dolu2..siap ajak mmber masuk dlm freezing room pastu brckp kuar asap feeli ...

kn dok 3 minit terus kluar, klu x, kejung dlm tu salu klu buat research tmpt panas, lps settle, terus pakai smock & boot, masuk chiller tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 12:46 PM | Show all posts
td mak kol dr kg... cakap terasa angin sejuk dekat kedah... . agaknya angin tu terbang ke kedah....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 12:55 PM | Show all posts
memang dah plan nak gi either east coast or perak , so plan abandon la ... terpedaya jugak LOL
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
sejuk mende, panas membahang adalah.. sedangkn masa musim tengkujuh pun hujan kurang dan panas terik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2016 01:05 PM | Show all posts
hahahah.... bongokkkannn..cuaca terendah tu dlm sehari..maybe awal pagi subuh2 gitu..siang suhu normal la... bodoh piang.. luruan angin tu biasa duk jadi waktu monsun...musim tengkujuh bln 11 bln dua belas...
wartawan mana laaaa x buat homework ni, x belajor geografi, x belajo sains...... sah2 malaysia  ni dkt dgn garisan khatulistiwa...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 01:46 PM | Show all posts
i redho kl panas
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 02:01 PM | Show all posts
so..ni sume salah Kosmo la yer?
gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 02:33 PM | Show all posts
Neh cash kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.064499 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list