CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Glass_shoes

Sherry Berhijab,Gembirakan Ibu Dan Ayah (73# Belum Nak Kahwin)

[Copy link]
Post time 4-4-2016 01:59 PM | Show all posts

haaa... ye la tu kot..

aku pun x igt mamat mana ntah. tapi dlm sembang teh tarik tu kemain lagi minah ni cite psl bf dia.
bangga sangat uols dpt boipren obersi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2016 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
makton replied at 4-4-2016 01:59 PM
haaa... ye la tu kot..

aku pun x igt mamat mana ntah. tapi dlm sembang teh tarik tu kemain lagi ...

hakak pun ingat..time ac tanya dia macam mna boleh kenal bagai kan..last2 dengan fatah amin sajork..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 02:08 PM | Show all posts
red_cattleya replied at 4-4-2016 01:26 PM
ex dia dulu from mauritius kan? ke madagascar? haha

madagascar? i like to move it move it... weee
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 02:22 PM | Show all posts


boyfren pn mmg suka pompan bertudung so adakah nk kawen x lama lg?

Idam Wanita Tutup Aurat, Fattah Amin Syukur Sherry Berhijab
[size=0.688em]Diterbitkan: Isnin, 4 April 2016 1:49 PM


[size=0.75em]Fattah Amin

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur atas penghijrahan kekasihnya Sherry Ibrahim yang mengambil keputusan untuk berhijab sempena ulang tahun kelahiran ke-33 pada Ahad.

Fattah, 26, berkata, dia gembira dan menyokong apa sahaja keputusan yang menjadikan wanita tersebut kepada seorang insan yang lebih baik.


"Satu sahaja komen saya ialah Alhamdulillah, akhirnya dia tunaikan hasrat yang selama ini dipendam.

"Saya akui menjadi antara insan yang sentiasa menasihatkan dia untuk berubah ke arah itu dan semalam (Ahad) dia benar-benar melaksanakannya," ujar Fattah kepada mStar Online.



[size=0.98em]
[size=0.98em]Sherry lebih manis bertudung.
[size=0.98em]Fattah berkata demikian ketika diminta mengulas tantang penghijarahan pelakon Sherry Ibrahim yang tekad untuk bertukar imej menjadi seorang wanita muslimah.

Tambah Fattah, sebagai teman istimewa, sudah tentu dia mengidamkan seorang wanita yang menjaga maruah dan menutup aurat.

"Bukan saya sahaja, tapi lelaki-lelaki lain juga mahu seorang perempuan yang baik dan menutup aurat.

"Cuma saya faham perkara itu tidak boleh dipaksa-paksa dan Alhamdulillah pintu hatinya terbuka untuk itu," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang hadiah untuk hari jadi wanita itu, Fattah berkata, dia belum berkesempatan untuk membeli sesuatu yang istimewa sebagai hadiah.

Bagaimanapun, Fattah mendoakan agar wanita itu sentiasa mendapat keberkatan dan berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi.

"Semalam saya sempat singgah meraikan hari jadi dia tapi sebab terlalu sibuk dengan penggambaran sehingga saya belum sampat lagi membeli hadiah istimewa," ujarnya.


Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 02:24 PM | Show all posts
alhamdullilah... selamat hari lahir
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 02:30 PM | Show all posts
intanumbrella replied at 4-4-2016 06:01 AM
hakak pun ingat..time ac tanya dia macam mna boleh kenal bagai kan..last2 dengan fatah amin sajork ...

kannnn..

gigih nak cite pasal boipren obersi smpai senget2 mulut nya.. hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2016 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp kira hebat jgk la kak sherry sbb bjaya menawan hati fattah amin..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 04:13 PM | Show all posts
Aku sokong dia utk gempak superstar yang bakal sendu.. tapi semalam episode pengenalan antara banyak2 tu suara dia ok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2016 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ms akak naik airlines Qatar airways dolu2 penah nmpl sherry ni tgh on duty
Tp dia duty kat row depan
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 01:58 AM | Show all posts
baju melayu fatah amin kat atas tu see thru skin color ke uol? sexy bangat
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 06:45 AM | Show all posts
hakikat yg sukar diterima


Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 06:45 AM | Show all posts
kenapa fatah amin kenapa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2016 08:42 AM | Show all posts
Belum tiba masa berkahwin – Sherry

KUALA LUMPUR 4 April – Aktres Sherry Ibrahim hari ini menafikan keputusannya berhijab disebabkan bakal mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya, aktor popular Fattah Amin.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Sherry berkata, apa yang dilakukan adalah demi melaksanakan perintah Allah dan untuk membahagiakan ibu bapanya yang sudah lama mahu melihat dia bertudung.

Baru sahaja menyambut ulang­ tahun kelahirannya yang ke-33 semalam, Sherry tekad mengubah penampilannya agar mendapat keredaan Allah dalam mencari rezeki sebagai anak seni.

“Soal jodoh biarlah masa yang menentukannya, walaupun saya akui pada umur sekarang, ia soalan lazim yang se­ring ditanyakan kepada saya.

“Saya pun tiada kuasa untuk menjawab secara tepat soalan itu. Doakanlah yang terbaik, itu sahaja yang termampu,” jawabnya ringkas.

Terdahulu, bekas pramugari itu mula menjalin hubungan cinta dengan Fattah sejak dua tahun lalu dan mereka berdua bernaung di bawah syarikat pengurusan yang sama iaitu MyFastyle.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.7qzgWx78.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 09:37 AM | Show all posts
suka sangat sherry ngan Fattah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.047768 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list