CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mesmerize

Adi Putra kawen lagi? - [Update] Adik bini pertama bersuara post #918 page 37

[Copy link]
Post time 20-7-2016 12:35 PM | Show all posts
patutla beriya support anak kawin baru, rupanya memang tak suka kat aida
kalau i jadi aida, baik berpisah ajelah dari ada suami & mertua talam dua muka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2016 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
em harian metro hari ni,elok je gambo adi beqrsanding dgn second wife dengan mak dia sekali.means family adi tau dia pi nikah satu lg..i syak aida pun tau.pi holiday tu cara adi nak pujuk dia la konon tak abaikan walau dah berbini satu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 12:40 PM | Show all posts
ziffaaaaz replied at 20-7-2016 07:16 AM
2 tingkat tu ek? iols siap khatam warna kelabu la apa la.gigih pulak rasa nak p nengok depan2 kaca ...

aku da jumpa dpn2... x ensem...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 12:52 PM | Show all posts
hzln replied at 20-7-2016 12:22 PM
Kalau mak dua2 belah pihak pun ada sama dlm mejlis, s/ada aida tu betul2 hidup dlm denial demi prins ...

laa...family AP tau rupenyer..dulu mak dia ade mniaga kat foodcourt bestmart ..my MIL kenal dorg nih...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 01:32 PM | Show all posts
johnazizul replied at 20-7-2016 11:17 AM
Segala atas dunia ni, kalau kau rancang nak buat, sebaik mana pun plan ko rancang, kalau Allah x i ...

pertanyaan aku sebenarnya
betulkah Allah izinkan lelaki menikahi 4 isteri?

(sebab  sebelum ni awak kata siapa kita untuk menidakkan apa yang dihalalkan Allah
aku faham konsep 'sebaik mana plan dirancang kalau Allah tak izinkan tak menjadi juga')

kalau betul Allah izinkan, kenapa Allah tak jadikan 4 Hawa utk seorang Adam?
Allah kan Maha Tahu? Takkan DIA tak tahu fitrah lelaki? kalau itu penting sangat (lelaki boleh nikah 4)
kenapa sejak penciptaan manusia cuma sorang je Hawa diberi utk Adam?

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal berlaki kan aida? Apa ada hal laki skandal sana sini smpi runtuh rumahtangga org, apa ada hal mak mentua pun sama2 suka dpt menantu baru, janji blh selfie muka gembira dpt gi holiday dgn laki...tanda bahagia...khennnnn

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2016 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga aida terus bertahan lah..mungkin beberapa bulan akan dtg datang lah berita isteri ke dua peknen..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 02:13 PM | Show all posts
kaksom replied at 20-7-2016 12:30 PM
ibu pun ada sekali.. hmmm tapi dr awal perkawinan mmg ibu tak bape suka sgt dgn Aida ni..

yeke kaksom..mana akk tau mak adi x brapa suka aida...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2016 02:15 PM | Show all posts
kisahkeaku replied at 20-7-2016 12:52 PM
laa...family AP tau rupenyer..dulu mak dia ade mniaga kat foodcourt bestmart ..my MIL kenal dorg n ...

mak AP nie dulu niaga apa????family AP nie  duk msia @ singapore????
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 02:27 PM | Show all posts
jargon replied at 19-7-2016 08:44 PM
taman melati uolsss...rmh dia dekat sgt dgn lrt...pv atas sikit,klau sorg iols naik teksi je wlpun ...

taman perumahan mastika ke mustika??? aku pon confuse... dulu taman tu x de guard... aku slalu je jln kat padang dia.. lepak2... ada makcik jual keropok lekor ngan air gas... skrg da x leh sesuka ati masuk situ da...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 02:33 PM | Show all posts
kawin dua pastu bawak bini first g honeymoon. pandai kau eh
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kakJOYah replied at 20-7-2016 12:35 PM
patutla beriya support anak kawin baru, rupanya memang tak suka kat aida
kalau i jadi aida, baik be ...

Mak adi sejakkkkkkkkkk dulu x suka aida
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 02:42 PM | Show all posts
unoryah replied at 20-7-2016 01:32 PM
pertanyaan aku sebenarnya
betulkah Allah izinkan lelaki menikahi 4 isteri?

Ko ni islam ke x.. Xsuruh pun hafal quran.. Xsuruh pun ko hafal semua tafsir... Tapi famous sgt ayat pasal poligami org duk sebut2...

Xkan tu pun xtau.. Dah ayat quran tu dah tentu la words of god.. Bukan manusia yg karang sesuka hati..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 02:45 PM | Show all posts
Syd replied at 20-7-2016 02:34 PM
Mak adi sejakkkkkkkkkk dulu x suka aida

kenapa ye..?
aida ni kerek ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 02:46 PM | Show all posts
Syd replied at 20-7-2016 02:34 PM
Mak adi sejakkkkkkkkkk dulu x suka aida

kenapa ek? sebab aida janda ke? jadi ibu adi tinggal serumah dengan aida ke?
ni dari google...
Pernikahan Ady Putra & Aida.
Keluarga tetap nombor satu.

MYA Zara memberi impak besar pada karier Adi Putra atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim, sekali gus melonjakkan namanya sebagai pelakon pelapis paling menonjol.Wataknya sebagai Azlan cukup meninggalkan kesan di hati pengikut setia drama bersiri ini, malah ada antara mereka jatuh cinta dengannya dan tidak kurang juga membenci gara-gara karektor antagonis yang dibawanya.Siapa tidak geram melihat Azlan bijak menggunakan kelebihan yang ada padanya untuk menundukkan bapa serta anggota keluarga lain? Lebih parah, dia yang menjadi harapan bapa sanggup bermain kayu tiga dengan isteri abang sendiri.

Bagaimanapun, sikap machonya lebih mendominasi perhatian penonton, khususnya wanita. Senyuman, lirikan mata dan gayanya mampu mencairkan hati, malah tidak keterlaluan rasanya jika penulis katakan ada penonton gila bayang kerananya.
Pun begitu, tahukah anda di sebalik watak macho Azlan, Adi Putera yang menyambut ulang tahun ke-25 pada Februari lalu sangat mementingkan ikatan kekeluargaan dan masih mengharapkan perhatian ibunya yang sanggup berpindah dari Kota Singa ke Kuala Lumpur atas permintaannya.

“Saya tidak kisah jika orang melabelkan saya anak emak. Sejak kecil saya tidak pernah berjauhan dengan orang tua. Dengan adanya ibu di sisi, saya rasa lebih selesa.“Apabila nekad untuk meneruskan karier sebagai pelakon di Malaysia, ayah izinkan saya membawa ibu menetap di Kuala Lumpur. Kalau ikutkan saya mahu ayah turut serta, tapi apakan daya ayah terikat dengan tugasnya sebagai jurutera penerbangan.“Sebagai anak, saya risau juga dengan keadaan ayah. Maklumlah, kakak dan abang saya berkahwin dan menetap dengan keluarga masing-masing. Justeru, saya dan ibu kerap pulang ke Singapura untuk menjenguk ayah.

“Saya terharu dengan pengorbanan ayah dan ibu. Keprihatinan mereka menyedarkan saya supaya sentiasa mendahulukan keluarga, khususnya ibu bapa, walaupun berumah tangga kelak,” kata anak bongsu daripada tiga bersaudara ini, anak muda lulusan Diploma Kejuruteraan Penerbangan, Institut Pendidikan Teknikal Singapura itu mengakui, drama bersiri kegemaran ramai ini menjadi batu loncatan untuknya terus bertahan, sekali gus mencari lebih banyak peluang mengukuhkan kedudukan dalam industri.
“Sejak dua tahun lalu, saya membintangi beberapa drama dan carekarama namun lebih dikenali melalui Mya Zara. Tidak dinafikan, drama ini banyak menaikkan nama saya.

“Terima kasih diucapkan kepada Grand Brilliance Sdn Bhd kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada saya melakonkan watak Azlan. Bukan senang untuk menjiwai watak ini kerana perbezaan umur saya dan Azlan terlalu jauh. Saya harus pastikan penampilan dan tingkah laku saya menepati usia Azlan yang melepasi angka 30 tahun.“Selain itu saya perlu hidupkan watak Azlan hingga menimbulkan kebencian penonton. Secara peribadi, saya berpuas hati dengan watak ini, apatah lagi ramai peminat mengatakan lakonan saya menjadi. Pun begitu, kalau ditanya mengenai mutu lakonan, sebagai pelakon saya belum puas.

Banyak usaha harus dilakukan bagi memastikan peningkatan dari semasa ke semasa,” kata Adi ketika berkunjung ke pejabat MA, baru-baru ini.Ditanya mengenai sejarah pembabitannya, Adi memberitahu, kariernya bermula sebagai pelakon sambilan di Singapura pada 2002. Ketika itu Adi tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang ini secara serius, namun dua tahun kemudian haluan hidupnya berubah apabila pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima melamarnya membintangi Haryati 2.

Tawaran kedua muncul apabila Erma sekali lagi mengundang Adi menjayakan drama Dilema Wanita. Kedudukan Adi bertambah selesa pada 2005 apabila GB memberi kepercayaan kepadanya untuk menjayakan cerekarama sempena sambutan Hari Keputeraan Rasulullah, berjudul Kelahiran Yang Teristimewa.Kemudian, menyusul pula cerekarama Dakapan Senja (2005), Kasih Rela Ku Pujuk dan terbaru muncul cemerlang dengan Mya Zara.“Saya tidak akan lupa jasa baik Erma kerana dia bertanggungjawab memperkenalkan saya dalam industri ini.

Pertama kali bekerja dengan Erma, tidak pernah terlintas di fikiran saya dapat bertahan hingga ke hari ini.“Pada mulanya saya kurang yakin dengan penerimaan masyarakat Malaysia, tetapi tanggapan ini berubah apabila satu demi satu lakonan saya mendapat tempat di hati peminat.“Jujur, saya tidak pernah menetapkan had masa berapa lama saya akan bertapak dalam industri kerana semuanya terpulang pada rezeki dan penerimaan peminat. Selagi diperlukan, insya-Allah saya akan terus melebarkan sayap di sini. Malah, menjadi harapan saya untuk sama-sama memartabatkan industri seni Malaysia yang saya anggap seperti negara sendiri,” katanya yang berpegang pada prinsip tidak menyusahkan orang lain.

Ditanya mengapa tidak memilih bidang kejuruteraan penerbangan sebagai kerjaya tetap, Adi yang mengagumi Rosyam Nor dan berhasrat berguru dengan aktor hebat itu menyambung bicara: “Saya jatuh cinta dengan bidang yang saya ceburi sekarang. Biarpun tidak pernah menjadi cita-cita, ia serasi dengan jiwa saya. Mungkin sudah tertulis inilah rezeki saya dan saya menerimanya dengan hati terbuka.”

Dalam rancak bercerita, Adi mengaku cerewet dalam memilih watak. Bukan bayaran tinggi dikejar aktor yang dilabelkan sebagai pelapis Rosyam Nor ini, sebaliknya dia mahukan watak yang mencabar, pelbagai dan berbeza dengan personaliti sebenarnya.“Sebagai pendatang baru, saya harus bijak memilih watak untuk pergi lebih jauh dalam industri ini. Biar lambat naik, asalkan dapat bertahan lama.

“Bagi saya bayaran tidak penting, sebaliknya lebih mengutamakan watak. Saya mahu dikenali sebagai pelakon versatile dan bukannya sterotype. Lebih sukar dan mencabar karektor itu, lebih menarik di mata saya. Dengan cara ini saya dapat memantapkan mutu lakonan dan dalam masa sama memperbaiki kelemahan diri.“Sebelum ini saya diundang membintangi sebuah filem, tetapi terpaksa menolak tawaran itu dengan baik kerana watak diberikan kurang mencabar. Saya sanggup menunggu sehingga bertemu tawaran yang benar-benar sesuai dengan jiwa saya,” katanya yang percaya tiada jalan pintas untuk meraih kejayaan dan harus bekerja keras untuk kepuasan berpanjangan.

BIODATA NAMA: Mohamed Hadi Putera Halim
LAHIR: 26 Februari 1981
USIA: 25 tahun
KELULUSAN: Diploma Kejuruteraan Penerbangan, Institut Pendidikan Teknikal Singapura
TINGGI: 174 sentimeter
BERAT: 72 kilogram
ADIK BERADIK: Anak bongsu daripada tiga beradik
WARNA KEGEMARAN: Oren
HOBI: Menyanyi, selam skuba, melancong dan berfikir
BAKAT: Berlakon dan menyanyi
IDOLA: Kuswadinata
DRAMA/CAREKARAMA: Mya Zara, Dakapan Senja, Kasih Relaku Pujuk, Haryati 2

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 02:47 PM | Show all posts
Biarkan la mereka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2016 02:53 PM | Show all posts
Syd replied at 20-7-2016 02:34 PM
Mak adi sejakkkkkkkkkk dulu x suka aida

awatnyaa...ce citerr

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 02:55 PM | Show all posts
ira_229 replied at 20-7-2016 02:46 PM
kenapa ek? sebab aida janda ke? jadi ibu adi tinggal serumah dengan aida ke?
ni dari google...
P ...

omgg baru tau dia lahir feb 1981 awwww hihi
pastu ada aviation eng cert pulak
perghh patutlah jadi pujaan acik-acik termasuk ai
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 02:58 PM | Show all posts
Aida ni cantik sangat
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 03:03 PM | Show all posts

tulah...dia cantik kalau betul2 dia groom....kalau betul2 aida nak baiki hubungan harus dia sedaya upaya ada dihati ibu mertua....juga baiki penampilan dia...kalau ibu mertua dah tak suka ditambah lagi adi ni anak mak susah sikit...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 105080 Replies : 4763
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 41928 Replies : 83
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 33112 Replies : 77
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 29232 Replies : 6
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
YgBenarIbu sanggup kayuh basikal dalam gelap un
Views : 6234 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 104502 Replies : 5759
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105247 Replies : 1660
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9719 Replies : 79
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33239 Replies : 16
Setelah menghabiskan berpuluh2.. ribu  cantikkkan
YgBenarSetelah menghabiskan berpuluh2.. ribu c
Views : 14260 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.255699 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list