CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mentollica

Umrah

 Close [Copy link]
awangrok This user has been deleted
Post time 22-6-2007 03:56 PM | Show all posts
s


ila lawati laman web ini.. bagi khas untuk haji dan umrah..... http://www.thts.com.my selain dari itu banyak lagi pakej  pengembaraan ke lain lain destinasi.... sekian



http://www.thts.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2007 02:46 PM | Show all posts
salam,

ada sesiapa berpengalaman mengerjakan umrah dgn membawa baby kecil?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 07:45 PM | Show all posts

Reply #780 hanibany's post

pertengahan bulan jumai ni saya akan menunaikan umrah. Insyallah saya akan ceritakan pengalaman saya di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 07:46 PM | Show all posts

Reply #783 bayangan_rindu's post

typo error bulan julai
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2007 10:55 PM | Show all posts
insyaallah saya nak pergi umrah dalam bulan puasa ni, bole tak forumer suggestkan travel
agency yang pernah korang ikuti dan memberikan perkhidmatan yang baik kat sana.Tima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 09:32 AM | Show all posts

Reply #785 ummy43's post

Mama suggest RayharTravel HQ dia kat Terengganu, opis kat KL PNB Park kat KLCC tu.  Service mmg mama puas hati sbb mama ngan hubby 1st time pegi buat umrah itu hari dia guide betul-betul.  Mutawif lelaki dan pompuan, yg pompuan guide kite betul betul (jarang agent yg ade mutawif pompuan nie). Alhamdulillah. PM mama kalau nak detail nanti mama bagi email add or hp ok. Sesama kite menolong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2007 12:04 AM | Show all posts
Moga-moga saya juga akan dpt ke sana juga...sape2 nak g buat Umrah bleh tak agaknye saye kirim wang tuk belikan saya senaskah Al-Quran tuk di letakan di Masjidil Haram,dgn niat dan harapan sy tersendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 09:28 AM | Show all posts

Reply #787 harehak's post

Terpanggil saya dengan hasrat harehak.  Insya Allah saya akan mengerjakan umrah sebulan pada Ramadan ini.  Saya bersedia dan ikhlas untuk menyempurnakan hasrat harehak tu. Membantu melaksanakan pesanan dan hasrat teman-teman adalah satu kepuasan bagi diri saya.  Hubungilah saya 017-3842857, tapi masa masih panjang lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2007 10:50 AM | Show all posts
Ini citer dr mutawif yg berada di Mekah yg diceritakan kpd group mama ketika berada di Mekah itu hari.
AlQuran yg jemaah wakaf samada di Masjid Nabawi atau di MAsjidilHaram cuma berada di masjid sekitar seminggu atau sebulan gitu, sbb pekerja akan selalu pastikan cuma AlQuran yg dibekalkan oleh kerajaan Arab Saudi shj yg digunakan. Orang Arab yg tau akan hal nie akan ambil AlQuran yg jemaah wakafkan utk dibawa pulang, mama pun slalu terperasan diorang masukakan AlQuran dlm beg. So mutawif tersebut berpesan (pada pendapat mutawif tu sendiri) klu nak bersedekah, sedekahlah kepada pekerja masjid, sbb diorang berkerja membersihkan rumah Allah pun dpt pahala juga. Waallahualam.  Tapi klu dah niat tu tunaikan jelah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 02:24 PM | Show all posts
Alhamdulilah nanti saya akan hubungi rosputih ye...tak mengapa samada disedekahkan pada pekerja2 tue tak mengapa...pernah juga harehak kirim org surah2 yassin ke sana...tq rosputih saya akan hubungi bila masa da dekat nanti..InsyAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 05:03 PM | Show all posts

Reply #790 harehak's post

Betul tu harehak.  Yang penting niat kita.  Sememangnya al Quran itu untuk dibaca dan dihayati maknanya, lebih-lebih lagi oleh jemaah-jemaah yang berada di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.  Dan untuk beberapa tempoh tertentu,  Al Quran yang diwakafkan ini akan dihadiahkan pula kepada jemaah yang bersolat di Masjidil Haram. Kebanyakan jemaah maklum akan perkara ini.

Pada tempoh-tempoh tertentu  di Masjidil Haram umpamanya, petugas-tugas masjid akan memilih dan mengumpulkan Al Quran-Al-Quran yang diwakafkan ini dan pada satu-satu  ketika tertentu pula,   para petugas masjid ini  akan menghadiahkan al Quran-Al Quran ini kepada jemaah yang menunggu waktu bersolat.  Maka berebut-rebut dan bertolak-tolakkanlah jemaah ini untuk mendapatkan Al Quran tersebut.   Dan kemungkinannya juga di antaranya adalah Al Quran yang kita wakafkan itu yang mana  selepas itu menjadi bacaan dan milik saudara seagama kita yang datang dari seluruh pelusuk dunia.  Kadang-kadang saya  terfikir dan membayangkan adakah  salah sebuah Al Quran yang pernah saya wakafkan itu kini  menjadi  bacaan harian atau bahan rujukan  oleh  salah seorang ahli sufi atau ilmuan agama yang ada di muka bumi ini?

Itulah sebabnya apabila ingin mewakafkan Al Quran di Masjidil Haram, kita disarankan membeli Al Quran yang serupa saiz dan dari percetakan yang sama dengan Al Quran yang terdapat  di Masjidil Haram dan dicopkan wakaf ketika membelinya.  Insya Allah, besar kemungkinan Al Quran ini akan berada lebih lama lagi  untuk dibaca di Masjid suci ini.

Saya pernah mengalaminya  sendiri, apabila melihat Al Quran  yang  saya wakafkan itu yang baru sahaja  saya letakkan di rak, di  ruang lapang laman Kaabah yang telah diambil oleh seorang jemaah untuk membacanya.  sya perhatikan, l pada mulanya ia mengambil senaskah Al Quran yang lain  tetapi meletakkannya semula dan mengambil Al Quran yang baru sahaja saya letakkan di rak tersebut.  Alangkah nikmatnya pandangan itu. Itulah sebabnya setiap kali ke tanah suci , mewakafkan Al Quran ini menjadi tradisi saya.

Sorrylah, harehak, terlebih pulak saya ni.... sebenarnya ingin berkongsi pengalaman walaupun sekelumit sahaja  pengetahuan yang ada.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 07:49 PM | Show all posts
agak2 berapa kos senaskhah Al-Quran dgn mate wang sana...RM100= ? ..harehak tak penah lg kirim duit beli di sana cuma beli yassin dan al-quran dr sini bw ke sana,nie pun ada kwn nye mak bgtau beli kat sane je...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2007 08:28 AM | Show all posts

Reply #792 harehak's post

Selalunya saya beli Al Quran di Madinah dan di Makkah.  Nilai matawang Riyal  lebih sedikit  sahaja dari RM. Macam musim haji tahun lepas ratenya sama sahaja bila ditukarkan di Malaysia.  Al Quran ini ada dua saiz, satu yang saiz besar dan saiz kecil/sederhana.  Biasanya saya belia saiz yang sederhana sahaja kerana lebih mudah dibaca dan jemaah lebih suka membaca Al Quran saiz ini kerana yang besar tu agak berat.  Kebiasaannya Al Quran yang saya beli dalam lingkungan harga 20 hingga 35 Riyal senaskhah.  Saya membayar sahaja harga yang disebut oleh penjual ketika membelinya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2007 12:42 PM | Show all posts
Sekarang nilai Riyal sudah rendah drp ringgit Malaysia. 100 riyal dapat around rm 90 or 95 gitu. Dulu i dapat rm 90
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2007 02:37 PM | Show all posts
kalau g 2 bleh la nanti harehak kirim ngan rosputih..tq eh..ape2 nanti harehak call.ada masa lg nie kan..n jangan lupe niat harehak nie ye rosputih...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2007 05:28 PM | Show all posts

Reply #795 harehak's post

Insya Allah Harehak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2007 11:15 PM | Show all posts
Tanggal brp hb Rosputih akan berangkat ke Tanah Suci ye...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 08:12 AM | Show all posts

Reply #797 harehak's post

Insya Allah pada 15 Sept.  Ada masa 1 1/2 bulan lagi.  Tapi masa begitu cepat rasanya berlalu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 03:20 PM | Show all posts
Minggu depan Untie Rosputih akan ke Tanah Suci...Harehak doakan Untie n Uncle selamat sampai ke Tanah Suci menjalani ibadat Umrah..dan kembali ke Tanah Air dgn selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 03:34 PM | Show all posts

Reply #799 harehak's post

Terima kasih harehak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54157 Replies : 11
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 27063 Replies : 495
Notis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak oleh MARA {EDISI DUNIA TIPU-TIPU}
maklukpenggodaNotis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak
Views : 6692 Replies : 14
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 45778 Replies : 589
Air Selangor tambah baik aplikasi, laman web jadi lebih mesra pengguna
ultra78Air Selangor tambah baik aplikasi, laman
Views : 48066 Replies : 2
Kes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan Anthony Loke sangkal tuduhan Tun M
AbahmungKes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan
Views : 20057 Replies : 12
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 36716 Replies : 36
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 277470 Replies : 8102
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 97214 Replies : 996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.078040 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list