CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miss_anne

PEPARI XXXI: MARI LEPAK BERSAMA RIZ

[Copy link]
Post time 10-12-2009 11:21 AM | Show all posts
Riz masih di hospital.  kesian dia. Get well soon, Riz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2009 06:32 PM | Show all posts
Riz masih di hospital.  kesian dia. Get well soon, Riz
bungaros Post at 10-12-2009 11:21



Semuga Riz cepat sembuh n banyakkan berehat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 01:18 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 06:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 10:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 08:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2009 09:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 28-12-2009 00:07

Media Hiburan keluaran 05-11 Disember 09
Credit: United Community Malaysia





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 05:03 PM | Show all posts
Hai        07 Disember 2009

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2009 12:15 PM | Show all posts
Credit: Arm Meo

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 12:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 11:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 18-12-2009 00:03

Hai     20 Disember 2009

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 02:00 PM | Show all posts
mangga JANUARI 2010

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 01:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 19-12-2009 01:53

                                                                                        


     RIZ
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2009 12:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 22-12-2009 00:13

Credit: Azwien


mystar LG


Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 10:32 AM | Show all posts
uikkk.......... besday Yeop smlm ek....
lupo lah pulok....




ni ai prezen cake kat u...
mkn ckit jer, jgn byk2 nnt gemukssss..........
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 01:53 PM | Show all posts
Salam Pepari.

Kod Riz for ABPBH tu sebenar A49.Yang terbaru nye.

Don't forget utk dptkn album BERMULA SEMULA dr RIZ ye.
Insyaallah 22/12/09 ada di psrn.Dptkn yg ori.
Nanti kita leh syer pndpt ttg album tu kt sini ye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2009 12:14 AM | Show all posts
Credit: Azwien

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 01:38 PM | Show all posts
Credit: Azwien

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 12:03 AM | Show all posts
Credit: Azwien

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 08:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 23-12-2009 09:03

Jawablah! Riz tidak sensitif
Credit: berita Harian Online          Rabu, 23 Disember 2009



ALYAH rasa dirinya tertipu apabila Riz (gambar bawah), merakamkan kembali lagu ciptaan Ajai itu tanpa pengetahuannya.



Alyah terluka lagu Ku Pinjam Satu Bintang dirakam secara solo tanpa izin

BERTEBARAN gosip yang mengatakan penyanyi yang kini popular dengan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang, Alyah dan pasangan duetnya menerusi lagu Ku Pinjam Satu Bintang, Riz kini bermasam muka. Ini berlaku gara-gara Alyah dikatakan tidak berpuas hati apabila juara Akademi Fantasia ke-6, Riz merakamkan kembali lagu ciptaan komposer Ajai itu dalam versi solo dan dimuatkan dalam album sulungnya.

Ketika dihubungi Hip bagi menjelaskan kebenaran cerita itu, dalam nada sebak Alyah mengakui hubungannya dengan Riz dingin disebabkan peristiwa itu. Tegas, penyanyi ini, tindakan Riz itu benar-benar melukakan hatinya kerana lagu Kupinjam Satu Bintang itu adalah miliknya dan dihasilkan dari wang sakunya sendiri.



Kata Alyah, apabila dia membangkitkan isu itu, bukanlah bermakna dia cuba memperbesarkan perkara ini tetapi baginya, hati mana yang tak terkilan apabila penyanyi itu sesuka hati merakamkan kembali lagu itu tanpa kebenarannya. Malah apa yang lebih dikesalkan, perkara itu tidak dimaklumkan sendiri Riz kepadanya dan dia hanya mendapat tahu menerusi mulut orang lain.

Biarpun dia kini sudah pun memaafkan perbuatan Riz itu namun menurut Alyah, parut yang ditinggalkan masih membekas di dalam hati dan tidak mudah untuknya melupakan perbuatan itu begitu saja. Dan tegasnya, perbuatan itu benar-benar memberi pengajaran kepadanya supaya tidak mudah mempercayai sesiapa dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Hip: Benarkah Alyah dan Riz kini bermasam muka gara-gara lagu Kupinjam Satu Bintang?

Alyah: Memang benar cerita itu. Alyah memang terluka dengan tindakannya yang merakamkan kembali lagu Kupinjam Satu Bintang dalam versi solo dan dimuatkan dalam album sulung dia. Perbuatannya yang membelakangkan saya sebagai pemilik lagu itu membuatkan saya kecewa. Di manakah budi bicara Riz dalam hal ini. Tidak dinafikan sebelum ini dia memang meminta lagu duet itu dimuatkan dalam album solonya. Tetapi perkara itu akhirnya senyap begitu saja dan tidak ada tindakan susulan. Tiba-tiba saya mendapat tahu lagu itu dimuatkan dalam albumnya dan dirakam secara solo pula. Hati mana yang tak terguris apabila ada orang mengambil hak saya begitu saja.

Hip: Mungkin Riz ingat lagu itu adalah hak bersama jadi dia berasakan Alyah tak kisah kalau dia merakamkan kembali lagu itu?

Alyah: Sepatutnya dia kena lebih peka dan berfikir terlebih dulu sebelum membuat sebarang tindakan. Dia sendiri sudah sedia maklum bahawa lagu itu memang milik saya dan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk meminta kebenaran. Saya tak kisah kalau dia datang berjumpa saya dan meminta keizinan untuk merakamkan lagu itu secara solo. Tapi dengan syarat iaitu dia harus membayar sebahagian daripada kos lagu itu kerana lagu itu diterbitkan dengan wang saku saya sendiri. Saya rasa teraniaya dengan perbuatannya itu.

Hip: Ada tak Riz bersemuka dengan Alyah bagi menjelaskan perkara itu?

Alyah: Selepas perkara ini kecoh, Riz dan pihak pengurusan ada bertemu dengan saya bagi membincangkan hal itu. Walaupun kecewa tetapi saya tidak menyimpan dendam. Saya memaafkan Riz atas perbuatannya itu cuma untuk hubungan kami kembali seperti dulu, rasanya tidak mungkin. Jika sebelum ini saya boleh bergurau, tapi kini semuanya berubah. Tidak semudah itu hari ini minta maaf, esok boleh bergurau senda semula. Saya perlukan masa memulihkan kembali perasaan terkilan dan kecewa. Kalau dia ada bercerita yang saya bersikap pasif terhadapnya, saya tak nafikan hal itu. Memang ketika ini saya tidak boleh senyum apabila berjumpa dengannya. Saya tak boleh menipu diri sendiri. Bagaimanapun, kalau diperlukan untuk berduet seperti yang berlaku sewaktu separuh akhir Muzik-Muzik tempoh hari, saya cuba membuat kerja secara profesional. Dia minta saya pegang tangan dan memeluknya, saya lakukan, semua itu bagi memastikan persembahan kami berjalan lancar.

Hip: Mungkin ada yang melihat perkara ini sebagai remeh dan sengaja mahu diperbesarkan. Ada yang akan melabelkan Alyah sebagai kaki gaduh. Komen sikit?

Alyah: Saya mempertahankan hak saya. Rasanya semua orang sudah sedia maklum betapa sukarnya saya untuk mencapai kedudukan seperti ini. Selama beberapa tahun saya mencari peluang mendapat tempat dalam kedudukan seperti ini. Puas sudah saya jatuh dan kembali bangkit. Saya tak pernah putus asa. Jadi mana mungkin saya mahu memusnahkan kerjaya nyanyian ini hanya dengan mereka-reka isu seperti ini. Album ini dihasilkan dengan titik peluh saya sendiri. Orang tidak tahu betapa susahnya saya untuk menjual album ini. Begitu juga dengan lagu dalam album ini. Saya sendiri yang berusaha menjaja single ini di stesen radio supaya diputarkan. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan tak pernah kenal putus asa, akhirnya lagu Tak Mungkin Kerna Sayang meledak dan digemari ramai. Tapi tak mengapa, biarlah orang hendak kata apa saja asalkan saya tahu di mana kedudukan saya yang sebenar.

Hip: Mungkin Alyah kena cari seorang lelaki sebagai pelindung supaya tak berlaku perkara seperti ini di kemudian hari.

Alyah: (sambil ketawa) Mungkin... Tapi saya rasa, biarlah saya hidup solo dulu. Bukan tak ada lelaki yang cuba mendekati diri ini tetapi saya rasa biarlah saya tumpukan sepenuhnya pada kerjaya saya yang baru hendak bermula ini. Bukan serik atas apa yang pernah berlaku sebelum ini cuma saya mahu bersendirian terlebih dulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.829626 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list