Stacy berkata dia terharu dengan setiap sokongan peminat yang tidak putus-putus dalam menaikkan kerjayanya.
Menurut Stacy, disebabkan peminat dia telah berjaya menggondol Anugerah Popstar di Anugerah Shout! dan hampir memenangi gelaran Artis Malaysia Paling Popular di Anugerah Planet Muzik 2009.
“Saya terkejut apabila mendapat tahu yang saya hanya kalah satu mata dengan Datuk Siti Nurhaliza untuk menang anugerah Artis Malaysia paling popular tapi nak buat macamana dah tiada rezeki.
“Tak mengapa, saya bersyukur sangat kerana telah menang Anugerah Shout!,” beritahunya dalam nada ceria.
nurash_here Post at 5-8-2009 11:33
kat mana stacy tahu yg dia hanya kalah satu undian jer?? Tak penah plak aq terbaca kat mana2 artikel.... ker....aq tertinggal keretapi....?
kat mana stacy tahu yg dia hanya kalah satu undian jer?? Tak penah plak aq terbaca kat mana2 artikel.... ker....aq tertinggal keretapi....?
toritonz82 Post at 6-8-2009 10:05
apa la salah stacy pakai baju y xseberapa seksi pun ada je komen -ve,pakai baju seksi pun lg la dcomment then ckp stacy perasan popular nape la ramai xpuasati gan stacy ckp tarian stacy stereotaip la::geram::geram: