Gadis_Venus This user has been deleted
|
Dubes Iran, AS temu 28 Mei bincang soal Iraq
ISLAMABAD: Duta Iran dan Amerika Syarikat dijadualkan bertemu 28 Mei ini bagi membincangkan isu keselamatan di Iraq, kata Menteri Luar Iran, Encik Manouchehr Mottaki, semalam.
Hubungan antara Teheran dan Washington telah dibekukan hampir tiga dekad, dan diburukkan lagi dengan tuduhan Amerika bahawa Iran membantu kumpulan militan Syiah di Iraq untuk menyerang askar Amerika di negara itu. - AFP. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Kalau tak tolak lambat sampai
PATNA: Ratusan penumpang kereta api terpaksa keluar dan membantu menolak kenderaan itu apabila ia terhenti.
Mereka terpaksa mengambil masa setengah jam untuk menggerakkan kereta api elektrik sepanjang 4 meter itu untuk disentuhkan semula pada rangkaian wayar atas bagi membolehkannya meneruskan perjalanannya, kata para pegawai kelmarin.
Kejadian itu berlaku di Bihar pada Selasa lalu selepas salah seorang penumpang dengan tidak sengaja menarik rantai kecemasan kereta api itu hingga membuatnya terhenti. - Reuters. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Sudah tak segan kayuh basikal
TEHERAN: Iran akan mula menghasilkan 'basikal-basikal Islam' yang boleh menyembunyikan susuk tubuh wanita daripada pandangan umum, kata sebuah akhbar pemerintah Iran semalam.
'Basikal itu ada kabin yang menyembunyikan setengah susuk tubuh penunggangnya,' kata akhbar itu.
Pengasas projek itu, Encik Elaheh Sofali, dipetik sebagai berkata ia akan menggalak kegiatan sukan wanita.
Cik Faezeh Hashemi, anak perempuan mantan presiden Iran, Encik Akbar Hashemi Rafsanjani, pernah menggalakkan wanita menyertai sukan menunggang kuda pada 1990, apabila beliau memimpin penyertaan wanita dalam Sukan Olimpik. - AFP. |
|
|
|
|
|
|
|
LAGI KORBAN DI HEMPAP POKOK DI GUNUNG LEDANG
TAK LARAT MENDAKI LALU BEREHAT TAPI...

SEORANG lagi warga Singapura maut selepas dihempap pokok sewaktu sedang tidur di Gunung Ledang selang lima hari selepas satu kejadian serupa menimpa seorang warga Singapura di situ.
Mangsa adalah seorang pegawai polis Singapore Airport Terminal Services Ltd (Sats), Allahyarham Abdul Razak Abdul Hamid, 47 tahun.
Allahyarham dikatakan dihempap sebatang pokok ketika sedang tidur seorang diri di kem 4 atau Lembah Beruang, di gunung itu malam kelmarin.
Ketika itu, Allahyarham berada di ketinggian sekitar 700 meter.
Pada masa kejadian, 11 orang rakan pendakiannya yang lain telah pun meneruskan pendakian menaiki ke puncak gunung tersebut di ketinggian 1,276 meter.
Walaupun sudah beberapa kali mendaki gunung itu, kali ini, Allahyarham dikatakan berasa penat lalu memutuskan untuk berehat.
Tidak dapat dipastikan bilakah Allahyarham ditimpa nahas tetapi beliau ditemui rakan-rakan sekerja nya itu dan renjer yang menemani mereka selepas mereka pulang ke kem dari puncak gunung sekitar 10.30 malam kelmarin.
Seorang rakannya yang enggan memberitahu namanya memberitahu Berita Harian, walaupun tenat, Allahyarham masih kelihatan bernyawa ketika dibawa turun tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.
Allahyarham yang diusung akhirnya tiba ke kaki bukit sekitar 6 pagi semalam dan disahkan telahpun meninggal dunia.
Kawasan itu dikatakan dibasahi hujan sewaktu kejadian.
Kumpulan itu yang gemar aktiviti lasak telah meluangkan masa cuti hujung minggu lalu untuk membuat pendakian itu.
Ketika ditemui di flatnya di Blok 50, Chai Chee Street semalam, balu Allahyarham, Cik Wahidah Abdul Majid, berkata berita buruk itu diketahuinya menerusi panggilan telefon daripada salah seorang rakannya.
Suri rumah berusia 35 tahun itu berkata rakan-rakan Allahyarham telah memujuknya supaya meneruskan pendakian ke puncak tetapi beliau terlalu penat.
'Kalaulah dia ikut cakap mereka, tentu ini semua tak akan berlaku,' kata ibu dua anak itu sebak.
Mengenangkan saat-saat terakhir berbual dengan suaminya sebelum bertolak Jumaat lalu pula, Cik Wahidah berkata:
'Saya dah cuba pujuknya supaya jangan pergi tetapi dia berdegil kerana memang suka kegiatan macam ini.'
Allahyarham Abdul Razak, yang berpangkat lans koperal dan berkhidmat lebih 20 tahun, dan rakan-rakannya bertolak dari Singapura malam Jumaat lalu dengan menaiki kereta api dan dijangka pulang semalam.
Jenazahnya dibawa pulang malam tadi dan dijangka dikebumikan pagi ini.
Selasa lalu, seorang guru pelatih Institut Pendidikan Nasional (NIE), Allahyarham Mohd Rohaizam Tumadi, 26 tahun, dihempap pokok ketika sedang tidur sekitar 5.15 pagi di Gunung Ledang di ketinggian sekitar 300 meter.
Pada hari sama, seorang pembantu klinik gigi, mendiang Cik Ho Siew Lan, 43 tahun, turut maut selepas dihempap pokok semasa sedang bersenam di Bukit Batok Nature Park. |
|
|
|
|
|
|
|
MENINGGAL LEPAS GADUH
SEORANG pemandu teksi meninggal dunia selepas bergaduh dengan seorang penumpang di tempat kereta terbuka di Blok 521 Jurong West St 52, kelmarin.
Polis diberitahu tentang kejadian itu pada 1.30 pagi dan menemui mendiang Toon Chin Joon terlantar ditempat kejadian.
Penumpang berusia 40-an tahun itu telah ditahan polis |
|
|
|
|
|
|
|
WANITA DISYAKI ADA DUA SUAMI PADA SATU MASA
KANGAR (Perlis): Seorang wanita berusia 26 tahun disyaki mempunyai dua suami pada satu masa.
Salah seorang dari mereka ialah lelaki yang pernah dikahwininya secara rahsia di Thailand ketika masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (Ipta), empat tahun lalu.
Status wanita berasal dari Langkawi, Kedah, itu terbongkar selepas beliau hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, di sini Februari lalu untuk memfailkan pengesahan nikah dengan seorang lelaki yang dikahwininya di negara jiran, hujung tahun lalu.
Hakim Zaini Abdul Rahim, bagaimanapun menangguhkan permohonan itu selepas Jabatan Agama Islam Perlis menerima laporan berhubung status wanita itu yang disyaki masih bersuami.
Menurut Berita Minggu Malaysia, wanita itu pernah berkahwin dengan seorang lelaki, secara rahsia di Songkhla pada Disember 2003.
Pasangan itu juga memiliki surat nikah yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.
Sebaik perkara itu disedari keluarga, satu permohonan pembatalan nikah dibuat di Pejabat Konsul Besar Malaysia di Songkhla pada 12 September 2004.
Bagi menutup kes berkenaan, wanita itu kemudian dikahwinkan dengan seorang lelaki lain juga di Songkhla, pada 30 November tahun lalu.
Difahamkan, urusan perkahwinan kedua itu terpaksa dilakukan di Songkhla, berikutan Jabatan Agama Islam Kedah, tidak meluluskan permohonan itu selepas timbul keraguan |
|
|
|
|
|
|
|
Opposition politician JBJ forming new political party
SINGAPORE: Veteran opposition politician J.B. Jeyaretnam says he is forming a new political party "to give Singaporeans a chance again, an opportunity".
The 81-year-old announced this at a news conference on Sunday.
It could be called the "Reform Party" and he hopes to get it up and running in the next two to three months.
He said the party's platform is to change the current system of governance.
On top of the agenda for the party is to change the way the country has been run following 48 years of PAP rule.
That's because he feels the present situation here is unsatisfactory, citing what he calls a growing wage disparity and a lack of political freedom.
The new party comes after the ex-leader of the Workers' Party was relieved of his status as a bankrupt after paying more than S$230,000 to his creditors.
Under the law, bankrupts are not allowed to stand in elections.
Mr Jeyaretnam was declared a bankrupt in 2001 for failing to pay court-awarded damages after he was found guilty of defaming several PAP MPs in 1996 and 1997. - CNA/ir |
|
|
|
|
|
|
|
PAP Community Foundation to absorb GST hike for all services till end of year
SINGAPORE: The PAP Community Foundation, Singapore's largest kindergarten chain, will absorb the 2 percentage point GST increase for all its services from July till the end of the year.
It will also freeze all fees for 12 months.
The Chairman of its Management Council, Mr Teo Chee Hean, announced this at a sports event on Sunday.
The moves will benefit some 50,000 children aged between 18 months and 14 years.
Apart from kindergartens, PCF also offers childcare, infant care and student care services. Fees for these services vary between different centres.
PCF says it wants to give the appropriate assistance to families who cannot cope financially.
The latest initiative to help parents cope follows a similar move at the last round of GST increases.
The Foundation estimates the latest move will cost it some $772,000.
"We are working for example with MCYS in their scheme to make sure that all the kids are able to go to kindergarten, and if any of the parents have difficulties, do approach their Members of Parliament, advisers to the grassroots, and we'll do our best to help," said Mr Teo, who is also the Defence Minister.
He was speaking at a sports event where Singapore's youngest eco-warriors reused, reduced and recycled their way to victory.
Over 650 kindergarten children from Pasir Ris-Punggol GRC's PAP Community Foundation turned rubbish collectors for the day, with one aim in mind.
"Reduce, reuse, recycle!" exclaimed pre-schooler Nicholas Gan.
PCF says that after December, its branches will separately decide if they will continue to absorb the GST increase. - CNA/ir |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
MANGSA TERTIDUR KELETIHAN
Oleh
Khalid Khamis
WARGA Singapura, Allahyarham Abdul Razak Abdul Hamid, yang maut dihempap dahan pokok di Gunung Ledang, telah dipesan supaya tidak tidur seorang diri dan menunggu rakannya pulang.
Tetapi lantaran penat dan ngantuk, ayah dua anak perempuan itu tertidur di khemah yang didirikan kumpulannya di kem empat atau lebih dikenali kem Kolam Gajah.
Menurut seorang rakannya yang meminta namanya tidak disiarkan, renjer di kem empat berpesan kepadanya supaya jangan tidur kerana rakan-rakannya belum balik.
'Apabila hujan lebat, dua renjer di khemah berdekatan perasan pokok tumbang dan membantu mengalihkan dahan pokok yang menghempap Allahyarham,' kata beliau.
Allahyarham, seorang pegawai polis Singapore Airport Terminal Services Ltd (Sats), mendaki gunung itu bersama-sama 11 rakan kerjanya hingga ke kem tujuh sekitar 3 petang.
Kumpulannya meneruskan pendakian ke puncak dan meninggalkan Allahyarham di situ.
Mereka menyusur turun dari puncak sekitar 6 petang. Tiba di kem tujuh, mereka tidak melihat Allahyarham dan menganggap beliau telah turun bersama satu kumpulan lain kerana hujan lebat.
Seorang lagi rakannya berkata mereka tiba di kem 4 sekitar 11 malam dan mendapati khemah mereka ranap.
Ketika itu Allahyarham masih boleh berbual dan kelihatan hanya cedera ringan dan tidak berdarah.
Dengan bantuan para renjer, mereka mengambil keputusan menuruni gunung dan kemudian bertembung dengan pasukan penyelamat.
Allahyarham tidak sedarkan diri selepas sukar bernafas di kem 1 dan disahkan meninggal dunia di kaki gunung sekitar 6 pagi.
Beliau meninggalkan seorang balu, Cik Yehidah Abdul Majid, 35 tahun, dan dua anak, Fatin Amirah, 14 tahun, dan Fatin Insyirah, sembilan tahun, yang autistik.
Ditemui di flatnya semalam, Cik Yehidah dengan sedih berkata: 'Saya reda dengan pemergiannya.'
Beliau tidak tahu jika perlu bekerja untuk menyara keluarganya.
Allahyarham disifatkan seorang yang bertanggungjawab kerana beliau juga memastikan ibunya dan dua adik lelakinya yang menghidap sakit mental terjaga.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Pusara Abadi pagi semalam. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
GUNUNG DITUTUP
GUNUNG Ledang ditutup kepada umum mulai kelmarin menyusuli kemalangan yang menimpa dua warga Singapura dihempap pokok.
Penolong Pengurus Perbadanan Taman Negara Johor, Encik Fadhil Ahmad Rajini, berkata:
'Kegiatan mendaki dan berkhemah dihentikan buat sementara bagi memberi kami masa menjalankan siasatan.' |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
SISWAZAH AKAN NIKMATI GAJI MULA LEBIH TINGGI
PARA lulusan universiti yang menyertai sektor perkhidmatan awam akan diberi gaji yang lebih tinggi mulai bulan depan.
Satu kenyataan Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) di Pejabat Perdana Menteri semalam menyatakan bahawa mereka yang memiliki ijazah kepujian yang baik boleh menerima sehingga $2,800 berbanding $2,410 sebelum ini - sekiranya mereka menyertai Skim Eksekutif Pengurusan.
Skim-skim untuk lulusan lain pula akan menikmati kenaikan antara $230 dengan $620.
'Gaji permulaan bagi para akauntan dalam Perkhidmatan Awam telah pun dinaikkan sejak 1 Mei lalu,' tambah kenyataan itu lagi.
Gaji-gaji permulaan kali terakhir disemak semula pada Jun tahun lalu.
Antaranya, mereka yang menyertai skim Perkhidmatan Ekonomi kini boleh meraih gaji permulaan sebanyak $3,320 berbanding $2,850 sekiranya mereka mempunyai ijazah kepujian yang baik.
Dengan kelayakan ijazah kepujian yang baik juga, mereka yang menyertai skim Perkhidmatan Pendidikan pula boleh meraih sebanyak $2,820 sebagai permulaan berbanding $2,560 sebelum ini.
Sementara itu, mereka yang menyertai skim Perkhidmatan Ehwal Luar dengan ijazah kepujian yang baik pula boleh membawa pulang gaji permulaan sebanyak $3,320 berbanding $2,760 sebelum ini.
Dalam kenyataan itu, PSD berkata gaji sebenar yang ditawar kepada para rekrut akan mengambil kira pengalaman kerja, kelayakan pendidikan, Perkhidmatan Negara (NS) dan kemahiran relevan mereka.
Semakan semula juga akan dibuat kepada gaji para pegawai yang direkrut pada tahun-tahun sebelum 1 Jun ini.
'Semakan-semakan ini adalah sebahagian daripada semakan tahunan ke atas gaji bagi memastikan ia sejajar dengan pasaran.
'Ekonomi Singapura telah menunjukkan kelakonan baik sepanjang tahun lalu, dengan penambahan bilangan mereka yang diambil bekerja serta kenaikan gaji dalam banyak sektor,' kata kenyataan itu lagi.
Mereka yang berminat untuk menyertai kerjaya dalam Perkhidmatan Awam boleh menghantar permohonan mereka ke portal www.vog.gov.sg.
Antara Mac dengan April lalu, permohonan yang diterima menerusi portal pekerjaan itu telah meningkat kepada sekitar tujuh peratus - daripada 1,440 pemohon kepada 1,540 pemohon, tambah kenyataan itu lagi. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
SINGAPURA DAN LIBYA SETUJU RUNDING PERTINGKAT KERJASAMA EKONOMI
Oleh
Saini Salleh
Dari Tripoli dan Libya
SINGAPURA dan Libya semalam bersetuju untuk berunding bagi meningkatkan kerjasama ekonomi menerusi pemeteraian Perjanjian Mengelak Cukai Berganda (DTA) dan Perjanjian Jaminan Pelaburan (IGA).
Sebagai susulan, Libya akan menyiapkan draf pertama kerjasama ekonomi manakala Singapura pula akan menyiapkan draf perundangan berkaitan kedua-dua perjanjian.
Laluan kerjasama yang baru dibuka hasil lawatan rasmi empat hari Menteri Ehwal Luar, Encik George Yeo, sejak Sabtu lalu ke sini, tidak berakhir di situ.
Malah, Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Pelaburan Libya, Dr Abdelaziz Al-Issawi, telah bersetuju untuk menghantar satu rombongan perdagangan negaranya ke Singapura kelak.
Siri kegiatan yang bakal membawa kerjasama ekonomi Singapura-Libya ke tahap selanjutnya itu dinyatakan Encik Yeo dan Dr Ali Abdelaziz kepada pemberita Singapura di akhir pertemuan sekitar sejam.
Encik Yeo berkata: 'Libya kini semakin giat membuka pintunya kepada dunia luar dan ini menawarkan banyak potensi kerjasama antara kedua-dua negara.
'Kunjungan saya ke sini adalah bagi membuka jalan ke arah meningkatkan kerjasama itu.'
Dr Ali Abdelaziz pula berkata:
'Kami akan menyediakan rangka kerjasama yang disarankan itu dan Singapura akan menyiapkan draf perundangan mengenai DTA dan IGA.
'Kami akan membawa rombongan perdagangan untuk berkunjung ke Singapura sebagai susulan.'
Lawatan Encik Yeo ini adalah yang pertama di peringkat menteri sejak Singapura dan Libya menjalin hubungan diplomatik Mac tahun lalu.
Libya, yang mempunyai 5.7 juta penduduk, mula membuka pintunya kepada negara luar selepas Amerika Syarikat menarik sekatan ke atasnya pada 2005.
Encik Yeo ditemani Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, yang juga Pengerusi Kumpulan Persahabatan Parlimen bagi Timur Tengah, Dr Ahmad Mohd Magad.
Beliau berlepas ke Yaman hari ini bagi menyambung lawatan rasmi empat hari. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Isu pasir tiada kaitan dengan perjanjian
SINGAPURA tidak menghadapi tekanan untuk memeterai perjanjian ekstradisi dengan Indonesia, kata Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar), Encik Zainul Abidin Rasheed, di Parlimen semalam.
Perjanjian ekstradisi itu juga tidak ada kena-mengena dengan larangan eksport pasir ke Singapura kerana ia isu berbeza.
Encik Zainul berkata demikian sewaktu menjawab soalan Cik Irene Ng (GRC Tampines) dan Cik Lee Bee Wah (GRC Ang Mo Kio).
Mereka bertanya sama ada larangan eksport pasir ke Singapura dan kesukaran akibat larangan itu menyebabkan Singapura menghadapi 'tekanan' untuk memeterai perjanjian tersebut dengan pemerintah Indonesia.
Encik Zainul berkata dua isu itu adalah isu berlainan, dan isu pasir serta granit bukan 'penyumbang utama' terhadap Perjanjian Ekstradisi (ET) atau Perjanjian Kerjasama Pertahanan (DCA) yang ditandatangani pemimpin Singapura dan Indonesia di Bali lewat bulan lalu.
'Malah, kedua-duanya, perjanjian ET dan DCA, sebenarnya telah dirundingkan antara dua negara ini sejak Oktober 2005 dengan tujuan untuk menyelesaikannya secara pakej,' ujar beliau.
Kedua-dua perjanjian itu 'sudah pun di peringkat akhir' sedangkan pengharaman import pasir ke Singapura hanya berkuat kuasa Februari tahun ini.
Encik Zainul juga menolak anggapan bahawa perjanjian itu telah ditandatangani secara terburu-buru.
'Ia tidak ditandatangani secara terburu-buru. Malah ada pihak mempersoal mengapa ia mengambil masa begitu lama untuk dimeterai, dan adakah Singapura sengaja melengah-lengahkannya,' ujar beliau.
Encik Ong Chit Chung (GRC Jurong) pula bertanya adakah ET akan menggugat kedudukan Singapura sebagai hab kewangan utama di rantau ini kerana ia boleh menghalang warga Indonesia membeli hartanah di sini.
Encik Zainul berkata langkah itu sebenarnya boleh mengukuhkan lagi kedudukan Singapura kerana negara ini berpegang pada prinsip merit dan kewibawaan. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
PERJANJIAN KERJASAMA PERTAHANAN PERKUKUH IKATAN
SINGAPURA dan Indonesia menikmati kerjasama pertahanan baik, yang merupakan asas penting bagi hubungan baik antara dua negara ini.
Perjanjian Kerjasama Pertahanan (DCA) yang telah dipersetujui pemimpin Singapura dan Indonesia dapat mengukuhkan lagi hubungan erat yang telah dijalin sejak 30 tahun lalu, kata Menteri Pertahanan, Encik Teo Chee Hean, di Parlimen semalam.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Cik Irene Ng (GRC Tampines), yang ingin tahu bagaimana DCA dapat mengukuhkan hubungan ketenteraan dua negara dan mengapa majlis menandatanganinya telah ditangguh.
Mengenai perjanjian ketenteraan, Encik Teo berkata Singapura kini menyediakan bantuan latihan kepada Tentera Nasional Indonesia (TNI) menerusi latihan simulasi bagi juruterbangnya.
'Sejauh ini, lebih 250 juruterbang TNI telah menjalani latihan simulasi di Singapura dan lebih 10 pelatih TNI telah lulus Kursus Pelatih Senjata Pejuang.
'Kami akan juga terus menawarkan kursus akademik, seperti biasiswa, untuk mereka meneruskan pengajian di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew dan Institut Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) selain kursus bahasa Inggeris di Pusat Bahasa Serantau,' kata Encik Teo.
Mengenai kelewatan majlis menandatangani perjanjian itu, Encik Teo menjelaskan bahawa pakej perjanjian yang dipersetujui pada 23 April itu merangkumi tiga perjanjian yang perlu ditandatangani.
'Kita telah membincangkan sama ada kita perlu menandatangani kesemua perjanjian itu pada 27 April. Indonesia meminta supaya tiga perjanjian itu ditandatangani pada tarikh lain, iaitu 7 Mei.
'Namun, ia perlu ditangguhkan kerana Indonesia meminta beberapa perubahan dalam perjanjian itu,' ujar Encik Teo.
Beliau enggan mengulas lebih lanjut dan menjelaskan perjanjian antara dua negara dan angkatan tentera boleh berbeza bergantung pada keadaan. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
JALAN KELUAR MASUK SENTOSA DIPERTINGKAT
SISTEM jalan raya yang menuju dan keluar dari Sentosa akan dipertingkatkan bagi menampung jumlah pengunjung yang dijangka bertambah dengan pembukaan resort bersepadu (IR) menjelang 2009.
Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) dan Resort World at Sentosa (RWS) kini sedang bekerjasama untuk mempertingkatkan kemudahan tersebut, menurut Menteri Negara bagi Pengangkutan, Cik Lim Hwee Hua, semalam.
Cik Lim, ketika memberi perkembangan itu sewaktu menjawab soalan di Parlimen semalam berkata, peningkatan itu bagi memastikan 'pengalaman pelancong yang mengunjungi Sentosa adalah menyeronokkan dan lancar'.
Antara peningkatan yang sedang dipertimbangkan termasuk menambah dua lorong di jambatan koswe di Sentosa.
Selain itu laluan khusus bagi menuju dan keluar dari Resort World, iaitu IR di Sentosa, juga sedang dipertimbangkan.
Jalan-jalan raya lain di Sentosa akan juga diperbaiki.
Selain itu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sedang mengkaji kerja-kerja pembaikan di jalan raya yang menuju ke Sentosa.
Ini termasuk meluaskan jalan sepanjang Sentosa Gateway, Telok Blangah Road dan Kampong Bahru Road.
Menurut Cik Lim, SDC sedang meneroka cara-cara lain untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam secara lebih meluas.
'Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan agensi-agensi lain akan juga bekerjasama untuk memastikan prasarana di dalam dan yang menuju ke IR boleh menampung jumlah pelancong dan trafik yang lebih tinggi,' ujarnya lagi. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Larangan hingga Disember 2009 untuk pastikan ruang pejabat cukup, tarik institusi kewangan ke sini
PEMERINTAH semalam mengumumkan ia tidak akan membenarkan, untuk sementara waktu, penukaran penggunaan bangunan pejabat di kawasan bandar kepada penggunaan lain hingga 31 Disember 2009.
Ini untuk memastikan Singapura mempunyai bekalan ruang pejabat mencukupi demi menarik institusi kewangan dan perniagaan supaya mengembangkan operasi mereka di sini.
Menjelaskan langkah itu di Parlimen semalam, Menteri Pembangunan Negara, Encik Mah Bow Tan, berkata penukaran penggunaan bangu nan pejabat itu boleh memburukkan lagi masalah bekalan ruang pejabat di sini.
Encik Mah berkata selain daripada mengurangkan jumlah bekalan pejabat, langkah itu juga memaksa penyewa terjejas untuk mencari ruang pejabat baru bagi menempatkan operasi mereka.
'Kebanyakan bangunan ini masih berada dalam keadaan baik dan masih boleh memenuhi keperluan kebanyakan pengguna pejabat, terutama dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang.
'Sedang pemerintah memang menggalak pemilik bangunan memperbaharui dan membangun semula bangunan-bangunan lama mereka, pembangunan semula sedemikian tidak sesuai pada masa kini,' kata Encik Mah.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Cik Ho Geok Choo (GRC West Coast) yang ingin tahu rancangan pemerintah untuk menangani masalah kekurangan ruang pejabat di sini.
Encik Mah berkata kekurangan itu disebabkan permintaan yang tinggi didorong pertumbuhan ekonomi yang rancak sejak dua tahun lalu.
Bahkan, kenaikan permintaan ruang pejabat sebanyak 290,000 meter persegi merupakan kenaikan tahunan tertinggi sejak 2000.
Namun, keadaan itu dijangka pulih dengan adanya bekalan ruang pejabat baru berjumlah 330,000 meter persegi dalam 2010.
Ini termasuk bekalan ruang 180,000 meter persegi daripada fasa pertama projek Pusat Kewangan Marina Bay.
Namun, sementara menanti bekalan baru itu tiba, Encik Mah menyenaraikan beberapa tempat yang boleh disewa, termasuk ruang pejabat di taman perniagaan, seperti Taman Perniagaan Changi.
Bangunan-bangunan pemerintah yang kosong, seperti bangunan sekolah lama, juga boleh disewa untuk perniagaan.
Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) juga akan mengenal pasti kawasan-kawasan bagi membangunkan pejabat-pejabat peralihan.
Kawasan-kawasan itu diperuntuk dengan pegangan sewa jangka pendek dan bagi pembinaan bangunan yang tingginya hanya sekitar tiga hingga empat tingkat.
'Mereka boleh dibina secara cepat dalam masa kira-kira setahun dan dengan kos binaan lebih murah dan, oleh itu, boleh memenuhi keperluan segera,' kata Encik Mah. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Larangan hingga Disember 2009 untuk pastikan ruang pejabat cukup, tarik institusi kewangan ke sini
PEMERINTAH semalam mengumumkan ia tidak akan membenarkan, untuk sementara waktu, penukaran penggunaan bangunan pejabat di kawasan bandar kepada penggunaan lain hingga 31 Disember 2009.
Ini untuk memastikan Singapura mempunyai bekalan ruang pejabat mencukupi demi menarik institusi kewangan dan perniagaan supaya mengembangkan operasi mereka di sini.
Menjelaskan langkah itu di Parlimen semalam, Menteri Pembangunan Negara, Encik Mah Bow Tan, berkata penukaran penggunaan bangu nan pejabat itu boleh memburukkan lagi masalah bekalan ruang pejabat di sini.
Encik Mah berkata selain daripada mengurangkan jumlah bekalan pejabat, langkah itu juga memaksa penyewa terjejas untuk mencari ruang pejabat baru bagi menempatkan operasi mereka.
'Kebanyakan bangunan ini masih berada dalam keadaan baik dan masih boleh memenuhi keperluan kebanyakan pengguna pejabat, terutama dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang.
'Sedang pemerintah memang menggalak pemilik bangunan memperbaharui dan membangun semula bangunan-bangunan lama mereka, pembangunan semula sedemikian tidak sesuai pada masa kini,' kata Encik Mah.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Cik Ho Geok Choo (GRC West Coast) yang ingin tahu rancangan pemerintah untuk menangani masalah kekurangan ruang pejabat di sini.
Encik Mah berkata kekurangan itu disebabkan permintaan yang tinggi didorong pertumbuhan ekonomi yang rancak sejak dua tahun lalu.
Bahkan, kenaikan permintaan ruang pejabat sebanyak 290,000 meter persegi merupakan kenaikan tahunan tertinggi sejak 2000.
Namun, keadaan itu dijangka pulih dengan adanya bekalan ruang pejabat baru berjumlah 330,000 meter persegi dalam 2010.
Ini termasuk bekalan ruang 180,000 meter persegi daripada fasa pertama projek Pusat Kewangan Marina Bay.
Namun, sementara menanti bekalan baru itu tiba, Encik Mah menyenaraikan beberapa tempat yang boleh disewa, termasuk ruang pejabat di taman perniagaan, seperti Taman Perniagaan Changi.
Bangunan-bangunan pemerintah yang kosong, seperti bangunan sekolah lama, juga boleh disewa untuk perniagaan.
Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) juga akan mengenal pasti kawasan-kawasan bagi membangunkan pejabat-pejabat peralihan.
Kawasan-kawasan itu diperuntuk dengan pegangan sewa jangka pendek dan bagi pembinaan bangunan yang tingginya hanya sekitar tiga hingga empat tingkat.
'Mereka boleh dibina secara cepat dalam masa kira-kira setahun dan dengan kos binaan lebih murah dan, oleh itu, boleh memenuhi keperluan segera,' kata Encik Mah. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
FAKTA DAN KEADAAN NAHAS PCG AKAN DITELITI
PEMERINTAH akan meneliti fakta dan keadaan yang menyebabkan insiden perlanggaran melibatkan sebuah bot Polis Pengawal Pantai (PCG) dengan sebuah bot laju yang membawa pendatang haram di Tuas bulan lalu.
Ini untuk membolehkan Pasukan Polis Singapura (SPF) menyediakan sekitaran operasi yang lebih selamat bagi para pegawainya yang menjalankan tugas di laut.
Menyatakan demikian di Parlimen semalam, Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang), Profesor Madya Ho Peng Kee, berkata SPF sedang menjalankan siasatan terhadap insiden itu bagi satu perbicaraan koroner.
Oleh itu, beliau menegaskan adalah tidak sesuai untuk membincangkan butir-butir kes tersebut di Parlimen.
'Biarlah saya katakan bahawa MHA (Kementerian Ehwal Dalam Negeri) mengambil pandangan yang amat serius terhadap insiden itu dan akan mengambil semua langkah yang perlu untuk membetulkan sebarang masalah yang dikenal pasti,' kata Profesor Ho semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Cik Sylvia Lim.
Cik Lim ingin tahu sama ada terdapat keperluan bagi pemerintah untuk menyemak latihan atau taktik PCG untuk meningkatkan keupayaan mereka.
Dalam insiden tersebut, dua pegawai PCG terkorban semasa bertugas mengejar pendatang haram.
Profesor Ho berkata para pegawai PCG menghadapi pelbagai risiko semasa menjalankan operasi maritim, termasuk angin kencang, ombak besar dan pergerakan bot yang laju dalam keadaan gelap, lebih-lebih lagi semasa menghadapi penceroboh.
Oleh itu, katanya, pegawai PCG menghadapi risiko kehilangan nyawa semasa operasi walaupun mereka menerima latihan yang mencukupi merangkumi latihan menggunakan peralatan keselamatan, radar dan alat penglihatan malam.
Menyentuh pampasan bagi pegawai yang terkorban semasa bertugas pula, Profesor Ho berkata keluarga mangsa menerima pampasan yang mencukupi, dengan jumlahnya tergantung kepada skim-skim perkhidmatan yang disertai.
Selain daripada pampasan, keluarga pegawai terlibat juga menerima pampasan sehingga $110,000 di bawah Akta Pampasan Pekerja.
Mereka juga dilindungi di bawah pakej insurans dengan wang perlindungan sebanyak $180,000 bagi kes-kes kematian, tambah Profesor Ho. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
PUB UTAMAKAN CIRI-CIRI KESELAMATAN DI SEMUA PROJEK AIR
SEMUA projek Air Aktif, Indah dan Bersih (ABC) yang dikendalikan Lembaga Perbekalan Awam (PUB) direka dengan mengutamakan ciri-ciri keselamatan.
Namun, tanggungjawab untuk mengamalkan keselamatan diri semasa berada dekat dengan longkang atau terusan air harus terletak di bahu individu itu sendiri, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Yaacob Ibrahim, di Parlimen semalam.
Memberi contoh, beliau berkata ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka cara yang selamat untuk bermain air.
Orang ramai juga dilarang memasuki sebarang terusan air kerana kemungkinan terdapat arus yang kuat ekoran daripada penyaliran air deras yang boleh berlaku secara tiba-tiba.
Bulan lalu, seorang pelajar perempuan mati lemas selepas dibawa arus banjir kilat ketika cuba mengambil sebuah beg yang terjatuh ke longkang besar di Bukit Batok West.
Menjawab pertanyaan Cik Cynthia Phua (GRC Aljunied), yang ingin tahu tentang langkah keselamatan bagi mengelak insiden serupa, Dr Yaacob berkata pihaknya telah membina sistem bagi menjamin keselamatan orang ramai agar mereka dapat mendekati dan menikmati kegiatan air.
Sebagai contoh, Dr Yaacob berkata benteng tambak yang rendah atau tempat-tempat pemindahan disediakan untuk membolehkan pengguna kegiatan air segera menyelamatkan diri semasa kecemasan.
Satu sistem amaran kecemasan juga disediakan untuk memberitahu pengguna kegiatan air jika terdapat keperluan untuk mereka menyelamatkan diri.
Papan tanda amaran dan boya keselamatan juga akan ditempatkan di kawasan-kawasan strategik sepanjang terusan air di Singapura. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
KUASA UNTUK PEGAWAI SAF TAHAN INDIVIDU, KENDERAAN
PARA pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) kini akan diberi lebih kuasa untuk menahan, memeriksa dan menggunakan kuasa yang sewajarnya ke atas individu atau kenderaan yang menimbulkan kesangsian.
Ini selepas Dewan meluluskan Rang Undang-Undang (Pindaan) SAF di Parlimen semalam, yang membolehkan pegawai SAF bertindak demikian dalam operasi darat, laut dan udara.
Buat masa ini, pegawai SAF perlu diiringi pegawai polis untuk menahan, memeriksa atau menangkap individu yang menimbulkan syak.
Membentangkan rang itu bagi bacaan kedua, Menteri Pertahanan, Encik Teo Chee Hean, berkata perubahan tersebut perlu memandangkan landskap keselamatan telah berubah.
Sejak kejadian September 11, keselamatan negara kini terancam oleh unsur-unsur lain seperti pengganas dan penjenayah antarabangsa yang boleh bertindak dari mana-mana dan pada masa yang tidak dijangka, katanya.
Rata-rata, saranan itu mendapat sokongan para Anggota Parlimen (AP) tetapi mereka juga menyuarakan keprihatinan bagaimana pegawai SAF akan melaksana kuasa itu dan tidak menyalahgunakannya, terutamanya dalam operasi darat.
Dr Ong Chit Chung (GRC Jurong) berkata ia mungkin suatu pengalaman yang 'menakutkan bagi orang awam untuk berhadapan dengan pegawai tentera yang siap dengan senjata'.
Beliau turut mengajukan soalan sama ada pegawai SAF, yang kebanyakannya lelaki, akan dibenarkan memeriksa wanita.
Dalam pada itu, Encik Michael Palmer (GRC Pasir Ris-Punggol) pula ingin tahu bagaimana pegawai SAF yang berkhidmat dalam operasi khas itu akan dikenal pasti.
Memberi responsnya, Encik Teo menekankan bahawa para pegawai akan diberi latihan secukupnya sebelum mereka dikerah untuk menjalankan sebarang operasi.
Mereka juga akan diberi kad pengenalan untuk mengesahkan mereka mempunyai kuasa menjalankan sesuatu operasi itu, katanya.
Encik Teo menambah, hanya Menteri Pertahanan boleh memberi kebenaran untuk SAF menjalankan sebarang operasi darat, udara atau laut sebagai membantu penguasa awam. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|