CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jac_diehard_fan

FILEM GENG : PENGEMBARAAN BERMULA - UPIN IPIN

[Copy link]
Post time 3-3-2009 02:04 PM | Show all posts
minggu ni aku n hubby antara yg menyumbang utk pilem nih...

puas ati ngan 11hengget...

cuma yg aku tak puas ati...

LAKI AKU SIAP LEH BEDENGKUR masa tgh tgk cite nih!!!!
riuh 1 panggung org dok gelak... dia leh lak membuta... tapi salah aku gak la... dia mmg spesis tak suka langsung tgk citer katon...

pepe pun... aku bangga anak malaysia leh wat cite camni... harap2 1 hari rakyat malaya lebih kenal les copaque dari waltdisney

leh la aku trus boikot produk yahudi bila dah ada alternatif lain yg org kita sendiri buat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2009 02:41 PM | Show all posts
nnaaakk sgt tgk..tp xde kesempatan...cari cetak rompak la gamaknyer..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 03:48 PM | Show all posts
Originally posted by dino at 3-3-2009 13:15

klau yg minat filem prof mmg tak heran la... kreative n inovatif la prof tuh... .dlm mstar pilem rasukan ablasa mencabar kreativiti beliau... btw selama nie die kreatif ka....


akak tu layan citer ala2 hindustan je kot.. tu yg siap2 promote latest srk movie.. citer apa tah.. hahahaha, ni x layan hindustan, layan prof razak punye movies... hahahha...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 06:04 PM | Show all posts
sorry to say.... i rasa movie ni biasa jer. nothing outstanding. orang terlalu perbesarkan citer ni sebab it's our first 3d animated movie. but lawak2 kat dalam citer ni lawak basi/lapuk. dah sering sangat didengar.

and btw, im not prof razak mohaideen fan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 06:11 PM | Show all posts

Reply #810 avagoddess's post

aik awal2 dah declare....
sah2 movie ni dinsipire dr animasi luar... tp diadun ngan msia punya lanskap....
takde yg basinya... aku rasa fresh ya amat
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 06:14 PM | Show all posts
apepun team2 filem rasukan ablasa taknak wat promo kat sini ka.....
gatai tangan nak hentam nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2009 06:32 PM | Show all posts

Reply #800 flyzpiz's post

huh no 3 ker?

best banget ker dragonball muvie tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 07:01 PM | Show all posts
Cter ni besh la..suka suka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2009 07:03 PM | Show all posts

Reply #810 avagoddess's post

tang mana yg basi dan lapuk tah?

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 09:28 PM | Show all posts
Kepada peminat filem geng dan upin ipin,

berita baik! pihak LCP dah pun berjumpa dengan pihak panggung gsc utk menyelesaikan isu jumlah sesi tayangan yg agak kekurangan dalam minggu ke3 geng ni.Mereka di GSC dahpun sedia mengemaskini jadual tayangan geng untuk minggu keempat.They are suprised that walaupun jumlah tayangan dah banyak berkurangan dalam minggu ke3, tapi overall ticket sales masih bagus(thank you to the rakyat).Jadi mereka setuju untuk menambah kembali tayangan untuk minggu keempat dan seterusnya untuk panggung2 yang banyak halls terutama di klang valley insyaAllah akan terus disambung tayangannya sampai cuti sekolah. Dipihak kami pula, kami akan terus membuat roadtour ke tempat2 yg belum dikunjung spt di kuantan,ampang dan maybe pegi lagi skali kat tpt2 yg mmg meletop spt di alamanda,midvalley, etc

Jadi kepada anda semua teruskanlah menyokong filem ini dengan mengwar2kan kpd mereka yg belum tengok supaya fenomena gengmania ni berterusan sampai cuti sekolah!   

Kami disini sentiasa menghargai sokongan anda semua. Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 07:49 AM | Show all posts
utusan....

Geng perlu pembelaan di pawagam


GENG: Pengembaraan Bermula merupakan filem yang sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.

--------------------------------------------------------------------------------



GENG: Pengembaraan Bermula (Geng) merupakan filem animasi pertama yang berjaya mencipta fenomena dalam industri perfileman tanah air.

Buktinya, filem terbitan Les' Copaque Production Sdn. Bhd., (LCPSB) itu merupakan filem tempatan termahal dengan kos hampir RM4 juta.

Malah, sejak ditayangkan pada 12 Februari lalu di pawagam-pawagam seluruh negara, Geng berjaya mengaut kutipan tiket lebih RM4 juta.

Difahamkan kebanyakan tiket tayangan filem itu pada hujung minggu juga habis dijual walaupun adakala jumlah tayangannya tujuh kali sehari!

Ada juga pawagam yang terpaksa menambah jumlah pawagam kerana tidak mampu menampung bilangan penonton yang bertambah.

Filem arahan Mohd. Nizam Abd. Razak itu berjaya membuatkan tauke pawagam-pawagam tersenyum lebar kerana sambutan di luar dugaan itu.

Namun, agak menghairankan ketika sambutan Geng semakin hangat, pihak pawagam kononnya dikatakan mahu menarik tayangan filem tersebut.

Antara alasan tidak masuk akal yang diberi kerana mereka mahu 'memberi laluan' kepada banyak filem lain termasuklah filem tempatan dan asing.

Persoalannya, mengapa perlu ditarik tayangan filem yang sedang mendapat sambutan ramai berbanding filem lain yang mereka belum pasti untungnya?

Biasanya filem tempatan yang melalui Skim Wajib Tayang dan bermasalah kalau tayangannya di pawagam selama 14 hari tidak mendapat sambutan para penonton.

Ini kerana, pihak pawagam boleh menarik tayangan sesebuah filem itu jika sambutannya dingin dan akan digantikan pula dengan filem lain.

Bagaimanapun, dalam kes Geng ia terbalik kerana biarpun sambutannya hebat tetapi tayangannya pula mahu ditarik kerana alasan yang tidak logik itu.

Secara logiknya, pawagam tentulah akan memanjangkan tayangan sesebuah filem jika sambutannya baik kerana ia akan menguntungkan mereka.

Dalam kes ini, seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena apabila masalah seperti itu timbul kerana ia jarang-jarang berlaku dalam industri perfileman tempatan.

Pihak-pihak seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) haruslah tampil ke depan bagi membantu masalah yang sedang dihadapi oleh filem seperti Geng.

Sebabnya, bukan selalu filem tempatan seperti Geng mencipta fenomena dengan mengalahkan kutipan tiket filem-filem hebat dari luar negara.

Geng misalnya, mengutip kutipan tiket RM1.75 juta pada minggu pertama tayangannya mengalahkan filem Hollywood seperti Valkyrie.

Dimaklumkan, Geng turut menewaskan filem seperti The Curious Case of Benjamin Button dan Slumdog Millionaire yang turut ditayangkan serentak ketika itu.

Apa pun tahniah kepada Finas kerana mewujudkan Skim Wajib Tayang selama 14 hari kepada filem-filem tempatan untuk dipatuhi oleh pihak pawagam.

Tetapi nampaknya ia masih belum memadai dan Finas harus mengemaskini skim itu supaya ia bersesuaian dengan keadaan semasa.

Finas misalnya, boleh menambah peraturan skim itu dengan mensyaratkan pihak pawagam melanjutkan tayangan filem jika sambutannya baik.

Lanjutan tayangan itu boleh diberi kepada filem yang berjaya menarik lebih 30 peratus penonton ke pawagam selepas sahaja tempoh Skim Wajib Tayang tamat.

Senario itulah yang berlaku kepada Geng kerana biarpun selepas 14 hari ditayangkan, tetapi filem animasi itu terus mendapat sambutan hebat para penonton.

Biarpun selepas tamat Skim Wajib Tayang, namun filem itu masih mampu menarik lebih 30 peratus penonton dalam kapasiti sesebuah pawagam ketika ia ditayangkan.

Selain Finas, persatuan seperti Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) juga sepatutnya tampil ke depan membantu Geng.

PFM mahupun Finas seharusnya campur tangan membela filem Melayu seperti Geng dan berdepan dengan pihak pawagam supaya masalah itu dapat diatasi.

Tindakan segera perlu diambil kerana filem edaran Grand Brilliance Sdn. Bhd., itu mampu meraih kutipan tiket lebih RM5 juta dalam waktu terdekat ini jika ia terus ditayangkan.

Jika tidak, ia bukan sahaja akan merugikan pihak penerbit seperti LCPSB dan pawagam daripada segi kutipan tiket yang bakal mereka raih.

Malah, para peminat watak popular Upin dan Ipin dalam filem itu juga akan berputih mata kerana masih ramai lagi yang belum menontonnya di pawagam
..................................................................................

ini kira promosi gak nih.... 7,8,9 hb sure saold out lagik tiket
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 07:52 AM | Show all posts

Reply #816 msafwan's post

oit safwan.... besarkan skit kedai WOG tuh.... kecik sangat... kasi hapening skit... amik kurang2 2 lot... tambah bermcm lagik barang untuk budak2 pra sekolah....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 08:53 AM | Show all posts

Reply #817 rambutan's post

ape kata tauke panggung... humban pilem rasukan ablasa tu dlm tong sampah....
kasi ruang pilem geng la.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 09:36 AM | Show all posts
agak2 weekend nih ade lagik tak citer nih..aku nak bwk anak2 aku gi tgk kat alamanda..dah lama dia org mintak nak tgk, weekend nih jer aku ada masa..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 12:56 PM | Show all posts

Reply #816 msafwan's post

yahooo... dah cuak sebab janji ngan anak-anak nak bawa gi tgk, tapi ujung minggu kat melaka... hari2 dok check website GSC and MBo, takut2 dieorang tarik tayangan filem geng
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 01:24 PM | Show all posts
cek kat GSC.... jadual sampai 11 MAc.. wooww

tp

lokasi top cam alamanda update sampai 5 Mac jer.. what?... mana pergi 7,8,9 hb... 3 hatu cuti tuh.. ahad aritu pon ramai yg tak dpt tiket lagik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2009 01:32 PM | Show all posts

Reply #822 rambutan's post

aku tengok kat TGV Mines pun ful house wo weekend.. slalu x ramai kat TGV.. maklumler kat sana byk cina.. tapi x sangka gak.. melayu ramai tengok sana... best2!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2009 01:47 PM | Show all posts

Reply #823 JUSTcircle's post

bdak2 mmu la tu gi situ.. katenye panggung alamanda penuh..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 01:59 PM | Show all posts
baru semalam berpeluang tgk film ni ...
overall ok .. 4 bintang .. but not to outstanding..
watak peberet Raju & upin/ipin..
badrul ? suam2 je ..

aku suka rasaksa dlm film ni .. ada idea .. mcm monster FF pun ada

klu lh nk wat film baru nnt.. jgn lupa letak watak RAju skali..


~~ klu pembikin nye david teoh .. mesti tiada masalah soal masa tayangan kn??    u know what i mean
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 02:03 PM | Show all posts
Originally posted by yna@arabella at 3-3-2009 07:01 PM
Cter ni besh la..suka suka


betul... betul.. betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.058251 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list