Jurulatih??? Bergu??? Single ??? Skuad Pelapis??? Tak faham aku......explain pelizz.....
Trunkk_ZZ Post at 30-12-2009 14:38
Tan Kim Her tu dulu pemain bergu, so aku rase dia jadi coach bergu lah.....
maybe start dgn skuad pelapis dulu kot..... lainlah kalau BAM nak kasi tendang kuar coach2 yg sedia ada ni....
draw yg tak berapa best tuk mew choo ....
1st round jumpa zhou mi ...
ingat tak kat mamat korea yg kalahkan lindan kat east asia game last month ...?
choi ho jin nama dia ....
arif akan jumpa dia kat qualification round ...
PENGARAHUrusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir(kiri) menyerah replika kunci kereta kepada Naib Presiden BAM, DatukMohamed Al-Amin Abdul Majid (tengah) disaksikan Ketua Pegawai OperasiBAM, Thomas Lund (kanan) pada majlis pengundian pemain Terbuka Malaysiadi Pusat Kecemerlangan Proton, semalam.
Laluan sukar menanti cabarannya pada Siri Super Terbuka Malaysia
HALANGAN tiga pemain handalan dunia perlu diatasi terlebih duluoleh Lee Chong Wei seandainya mahu berdepan cabaran seteru utama, LinDan pada kejohanan badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2010 bermulapada 19 hingga 24 Januari ini.
Dia yang mengetuai cabaran negara pada sirkit kedua SiriSuper Dunia selepas Terbuka Korea Selatan minggu depan, menerima undianmudah di pusingan awal apabila bertemu pemain England, Rajiv Ouseph.
Namun menantinya selepas itu ialah pemain utama KoreaSelatan, Park Sung-hwan manakala bekas remaja dunia, Chen Jin dijangkamenjadi lawannya di suku akhir.
KUALA LUMPUR - Selepas mengetepikan kejohanan pembuka tirai 2010, Terbuka Korea minggu depan, beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mahu memulakan tahun baru dengan langkah kanan pada Terbuka Malaysia, 19-24 Januari ini.
Bagaimanapun, hajat pasangan No. 1 dunia itu tidak mendapat sokongan baik daripada undian yang dikeluarkan semalam, apabila laluan berliku menanti mereka sejak seawal pusingan pertama.
Juara 2007 itu bakal berdepan pasangan Indonesia, Yonathan Dasuki-Rian Sukmawan di pusingan pembukaan, dan dijangka bertemu beregu Korea, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong atau Sun Junjie-Tai Jiaming dari China di pusingan kedua.
Di suku akhir pula, beregu berpengalaman England, Anthony Clark-Nathan Robertson bakal menanti, namun cabaran terbesar buat Kien Keat-Boon Heong adalah di separuh akhir - berdepan juara Olimpik, Markis Kido-Hendra Setiawan dari Indonesia.
"Memandangkan ini hanya kejohanan pertama kami sejak Sukan SEA (Disember tahun lalu), saya tidak tahu sejauh mana keadaan sebenar kami ketika ini, ia pasti sangat mencabar.
"Biasanya, kami menggunakan kejohanan pertama sebagai pemanas badan dan bangkit pada kejohanan kedua, namun disebabkan kami tidak beraksi di Korea, maka Terbuka Malaysia adalah kejohanan pembukaan kami, dan ia tidak mudah,'' akui Kien Keat, yang kalah kepada Markis-Kido di final Sukan SEA, tahun lalu.