|
Fazura-Berazam jadi isteri Mithali dlm Mguan wanita -Pg 74
[Copy link]
|
|
cmf_premierleag posted on 24-9-2012 02:13 PM ![](static/image/common/back.gif)
mohon RSVP ke majlis tahlil fazura, atas nama jemputan, kaka premierleague
RSVP kaka premierleague ditolak,
atas alasan menjejas keselamatan awam ![](static/image/smiley/default/rofl.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Tulisan dia mcm budak sekolah rendah,
tak boleh kene tegur,mestii miss fake nak balas balik...
untunglahhh ade column surat kabar (lgi nmpak bodoh ade la) xkene dengan umur![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
311gurl posted on 24-9-2012 02:27 PM ![](static/image/common/back.gif)
Tulisan dia mcm budak sekolah rendah,
tak boleh kene tegur,mestii miss fake nak balas balik...
unt ...
2 benda jer, aku tak pernah dengo di nak balas balik, spm & ketiak lecek ....
|
|
|
|
|
|
|
|
dahliateck posted on 24-9-2012 11:31 AM ![](static/image/common/back.gif)
nak register guna kukulangau laaaaa
mu register atas nama lopa, tgk lepas ker tak ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
JOKE OF THE MONTH ni miss fake tulis kat instagram dia(bole nmpak la perangai dia camne)
mek gegerl rase bimboy will be a Much better guy kale dia tinggalkan si kertu ni.
sikap miss fake ni bnyk mempengaruhi tmj,tgk je la dari sikap fake yg mcm budak x cukup umur nak mmbalas je kekdahnya..![](static/image/smiley/default/3laugh.gif)
Seriously,miss fake miss fake,pemikiran sangat la rendah dan tak bersesuaian dengan umur yg meningkat![](static/image/smiley/default/67.gif)
http://i1266.photobucket.com/alb ... 1_7_zps360f7dce.jpg
|
|
|
|
|
|
|
|
juliez posted on 24-9-2012 02:33 PM ![](static/image/common/back.gif)
mu register atas nama lopa, tgk lepas ker tak
Gud idea ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Giler ngko dia nak lepas???
|
|
|
|
|
|
|
|
311gurl posted on 24-9-2012 02:33 PM ![](static/image/common/back.gif)
JOKE OF THE MONTH ni miss fake tulis kat instagram dia(bole nmpak la perangai dia camne)
mek gegerl ...
Tak leh scan full ker arikel ni gugurl?
|
|
|
|
|
|
|
|
cikgu_murni posted on 24-9-2012 02:37 PM ![](static/image/common/back.gif)
Tak leh scan full ker arikel ni gugurl?
ni pun gerl amik dari instagram miss fake..JOKE OF THE MONTH kata miss fake...![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
offtopic : knp tade yg bukak benang lopa honeymoon dgn hans kat koh samui? |
|
|
|
|
|
|
|
311gurl posted on 24-9-2012 02:33 PM ![](static/image/common/back.gif)
JOKE OF THE MONTH ni miss fake tulis kat instagram dia(bole nmpak la perangai dia camne)
mek gegerl ...
JOKE OF THE YEAR OK
org x pass spm fefeeling intelek nak menulis di suratkhabar
1mesia gelak weiiii ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
smlm ada aku terbaca artikel bangang fazurah tu
kemain lagi guna ayat oh my maserati!!!
euuewww nampak sgt x cerdiknya fazura ni
x matang pun ye jugak |
|
|
|
|
|
|
|
kepada yang pergi ke majlis tahlil si lomboktin ini sila la bawak hadiah KHAS iaitu UBAT KETIAK ye tanda kasih sayang hahahahaha kalau sorang bawak satu, rasa cukup la tuk setahun dua ni mungkin penyakit ketiak die dpt diubati |
|
|
|
|
|
|
|
contoh artikel yg sound ssgt CERDIK dr bbrp retis yg ada kolum di sokkabar ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
Antisosial kerana Blackberry (by Neelofa)
Kerana kecanggihannya, Blackberry banyak mempengaruhi individu, masyarakat, negara dan dunia.
Mengkaji respon di twitter Lofa, (@neelofa), ramai yang setuju apabila Lofa katakan hampir setiap orang hari ini menggunakan Blackberry.
Dengan popularitinya itu, kini budak yang berusia tujuh tahunpun sudah tidak renggang dengan Blackberry. Adik Lofa juga tidak terkecuali. Ini semu mungkin disebabkan kepesatan pembangunan dan kemajuan teknologi yang menghasilkan aliran baru atau trend di kalangan masyarakat kita hari ini.
Lofa ada membuat kajian tentang Blackberry dan daripada ilmu yang sedikit ini Lofa kongsi dengan pembaca minggu ini iaitu ia diperkenalkan pada tahun 1997 oleh Research In Motion, sebuah syarikat yang berpangkalan di Kanada.
Apa yang menarik, telefon pintar ini memiliki fungsi seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon, melayari Internet, Push E-Mail, Blackberry Massengger (MBM). Blackberry juga boleh digunakan sebagai alat pandu arah.
Pada peringkat awal Blackberry diperkenalkan, ia merupakan satu-satunya telefon mudah alih yang menawarkan perkhidmatan e-mel tanpa perlu mengunjungi pusat Internet terdekat.
Tetapi ciri yang menyebabkan ia menjadi pilihan ramai terutama di kalangan anak-anak muda ialah fungsi BBM. Yang jelas bagi Lofa sememangnya ia mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat.
Kenapa? Perkhidmatan BBM sebagai ruang sembang atau chatting memudahkan orang ramai berhubung tanpa perlu bersemuka secara langsung. Situasi ini lama-kelamaan menyebabkan pengguna menjadi antisosial dan kurang peka terhadap perkara sekeliling kerana sibuk melayan BBM.
Pada tahun lepas semasa Hari Raya Aidilfitri, ketika demam Blackberry baru hangat di Malaysia, semua keluarga Lofa yang tinggal di Kuala Lumpur dan Terengganu pulang ke rumah nenek di Pasir Mas untuk berkumpul dan beramah mesra.
Tetapi yang peliknya, masing-masing sibuk melayan BBM. Tanpa disedari kami telah meminggirkan insan-insan yang disayangi. Terutama datuk dan nenek Lofa yang ingin meluangkan masa bersama kami.
Bagi Lofa Blackberry secara tidak langsung telah 'menyihir' banyak orang di dunia. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada kehidupan sosial, tetapi dipercayai berpotensi untuk mengancam keselamatan sesebuah negara ekoran maklumat yang disebar tanpa batasan.
Sebab itu Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengharamkan penggunaan Blackberry kerana ia satu-satunya telefon yang menyampaikan maklumat secara automatik kepada pusat data di luar negara.
Difahamkan pada peringkat awal awal dahulu jaminan keselamatan yang diberikan oleh Blackberry ialah telefon pintar itu direka khas dengan keupayaan menghantar maklumat tanpa wayar dan tidak ada sesiapapun yang boleh mengakses kepada individu dan dan pelayar Blackberry terletak di Kanada.
Kerana itu kerajaan Arab Saudi dan UEA mengaharamkan gajet ini kerana mereka tidak dapat mengakses dan mengawal maklumat jika dihantar dengan menggunakan Blackberry. Alasan mereka kemungkinan maklumat yang dihantar itu ada kaitan dengan aktiviti haram dan keganasan yang mampu mengugat keselamatan negara.
Lagi pula penggunaan BBM bukan untuk sekadar sembang. Ia juga boleh memancarkan masej atau broadcasting message. Lofa tidak kisah kalau masej yang mahu dipancarkan itu ialah maklumat-maklumat positif. Tetapi disebabkan BBM tidak ada tapisan maka ia tidak mampu menghalang bahan-bahan nagatif seperti pornografi, provokasi perkauman, hasutan dan sebagainya.
Lofa ingin ingatkan, yang kita masih lagi beruntung kerana Malaysia tidak menyekat penggunaan Blackberry yang menjadi kegilaan ramai negara ini.
Oleh itu, para pengguna gajet ini harus peka dan bertanggunjawab terhadap apa yang mereka lakukan dengan Blackberry. Jangan sampai ia memberikan kesan negatif kepada masyarakat dan menjejaskan keharmonian hidup kita selama ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi contoh artikel dr retis yg CERDIK..lebih cerdik dr fazura yg x amik spm
Ekspedisi abdi diriku.... Syamsul Yusof
“LABBAIKALLAH, Humma labbaik, Labbaika laa syarikalaka labbaik, Innal hamda wal-ni’mata laka wal-Mulk, La syarikalak, kalabbaik!”
Atau maksudnya “HambaMu datang menyahut panggilanMu, ya Allah HambaMu datang menyahut panggilanMu, ya Allah Tiada sekutu bagiMu. HambaMu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu. Tiada sekutu bagiMu...”
Entah kali berapa dakwat basah pena yang kuguna ini bersatu bersama titisan air mata yang tidak mampu kubendung pada kelopak mata. Berkali-kali kuseka dengan serban yang disarung pada leher namun makin deras mengalir air mata kerana baunya menggamit bauan kota suci itu.
Sungguh, walaupun baru kakiku menjejak kembali di bumi Malaysia, hatiku masih di sana, di kota penuh barakah dan di kota di mana segalanya bermula; Maklkah Al-Mukarramah.
Walaupun ini ibadat umrahku buat kali keempat, tetapi aku mengira ia sebagai yang pertama kerana umrah kali ini adalah pada tika aku sudah menginjak dewasa dan sedang dahagakan ‘ketenangan’ dan ‘jawapan’ pada setiap persoalan serta kemelut yang melanda jiwa anak muda yang hidup pada akhir zaman yang penuh dengan cabaran serta dugaan. Lantas aku namakan umrahku kali ini dengan “Ekspedisi abdi mencari Ilahi”.
Ekspedisi bermula di kota Madinah bila mana kami dijadualkan untuk berada di situ selama tiga hari yang dirasakan terlalu singkat. Masjid Nabawi membuat diri terbuai. Rindu. Gah tersergam. Di sinilah Nabi Muhammad SAW berserta Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al Khattab dan Saidatina Aisyah disemadikan.
“Bersembahyang di masjidku ini pahalanya adalah seperti 1,000 kali sembahyang di tempat lain melainkan di Masjidil Haram” Alhamdulillah dipermudahkanNya untuk kami menjaga solat jemaah, solat sunat dan berdoa di Raudhah. Alhamdulillah.
Setelah memberi salam ucapan selamat tinggal pada makam Baginda dan sahabat baginda, kami meneruskan ekspedisi ke Makkah. Tiada diskripsi yang mampu kunukilkan dalam memberi gambaran rasa betapa agungnya Maha Pencipta dan betapa kerdilnya diriku sebagai hambaNya yang hina bila tiba di kota Makkah.
Umrah wajib, pada tawaf yang pertama, dalam pakaian ihram, demi Allah, aku menangis teresak-esak tanpa rasa segan silu. Bila mata melihat Kaabah segalanya akan berubah. Percayalah. Jiwa raga jadi lemah, selemah-lemahnya. Terbayang pada skrin paparan minda segala dosa lalu yang kulakukan namun Dia Maha Pengampun dan terus-terusan memberi nikmat dalam kehidupan. Astaghfirullah.
Ruanganku di sini tidak akan cukup untuk dijadikan medium penceritaan menyeluruh mengenai ekspedisi umrahku kali ini. Lakukanlah umrah dan lawatilah sendiri. Jika ada yang sedang mencari tempat untuk dilawati, aku syorkan Madinah dan Makkah dijadikan destinasi lawatan dalam percutian kerana kota-kota besar lain seperti London, Australia mahupun Los Angeles tidak akan mampu memberi satu kepuasan mutlak dari ‘dalaman’.
Buah tangan yang akan dibawa sekembalinya dari lawatan ke dua kota ini; Madinah dan Makkah bukan hanya pada kebendaan tetapi jauh lebih berharga daripada itu - keinsafan.
Allah telah beriku ilham bersama sepupuku Dr Anwar Fazal di sana dan kami telah menggubah sebuah lagu untuk ‘single’ kami yang terbaru berjudul ‘Hidayah’. Hayatilah liriknya. Lagu penuh, insya-Allah akan siap seawal Syawal ini.
Akhir kata, pada 10 malam terakhir ini jangan kita dipersia waktu yang berlalu. Salam Ramadan buat semua dari pengarah kerdil, Syamsul Yusof.
Hidayah
Berkali-kaliku berfikir
Beralun-alun bait dzikir
Cuba mencari erti hidup
Berkali-kaliku tersasar
Berulang-ulangku menyesal
Namun hakikatnya aku tewas
Bertanya-bertanya mengira-ngira soalan
Tertanya-tanya mencari-cari jawapan
Kau tahu apa yang kumahu
Hidayah oh ya Allah
Bukalah pintu hatiku
Hidayah oh ya Allah
Kutakut dengan azabMu
Hidayah oh ya Allah
Tiada lain yang kumahu
Walaupun beribu doa dititipkan
Walaupun beribu sesal dilafazkan
Walaupun beribu tanda dizahirkan
Jiwaku masih lagi belum suci
Tak henti-henti kumencari
Tanda-tanda tersirat erti
Jangan KAU butakan mata hati
Tak jemu-jemuku merayu
Ratap tangis dalam sujudku
Jauhkan dari rasa ragu
Manusia akan terus lupa
Melainkan yang beriman dan bertaqwa
Jangan lengahkan usia
Kerana hidup ini hanya sementara |
|
|
|
|
|
|
|
suka aku baca tulisan samsol ni
terasa rasa pada orang yang pernah menjejakkan kaki ketanah suci |
|
|
|
|
|
|
|
dan nak tergelak aku baca tulisan lofa
she's brilliant!
dalam pada fazura dok posing posing bergambar as a duta blackberry malaysia
lofa mengupas asal usul blackberry
classic! |
|
|
|
|
|
|
| |
|