CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: virgomal

- S E G A L A_ M A C A M_ P E N Y A K I T -

[Copy link]
Post time 25-2-2009 11:47 AM | Show all posts

Berita Harian...

SAKIT LEHER DAN MURUNG ADA KAITAN

SAKIT leher yang anda alami berkemungkinan bukan berpunca hanya daripada masalah fizikal.

Para doktor di Jerman mendapati bahawa tekanan psikologi - terutama kemurungan dan kegelisahan - mempunyai kaitan rapat dengan sakit leher yang tidak hilang-hilang.

Dr Martin Scherer memberitahu Reuters Health bahawa apabila seseorang mendapatkan rawatan untuk sakit leher, faktor-faktor psikososialnya juga perlu diberi perhatian untuk membantunya mencapai hasil jangka panjang yang memuaskan.

Lantas, masalah ini memerlukan rawatan terapeutik, katanya.

Dr Scherer dan rakan-rakannya dari Universiti Gottingen di Jerman telah menjalankan kajian ke atas 448 pesakit di Jerman yang mengalami sekurang-kurangnya satu episod sakit leher.

Hasil kajian itu menunjukkan individu-individu yang mempunyai masalah kemurungan atau kegelisahan lebih cenderung mengalami sakit leher yang paling teruk.

Mereka merumuskan bahawa darjah kesakitan di leher berkait rapat dengan darjah tekanan psikologi yang dirasakan.

Oleh yang demikian, rawatan untuk pesakit leher yang kronik bukan saja harus tertumpu pada faktor fizikalnya, malah juga faktor psikososial pesakit itu, katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2009 07:40 AM | Show all posts

Berita Harian...

BARAH KOLOREKTAL

123 NYAWA TERSELAMAT HASIL UJIAN


Oleh
Dewani Abbas


JALANILAH ujian untuk mengesan barah kolorektal atau barah usus besar dan dubur di peringkat awal kerana ia terbukti berkesan.

Ujian yang telah diberikan percuma sempena Kempen Kesedaran Barah Kolorektal pada tahun lalu, misalnya, telah berjaya menyelamatkan 123 orang.

Tanpa menjalani ujian itu, mereka mungkin sudah diserang barah kolorektal, sebahagiannya di peringkat lanjut yang lebih teruk.

Kempen tahunan sejak 2002 itu dianjurkan oleh Persatuan Barah Singapura (SCS). Pada tahun ini ia melancarkannya lagi dengan mengadakan, seperti pada tahun-tahun lalu, ujian percuma untuk mengesan barah kolorektal untuk orang ramai.

SCS berharap sehingga 30,000 orang akan mengambil peluang menjalani ujian tersebut yang disediakan mulai bulan ini.

Mereka yang sangat digalakkan menjalaninya ialah lelaki dan wanita berusia 50 tahun ke atas kerana warga dalam usia ini lebih berisiko menghidapinya. Malah, mereka disarankan menjalaninya setiap tahun.

Namun, orang ramai berusia di bawah 50 tahun yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap barah kolorektal boleh juga menjalani ujian percuma itu yang dilakukan dengan perkakas disebut Faecal Occult Blood Test (FOBT).

Dalam satu pertemuan media baru-baru ini, Pengerusi SCS, Profesor Madya Koo Wen Hsin, menarik perhatian bahawa pada tahun lalu, 12,497 orang telah menjalani ujian FOBT itu.

Hasil ujian tersebut, seramai 32 individu dikesan menghidap barah kolorektal dan seramai 128 lagi mempunyai polip iaitu tumbuhan tisu tidak normal daripada lapisan saluran seperti usus, yang boleh membawa kepada barah.

Daripada 128 individu yang dikesan mempunyai polip itu, 91 didapati mempunyai polip yang bakal menjadi barah (prabarah).

Dicampur dengan 32 orang yang dikesan sudah pun mempunyai barah, maka jumlah individu yang dikesan menghidap barah dan prabarah melalui ujian FOBT dan kemudian dapat diselamatkan ialah 123 orang.

Daripada 32 orang yang menghidap barah itu, 29 individu telah menjalani pembedahan untuk membuang tumor mereka, 11 lagi sudah menghidap barah peringkat satu, empat menghidap barah peringkat dua dan 14 menghidap barah peringkat tiga.

Di Singapura setiap tahun 1,400 individu didiagnos menghidap barah kolorektal dan lebih 600 orang meninggal dunia kerananya.

Bagaimanapun, masih ramai yang tidak tahu dan kurang sedar tentang barah kolorektal, demikian menurut SCS.

Profesor Madya Koo berkata lagi: 'Kadar barah ini dijangka meningkat dalam tempoh lima tahun mendatang. Walaupun banyak usaha pendidikan dijalankan untuk melawan barah ini, yang sama penting ialah individu sendiri memainkan peranan untuk menjaga kesihatan mereka.'

Menurutnya, barah kolorektal mudah disembuhkan di peringkat awal.

Peluang sembuh ialah 90 peratus di peringkat satu, 70 peratus di peringkat dua dan 50 peratus di peringkat tiga.

'Sebaik saja ia telah merebak ke organ-organ lain, itu bermakna barah itu sudah mencapai tahap empat dan di peringkat ini, ia sukar diubati,' katanya.

Daftar Barah Singapura mendedahkan bahawa dari 2003 hingga 2007, barah kolorektal adalah barah yang paling biasa dihidapi oleh kaum lelaki di sini (17.8 peratus), diikuti dengan barah paru-paru (17.4 peratus) dan barah prostat (9.9 peratus).

Di kalangan wanita, barah paling biasa yang mereka hidapi ialah barah buah dada (29.3 peratus) diikuti dengan barah kolorektal (14.5 peratus) dan barah paru-paru (8 peratus).

Orang Cina merupakan golongan tertinggi yang menghidap barah kolorektal diikuti dengan orang Melayu, kemudian India.

Keterangan lanjut mengenai barah itu boleh didapati di laman Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) di www.hpb.gov.sg.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 07:41 AM | Show all posts

Berita Harian...

LEGA HASIL UJIAN TUNJUK TIADA BARAH

RASA takut dan bimbang menyelubungi hati Cik Sahara Ahmad, 53 tahun, apabila diberitahu bahawa ujian yang telah dijalaninya dengan menggunakan perkakas Faecal Occult Blood Test (FOBT) untuk mengesan tanda barah kolorektal memberi isyarat positif.

Isyarat positif yang dimaksudkan ialah kehadiran darah dalam najis yang boleh menjadi petanda sesuatu yang tidak normal pada kolorektal.

Namun, banyak punca yang boleh menyebabkan darah dalam najis. Ini termasuk buasir dan ulser peptik, selain polip yang boleh membawa kepada barah.

Cik Sahara kemudian dinasihatkan menjalani pemeriksaan lanjut dan beliau ke Hospital Besar Singapura (SGH) untuk tujuan itu. Di sana beliau disarankan menjalani ujian kolonoskopi yang dapat mengesan tanda barah kolorektal dengan lebih tepat.

Hasil ujian kolonoskopi itu menunjukkan ada polip yang boleh membawa kepada barah kolorektal dalam usus Cik Sahara. Polip itu dibuang dan kemudian dihantar ke makmal.

'Leganya hati saya apabila hasil ujian makmal itu menunjukkan bahawa polip saya itu negatif iaitu ia tidak mengandungi barah. Bagaimanapun, doktor menasihatkan agar saya menjalani ujian kolonoskopi setiap tahun,' kata Cik Sahara.

Beliau telah menjalani ujian FOBT itu pada akhir tahun lalu dan ujian kolonoskopi pada Januari tahun ini.

'Saya nasihatkan agar mereka yang berusia 50 tahun ke atas menjalani ujian FOBT ini. Jangan takut,' kata Cik Sahara, jururawat di Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) dan ibu dua orang anak.

Encik Gerard Ee, 59 tahun, pengerusi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) juga mempunyai cerita tersendiri.

Beliau telah didiagnos menghidap barah kolorektal tahap tiga pada 2007.

'Kalau barah saya itu di tahap empat, saya mesti sudah tiada lagi di bumi ini. Kalaulah saya menjalani ujian awal-awal lagi sudah tentu barah saya ini dapat dikesan awal dan saya tidak perlu bersusah payah menjalani rawatan kemoterapi,' kata Encik Ee.

Menurutnya lagi: 'Saya tiada sejarah keluarga yang menghidap barah usus. Tapi, saya suka makan dan sesekali mengalami sakit perut. Namun, tanda yang merisaukan ialah apabila saya selalu terkena cirit-birit.'

Selepas beliau disahkan menghidap barah tahap tiga, lebih separuh meter ususnya dibuang dan beliau menjalani 12 sesi kemoterapi.

Kini Encik Ee menjaga kesihatannya dengan berhati-hati.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 07:42 AM | Show all posts

Berita Harian...

MAKLUMAT

BAGAIMANA UJIAN DILAKUKAN SENDIRI DI RUMAH

UJIAN Faecal Occult Blood Test (FOBT) perlu dilakukan sendiri di rumah.

Ambil secalit najis dengan perkakas FOBT dan masukkan ia ke dalam bekas kecil yang disediakan. Letakkan bekas ini ke dalam beg plastik kecil dan kemudian masukkannya ke dalam sampul surat. Pos sampul surat itu ke alamat yang diberi.

Setiap orang akan diberikan dua perkakas itu untuk ujian yang lebih tepat.

Peraturan lengkap bagaimana menggunakan perkakas ini diterangkan dengan jelas dalam makalah yang akan diberikan.

Perkakas FOBT ini boleh didapati secara percuma sepanjang Mac di 41 cawangan kedai Guardian, 18 poliklinik (16 hingga 20 Mac), Hospital Universiti Nasional (NUH) dan Kelab Masyarakat Tampines North.

Ia juga boleh didapati di cawangan Pusat Barah Nasional dan di klinik-klinik Persatuan Barah Singapura (SCS) di Realty Centre di #04-01, Enggor Road dan di Blok 22, #01-11, Boon Keng Road.

Keterangan lanjut boleh didapati dengan menelefon SCS di 6221-9578 atau 6396-6241 atau lawat laman

Sembilan cawangan Guardian di Ang Mo Kio Central, Bedok Central, IMM, Great World City, Lot 1, Suntec City, Compass Point, Toa Payoh dan Parkway Parade juga akan memberikan perkakas FOBT itu percuma sehingga akhir tahun.

FORUM AWAM

Sementara itu, satu forum awam mengenai risiko mendapat barah kolorektal akan diadakan pada Sabtu, 21 Mac di Kelab Masyarakat Tampines North, di Tampines Street 41.

Ceramah dalam bahasa Inggeris itu akan diadakan dari 1 hingga 3 petang. Pendaftaran dimulakan pada 12 tengah hari.

Topik-topik yang akan diperkatakan ialah fakta dan salah faham mengenai barah kolorektal, pencegahan dan ujian, rawatan bagi barah itu serta perkongsian pengalaman oleh Encik Gerard Ee, pengerusi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), yang pernah menghidap barah kolorektal.

CEGAH BARAH

Menjalani ujian secara kerap dan mengubah gaya hidup seperti menjaga berat badan menerusi diet seimbang dan senaman penting untuk mencegah barah kolorektal.

Mengurangkan makan daging merah atau daging yang sudah diproses juga boleh membantu, demikian nasihat Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB).

Banyakkan makan makanan yang tinggi kandungan seratnya seperti buah, sayur dan bijirin penuh kerana ini boleh mengurangkan risiko seseorang terkena barah tersebut.

Di peringkat awal, tanda barah ini sukar dikesan. Tanda-tanda biasanya ialah perubahan pada tabiat membuang air besar. Ada orang yang semakin kerap mengalami sembelit dan ada pula cirit-birit; ada pula tidak dapat menahan najis yang keluar.

Beberapa tanda lain ialah najis yang berdarah atau hitam, letih, hilang selera makan, sakit perut, perut kembung dan berat badan merosot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2009 07:39 AM | Show all posts

Berita Harian

Singapura : 16 Mac 2009        
  
PROGRAM CEGAH AWAL SAKIT BAGI WARGA TUA DIJANGKA DIPERLUAS

Boon Heng puas hati projek percubaan di 12 kawasan undi

SATU Kerangka Kesejahteraan (Wellness Framework) yang dilaksanakan sebagai satu langkah pencegahan awal mengatasi penyakit untuk warga tua dijangka diluaskan ke serata Singapura hujung tahun ini.

Projek percubaan yang dijalankan di 12 kawasan undi hanya akan diperluas jika ia berjaya dilaksanakan di kawasan-kawasan tersebut.

Menteri Di Pejabat Perdana Menteri, Encik Lim Boon Heng, berkata sejauh ini beliau berpuas hati dengan program tersebut.

Menerusi rangka kerja itu, warga tua yang didapati menghadapi risiko menghidap penyakit kronik akan digalak membuat pemeriksaan susulan dengan doktor mereka dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Pada masa yang sama, para pengelola Program Kesejahteraan ingin menarik seramai 1,000 warga tua berusia 50 tahun ke atas agar memanfaatkan pusat-pusat kesejahteraan berdekatan kediaman mereka.

Pada masa ini terdapat 12 kawasan undi yang menjayakan Program Kesejahteraan - Bukit Panjang, Bukit Timah, Jalan Besar, Jurong Central, Kebun Baru, Kreta Ayer-Kim Seng, MacPherson, Paya Lebar, Punggol South, Radin Mas, Ulu Pandan dan Whampoa.

Selain berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan, warga tua yang menjalani program itu juga berpeluang meluaskan jaringan persahabatan mereka dan menyertai pelbagai program akar umbi dan program-program kesihatan.

Dilancarkan Mac tahun lalu, Program Kesejahteraan itu merupakan projek perintis yang dipimpin Persatuan Rakyat (PA) dengan sokongan Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS), serta Lembaga Penggalak Kesihatan.

Tujuan program itu adalah untuk merubah pemikiran warga tua agar lebih aktif dan tidak hanya 'duduk diam' dalam menghabiskan sisa-sisa usia mereka.

'Adalah satu hakikat bahawa warga tua kita tidak menjalankan kegiatan jasmani. Program Kesejahteraan ini bertujuan menjadikan kegiatan jasmani satu kegiatan sosial.

'Apabila dilakukan dalam keadaan gembira, dan suatu yang bersifat sosial, terdapat kemungkinan orang ramai akan terus melibatkan diri mereka dalam kegiatan fizikal. Dan apabila ia menjadi suatu acara sosial, mereka yang menyertainya akan mendapat kawan baru dan mempereratkan hubungan itu,' ujar beliau semasa berucap di acara yang berlangsung di Kelab Masyarakat Jurong Spring dan kawasan lapang bersebelahannya itu.

Lebih 2,000 orang mengunjungi Karnival Kesejahteraan Jurong Central di Jurong West Street 52 itu, yang mengemukakan pelbagai acara menarik, termasuk peraduan memasak makanan sihat, sudut senaman dan pemeriksaan kesihatan, persembahan tarian line-dancing dan sebagainya.

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menjadi tetamu terhormat karnival itu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 07:34 AM | Show all posts
Luar Negara : 27 Mac 2009         
  
WANITA MAUT SELEPAS JALANI RAWATAN BUANG LEMAK

KUALA LUMPUR: Keinginan memiliki tubuh langsing dan cantik menyebabkan seorang pengarah syarikat mati selepas menjalani rawatan membuang lemak di sebuah pusat kecantikan terkemuka di Ampang, petang Selasa lalu.

Mangsa, Cik Noraini Mohd Ghazali, 30 tahun, yang menjalani rawatan lebih 14 kali di pusat kecantikan itu sejak tahun lalu, meninggal dunia ketika menjalani rawatan susulan untuk menghilangkan rasa sakit pada pinggul akibat penggunaan ubat-ubatan yang belum dikenal pasti sumbernya.

Beliau meninggal dunia beberapa jam selepas menerima suntikan daripada doktor bertauliah di situ.

Cik Noraini ditemani kakak angkatnya, Cik Misha Abu Bakar, 46 tahun, ke pusat itu kira-kira 3 petang Selasa lalu bagi mendapatkan rawatan susulan itu.

Beberapa bulan lalu, beliau pernah menjalani proses pelangsingan iaitu menyedut lemak pada punggung sebelum mengadu sakit pada pinggul malam Selasa lalu dan mengajak kakak angkatnya ke pusat tersebut.

'Pada sebelah malam, Noraini ingin ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Dia beria-ia mahu ke sana, malah masih sempat singgah di kedai untuk membeli beberapa helai pakaian sebelum bergegas ke pusat itu,' katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kelmarin.

Cik Misha berkata selepas beberapa jam menunggu, beliau tidak sedap hati dan meminta pembantu pusat kecantikan itu menghubungi doktor untuk bertanyakan keadaan adik angkatnya itu.

'Doktor itu mendakwa Noraini muntah tiga kali sebelum tertelan muntah terakhir sebaik disuntik ubat tahan sakit menyebabkan dia meninggal dunia.

'Malah, doktor itu memberitahu dia sudah cuba menyelamatkan Noraini lebih 45 minit, namun tidak berjaya sebelum meminta saya menerima kejadian itu dengan hati terbuka dan bersabar,' katanya, yang terus menghubungi suami mangsa, Encik Zaharuddin Zainuddin, 35 tahun, sebaik melihat jenazah mangsa.

Sementara itu, Encik Zaharuddin berkata sebaik dimaklumkan kejadian itu, beliau bergegas ke pusat itu tetapi tiba agak lewat kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Menurutnya, isterinya pernah memberitahunya bahawa ada benang pernah tertinggal dalam tubuhnya selepas menjalani rawatan, dan beliau 'tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika punca kematian Noraini disebabkan kecuaian doktor'.

Mangsa meninggalkan tiga anak berusia antara tiga dengan 11 tahun.
-- Harian Metro.


innalillaahi wainnailaihi roji 'uun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2009 11:52 PM | Show all posts
Assalamualaikum....

hmm sebut pasal penyakit ni, korang perasan tak di zaman serba canggih ni macam2 penyakit yang ada..naik gerun dan takut dibuatnya....

apa yg den tau serba sedikit punca penyakit ni antaranya adalah berpunca dari pemakanan kita sekarang yg begitu banyak bahan pengawet.....

susah gak yer kalau nak elakkan makanan tertentu pada masa kini...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 12:02 AM | Show all posts
APAPUN MENCEGAH PENYAKIT ADALAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT, BAGI YG SIHAT TU JANGANLAH LEKA , PASTIKAN KORANG PUN ADA MENGAMALKAN APA-APA JUA PRODUK KESIHATAN YANG DIJAMIN KHASIATNYA SERTA DIAKUI AKAN KEBERKESANANNYA OLEH PIHAK BERWAJIB.

p/s: saper yg suka minum nescafe tu elok ler kurangkan atau hentikan coz nescafe tu memang tersangatlah tak bagus utk tubuh kita, punca penyakit jer di kemudian hari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2009 12:47 AM | Show all posts
300 youths discuss how Internet can be used to promote health
By Lynda Hong, Channel NewsAsia | Posted: 28 March 2009 2017 hrs



SINGAPORE : The Internet is widely used by youths, and some are already thinking of ways to use it to promote health to their peers.

Some 300 youths - aged 15 to 25 years - made themselves heard at a health symposium for youths by youths on Saturday.

They discussed how health topics can be channelled to youths via web-based interactive activity and social networking websites.

Participants also learnt how gaming, binge drinking, and casual sex can affect their health.

Meanwhile, the wellness of the elderly was also looked into at a separate event on Saturday.

Some 150 grassroots leaders, led by Minister-in-Charge of Aging Issues, Lim Boon Heng, experienced what senior residents go through during a fitness assessment.

The assessment is part of the People's Association's Wellness Programme, where senior citizens living in 12 constituencies can undergo various activities to improve their overall well-being. - CNA/ms
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 03:06 AM | Show all posts
Doctors say more awareness about ear reconstructive surgery needed
By Chan Eu Imm, Channel NewsAsia | Posted: 10 April 2009 1715 hrs

  

SINGAPORE : Mention plastic surgery and ear reconstructive surgery is not the first thing that comes to mind. But some ear conditions can be severe and doctors have said many cases go untreated because there is poor awareness of the options available.

Body piercing has gained in popularity in recent years. And one of the most common trends is the piercing of the lower ear lobe, and increasingly, the upper part of the ear as well.

But as 17-year-old "Grace" found out, the risk of infection is high, and can have damaging consequences.

She had pierced her ear in June 2006.

She recounted: "After a week or so, what happened was that the ear got more swollen, and the earring area got more swollen and reddish as well. The doctor told me that there was too much pus inside, and I got a very big infection."

As a result, her upper ear lobe became partially deformed during the healing process.

That is when she was referred to a specialist, Dr Tan Ying Chien, who is an Associate Consultant at the KK Women's and Children's Hospital, Department of Plastic, Reconstructive and Aesthetic Surgery.

While some of these infections may be resolved with conservative treatments like antibiotics, in severe cases, the damaged cartilage has to be surgically excised, and then replaced with cartilage that is carved from the rib.

Dr Tan said: "Because of the size of the deformity, we couldn't take cartilage from the opposite ear. So we had to take part of the rib to carve and assemble the missing part."

Dr Tan added: "During the past six months, I have seen two severe infections that require surgical intervention."

The same procedure is also adopted to treat Congenitally Absent Ears, or Microtia. It is a rare condition that occurs in approximately one in every 7,000-8,000 live births.

20-year-old "Shaun" was born without a right ear, while his left ear was partially formed. His left ear canal is fully developed, so he is able to hear clearly out of one ear.

Dr Tan was able to fully reconstruct a new ear framework for him, using cartilage from his rib last year.

This involved two separate operations, one in February, and another in September.

Dr Tan has seen three patients in their teens with Congenitally Absent Ears in the past year. He recommends that patients reach the age of 10, before undergoing the operation. The surgery costs about S$4,000 at subsidised rates for Singapore citizens.

"Shaun" said: "Definitely, I feel happier about it, because when I was young, definitely people will tease you, and I have been living with this for 18 years."

Apart from ear infections and Congenitally Absent Ears, Bat Ears or Prominent Ears is a common condition that is easily corrected. Patients who are eight-years-old and older are prime candidates for the surgery which involves softening the cartilage, pulling back the ear and stitching it back. Full recovery takes about one month.

Ear reconstructive surgery is viewed by many as an art and not many plastic surgeons in the world can perform this.

There are only a handful of experts in the region, and in Singapore, Dr Tan is one of two doctors who is helping to make a difference. - CNA/ms
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 07:34 AM | Show all posts
Infections common for patients suffering from acute myelogenous leukaemia
By Pearl Forss, Channel NewsAsia | Posted: 11 April 2009 2351 hrs


Acute myelogenous leukaemia

SINGAPORE : Doctors said the possibility of infection from chemotherapy associated with acute myelogenous leukaemia (AML), which DBS CEO Richard Stanley was suffering from, is much higher than in other cancers.

AML is the most common form of cancer of the blood and bone marrow, and also one of the cancers with the highest mortality rate.

AML affects nearly 70 people in Singapore every year.

International statistics show that one-third of patients suffering from AML die within the first year, even with treatment. One reason is because the risk of infection is very high.

Almost all patients receiving treatment for AML develop some form of infection.

In 50 to 60 per cent of AML cases, the infection is usually controllable. But in some cases, infection can set in very quickly, leading to multiple organ failure, and death.

"The disease itself, being a disease of the haemopoetic or the blood forming tissue, it will compromise the patient's production of immune responsive cell and also, what we use to treat leukaemia would be drugs which do not spare the other cells in the bone marrows - that is the normal healthy cells, and the patient's immune system cells would be one of this," explained Dr Toh Keng Kiat, a haematologist.

To fully recover from AML, a bone marrow transplant or an autologous transplant using stem cells is necessary.

More than half of patients who successfully undergo a bone marrow transplant operation usually survive beyond five years.

It is understood that the late Mr Stanley did not undergo the transplant. - CNA /ls
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 12:16 AM | Show all posts


How safe is an X-ray?
By Poon Chian Hui


Most people do not think much about going for an X-ray. However, some have their reservations.

There are those who believe that X-ray exposure can cause serious side effects like giddiness. Others even believe it can cause infertility, said Mr Gabriel Leong, a radiography manager at Changi General Hospital (CGH).

The hospital receives occasional inquiries from members of the public regarding the safety of X-rays.

'Patients have asked if radiographers can have children,' Mr Leong said with a laugh.

What tops the list, he said, was the question: 'Can X-rays make me glow in the dark?'

Such fears are unfounded, he said.

The bad reputation of X-rays may stem from the fact that they are a form of radiation. The word 'radiation' conjures negative images in people's minds, said Dr Chong Le Roy, a consultant radiologist at CGH.

'People have the impression that any form of radiation exposure is detrimental, given the devastating consequences of well-known events such as the atomic bomb attacks on Japan,' he said.

An X-ray is a specific type of electromagnetic radiation which also includes visible light, ultraviolet rays and microwaves.

The difference is that X-rays have a higher frequency, meaning that the beams contain more energy, said Dr Chong. Hence, they are able to penetrate the human body. While a regular X-ray gives a two-dimensional image, CT scans produce three-dimensional images.

While high levels of radiation are indeed harmful, an X-ray carries minimal risk, said Dr Chong.

This is because the dosage is very small. One is exposed to radiation for only a few milliseconds, he said.

'In fact, a four-hour flight gives you about the same amount of radiation as a chest X-ray,' said Dr Chong.

This is because flying takes one nearer to the sun which emits cosmic radiation. Radiation can penetrate most solid materials.

We are also constantly exposed to background radiation, said Dr Chong. Radiation in the atmosphere comes mostly from the soil and the sun but tiny amounts are also present in food and water, he said.

'It's important to put things in perspective,' said Dr Chong. 'We receive radiation all the time but it does not cause any major harm - neither do X-rays.'

Hence, it is safe to have several X-rays in a year for medical reasons, he said. However, as a precaution, pregnant women or those who might be pregnant are advised to discuss the need with their doctors.

Besides, the speed of detection and early treatment made possible by the use of X-rays far outweigh the negligible amount of radiation exposure, said Mr Leong.

'With a CT scan, we can diagnose a problem immediately,' he said.

'What people should remember is that medical radiation is highly controlled and it is meant to help you get proper treatment as early as possible,' he said.

[email protected]
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 02:37 AM | Show all posts

AFP April 16....



Eating fruit may raise cancer risk in smokers: study


THE HAGUE, April 16, 2009 (AFP) - Smokers may increase their chances of contracting colon cancer by eating fruit and vegetables, according to a new Europe-wide scientific study said Wednesday.

A high intake of fruit and vegetables appeared to reduce the risk among non-smokers but seemed to have the reverse effect on smokers, findings by the Dutch National Institute for Public Health and the Environment (RIVM) showed.

"People who eat 600 grammes or more vegetables and fruit a day appear to have a 20 to 25 percent lower chance of developing colon cancer than people who eat 220 grammes or less," said the statement.

"For smokers, the consumption of vegetables and fruit appears, on the contrary, to increase the chances of colon cancer. Protection against colon cancer through the consumption of vegetables and fruit therefore appears to depend on smoking habits."

RIVM official Hans Verhagen told AFP this did not mean that smokers should stop eating their greens.

"On the contrary, the conclusion is to: 'Please stop smoking'," he said.

The research project questioned some 500,000 people in 10 European countries about their eating and smoking habits and studied them for 8.5 years.

The authors of the final article published in the American Journal for Clinical Nutrition, said the findings meant that substances within fruit and vegetables may even increase the carcinogenic potential of tobacco smoke.

"What is new about this study is that we have for the first time examined the effects of fruit and vegetable consumption while making a distinction between smokers and non-smokers," said Verhagen.

Colon cancer is the second-most common form of the disease in the Netherlands, after breast cancer, with 11,000 new cases diagnosed every year.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 06:46 AM | Show all posts

Berita Harian

NEGARA DUNIA USAHA HENTIKAN PENULARAN VIRUS FLU BARU

MEXICO CITY: Pemerintah negara-negara dunia semalam bertungkus lumus cuba menghentikan penularan sejenis virus flu babi baru yang telah mengorbankan sehingga 81 jiwa di Mexico dan menjangkiti hampir sedozen penduduk di Amerika Syarikat.

Rakyat Mexico terpaksa berada dalam rumah masing-masing, manakala hospital-hospital di Amerika sedang cuba mengesan pesakit yang mempunyai tanda-tanda flu.

Pihak berkuasa kesihatan di negara-negara lain pula mengenakan pemeriksaan kesihatan di lapangan terbang, sedang Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran bahawa virus flu babi itu berpotensi menjadi satu wabak besar.

Penyakit itu membimbangkan Mexico, yang sedang menghadapi 'perang dadah' ganas dan kemelesetan ekonomi, dan dipercayai bakal menjadi satu kebimbangan kesihatan sejagat paling besar sejak beberapa tahun lalu.

Sektor pelancongan dan runcit Mexico dijangka terjejas teruk oleh krisis kesihatan terbaru ini.

Malah, penyakit itu dijangka menjadi satu tamparan hebat kepada usaha dunia mengatasi kemelesetan ekonomi paling buruknya sejak beberapa dekad lalu akibat krisis kewangan sejagat.

Di New Zealand, 10 pelajar dari sebuah sekolah di Auckland yang baru pulang dari Mexico sedang dirawat kerana menunjukkan tandatanda flu, yang disifatkan oleh pihak berkuasa kesihatan negara itu sebagai kemungkinan jangkitan virus flu babi.

Bagaimanapun, tidak seorang pun daripada pelajar itu mengalami sakit teruk, kata pihak berkuasa New Zealand.

WHO mengisytihar flu tersebut sebagai satu 'suasana darurat kesihatan awam yang membawa kebimbangan antarabangsa'.

Pengarah Besar WHO, Dr Margaret Chan, menggesa agar diadakan lebih banyak pemantauan di seluruh dunia untuk mengesan sebarang penularan penyakitit itu.

'(Kami sedang) memantau, dari minit ke minit, evolusi masalah ini di seluruh negara,' kata Presiden Mexico, Encik Felipe Calderon, sedang para pegawai kesihatannya menghitung jumlah mereka yang dijangkiti virus itu dalam enam wilayah dari bahagian selatan ke sempadan utara negara itu.

Negara-negara di seluruh Asia, yang pernah menghadapi wabak virus-virus bahaya seperti virus flu burung, H5N1, dan SARS beberapa tahun lalu, terus mengambil tindakan segera.

Di lapangan-lapangan terbang dan pusat-pusat pemeriksaan sempadan di Hongkong, Malaysia, Korea Selatan, dan Jepun, para pegawai terus menjalankan proses pemeriksaan kesihatan ke atas para pelancon yang menunjukkan tanda-tanda seperti dijangkiti flu.

Orang awam di negara-negara tersebut digalak juga memakai pelitup atau mengelak pergi ke kawasan sesak jika dijangkiti flu.

China sekarang mewajibkan rakyatnya dari kawasan-kawasan yang terjejas oleh wabak flu babi supaya membuat laporan mengenai tanda-tanda flu di beberapa pusat kemasukan ke negara itu.

Virus flu terbaru itu, yang merupakan satu campuran virus babi, burung dan manusia, boleh menjadi risiko terbesar ancaman penularan wabak sejak penularan wabak flu burung pada 1997, yang mengorbankan ratusan jiwa.

Virus flu jenis baru itu boleh merebak dengan cepat kerana tiada sesiapa mempunyai tahap keimunan asli bagi melawannya dan vaksinnya pula mengambil masa berbulan-bulan untuk dihasilkan. -- Reuters.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 06:51 AM | Show all posts

Berita Harian

Singapura : 27 April 2009        
         
S'PURA BERJAGA-JAGA ELAK DILANDA FLU BABI

Timbang batas pelawat ke hospital, gesa awam jaga kebersihan diri

Oleh
Azahar Mohd

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) sedang mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk menimbangkan langkah mengehadkan bilangan pengunjung ke hospital, selepas wabak flu babi meragut 81 jiwa di Mexico, kata Menteri Kesihatan, Encik Khaw Boon Wan.

Warga Singapura juga digesa mengamalkan kebersihan diri, seperti cuci tangan sebelum makan dan selepas keluar tandas, menutup mulut apabila bersin atau batuk dan berjumpa doktor jika dijangkiti flu.

'Kami sedang memantau dengan rapi perkembangan di Mexico. Ia mungkin jangkitan setempat. Jika ia reda, Asia terselamat.

'Namun anda tidak boleh memberi jaminan kerana, seperti yang dibimbangkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seperti yang dibimbangkan para saintis, virus itu boleh menular menjadi lebih serius.

'Antara yang menjadi keprihatinan ialah flu babi itu jenis baru. Ia mempunyai baka daripada virus babi, daripada virus burung dan flu manusia.

'Satu lagi aspek yang membimbangkan ialah betapa pantas ia merebak, dengan golongan muda dijangkiti, dijangkiti radang paruparu serius, dan meninggal dunia dalam jangka waktu pendek.

'Satu lagi aspek yang membimbangkan ialah kebanyakan pesakit tidak pernah mendekati atau menyentuh ladang babi atau babi.

'Ini bermakna penularan itu disebabkan jangkitan manusia ke manusia,' ujar Encik Khaw, yang ditemui selepas melakukan lawatan blok di Woodlands Avenue 4 pagi semalam.

Sekiranya penularan flu babi itu menjejas Amerika Syarikat, ia boleh juga merebak ke Singapura dalam tempoh hanya beberapa jam, tambah Encik Khaw.

Oleh itu, beliau mahu Singapura mengambil langkah pencegahan lebih awal.

'Sama ada ia penularan flu burung, penularan flu babi, rojak India atau MRSA (methicillin-resistant staphylococcus aureus) di hospital, huraiannya ialah memastikan kebersihan peribadi pada tahap tertinggi, dengan mencuci tangan, menutup hidung apabila anda batuk atau bersin dan jika anda sakit, jumpa doktor segera,' ujar Encik Khaw.

MOH telah menghubungi doktor dan sektor penjagaan kesihatan agar mengambil langkah berjaga-jaga dan akan menghubungi pengamal Perubatan Tradisional Cina (TCM) bagi langkah serupa.

Selain kebersihan diri, Encik Khaw menasihatkan orang ramai jangan melawat hospital jika tidak ada keperluan mendesak.

MOH telah mengarahkan hospital, terutama di wad Kemalangan dan Kecemasan (A & E) dan Unit Jagaan Rapi (ICU), mengenakan pelitup sebagai langkah berjaga-jaga.

Encik Khaw mendedahkan pihaknya sedang menimbangkan langkah mengehad bilangan pengunjung ke hospital bagi membantu mengurangkan penularan penyakit sebagai langkah pencegahan.

Tetapi beliau berkata tidak seperti penularan Sars beberapa tahun lalu, Singapura kini dalam kedudukan baik untuk menangani sebarang penularan penyakit.

Makmal Singapura kini mempunyai keupayaan membezakan jenis-jenis virus, paras kewaspadaan agak baik di hospital dan kemudahan imbasan suhu lapangan terbang bagi memantau pelawat.

'Kita sekarang dalam kedudukan baik berbanding beberapa tahun lalu, tetapi kita tidak boleh leka. Saya fikir orang ramai boleh juga memainkan peranan. Anda boleh mengambil langkah wajar seperti membawa pelitup apabila ke Mexico, atau jika boleh, tangguh lawatan ke sana,' kata Encik Khaw.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2009 09:08 PM | Show all posts
Two people with travel history to US referred to CDC for swine flu tests
Posted: 27 April 2009 2138 hrs


a thermal scanner at Changi Airport

SINGAPORE: There are no known cases of human swine flu in Singapore although two people have been referred to the Communicable Diseases Centre (CDC) for further assessment.

According to the Health Ministry, one of them is an American from California who was detected with a higher-than-normal temperature during thermal screening at Changi Airport.

The other is a local resident who had a travel history to the United States and flu-like symptoms. He presented himself at a polyclinic and was referred to the CDC.

Preliminary tests for Influenza A - the presence of which could indicate swine flu - were negative for both the American and the Singaporean.

The ministry said all healthcare institutions in Singapore have stepped up their infectious disease control measures to handle any cases turning up at their doorsteps.

Some hospitals have advised their staff in critical areas, such as the Emergency Departments and Intensive Care Units, to don full personal protective equipment.

The ministry added that there is a system of triage in the Emergency Departments where symptomatic patients with a travel history to affected areas, or contact with such persons, will be isolated within the hospitals.

At the outpatient setting, for example - at GPs, polyclinics and TCM clinics, there is also a system where such cases will be referred to Tan Tock Seng Hospital's Emergency Department for further assessment.

MOH also recommends that hospital visitors limit or postpone their trips to hospitals where possible and maintain high standards of personal hygiene at all times.

It also advises members of the public to postpone or avoid non-essential travel to Mexico.

In the event that travel to Mexico is unavoidable, it has advised the public to take precautionary measures such as avoiding crowded areas, coming into contact with sick persons and maintaining high standards of personal hygiene at all times.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2009 09:11 PM | Show all posts
Expert says swine flu could spread faster than SARS virus
By Lynlee Foo, Channel NewsAsia | Posted: 27 April 2009 2157 hrs


Associate Professor Leo Yee Sin

SINGAPORE: Medical experts say more work needs to be done to figure out how to stop swine flu from becoming a pandemic.

What's worrying is that the new swine flu strain could spread faster and is harder to detect compared to the SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) virus, which caused an epidemic in 2003.

Associate Professor Leo Yee Sin, clinical director of Communicable Disease Centre at Tan Tock Seng Hospital, said: "We know that usually the characteristic of influenza is that the infectious period of an infected person will start one day before clinical illness and about seven days after the onset of clinical illness.

"For SARS, however, the person becomes infectious much later, a few days after the onset of fever.

"If it (swine flu) gathers momentum and proves to be very effective in human-to-human transmission and it follows some of the very common characteristics of the influenza virus, then yes, the spread from human to human is much more efficient in influenza as compared to SARS."

Professor Leo said that because the swine flu is a new virus, current flu vaccines may not be effective enough to protect one against the disease.

Even then, it has not stopped travellers from going to swine flu-hit US.

"It's obviously dangerous, but you take your chances," said a traveller.

"A little bit concerned, but then I have a holiday planned there already... so I can't change it now," said another.

"I'm going for business, so I have to go, I have to go," said a third.

There are 126 weekly US-bound flights to cities such as San Francisco, Los Angeles, New York and Houston. There are no direct flights between Singapore and Mexico.

Meanwhile, all passengers will be screened with thermal scanners at Singapore's Changi Airport as part of precautionary measures. Passengers who have a higher-than-normal temperature will undergo a more thorough medical test.

Those who have travelled to the affected areas in the US or Mexico in the last seven days are advised to see a doctor immediately if they develop symptoms of swine flu, such as high fever, cough, sore throat and runny nose.

Health authorities say the public should also maintain high standards of personal hygiene.

Singapore authorities are monitoring the situation closely and are collaborating with the Communicable Disease Centre in the US as well as the World Health Organization.

- CNA/ir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2009 09:20 PM | Show all posts
April 28, 2009
Pill that treats PMS too



The pill, called Yaz, is the world's first oral contraceptive pill that also treats the symptoms of severe premenstrual syndrome or PMS has been approved for use here. --PHOTO: PHARMACYNORTHEAST.COM

THE WORLD's first oral contraceptive pill that also treats the symptoms of severe premenstrual syndrome or PMS has been approved for use here.

The pill, called Yaz, is taken for 24 days every month, instead of the standard 21-day regime, and combined with the pill's low hormone dose, is able to improve the severe physical and emotional symptoms experienced by some women.

At least half the women experience some form of PMS symptoms, with one in 20 getting the more debilitating form, said Dr Tan Thiam Chye, a member of the Obstetrics and Gynaecological Society of Singapore.

The common symptoms incude bloating, abdominal cramps and mood swings.

The new pill is available at general clinics and costs $34 a month. Other contraceptive pills currently on the market cost between $15 and $28 a month.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 12:28 PM | Show all posts

Berita Harian Sg....

Singapura : 2 Mei 2009         
  
MUSLIM DIGESA JAGA KESIHATAN AWAM, AMAL HIDUP SIHAT

Oleh
Azahar Mohd


MENJAGA kesihatan awam dan mengamalkan gaya hidup sihat sebahagian daripada tanggungjawab seorang Muslim.

Peringatan di tengah-tengah ancaman flu babi yang sedang merebak di beberapa negara itu disampaikan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam surat yang diedar kepada jemaah sebelum solat Jumaat semalam.

Ia menggesa masyarakat Islam supaya berwaspada dan mendapatkan rawatan sekiranya sakit serta menjaga sekitaran rumah mereka.

'Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) sedang mengawasi keadaan ini dan mengambil segala langkah berjaga-jaga.

'Alhamdulillah, sejauh ini tiada jangkitan flu ini dikesan di Singapura. Namun, menjaga kesihatan awam adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita bersama sebagai Muslim yang baik.

'Seandainya salah seorang daripada kita terkena penyakit seperti demam panas, batuk, selesema dan sebagainya, hendaklah dia mendapatkan rawatan dan pastikan dirinya tidak berhubungan dengan orang ramai atau berada di tempat-tempat awam sehingga boleh menyebabkan orang lain terkena jangkitannya atau memburukkan lagi kesihatan dirinya.

'Kita juga harus mengelakkan diri daripada berada di tempat yang sesak, kecuali jika perlu, dan menjauhkan diri daripada orang yang sakit, terutama daripada mereka yang mengalami flu.

'Jagalah kebersihan diri dan sekitaran kediaman kita,' gesa Muis dalam surat tersebut.

Dunia sedang dilanda penularan flu babi di beberapa negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menaikkan paras ancaman penularan penyakit itu ke peringkat lima, iaitu ada kemungkinan berlaku penularan serius dan lebih meluas.

Muis turut menggesa masyarakat Islam supaya meneruskan gaya hidup sihat serta mengikuti perkembangan terkini menerusi media dan mematuhi semua panduan MOH.

Ia juga mengajak masyarakat Islam berdoa agar diberi Tuhan keselamatan dan kesejahteraan dalam kehidupan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 05:18 PM | Show all posts

Berita Harian

Singapura : 4 Mei 2009         
  
JANGAN GUNAKAN PRODUK LANGSING 'HYDROXYCUT'

USAH gunakan produk melangsingkan badan Hydroxycut kerana ia boleh menimbulkan masalah kesihatan serius seperti yang dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat.

Amerika telah menarik balik produk keluaran syarikat Iovate Health Sciences daripada pasaran.

Nasihat tersebut diberikan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) kepada pengguna setempat yang mungkin menggunakannya untuk mengurangkan kegemukan.

Hydroxycut, bahan untuk membantu menguruskan tubuh, dikaitkan dengan 23 kes yang menjejas organ hati pengguna di Amerika.

Salah seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan hati berfungsi.

Di Singapura, produk Hydroxycut diedarkan oleh syarikat Global Active menerusi kedai-kedai GNC dan kedai runcit yang lain.

Produk tersebut juga boleh dibeli menerusi pesanan di Internet.

Sejauh ini tiada laporan mengenai pengguna setempat yang menghadapi masalah serupa.

Bagaimanapun, HSA prihatin dan tidak mahu melihat para pengguna setempat terdedah kepada sebarang risiko kesihatan.

Global Active telah mengambil inisiatif sendiri dengan menarik balik produk Hydroxycut daripada pasaran.

HSA juga menasihati pengguna yang telah mengambilnya supaya berhenti dan menghapuskan produk berkenaan.

Seandainya mereka menghadapi masalah kesihatan akibat mengambil produk tersebut, mereka hendaklah segera mendapatkan nasihat doktor.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.222422 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list