CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: joyahglam

~MERGED~ Shamsiah Fakeh

[Copy link]
Post time 24-10-2008 05:28 PM | Show all posts
Originally posted by mjla at 24-10-2008 04:14 PM
Apa laa nasib minah neh kat sana ekkk.....


mungkin jauh lagi elok drp kau kelak?? :re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 06:41 PM | Show all posts
Originally posted by revolusi_30 at 22-10-2008 09:25 PM

Thanksz saja ke...Gi La beli DVD dia kat BB tu..baru RM 10 je..Support la our Independent Director And Producer..


oh...ade terbit ek...insha allah beli t
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 06:54 PM | Show all posts
Originally posted by razhar at 23-10-2008 07:20 AM
baso budak2 susu yg belajar sejarah dari youtube ..tidak mengenang pergorbanan anggota2 tentera yg menyelamatkan tanah air dari menjadi sebuah republik komunis khas nya regimen askar m ...


Ade kitorang tak mengenang jasa tentera?
Tentera yang berjuang dah dikenang jasanya
dah ada HAri Pahlawan lagi
Pencen dapat
yang nak title Dato', Datuk, Tun ade gak
subsidi ade...
Salah ke sedekah al-Fatihah untuk Shamsiah Fakeh yang ISLAM dan berjuang untuk kemerdekaan
adakah saudara yakin saudara sendiri ISlam dengan penuh iman apabila saudari mengatakan dia tak ISlam?
setahu saya, rakyat Malaysia dah banyak mengenang jasa askar dan segala...
nak ape lagi?
nak jadi Sultan pulak ke?
kalo nak kitorang sedekah al-Fatiha untuk tentera, tiap-tiap tahunbuat...
susah-susah bukak thread yang ade list name anggota tentera yang terkorban
pastu soh sedekah al-Fatihah
kitorang akan masuk
kalo saudara sendiri belajar sejarah dari Youtube dan tak mahu ke Library dan tak mahu membuka pemikiran saudara,terpulang,..
jangan tuduh orang lain.
Jabatan sejarah, Arkib, Muzium diwujudkan untuk mengkaji sejarah
bukannya untuk menerima sejarah tu bulat-bulat....
jangan la jadi macam lembu ditambat hidung
kalau tuan kate terjun lombong, saudara terjun jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 09:15 PM | Show all posts
Originally posted by revolusi_30 at 24-10-2008 05:11 PM

Thanksz Cloroc atas gambar yg disiarkan...kalau ade gambar lagi letak la...Gambar Tentang Pemakaman Srikandi Negara....




tak sangka revolusi positif dlm hal nih...:handshake:



Memoir Shamsiah Fakeh

Author:  Shamsiah Fakeh

Binding: Softcover, 188 pages

Publisher: Strategic Information And Research Development Centre
ISBN: 9833782329
Price: RM30.00



Sinopsis

Shamsiah Fakeh adalah pemimpin pergerakan Kemerdekaan dari kalangan wanita Melayu yang berjuang dengan gigih hingga ke belantara Malaya. Beliau adalah Ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (AP!) bagi mengibarkan panji-panji perjuangan menuntut Kemerdekaan dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua API telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah. Shamsiah menyertai Rejimen Ke-10 iaitu sayap Melayu Parti Komunis Malaya (PKM). Kehidupannya penuh ranjau berduri. Beberapa kali beliau sesat di hutan ketika melanjutkan perjuangan bersenjata ke arah menuntut Kemerdekaan. Perjuangannya tidak mengira tempat, sama ada di hutan maupun di pentas antarabangsa. Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.



Shamsiah mengorbankan jiwa dan raga untuk memerdekakan Malaya mengikut caranya yang tersendiri. Selepas terpisah dari PKM, beliau terus berada di China menyambung hidup dengan bekerja di kilang besi. Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada 1989. Sekembali ke tanah air, beliau bersama anak-cucunya menjalani kehidupan hari tuanya secara sederhana. Beliau tidak pernah menyesal menentang penjajah British, tidak pernah menyesal masuk ke hutan dan menyertai Parti Komunis. Beliau bersyukur perjuangannya telah menggegarkan penjajah. Beliau percaya dan yakin generasi muda yang dapat menghayati sejarah yang benar pasti akan menemui arah tuju mereka,






Saya baru selesai membaca dua buah memoir yang patut menjadi bacaan wajib setiap rakyat Malaysia. Kedua-duanya adalah memoir tokoh PKM ataupun Parti Komunis Malaya. Buku pertama yang saya baca adalah memoir Shamsiah Fakeh berjudul Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen ke 10.

Generasi sebaya saya mungkin pernah dengar nama Shamsiah Fakeh, seorang wanita Melayu yang terdidik dengan pendidikan agama tetapi memilih perjuangan bersenjata melalui Parti Komunis Malaya.

Saya masih ingat ketika kecil, kami selalu ditakut-takutkan dengan bahaya pengganas komunis. Jangan masuk ke hutan, nanti berjumpa dengan komunis. Saya masih ingat perintah berkurung masih dikenakan di kampung saya di Sungai Siput hingga awal tahun 80-an. Sungai Siput terkenal sebagai kawasan hitam apabila pekerja sebuah estet berketurunan Inggeris dibunuh oleh penggnas komunis, lalu Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu.

Pada masa itu, saya tidak faham mengapa seorang wanita Melayu beragama Islam boleh memilih ideologi Komunis dan menjadi pengganas melawan kerajaan.

Membaca buku ini sekurang-kurangnya menjawab persoalan mengapa Shamsiah Fakeh, menyertai PKM. Walaupun saya tidak bersetuju dengan pilihan beliau, tetapi saya menghormati tindakan dan pegangan yang beliau pilih. Sesungguhnya ramai orang melayu yang menyertai PKM di waktu itu kerana tiada jalan lain yang terbuka untuk bergerak menetang penjajah dan memperjuangkan kemerdekaan. Ketika badan politik seperti PKMM diharamkan, oleh British dan semua pemimpinnya dikejar ke lubang cacing, pilihan yang masih ada ialah masuk ke hutan dan bergabung dengan PKM yang sudah sedia berjuang dengan bersenjata.



"Bagi orang-orang yang memperjuangkan Kemerdekaan maka tidak ada pilihan lain lagi melainkan berjuang mengangkat senjata untuk menggulingkan penjajah apabila jalan damai sudah ditutup. Bukan kita yang menutupnya tetapi penjajah British."


Shamsiah juga tetap tegas berpegang pada prinsip beliau iaitu berjuang melawan dan menghalau penjajah dari tanahair tercinta untuk mencapai kemerdekaan yang sebenar.


Sesungguhnya Memoir ini telah Shamsiah gunakan sebaik mungkin untuk membersihkan segala persepsi jahat terhadap beliau. Malah beliau merakamkan:

Sebenarnya anggota Polis dan tentera memang tak perlu berdendam dengan aku kerana sepucuk pistol dan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau tentera kerajaan. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka.







"Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Komunis Malaya atau seorang tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan British untuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan) wanita."
Samada tindakan dan pegangan politik Shamsiah dan rakan-rakan waktu itu betul atau tidak, biarlah sejarah yang menentukan.

[ Last edited by  cloroc at 24-10-2008 10:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 10:23 PM | Show all posts
masuk bakul angkat sendiri. sedangkan prof khoo kay kim telah menulis dengan panjang lebar . beliau seorang tokoh sejarah terkenal. siapa samsiah fakeh yang menulis biografi sendiri mengangkat diri .   . ni mesti prof khoo kay kim ni profesor kangkung hahhaahaha. tokoh sejarah yag mengkaji samsiah mengatakan dia seorang kominis .
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 11:02 PM | Show all posts
Originally posted by cloroc at 24-10-2008 09:15 PM


http://img216.imageshack.us/img216/7411/dsc0045dg6.jpg

tak sangka revolusi positif dlm hal nih...:handshake:



Memoir Shamsiah Fakeh

Author:  Shamsiah Fakeh

Binding: Softcover, ...


eh bukan ker commie neh tak dak agama?
masa sekolah dolu2 cikgu haku bilang commie takdak agama...
kenapa eh kebumi ala islam gitu??

cikgu haku silap ajar ke dolu2?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2008 11:07 PM | Show all posts
Originally posted by ashna at 24-10-2008 11:02 PM


eh bukan ker commie neh tak dak agama?
masa sekolah dolu2 cikgu haku bilang commie takdak agama...
kenapa eh kebumi ala islam gitu??

cikgu haku silap ajar ke dolu2?


aala apa nak heran kan melayu makan babi tunggang tak semayang pun depa kebumikan cara islam . apa lagi kominis yang selalu orang sedekah kan fatihah ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 11:21 PM | Show all posts

Reply #802 awangbok's post

org yg dulunya anti kemerdekaan blh disedekah al-fatihah tak? mana tau kot2 ada....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2008 12:23 AM | Show all posts
Originally posted by namharnimsak at 24-10-2008 18:41


oh...ade terbit ek...insha allah beli t

Dah Setahun Dah Cik...Kat Kedai2 Yg Kat Stesen Monorel BB Tu...Yg Jual Barang2 Indie...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 12:24 AM | Show all posts
Originally posted by adala at 24-10-2008 11:21 PM
org yg dulunya anti kemerdekaan blh disedekah al-fatihah tak? mana tau kot2 ada....


yang ko pi layan awangbok yang dah kena brainwash ngan dakyah british tu buat aperrr....
pol pot kepala komunis kat veitnam utara tu .....tak nyer dia pi musnahkan wat-wat/tokong buddha kat veitnam tu ,masa pemerintahan komunis dulu.....kat china masa pemerintahan mao zedong sampai sekarang masih ada umat islam kat sana.....
kat russia kalau tak berlaku perang serb-bosnia sampai sekarang lerr kita tak tahu yang orang bosnia tu ugama islam.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 12:26 AM | Show all posts
Originally posted by awangbok at 24-10-2008 22:23
masuk bakul angkat sendiri. sedangkan prof khoo kay kim telah menulis dengan panjang lebar . beliau seorang tokoh sejarah terkenal. siapa samsiah fakeh yang menulis biografi sendiri mengangkat di ...

Khoo Kay Kim Ni Kan Pakar Dalam Sejarah Indonesia....Tah Cam Mana Amenoo Leh Amik Dia Jadi Pengulas Sejarah Tanah Air..Pasal Dia Sorang Je Kot Prof Cina Yg Tak Sokong DAP...Propaganda Oleh Ejen2 BN...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 12:28 AM | Show all posts
Originally posted by ashna at 24-10-2008 23:02


eh bukan ker commie neh tak dak agama?
masa sekolah dolu2 cikgu haku bilang commie takdak agama...
kenapa eh kebumi ala islam gitu??

cikgu haku silap ajar ke dolu2?

Bukan Cikgu Kita Je Salah Ajar...Jeneral Razhar Pun Kata Benda Yg Sama...Kira Commie Ni Kalau Mati...Tak Boleh Ade Upacara Keagamaan Kekdahnya La...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 12:29 AM | Show all posts
Originally posted by tok_wann at 25-10-2008 00:24


yang ko pi layan awangbok yang dah kena brainwash ngan dakyah british tu buat aperrr....
pol pot kepala komunis kat veitnam utara tu .....tak nyer dia pi musnahkan wat-wat/tokong buddha kat  ...

Satu Lagi..Takdela Pulak Chin Peng Ke..Rejimen Ke-10 Ke Gi Serang Surau2 Dan Masjid Di Tanah Melayu Ni Waktu Darurat Doloo...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 12:30 AM | Show all posts
Tadi Baru Je Selesai Menonton Filem Tentang Revolusi'48 Arahan Fahmi Reza...Cerita Agak Sedih Tapi Menarik...Cuma Malam Ni Special Sikit Pasal Ade Tokoh Pejuang Sekali...Apa Yg Diucap Dan Diperjuangkan Oleh Mereka Memang Betul...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 12:34 AM | Show all posts
BTW Buat Pengetahun Jeneral Razhar Dan Prebet Awangbok....Shamsiah Fakeh Sewaktu Balik Ke Malaysia Tahun 1994..Dr M Suruh Beliau Diberi Pasport Malaysia Dan Kad Pengenalan Biru...Shamsiah Kata..Dia Hanya Dapat IC Biru Dan Pasport Je...Elaun Sara Hidup, Rumah, Tanah Dia Tak Dapat Masa Balik Tu..

Persoalannya..Kenapa Kerajaan Malaysia Sanggup Bagi IC Biru, Pasport, Tanah, Rumah, Elaun Sara Hidup Pada Mereka Ni Kalau Mereka Pengkhianat...Walhal Askar Dan Polis Yg Berjuang Melawan Komunis Ni Hanya Dapat Pencen Je..Kalau Mati, Putus Kaki, Cacat..Dapat Pingat Je..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 12:46 AM | Show all posts
Yalah...shamsiah ni islam,dan jugak kominis...yang empunya diri saja lah yg tau...dan yang memiliki dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2008 12:50 AM | Show all posts

Balas #811 FaithNoMore\ catat

peyno tu mcm komunis je?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 12:50 AM | Show all posts
Originally posted by awangbok at 24-10-2008 10:23 PM
masuk bakul angkat sendiri. sedangkan prof khoo kay kim telah menulis dengan panjang lebar . beliau seorang tokoh sejarah terkenal. siapa samsiah fakeh yang menulis biografi sendiri mengangkat di ...


lerrr yang ko pi terima cakap apek ( cina ) tu bulat-bulat buat aperrrr.....
meh tok_wann nak bagitau....hang pi baca buku nihhh...." The End of Empire And The Making Of Malaya "
mat salleh yang tulis buku ni berkecuali.....peh tu buat ler perbandingan.... termasuklah apa yang apek tu cakap.
banyak fakta yang ko tak tahu ada kat dalam buku tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 12:50 AM | Show all posts
Originally posted by <i>awangbok</i> at 24-10-2008 11:07 PM>
<br />
aala apa nak heran kan melayu makan babi tunggang tak semayang pun depa kebumikan cara islam . apa lagi kominis yang selalu orang sedekah kan fatihah ni
<br />

Sampai korek jirat ngan rampas mayat pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 12:53 AM | Show all posts
Originally posted by <i>abgramly</i> at 25-10-2008 12:50 AM<br />
peyno tu mcm komunis je?
<br />

Dulu kot...skrg islam hidayah???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.191684 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list