|
COVID19: 4 kes import antara 513 kes baharu
Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi - Januari 1, 2023 @ 8:42am
Data dalam laman sesawang KKMNOW.
KUALA LUMPUR: Kes harian COVID-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan apabila sebanyak 513 kes dilaporkan setakat tengah malam tadi, berbanding 583 kes kelmarin.
Menerusi laman sesawang KKMNOW, kes yang dilaporkan itu membabitkan 509 kes penularan tempatan dengan empat adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Perkembangan itu menjadikan sehingga kini jumlah penularan COVID-19 di negara ini mencecah 5,026,677 kes sejak ia dikesan di negara ini.
Secara keseluruhannya, negara masih mempunyai 12,002 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dan daripada jumlah itu, 94.6 peratus bersamaan 11,349 kes sedang dalam kuarantin wajib di rumah.
Selain itu, terdapat 620 atau 5.2 peratus mendapatkan rawatan lanjut di hospital, unit rawatan rapi (ICU) (18) dengan 15 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sehingga kini, kadar penggunaan wad ICU di paras 64.8 peratus, alat bantuan pernafasan (37.8 peratus) dan katil hospital (67.6 peratus).
Hanya satu kes kematian akibat jangkitan berkenaan dilaporkan semalam.
Ia menjadikan sehingga kini jumlah angka korban di negara ini sudah mencecah 36,853 kes dengan 7,852 kes pula meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.
Bagi jumlah kes sembuh di negara ini, setakat semalam terdapat sebanyak 833 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih daripada jangkitan berkenaan adalah 4,977,822 kes.
Kes harian COVID-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan apabila sebanyak 513 kes dilaporkan setakat tengah malam tadi, berbanding 583 kes kelmarin. - Foto fail NSTP
https://www.bharian.com.my/berit ... tara-513-kes-baharu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|