Post Last Edit by azlianakasim at 25-11-2011 14:52
Reply 844# xxray
boleh je.. try la.. sy mmg buat resepi yg kukus jek cos xde oven..
BROWNIES KUKUS LAPIS CHEESE
Bahan-bahan kek (warna coklat)- 4 biji telur
- 120 grm gula
- 170 grm tepung gandum
- 30 grm serbuk koko
- 200 grm mentega
- 200 grm dark cooking chocolate
Bahan-bahan inti (warna putih)
• 250g cream cheese
• 60g gula castor
• 1 biji telur
• 25ml air
Cara-cara buat kek 1.Cairkan coklat masak, ketepikan. 2.Cairkan mentega, tunggu sehingga suam, masukkan coklat cair, aduk rata, ketepikan. 3.Campur tepung gandum & serbuk koko, kemudian ayak. 4.Pukul telur & gula sampai mengembang. 5.Masukkan tepung gandum & serbuk koko yang telah diayak tadi, aduk sampai rata. 6.Masukkan mentega & coklat masak yang telah cairkan tadi, aduk rata.
Cara-cara buat inti
** masukkan separuh adunan kek ke dalam loyang. kukus 10 minit. masukkan pula adunan inti. kukus 10 minit... kemudian masukkan baki adunan kek.. kukus hingga masak.. ** sebelum tuang adunan ke2 dan ke3 tu, kena pastikan adunan yg dah ade dlm loyang tu keras tau.. kalau masih lembik, tambah masa kukus lagi.. |