|
Reply #840 Paradox11's post
HEP...mcm mana si Berry akak saya ble ada kat S'wak ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #841 Mas916's post
ooo.rumput mutiara nie setahu sy kena selalu siram air...rumput ni kena kalau x disiram akan menjadi kuning.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #842 kaizer8118's post
ya mmg perlu siram selalu kalau nak dia cantik hijau dan subur. kami punya tak siram selalu jadi ada yg nampak perang sebab cuaca panas dan tak ada hujan, biarkan saja tumbuh secara semulajadi, walaupun dia perang dan hujung dia kering, tapi dia tetap akan hidup dan hijau balik bila musim hujan tiba. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #844 Paradox11's post
sebijik para......kembaq dia ekog pjg sket..nama Boboy.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Paradox11 at 16-5-2008 13:14
tanam lebih kurang 2 bulan lalu, makin cantik...
http://i267.photobucket.com/albums/ii289/sarawaklens/Orchids%20Misc/DSCF0237.jpg
kucing pun suka jln jln baring2 atasnya huhuhu
pppssstttttttttttt............jaga2 dgn taik kucing. Nanti bley mati ghumput mutiara tu. (termasuk benih ghumput pariah) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #845 Mas916's post
kucing saya tu ada tiga beradik, tiga2 semua ekor pendek mcm tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Semai Rumput Sendiri
Cara paling mudah mendapatkan rumput tanpa perlu membeli petak-petak rumput sedia ada.
Halaman rumah akan bertambah berseri dengan keadaan rumput yang sihat dan sekata. Jika tidak mahu membeli petak-petak rumput yang ada dijual di nurseri, anda sendiri boleh mendapatkannya dengan mudah dengan cara menyemainya.
Untuk pengetahuan, rumput membiak dengan dua cara utama, iaitu biji benih dan vegetatif. Semai biji benih rumput (boleh dibeli di supermarket) dalam petak semaian terlebih dahulu.
Petak semaian yang dimaksudkan ialah apa sahaja petak atau kotak yang sesuai dengan keperluan dan boleh digunakan seperti contoh, kotak kasut bersaiz besar. Letakkan pasir, tanah 憈op soil |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sori.. nak tanye.. betapa budusnye pasal ni...
vegetatif tu membiak macam maner? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #849 selma's post
Pembiakan Vegetatif:
- Berlaku pada tumbuhan berbunga
- Proses pembiakan melalui batang, akar dan daun
- Pertumbuhan anak mendapat makanan dari induknya
hrp menjwb soalan.. tq |
|
|
|
|
|
|
|
Petua rumput lebih hijau
Oleh Bennie Zie Fauzi
[email protected]
RUMPUT perlu disiram supaya tidak layu dan kering.
pagi atau sejurus matahari terbenam masa paling sesuai siram laman
MEMILIKI halaman berumput yang subur dan rapi tidak perlu berbelanja besar. Sebaliknya, ia boleh diperoleh dengan merujuk buku, majalah, internet malah pakar landskap yang sudi mendedahkan cara menjaga dan memeliharanya.
Sebaik asas penjagaan diketahui, anda mampu melakukannya sendiri. Malah, silap gaya, jiran dan rakan pula datang meminta diperturunkan petua dan ilham membentuk halaman indah.
Memangkas dan menyabit rumput perkara paling asas menzahirkan halaman terjaga rapi. Bagaimanapun tekniknya perlu betul terutama jika ini membabitkan pengalaman pertama anda memangkas dan menyabit rumput.
Jika ini kali pertama anda melakukannya, pastikan hayunan sabit anda mencecah hingga ke akar rumput. Selain membuang rumput mati, tujuan utamanya ialah membenarkan rumput baru dan lebih hijau tumbuh dengan cepat.
Pastikan kawasan berumput itu dicakar dan digembur sekalipun tidak keseluruhan rumput halaman anda potong dan pangkas. Cara ini dipercayai membantu menyuburkan tanah sekali gus menggalakkan pertumbuhan rumput baru yang lebih subur.
Kali kedua memotong rumput, pastikan mata sabit tidak dihayun terlalu dalam. Ketika cuaca panas terik, pastikan layahan sabit tidak mengena tanah yang mengakibatkan rumput bertukar kekuningan.
Seperti pokok dan bunga, halaman juga perlukan siraman supaya tidak layu dan kering. Sebelum itu, penting bagi anda mengenalpasti spesies rumput dan jenis tanah bagi mengagak jumlah dan kadar siraman yang diperlukan. Jangan sesekali menyiram halaman selepas hujan kerana ini menjadikan tanah tepu dan pada akhirnya rumput akan mati.
Detik terbaik menyiram halaman adalah pada awal pagi atau sejurus matahari terbenam. Ketika ini proses pemeluwapan kurang berlaku sekali gus membantu air meresap jauh ke dalam tanah.
Baja antara faktor penentu kesuburan tanah. Justeru, penting bagi anda mengenal pasti jenis tanah. Jika tidak pasti, bawa contoh tanah kepada pakar landskap dan pusat semaian supaya mereka boleh mencadangkan jenis baja yang sesuai untuk halaman anda.
Ada dua jenis baja untuk dipilih iaitu kimia atau organik. Apapun pilihan anda, pastikan arahan penggunaannya dipatuhi kerana terlebih meletak baja boleh merosakkan halaman.
Seperkara yang tidak semua orang tahu ialah tanah dan akar rumput memerlukan udara untuk bernafas terutama bagi tanah jenis padat. Untuk menguji kepadatan tanah, tuang sedikit air ke dalam tanah dan tunggu beberapa minit untuk melihat keupayaannya meresap air. Tanah yang gagal meresap air bermakna mempunyai karbon dioksida yang berkumpul di dalamnya.
Cara paling mudah menanganinya ialah tebuk lubang halus mengikut jarak tertentu di tanah. Tujuannya supaya oksigen dan air dapat meresap sampai ke akar. Lubang berkenaan seharusnya berliang kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Jenis rumput hiasan:
# Cow grass
Cow grass atau nama saintifiknya Axonopus compressus (ada yang mengatakan Paspalum conjugatum) ini amat disyorkan ditanam di halaman rumah. Mudah dijaga kerana tidak perlu banyak baja dan tahan serangan serangga serta penyakit.
Lambat panjang melainkan diberi lebih baja. Berakar pendek menyukarkannya hidup dalam cuaca kemarau.
# Bermuda grass
Cynadon dactylon adalah hibrid "perkahwinan" di antara Cynodon dactylon dengan Cynodon transuaalensis. Rumput ini hidup subur dalam cuaca panas terik juga berupaya menerima hujan yang banyak.
Dalam cuaca tidak menentu, daunnya tumbuh kurus dan panjang. Sesuai untuk kawasan lapang seperti padang golf, bola dan taman permainan lapang.
Serangoon grass
Digitaria didactyla lazimnya hidup di kawasan tropika dan subtropika. Keistimewaannya ialah ia tahan banjir (namun dalam jangkamasa pendek) dan mampu mengharungi kemarau dengan mengecut dan menggugurkan daunnya.
Penjagaannya tidak cerewet kerana lambat panjang dan tidak bergantung hidup dengan baja. Namun, warna hijau mudanya itu menyebabkan ia kurang diminati untuk dijadikan rumput laman.
Zoysia grass
Zoysia matrella atau kekadang Zoysia japanica, Zoysia tenufolia serta sesetengah hibrid terdiri daripada Zoysia japanica dan Zoysia tenufolia tergolong di bawah keluarga ini. Warna hijau mudanya sama dengan Serangoon grass tetapi daunnya lebih kurus.
Tumbuh menegak berbanding mendatar sekali gus menjadikan kerja memotong sekali ganda lebih banyak. Cantik apabila dibela rapi namun kos penyelenggaraannya tinggi kerana memerlukan banyak baja.
Mempunyai kandungan silika lebih banyak berbanding rumput biasa menjadikannya keras. Disebabkan itu ia sesuai menghiasi padang bola dan golf biarpun 慿elasakannya |
|
|
|
|
|
|
|
minggu lepas suruh huby suruh ada brother ni duk subang mesin rumput..
sbb minggu depan dah nak dapat kunci umah...
dia siap offer nak tanam rumput mutiara..
kata dia ada nurseri kat hosp sg buluh...
bila huby tanya brapa..
dia kata kalau nak ikutkan RM 3 ..so laman umah cend ni guna dalam 1000 lebih
dia kata total RM 3k ..tapi dia nak bagi special price
RM 2.50 je skali dengan upah tanam pas tu dia akan jaga rumput tu 3 bulan..
kalau kuning ke rosak ke dia nak ganti...
RM 2.50 skali dgn tanam murah ke mahal ?..
dia siap offer nak cuci n bersihkan umah kitorg bila kitorg nak masuk umah nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
e he he
Originally posted by cendawan_liar at 3-8-2008 17:23
minggu lepas suruh huby suruh ada brother ni duk subang mesin rumput..
sbb minggu depan dah nak dapat kunci umah...
dia siap offer nak tanam rumput mutiara..
kata dia ada nurseri kat hosp sg b ...
Assalamualaikum cendawan_liar,
First of all.............
1. tanya jenis ghumput yg hendak di tanam
2. adakah dier akan tanam rumput di atas tanah yg sedia ada?
3. perlukan di tambah dgn TOP SOIL?
TEMBERANG Kontraktor Ghumput
1. saya akan jaga selama 3 bulan - FOC (lepas dapat $$$, batang idung pung tak nampak)
2. taruh TOP SOIL (tambah $$$)
Ini kebanyakkan GULA GULA dari kontraktor ghumput.
Wsalam
p/s tapi masih ada yg jujur dan amanah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 4-8-2008 10:42 AM
e he he
Assalamualaikum cendawan_liar,
First of all.............
1. tanya jenis ghumput yg hendak di tanam
2. adakah dier akan tanam rumput di atas tanah yg sedia ada?
3. perlukan di t ...
waalaikumuasslam....
top soil tu..yang pasir ke ng?..dia kata cam tulah...
nanti dia nak tunjuk gambar2 dia yang dia dah pnah buat..
ingat ptg ni nagk gi nurseri dia tgk rumput....
tulah..takut jugak kena tipu...
[ Last edited by cendawan_liar at 4-8-2008 12:21 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cendawan_liar at 4-8-2008 12:18
top soil tu..yang pasir ke ng?..dia kata cam tulah...
nanti dia nak tunjuk gambar2 dia yang dia dah pnah buat..
ingat ptg ni nagk gi nurseri dia tgk rumput....
Top soil adalah tanah yg halus.........
Kalau di timpa ujan...................abis hilang.
MEDIUM yg paling bagus adalah PASIR.
Cepat membiak akar dan merebak.
Pada pandangan teman, jangan pilih Ghumput Mutiara.
Maintenance dier tinggi lagi manja....
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 4-8-2008 12:20 PM
Top soil adalah tanah yg halus.........
Kalau di timpa ujan...................abis hilang.
MEDIUM yg paling bagus adalah PASIR.
Cepat membiak akar dan merebak.
Pada pandangan teman, ...
bis tu elok amik rumput apa ? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 4-8-2008 10:42 AM
TEMBERANG Kontraktor Ghumput
1. saya akan jaga selama 3 bulan - FOC (lepas dapat $$$, batang idung pung tak nampak)
2. taruh TOP SOIL (tambah $$$)
Ini kebanyakkan GULA GULA dari kontraktor ghumput.
p/s tapi masih ada yg jujur dan amanah
pandai miker ghost .. itu le yg jd kat teman ... sampai berbulan2 teman majuk kat laman teman .. sekali majuk kat thread HG nih .. la ni teman nak aktif balik ... selepas 9 bulan ku tinggalkan lamanku ittewwww ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cendawan_liar at 4-8-2008 12:21
bis tu elok amik rumput apa ?
Banyak pilihan lagi.....cendawan
1. ghumput carpet Phillipines
2. ghumput kerbau
p/s pastikan dier sembur racun benih cambah terlebey dahulu sebelum menanam ghumput |
|
|
|
|
|
|
| |
|