CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 10-7-2008 03:54 PM | Show all posts

Reply #828 Rosputih's post

Kak Ros dah daftar ke utk Haji kedua ni??
Bestnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2008 03:56 PM | Show all posts

Reply #840 ustaz's post

Yelah Ustaz..
Kadang tu dia ada lilit kain putih kat Kaabah..
Dia orang cakap...mungkin saj borak agaknya..
Kaabah pakai ihram..betul ke..??
Astaghfirulahalanzim kalau saya tersilap..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 03:57 PM | Show all posts
sepupu saya kerja di tabung haji...
dah 5 tahun berturut dia pergi bertugas pada musim haji...
tahun ni dia tak nak bertugas... dia nak buat haji sendiri...
masa bertugas tak puas buat haji, kerana kena bertugas...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 03:58 PM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 10-7-2008 02:53 PM
aiii... mendap lagi dia...
ni mesti pasal lamba bayar sewa ke tuan tanah... ehh... cik normah...
ni ustaz hembus...
pusss pusssss pusssssssss....
alamak... angin pus pus pulak keluar....
jgn ...


Ustaz...
20 cent...20 cent...
Upah tolak page ni...
Hari ni 2 kali saya tolak page ni..
Siap cari senapang lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 10-7-2008 03:56 PM
Yelah Ustaz..
Kadang tu dia ada lilit kain putih kat Kaabah..
Dia orang cakap...mungkin saj borak agaknya..
Kaabah pakai ihram..betul ke..??
Astaghfirulahalanzim kalau saya tersilap..


Bukan lilit kain putih tu...
mungkin kerana belah dalam kelambu kaabah tu putih....
lepas tu dilipat ke luar...
itu yg nampak seolah dililit kain putih tu...
sekarang kelambu tu dilipat ke dalam seperti dalam gambar... nampak kemas sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 10-7-2008 03:58 PM


Ustaz...
20 cent...20 cent...
Upah tolak page ni...
Hari ni 2 kali saya tolak page ni..
Siap cari senapang lagi..


jangan marah haaaa... 20sen...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2008 04:04 PM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 10-7-2008 04:00 PM


jangan marah haaaa... 20sen...


Tak marah...geram aje..
Ustaz perasan tak sekarang ni tempat tawaf tu dah tak de
orang yang tawaf pakai macam katil..
Dulu kalau lalu aje tawaf yang bawa katil...habis dia tolak kita ketepi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 04:06 PM | Show all posts
katil? apa itu katil ya?
yg tempat junjung tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2008 04:08 PM | Show all posts

Reply #848 ustaz's post

Tempat junjung sebiji macam katil..
Ada kawan husband pernah naik sekali pasal masa tu dia demam..
Ya ..Allah tak khusuk kata dia..
Laju sangat di bawaknya..takut macam nak jatuh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 04:14 PM | Show all posts
haa.. memang dah takde dah...
gayat betullah...
sekarang pakai kerusi roda tu...
dah tak boleh tawaf kat bawah... kena tawaf kat atas...
paling best sekali boleh sewa kerusi elektrik...
nampak macam seronok je...

masa haji hari tu saya suka tawaf kat atap... 55minit je...
pasal tawaf kat dataran pun nak habis dalam 1 jam jugak, dalam keadaan berhimpit2...
kat atas boleh lari... nak2 lepas subuh... sejuk je...
macam gi jogging...

kaabah memang sentiasa ditawaf...
cuma ada satu masa je tak ditawaf....
waktu banjir dulu2...
tapi malaikat yg tawafkan...
jadinya kaabah ni tak pernah ditidak tawafkan... Wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 04:31 PM | Show all posts

Reply #850 ustaz's post

Suami saya pun ada bercerita bahawa sekarang ada kerusi tolak yg letrik.
Dia pakai tekan aje button..
Gambar yg sempat suami ambil..
Tempat tawaf di sebelah atas..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 04:33 PM | Show all posts
Ini mesti page mendap lagi..
Tak pe kita tolak dgn gambar Kerusi Tolak Letrik..
Ustaz...ini gambar track bagi Kerusi Tolak Letrik..
Gambar di ambil semasa Umrah Ramadan 2007

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 04:36 PM | Show all posts
Tolakkkkkkkkkk.....


Tolakkkkkkkkkkk....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 04:40 PM | Show all posts


Ustaz apa pasal asyik mendap aje..
Tak bayar tol ke ?????
Ustaz tak bayar gedeban ke...
Gedeban lah...
Apa tu..gedeban..
ooo..Advance  ... sewa...( tiru cerita P.Ramle....cerita apa ye..??lupa)
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 04:58 PM | Show all posts
"masa haji hari tu saya suka tawaf kat atap... 55minit je...
pasal tawaf kat dataran pun nak habis dalam 1 jam jugak, dalam keadaan berhimpit2...
kat atas boleh lari... nak2 lepas subuh... sejuk je...
macam gi jogging"

Wahhh..kira Ustaz ni jaguh sukanlah ye..
Tapi yelah..Ustaz...
Saya masa balik musim haji dulu turun berat badan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 04:59 PM | Show all posts

Reply #837 aziefa's post

Azie

Tengok dari gambar ni, mereka yang belum pernah buat Haji selalu bertanya tak sesak ke? Senang ke nak Tawaf macam ni?. Tapi Allah tu maha besar dia permudahkan urusan kita.

Masa akak buat Tawaf Haji dahlah Haji Akhbar punya lah ramai jemaah,  nak habis tawaf makan masa 1 jam lebih nak menangis pun ada pasal memang sesak nafas. Bawa ibu yg dah tak kuat sangat bersama kepit tangan ibu sebelah kanan suami kepit sebelah kiri ibu. Berantai jadinya.

Lepas habis selesai Tawaf & Saei balik hotel terus tidur tak sedar diri pasal badan semua sakit. Ada jemaah yang singgah bilik kami kata dorang masuk bilik kami ketujuh tujuh kami lena tak sedar pun dia masuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2008 05:04 PM | Show all posts


Nak jadi macam Kek mendap pulak page ni..
Tak naik naik..he..he..
Kurang apa ye...kalau Kek jadi mendap..
Tak cukup giling ke...tak cukup baking powder ke????
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 05:00 PM | Show all posts

Reply #850 ustaz's post

Ustaz

Selalunya masa musim Haji kalau guna kerusi roda kena tawaf kat atas. Tapi masa buat Umrah baru ni, kitaorang ingat tak boleh guna kat dataran tapi alhamdulillah dorang kasi guna kat dataran mungkin pasal tak ramai orang sangat. Tapi nak dekat solat fardu polis tu suruh cepat cepat keluar dari kawasan tawaf.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 05:01 PM | Show all posts
Mendap mendap mendap:@ Baru dapat berforum dah mendap
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 05:16 PM | Show all posts
Saya pastekan pertanyaan Mengenai Haji Akhbar..
INFO HAJI

Mengenai Haji Akbar

Pertanyaan:

assalamualaikum wr wb,
Ustaz, saya ingin tahu apa yg dimaksud dgn haji akbar.
Kemudian apa keistimewaan dari haji akhbar?
Benarkah pahala haji akbar = 60 haji?
jazakumullah


Jawaban:

Assalamu alaikum wr.wb.
Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada kita semua.
Para ulama berbeda pendapat dalam menetapkan definisi Haji Akbar.
Pandangan yang banyak diketahui secara umum adalah bahwa haji akbar adalah ketika pelaksanaan wukuf
bertepatan dengan Hari Jumaat.
Bertemunya dua hari yang memiliki keutamaan besar itu menjadikannya mempunyai nilai istimewa.
Pandangan ini oleh sebagian ulama diperkuat dengan sebuah hadis yang berbunyi,
أفضل الأيام يوم عرفة إذا وافق يوم الجمعة وهو أفضل من سبعين حجة في غير جمعة
"Sebaik-baik hari Arafah ialah yang jatuh pada hari Jumaat, dan nilainya melebihi 70 Haji pada hari selain dari Jumaat"

Namun demikian, menurut Syeikh Nasyiruddin al-Albani rh hadith ini didalam kitabnya al-silsilah al-Dhaifah jilid 1 (hadith no: 207)
sebagai hadits yang batil tahrijnya. Dengan kata lain, hadith ini palsu, dan tidak diketahui asalnya dari Nabi :saw.

Ibn Qayyim rh. didalam Zaad al-Ma'aad menyebut bahawa 'apa yang dikatakan oleh banyak orang bahwa nilainya menyamai 72 haji
adalah batil, tidak ada asalnya dari Rasulullah :saw, dan tidak satu pun riwayat dari kalangan Sahabat dan Taabien,
dan Allah yang amat mengetahui' [Zaad al-Ma'aad, 1/39, Tahqiq oleh Muasasah al-Rayyan, cet ke 2, 2002].

Karena itu menurut sebagian ulama lainnya, istilah haji akbar merujuk kepada Hari Korban atau Hari Raya Haji.
Hadits riwayat Ibn Umar ra. menyatakan bahwa Rasulullah saw berdiri pada hari Korban semasa melakukan Haji lalu bertanya :

"Hari apa ini? Mereka berkata : Hari Korban (Hari Nahr), baginda bersabda : Ini merupakan hari Haji Akbar"
[Hadith dari Sunan Abi Daud no: 1945].

Menurut Ibn Abbas ra, Ibn Masud ra dan lain2 haji akbar adalah Hari al-Nahr, atau hari Ied al-Adha. [Tafsir al-Qurthubi 8/45].
Ibn Kathir menyebut bahwa Haji Akbar adalah pada Hari korban, yaitu hari menampakkan kebesaran illahi, dan merupakan
hari terbaik didalam manasik haji. [Tafsir Ibn Kathir, 3/439].
Begitu juga didalam tafsir Jalalain, ialah merujuk kepada Hari Nahr atau Hari Korban.

Dr Wahbah al-Zuhaily juga menyebut, bahwa Haji Akbar adalah pada hari Raya Haji atau Hari Korban.
Ia juga membedakan diantara Haji fardu yang disebut dengan Haji Akbar dan Umrah yang dsebut sebagai Haji al-Asghar.
[al-Tafsir al-Munir, 5/445].

Wallahu a'lam bish-shawab.
Wassalamu alaikum wr.wb.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.427405 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list