4 budak tahfiz Datuk Keramat hilang sejak Isnin
KUALA LUMPUR: Empat murid di sebah pusat tahfiz di Datuk Keramat, di sini dilaporkan hilang selepas tiga hari tidak pulang ke pusat pengajian berkenaan, sejak Isnin lalu. Mereka yang berusia antara 10 hingga 12 tahun disedari tidak pulang ke pusat tahfiz oleh ustaz pada jam 10.30 malam. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, berkata berdasarkan laporan, empat murid itu keluar dari pusat tahfiz berkenaan dan tidak pulang. "Setakat ini, mereka belum ditemui," katanya kepada pemberita.Beliau berkata, polis membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) dan siasatan lanjut masih dijalankan. Terdahulu, tular di media sosial mengenai kehilangan empat kanak-kanak lelaki yang juga penghuni pusat tahfiz terbabit sejak semalam. Dalam hantaran tular itu, keluarga meminta bantuan orang ramai bagi mengesan mereka.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1309105/4-budak-tahfiz-datuk-keramat-hilang-sejak-isnin
|