|
tgk kt website 8tv la............ |
|
|
|
|
|
|
|
congrat tomok
pasni blh lah vote isma byk![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hehe.......bila tgk balik video performance lagu aizat tu, baru perasan yg tomok ikut gak phrasing aizat...yg sebut satu perkataan jadik dua....
mmg tak leh nak elak lah kot ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
apapun, mmg best arrangement lagu neh....brilliant performance :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Final Voting Results
1. Tomok 39.3% (101,509 Votes)
2. Esther 33.29% (90, 451)
3. Aweera 27.41% (71,703) |
|
|
|
|
|
|
|
Congrats TOMOK:pompom:..walopon ala2 nerves time Toms bottom 3... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ain_lazerella at 2-5-2009 10:03 ![](http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Final Voting Results
1. Tomok 39.3% (101,509 Votes)
2. Esther 33.29% (90, 451)
3. Aweera 27.41% (71,703)
wa, dier org transparent dgn jumlah undi yg diaorg dapat ek....
pukul 2 pg baru habis dpt reply sms vote neh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by esprito193 at 1-5-2009 23:36 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
korang walaupun tak suka si esther..janganlah kutuk n perli lebey2x...ain tu relax ajer walaupun sah2x dia kipas mati si tomok. aku suka esther but at the same time aku mengagumi transformasi tom ...
semalam ain rase esther yg menang...mmg cam takde feeling yg tomok akan menang..
lebih2 lagi tomok tersingkir time awal2 show tu kan??mmg dah turun banner,sedih giler..
then,bila awal kate ade peluang baru sume bangkit bg semangat kat tomok..
kalau u guys dtg stadiun semalam..mmg gempak..
performance aweera ngan esther pon bagus..tak dinafikan..
esther,suara dier yg terbaik dalam oiam3 nie..
aweera lak mmg nmpk potensi dier sbg star..
hello,ramai penyokong aweera okay mlm tu kat stadium..mmg gempak..![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ain, mlm neh tomok jadik presenter kat AIM kan? rasanyer baca kat news semalam, saper menang akan jadik presenter....
kalau dier ader, boleh bajet nak check AIM....mlm neh clash ngan MU punya game.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by esprito193 at 1-5-2009 23:36 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
korang walaupun tak suka si esther..janganlah kutuk n perli lebey2x...ain tu relax ajer walaupun sah2x dia kipas mati si tomok. aku suka esther but at the same time aku mengagumi transformasi tom ...
kan... kalau esther menang td kesian juga dgn dia... penuh lah thread mengutuk nnti... all the best esther & aweera... tahniah tomok |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by miss_manja at 2-5-2009 01:39 AM ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
derang wat album kuar $$ sndri ker, aper...???
pija.. datuk wah idris nyen rec. comp
amylea bwh maestro |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #872 fifiey82\ catat
tao tape... ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
SUMBER : MSTAR
Tomok jutawan OIAM musim ketiga
JUTAWAN OIAM... Tomok melakar sejarah menjadi pemenang lelaki pertama.
SHAH ALAM: Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismailyang pada awalnya `tersingkir' berjaya menjuarai One In A Million(OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta, semalam.
Ini kerana sebelum persembahan bermula, pengacara Marion Cauntermengumumkan penyanyi utama New Boyz itu tersingkir ekoran mendapatjumlah undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah sepanjang minggulalu.
Bagaimanapun, Tomok seolah-olah `mati hidup kembali' apabila orangramai membuat keputusan mengkehendaki tiga finalis beraksi di peringkatakhir.
KUCUPAN DAN DAKAPAN ibu bapa tersayang mengiringi kejayaan Tomok.
Sebelum ini, mereka berpeluang berbuat demikian menerusi undian di laman web www.8tv.com.my/oiam.
Ternyata Tomok membalas kepercayaan mereka dan menterjemahkanpeluang keemasan itu dalam bentuk persembahan terbaik pada malam itu.
Tomok membawakan lagu Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) dan RinduTerhenti yang merupakan lagu baru ciptaan Aubrey Suwito dan dilirikkanTinta S.
TIGA FINALIS OIAM ...(dari kiri) Esther, Tomok dan Aweera.
Penyanyi berusia 24 tahun itu dalam sidang akhbar berkata, dia bersyukur diberi peluang untuk membuktikan keupayaan.
"Saya memanfaatkan peluang itu dengan memberikan apa-apa yangtermampu. Alhamdulillah, saya berjaya akhirnya selepas menghadapipelbagai dugaan dan cabaran," katanya.
Pertandingan OIAM peringkat akhir diadakan di Stadium Malawati di sini, semalam.
Dalam sidang akhbar itu, Ketua Pegawai Eksekutif 8tv, Ahmad IzhamOmar mengumumkan Tomok meraih undian SMS tertinggi sebanyak 39.3peratus diikuti Esther dengan 33.29 peratus dan Aweera (27.41 peratus).
Untuk rekod, keputusan sebenar itu hampir menyamai keputusantinjauan mStar (sehingga 2 Mei, 1 pagi) sepanjang minggu ini iaitu,Tomok (39.8 peratus), Esther (34.5 peratus) dan Aweera (25.7 peratus). |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://mstar.com.my/archives/2009/5/2/mstar_hiburan/012727195.jpg)
ada Anith ![](http://www.jiwang.org/portal/modules/forum/images/smiles/gediks.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
opssss...
tu Anith ke pija
lama2 tengok cam pija lak ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
SUMBER : GUA.COM.MY
Kelahiran Baru Tomok
by Li Ee Kee | 2 May 2009
![](http://www.gua.com.my/photobank/article/1/9/D4B6208B125E4D7DADCE060184545772.jpg)
Nampaknya, tak tidurlah juara musim ketiga One In A Million malam ini. Masakan anda mampu tidur selepas memenangi wang RM1 juta?
Namun, perjalanan sang pria yang bernama Shah Indrawan Ismail untuksampai ke sini bukanlah mudah. Saban minggu, ditabahkan hatinya untukmenerima kritikan bukan saja dari para juri malah kutukan penonton yangmelihatnya sebagai penyanyi leleh yang bersuara sengau yang tidak layakbertanding bersama peserta-peserta lain yang lebih mantap bakat vokalmereka.
Walaupun begitu, sepanjang pertandingan, dia berjaya mengelak darimenduduki Bottom 3 sehinggalah malam ini, dimana dia hampir-hampirdisingkirkan jika bukan kerana 90% penonton mengundi untuk melihat Top3 beraksi di Grand Finale.
“Bila diumumkan tersingkir tu, Tomok terkejut. Tapi syukurlah Tomokdiberi peluang kedua. Tomok amat berterima kasih kepada pengundi. Tomokberusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai hasilnya walaupun pada masaitu, Tomok memang tertekan. Semangat Tomok hilang selepas diumumkantersingkir.
"Tomok perlu bermula dari bawah untuk naik ke tangga teratas dan Tomokhanya mempunyai dua persembahan untuk membuktikan kemampuan Tomok.Jadi, Tomok beri semuanya yang ada, Tomok tak simpan,” katanya yangmelihat kemenangan ini sebagai hadiah harijadinya (dia bakal menyambutulangtahun kelahirannya yang ke-25 pada 17 Mei ini) yang terbaik sekali.
Dengan hanya dua lagu – “Hanya Kau Yang Mampu” (nyanyian asal Aizat)dan “Rindu Terhenti” (karya baru Aubrey Suwito untuk OIAM3) – itusudahpun mencukupi untuk menyerlahkan bakatnya sebagai seorang penyanyidan penghibur. Jika selama ini dikritik sebagai hanya mampu membawalagu-lagu rancak tetapi dengan “Rindu Terhenti”, dibuktikankebolehannya mendendangkan lagu balada dengan penuh emosi.
“Lagu itu dipilih pihak produksi untuk Tomok. Mereka merasakan Tomokdapat membawanya dengan baik. Bagi Tomok, ini bukan sebuah lagu cintasebaliknya menceritakan perjalanan Tomok selama ini, bagaimana Tomoktidak rindukan cita-cita lama dan benda-benda negatif. Lirik lagu itumenggambarkan segalanya yang Tomok rasakan, sebab itu Tomok dapatmenjiwainya dengan baik.”
Dirinya yang sebenar
Dengan kemenangan ini, transformasinya sudah sempurna.Dirasakan bagai dilahirkan semula, nama Tomok yang sebelum ini pudar diingatan sudah rancak disebutkan semula. Yang lebih pentingnya, Tomokbukan lagi Tomok New Boyz. Akhirnya, dia dapat menjadi dirinya yangsebenar. Menurutnya, ketika di bawah naungan SRC, apa yang ingindilakukannya terbatas kerana trend pasaran ketika itu lebih menjuruskepada muzik pop komersial.
“Di OIAM, kita diberi kebebasan untuk melakukan apa yang kita nak, buatarrangement sendiri. Itu tujuan utama Tomok menyertai OIAM. Ramai yangmasih lihat Tomok yang lama. Tomok menceburi bidang ini pada usia 15tahun. OIAM memberi saya peluang untuk tampil dengan imej yangsebenarnya. Bebas rasanya.
“Tomok tidak sama sekali akan balik ke cara lama. Setiap minggu semasapertandingan, Tomok menampilkan perbezaan dan itu yang orang suka. Jadipenting untuk Tomok kekalkan perubahan ini. Tetapi jika ada permintaanuntuk menyanyikan lagu New Boyz, Tomok akan menunaikannya.”
Seperti yang ditegaskan sebelum ini, walaupun ingin di fokus padakerjaya solonya dahulu, Tomok tidak akan meninggalkan bandkesayangannya yang sudah sinonim dengan dirinya. Merancang untukmembuat satu projek khas dengan mereka, dijanjinya juga perubahan yangberlaku pada dirinya akan turut dibawa kepada band.
Tak tukar nama
Album solonya nanti akan mengetengahkan muzik pop rockseperti yang dibawa semasa OIAM3. Katanya juga, album yang ditawarkanitu satu karya yang berkualiti kerana ingin membalas kepercayaan yangdiberikan rakyat Malaysia kepadanya.
“Sebuah album yang berkualiti juga mampu membuka ruang untuk Tomokmenembusi pasaran Indonesia dan Brunei. Tomok turut ingin membuatsebuah album yang dapat menolong industri muzik kita. Harapan Tomok,album ini dapat diterima peminat dan secara tak langsung memberisemangat untuk Tomok teruskan lagi.”
Dengan penampilan solonya setelah 10 tahun dengan band, mungkin adayang merasakan ada baiknya jika digunakan nama baru untuk membezakandiantara dirinya sebagai artis solo dan Tomok New Boyz. Namun buat masaini, diberitahunya, tiada perancangan ke arah itu. Lagipun, bak katatuan punya nama, Tomok nama rezeki buatnya.
“Nama itu diberi keluarga kerana masa kecil dulu Tomok berisi. Tiadaorang lain yang mempunyai nama itu. Nama itu tidak akan hilang,”katanya yang selepas ini akan menyokong kakaknya di Akademi Fantasia.
[/td][/tr][/table]
[ Last edited by jac_diehard_fan at 2-5-2009 12:26 ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|