CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hijau88

NUR KASIH [PART VI]

 Close [Copy link]
Post time 26-12-2009 09:58 PM | Show all posts
860# hijau88

undi lagik....

Ahan nie Tiz confirm ker ada kat melody tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2009 12:23 AM | Show all posts
861# csuraya

korg yg ckp ada kan... aku lum tertgk iklan melodi ni... kita tunggu dan lihat je la.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 12:46 AM | Show all posts
korang tgk...catat minit ke berapa....pastu aku selak kicap tb...haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2009 12:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by hijau88 at 27-12-2009 08:33

ini video anugerah skrin 2009, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Sh Sofea;




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2009 08:32 AM | Show all posts
863# nazihamrun

wakakkaka... baik~
wakakkaka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2009 08:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by hijau88 at 27-12-2009 08:39

HIBURAN

credit to mstar online

                                      
Ahad Disember 27, 2009


                      Pilihan mStar: 6 Artis Bakal Menyerlah 2010



RAMAImuka baru yang diperkenalkan tahun ini tetapi hanya beberapa kerat sajayang benar-benar ada potensi dan kemungkinan besar kan menyerlah.
Pilihan mStar Online seperti nama-nama tertera di bawah ini,dijangka mempunyai masa depan yang cerah kerana bakat, peluang danpakej yang mereka ada.

Tiz Zaqyah
        


Tiz Zaqyah, 21, pelakon drama Nur Kasih arahan Kabir Bhatia kini menjadi sebutan antara artis baru yang berbakat besar dan semakin menyinar.
Kemunculan gadis ini sejak empat tahun lalu dalam industri hiburan tanah air bermula sekadar watak sampingan melalui drama Impian Ilyana, Bernafas Dalam Lumpur, Gol & Gincu dan Putih.
Kekuatan dalam lakonan Nur Kasih dengan membawa watak bertudung berjaya memikat hati golongan ibu-ibu dan makcik- makcik sekaligus melonjakkan nama Tiz Zaqyah.
Walaupun pada masa yang sama juga gambar seksinya di majlis sosialdiedarkan di internet, lakonan alim Tiz berjaya menutup kontroversitersebut.
Tiz bakal menyerlah terutamanya dari segi mutu lakonan dan dia mungkin lebih baik jika melakonkan watak-watak yang berlainan.
Tahun 2010 bakal memberi laluan kepada Tiz untuk terus menempatkan dirinya sebaris dengan artis-artis ternama tanah air.
KOMEN MSTAR: Dari segi bakat yang ada pada Tiz, dia perlumengilap lagi mutu lakonannya kepada watak-watak yang berbeza dan lebihmencabar untuk menjadikannya seorang pelakon versatil. Tiz juga perlusentiasa menjaga adab dan kelakuannya kerana peminat tidak akanmemaafkannya jika peristiwa seperti gambar sosialnya berulang kembali.


Remy Ishak
        
Seperti Tiz Zaqyah, nama Remy Ishak, 27, turut meniti dibibir-bibir peminat selepas membintangi drama bersiri Nur Kasih.Populariti yang diraih oleh pelakon kacak ini juga dilihat banyakmembintangi drama atau telefilem lain, sama ada sebagai tunggak utamamahupun sekadar watak pembantu.
Di awal kemunculan Remy, dia telah mencetuskan kontroversi apabila membintangi filem pendek berjudul Comolotyang berkisarkan tentang kehidupan golongan ‘gay’. Namun ketika itupemilik nama Mohammad Zalimei Ishak ini belum begitu dikenali.
Kini tanpa menoleh ke belakang, Remy mengambil peluang yangditawarkan Erma Fatima untuk beraksi di pentas teater menerusi teater Natrah. Remy memegang watak Mansor Adabi, suami kepada Natrah.
Dalam pada itu, berita dia dibelasah sekumpulan lelaki rentetankontroversi cintanya bersama Ummi Nazeera menjadikan Remy semakinpopular.
Remy merupakan hero baru yang muncul di kala industri hiburan tanahair kekurangan hero melayu yang 'gagah'. Bakatnya seiring dengan pakejtubuh badan dan rupa paras menjadikan Remy rebutan pengarah-pengarahfilem, drama dan teater sekaligus menawarkannya memegang watak utama.
KOMEN MSTAR: Remy Ishak salah seorang hero melayu yang mempunyaikarektor lelaki Melayu maskulin yang mana sukar untuk ditemuidikalangan hero-hero Melayu di Malaysia. Jika ingin terus menyinar danditerima peminat Remy perlu lebih berhati-hati agar tidak terus-menerusdikaitkan dengan kontroversi 'kaki pukul'.




Yuna

        
Personalitinya yang agak berbeza membuatkan Yuna atau nama sebenarYunalis Zarai, 23, mudah diterima peminat terutamanya golongan remaja.Lagu nyanyiannya berjudul Dan Sebenarnya mula menjadi siulan ramai.
Gadis bertudung ini mula mencipta fenomena biarpun pada tujuanasalnya mencipta dan mendendangkan lagu hanya sekadar berkongsi muzik.
Corak nyanyian dan lagu dihasilkan Yuna mengingatkan kepada pemenang Anugerah Grammy,Norah Jones dan Colbie Caillat. Namun sedikit berbeza apabila susunanmuzik diketengahkan Yuna bukan saja mempunyai elemen jazz, malahsedikit ska dan pop alternatif.
Walaupun Yuna pernah dikatakan artis yang kurang mesra media, kini dia mula belajar dari kesilapan lalu.
Yuna dijangka bakal menyinar pada tahun 2010 memandangkan bakatnyabukan sahaja tertumpu kepada bidang nyanyian, malah beliau jugaberkebolehan mencipta lagu dan lirik.
KOMEN MSTAR: Bakat Yuna bukan sahaja sebagai penyanyi dankomposer di kala usianya yang masih muda. Yuna juga mampu menerbitkanalbum sendiri tanpa bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman. Yunaperlu mendapatkan material yang lebih bagus untuk menarik perhatianpelbagai golongan.
Liyana Jasmay
        
Satu demi satu kejayaan diraih oleh pelakon Liyana Jasmay (LJ), 21, sama ada dari bidang lakonan atau nyanyian.
Pada 4 Disember lalu, LJ berjaya merangkul gelaran Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2009 menerusi filem Kami The Movie.
Sebelum itu, dia turut meraih kemenangan yang sama di Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi filem Papadom arahan Afdlin Shauki.
Menerusi bakat nyanyian yang ada, LJ muncul dengan Single pertamanya, Aku Tak Percaya Cinta sering diputarkan di radio sehingga menjadi siulan anak muda.
Gadis ini dijangka lebih menyerlah untuk tahun 2010 kerana LJ dalamusaha meningkatkan mutu nyanyian. Terbaru, LJ telah melancarkan albumsulungnya dengan mempertaruhkan lima buah lagu iaitu Aku Tak Percaya Cinta, Aku Jatuh Cinta, Penyelamat Cinta (duet bersama Aizat), Pelik dan Kejam.
KOMEN MSTAR: Sebagai pelakon mungkin LJ sudah bersedia namundalam bidang nyanyian LJ perlu mempersiapkan diri terutamanya dari segivokal!.
Bunkface
        
Selepas Meet Uncle Hussain, Hujan dan Estranged, kini giliranBunkface pula menempa nama dan menjadi kegilaan ramai terutamanyagolongan remaja.
Mula dikenali di aliran underground melalui single pertama Silly Lilly dari EP Lesson of the Season, manakala menerusi lagu berjudul Situasi telah mengangkat nama Bunkface ke aliran arus perdana.
Kehadiran mereka menjadi satu fenomena baru apabila lagu Situasi dan Revolusi menjadi siulan ramai.
Kumpulan ini dianggotai tiga anak muda iaitu Shamsul Annuar MohdBaharom (Sam) selaku vokalis, Muhammad Farouk Jaafar (Youk) dan AhmadFarhan Hashim (Pa’an).
Selain itu Syarikat telekomunikasi TM yang telah menggunakan lagu Through My Window sebagai lagu tema kempen Everyone Connects.
Julai lalu di Shout! Award, mereka berjaya mengondol tigaanugerah iaitu Rockstar, Break Out dan Ultimate Shout! Award . Bunkfacedijangka akan menyerlah kerana aliran muzik baru dan segar yang merekabawa adalah ciptaan mereka sendiri dan kekuatan peminatnya tersendirimemberi sokongan kumpulan anak muda ini untuk terus berkarya.
KOMEN MSTAR: Bunkface perlu lebih menjaga tingkah laku dan tidakterlalu terikut-ikut dengan kumpulan-kumpulan muzik barat. Walaupunmuzik yang ditampilkan segar dan sedap didengar namun vokalis Sam perlulebih menumpukan kekuatan vokalnya dalam persembahan secara langsung.
Akim
        
Meskipun hanya mendapat tempat ketiga di dalam program realiti popular, Akademi Fantasia 7 (AF7), tidak lama dulu, perjalanan seni Afiq Akim Ahmad atau Akim,18, atau mesra dipanggil Akim ini dilihat semakin menyerlah.
Mempertaruhkan single pertamanya, Bengang, yang sedang rancak diputarkan di corong-corong radio, Akim juga turut dipilih membintangi drama bersiri berbentuk muzikal, Kau & Aku, yang akan mula disiarkan di Astro Ria .
Akim akan tampil dengan sebuah single baru tidak lama lagi yangmerupakan hasil ciptaannya sendiri. Buat masa ini, perkara itu sedangdi dalam perbincangan dengan syarikat pengurusannya, AstroEntertainment Sdn Bhd.
Anak muda berasal dari selatan ini dijangka bakal bersinar keranabakatnya dalam bidang nyanyian, mengubah lagu dan lirik, lakonan sertamempunyai personaliti yang menarik untuk iklan komersil.
KOMEN MSTAR: Akim perlu mempelbagaikan genre nyanyian bukan sahaja untuk golongan remaja malah kepada semua peringkat umur.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2009 12:57 PM | Show all posts
tak kluar lagi kan tiz dlm melodi
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 01:16 PM | Show all posts
tak kluar lagi kan tiz dlm melodi
missgirl Post at 27-12-2009 12:57 PM


x kuar lg pun..
cam xde jer...
kat gazet ade... kdg2 tb3 suku ni mmg suku..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2009 01:29 PM | Show all posts
penat aku tgk Melodi ni, takde la plak kan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 01:29 PM | Show all posts
x kuar lg pun..
cam xde jer...
kat gazet ade... kdg2 tb3 suku ni mmg suku..
Yen_Aireena Post at 27-12-2009 13:16


tu la....... aiyoooooo.....aku pun ada tgk gazet tu.......penat jer aku tunggu....sanggup berlapo pasal nak tgk tiz:@
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 01:35 PM | Show all posts
:@:@:@
mmg hampehhh..... penat tau tunggu..
aku x pnh concentrate tgk melodi seconcentrate minggu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 01:50 PM | Show all posts
oit....apesal xder
iye2 ooo.....tunggu tau...:@
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 01:57 PM | Show all posts
:@:@:@
mmg hampehhh..... penat tau tunggu..
aku x pnh concentrate tgk melodi seconcentrate minggu ni..
Yen_Aireena Post at 27-12-2009 13:35


kesiannnnnn ko .......penat tunggu gan concentrate
lebih sikit dr aku......aku cume penat tunggu jer
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 04:34 PM | Show all posts
871# Yen_Aireena

muahahaha..sama lah kita. ceh!
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 06:42 PM | Show all posts
haa...ni msti de kene mngene ngan retis lelaki tu kannnn
sape eks...
adifrs Post at 26-12-2009 07:37


eh, retis lelaki mane beb???
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 06:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by shareena88 at 27-12-2009 19:17

aku tunggu tiz muncul kat melodi...
smpi tertido..hampeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2009 10:03 PM | Show all posts
tggu minggu depan la pulak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2009 10:35 PM | Show all posts
haha...
hari ni semua tgk Melodi sbb nak tgk Tiz... sekali takde plak, aku nak jln2 pun tpaksa tangguh, lepas tgk Melodi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 10:36 PM | Show all posts
tipah tertipu:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 10:38 PM | Show all posts
kesiannnnnn ko .......penat tunggu gan concentrate
lebih sikit dr aku......aku cume penat tunggu jer
missgirl Post at 27-12-2009 01:57 PM


hehehe... ko lg hebat... sanggup berlapo....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.785508 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list