CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V141'

 Close [Copy link]
Post time 17-4-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 17-4-2022 12:04 PM
respect kt tmj dlm hal ni. semoga usaha dia berjaya dan ada yg bg sokongan.

Nov akan follow up kes ni. Hrp dpt pembalasan yg sesuai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dab hbs reply noti rmh pasemboq
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 17-4-2022 03:01 PM
yelah tu
nov kan ibu misali
untung anak2 nov dapat mak sebaik nov tu

Selagi hidup kita kn la sebar kebaikan. Sbb kita x tau kebaikan yg mn akan mskkan kita ke syurga. Lgpun anak3 kan amanah dr Allah
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 17-4-2022 03:46 PM
berhati2 nov bila keluar dlaam hujan tu...

X pe nov ade payung kat rmh. Lgpun kuar naik kete. Tq matt utk pesanan
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
novelloverzz replied at 17-4-2022 01:07 PM
cth thrillers x de antu
sbb dgr genre thriller auto pangkah

I suka psychological thrillers
Macam cerita serial killers, fatal vows dll
I kurang  minat drama2 cinta sweet2, memang dah lama tak follow drama melayu yg stereotype spr kahwin paksa tu .
Sebab tu selalu menonton you tube ( on tv screen).
Menonton Criminal investigations, Reel Crimes dll.
Selalu based on true story
60 minutes Australia suka juga tengok
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 17-4-2022 02:33 PM
wahhh...detailnya ghalibboy ceritakan tu
matt plak rasa terliur....
masak sendri lebih sedap walau ...

Tak berapa. Tapi selalu utk buka ada lah kuih manis sebab suami suka. Hari ini buat kuih buah melaka inti gula enau.
Masak kari daging ( jarang buat ), udang goreng kunyit, sambal belacan n ulam timun je. Malas nak masak sayur.
Oh ye tengahari dah baking kek pisang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2022 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 17-4-2022 02:33 PM
wahhh...detailnya ghalibboy ceritakan tu
matt plak rasa terliur....
masak sendri lebih sedap walau ...

I memang detail kut..he he he.
Dulu kalau anak tanya sesuatu, contoh maksud satu vocabulary, I siap beri contoh2 ayat...sampai anak cakap.cukup2 mak. He he he. Dah terbiasa explain mcm tu.
Tapi I pendiam sebenarnya..tak ada hu ha hu ha, atau membebel.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 11:44 PM | Show all posts
KWSP buat bayaran bermula esok
MOHAMMAD KHAIRIL ASHRAF MOHD KHALID | | 17 April 2022



Tengku Zafrul


SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mula membuat bayaran bagi pengeluaran khas kepada pencarum yang layak bermula Isnin iaitu lebih awal daripada tarikh sebelumnya, 20 April.


Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, mereka yang telah memohon pada awal April boleh menyemak pembayaran tersebut di akaun masing-masing pada Isnin.


“Tapi kalau belum masuk lagi, jangan risau. Insya-ALLAH akan masuk juga kerana bayaran dibuat secara berperingkat.


“Semoga bantuan ini dapat menjadikan sambutan Aidilfitri tuan puan lebih bermakna tahun ini,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebooknya pada Ahad.


KWSP sebelum ini mengumumkan akan membuat bayaran bagi pengeluaran khas secara sekali pembayaran kepada pencarum yang layak pada 20 April ini.


Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut memaklumkan permohonan pengeluaran ini dibuka kepada ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah.


Beliau berkata, permohonan berkenaan bermula pada 1 April lalu dan akan berakhir pada 30 April ini.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ayaran-bermula-esok
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2022 11:45 PM | Show all posts
untunglah sapa yg dapat esok
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 11:45 PM | Show all posts
boleh buat persiapan raya awal
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 17-4-2022 11:45 PM
boleh buat persiapan raya awal

Ada kawan yg ambil peluang keluarkan epf,  yg beberapa kali ni, utk renovate rumah( buat kitchen cabinet dll) I tak faham sangat lah hal epf2 ni sebab i dulu govt servant. Carum Epf sekejap je.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 12:03 AM | Show all posts
Ahmad Zahid nafi lindungi tertuduh kes Bella

Oleh Mohd Nasaruddin Parzi - April 17, 2022 @ 8:52pm [email protected]




Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto FAIL NSTP




KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya sebagai ahli politik yang cuba 'melindungi' tertuduh dalam kes penderaan remaja perempuan sindrom Down bernama Bella.

Kesal dengan tuduhan itu, beliau menegaskan tidak akan pernah melindungi sesiapa yang didakwa terbabit dalam jenayah.

"Sebagai insan tentunya saya juga mengharapkan keadilan buat Bella dapat ditegakkan. Terlalu banyak insiden menyayat hati dilaporkan dalam kes berkenaan dan pastinya semua mahukan kebenaran.

"Bagaimanapun, saya kesal apabila diberitahu tiba-tiba ada pihak cuba mengaitkan saya dengan kes terbabit.

"Menuduh saya cuba melindungi tertuduh dengan mengaitkan tertuduh memiliki 10 peguam bela kerana saya," katanya dalam entri di Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid turut menyifatkan dakwaan beliau cuba mempengaruhi mahkamah dalam perbicaraan kes Bella sebagai tidak masuk akal.

"Jika benar saya mempunyai keupayaan seperti itu bukankah lebih baik saya melindungi kes saya, melindungi kes mahkamah dikenakan terhadap saya oleh kerajaan 22 bulan sejurus memperoleh kuasa.

"Biarlah mahkamah menentukan kebenaran melalui proses perbicaraan yang adil dan saksama. Bagaimana saya boleh melakukannya walhal yang menuduh juga tentu tahu saya tiada sebarang kuasa berbuat demikian.

"Saya tidak berada dalam kerajaan untuk menekan pihak pendakwaan seperti dilakukan kerajaan 22 bulan," katanya.

Ahmad Zahid juga berharap semua pihak jangan terlalu cepat menuduh dan membuat kesimpulan atas apa yang dibaca dan dilihat.

"Saya harap mereka yang gigih berusaha memfitnah saya sekali lagi demi politik itu, berhentilah. Jangan kita terlalu mudah mempercayai sesuatu tuduhan dan dakyah yang dibawa.

"Kaji dan selidiki dahulu setiap berita dan cerita yang disebarkan. Jika malas mahu mencari kebenaran, jangan pula rajin menyebarkan kepalsuan. Bulan Ramadan yang mulia ini tidak sepatutnya dicemari dengan nilai-nilai kebatilan seperti itu," katanya.

Beliau turut meminta supaya politik fitnah kebencian tidak diulangi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kerana akhirnya rakyat yang menjadi mangsa.





Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 12:06 AM | Show all posts
ghalibboy replied at 17-4-2022 11:55 PM
Ada kawan yg ambil peluang keluarkan epf,  yg beberapa kali ni, utk renovate rumah( buat kitchen c ...

ramai yg bawa keluar kerana nk pakai duit pasca pkp.
ada yg nk byr hutang dll.

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 12:07 AM | Show all posts
klu takde angin takkan pokok bergoyang...
zahid, zahid.. ko org umngok. siti bainun org umngok jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 12:08 AM | Show all posts
ko kan ada kuasa. ko bg arahan je org2 bwh ko buat je keje.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 12:08 AM | Show all posts
benda klu kuar berita tentu sesuatu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 12:09 AM | Show all posts
10 org peguam nk lawan budak oku...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 12:20 AM | Show all posts
CUEPACS mohon gaji minimum RM1,800

April 17, 2022 @ 10:10pm



Adnan Mat.



KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan gaji minimum penjawat awam dinaikkan kepada RM1,800 sebulan.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, ia mengambil kira pendapatan semasa penjawat awam yang dilihat tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup semakin meningkat.

"Pada masa ini kami kurang selesa dengan dapatan gaji ini, perbelanjaan juga tidak adil dengan harga barang yang semakin hari semakin mencengkam.

"Justeru itu situasi ini amat tidak adil untuk pendapatan (penjawat awam) sebegitu rupa," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa yang diadakan sejurus Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi CUEPACS di sini hari ini.

Adnan berkata, pihaknya sudah pun membuat cadangan kepada kerajaan supaya gaji minimum ini perlu ditingkatkan kepada RM1,800.

"Walaupun kerajaan meluluskan RM1,500 untuk GLC (syarikat berkaitan kerajaan), tetapi kami mahu RM1,800," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 19 Mac lalu mengumumkan kadar gaji minimum negara ditetapkan pada RM1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Mei ini. Ia akan berkuat kuasa terlebih dahulu membabitkan syarikat-syarikat besar dan GLC.

Sementara itu, Adnan berkata apabila berlakunya perubahan gaji minimum yang baharu, akan berlaku tangga gaji yang rapat antara pekerja baharu dan pekerja lama, maka pihaknya memohon dua kenaikan gaji untuk penjawat awam.

Selain itu, katanya sistem saraan baharu hendaklah dijalankan segera supaya ia lebih komprehensif dan penjawat awam mampu untuk berada dalam keadaan selesa dengan perbelanjaan yang adil.

"Sebab kita telah pun 20 tahun menjalankan sistem saraan yang sama iaitu Sistem Saraan Malaysia, jadi sistem saraan ini perlu diganti," katanya. – BERNAMA





Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 12:21 AM | Show all posts
ada pros n cons di situ
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 12:22 AM | Show all posts
gaji rm1.5k tak semua sykt mampu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.203256 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list