CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V174'

[Copy link]
Post time 9-1-2023 08:40 PM | Show all posts
ok nk stop dulu
insyaAllah smbg esk
nitey y'all
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2023 09:51 PM | Show all posts
Kantoi selepas 45 kali culas bayar tol


Mohd Iskandar Ibrahim
[email protected]



GAMBAR yang dikongsikan di Twitter Prolintas. FOTO Twitter.




Kuala Lumpur: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Itu situasi seorang pemandu kereta mewah yang akhirnya ditahan selepas 45 kali mengelak daripada membayar tol ketika melalui lebuh raya milik Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas).

Perkara itu dikongsikan Prolintas yang memaklumkan, pemandu wanita terbabit dikesan culas membayar tol sehingga kini tertunggak sebanyak RM275.65.

"Kereta mewah 45 kali culas tol, ditahan. Dah 2023 perangai masih tak berubah. Lagi pengguna culas bayar tol ditahan.

"Cuba teka, kali ni kereta apa pulak yang kantoi? Amboi berani betul sister (wanita) ini," katanya menerusi beberapa ciapan di Twitter.

Menurut Prolintas, wanita itu bagaimanapun menyelesaikan semua tunggakan berkenaan serta-merta.

Justeru, semua pemandu diingatkan supaya tidak meniru aksi tidak bermoral itu kerana ia bukan saja dianggap menceroboh, malah membahayakan kenderaan lain.

Sementara itu, beberapa pengguna Twitter mencadangkan supaya Prolintas mengenakan bayaran berganda kepada pemandu yang culas membayar tol.

"Patut suruh dia bayar 10 kali daripada amaun asal, plus (termasuk) penjara semalam. Baru ada akal," ciap pemilik akaun dikenali @AmirulHazmi.

"Sepatutnya kereta yang culas tol ini kena bayar denda sekali, tiga kali ganda (denda) contohnya," ciap @nightneattt pula.

"Should start (patut dikenakan) denda mereka ini baharu mereka takut. Setakat bayar biasa mereka memang mampu tetapi otak (mereka) nak benda percuma," ciap @nurzack04.


Disiarkan pada: Januari 9, 2023 @ 8:16pm





Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 09:52 PM | Show all posts
la perempuan ke yg tak byr tol.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 09:53 PM | Show all posts
pakai keta besar tp kedeks
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 09:53 PM | Show all posts
45 kali tu angka  besar juga.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 09:53 PM | Show all posts
berani betul dia tak byr.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2023 09:54 PM | Show all posts
patutnya dakwa dia kt mahkamah, baru ada akal
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 09:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2023 09:56 PM | Show all posts
keta merc rasanya tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 09:57 PM | Show all posts
dasat pompuan tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 09:58 PM | Show all posts
patutnya jgn tutup muka dia dan no plate keta.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 09:58 PM | Show all posts
biar semua tengok muka dia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 09:59 PM | Show all posts
tengok kt pic kt artikel mcm lady c.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 10:02 PM | Show all posts
Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan


Kereta mewah dengan tunggakan 45 tol yang dikongsikan di Twitter Prolintas. FOTO Twitter.






Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 10:03 PM | Show all posts
kt BH terus tulis nama keta
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 10:04 PM | Show all posts
kaya kot boleh pakai merc.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2023 10:05 PM | Show all posts
macam2 ragam manusia...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 11:07 PM | Show all posts
Piala AFF 2022: Vietnam tempah tiket final

oleh AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI09 Januari 2023 10:53pm






Antara aksi menarik pertembungan Vietnam dan Indonesia di Stadium My Dinh, Hanoi sebentar tadi.




VIETNAM memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila menewaskan Indonesia 2-0 dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Vietnam menempah tiket final dengan agregat 2-0 selepas kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan dalam aksi separuh akhir pertama di Gelora Bung Karno, Jakarta Jumaat lalu.

Dalam aksi di Hanoi sebentar tadi, skuad Naga Emas bermula garang sebaik wisel permulaan dibunyikan apabila mendahului Indonesia seawal minit kedua menerusi jaringan penyerang tinggi lampai, Nguyen Tien Linh.

Seakan-akan tersentak dengan jaringan awal Vietnam, Indonesia kembali mengatur langkah dengan melancarkan beberapa serangan ke kubu tuan rumah.

Namun, kontroversi tercetus apabila skuad Garuda kendalian Shin Tae-yong itu dinafikan sepakan penalti oleh pengadil dari Jepun, Yusuke Araki pada minit ke-24 apabila Dendy Sulistyawan dikasari Doan Van Hau.

Lima minit berselang, Vietnam hampir menambah jaringan menerus Van Hau, namun sepakan percuma yang diambilnya hanya mengenai tiang gol Indonesia.

Aksi semakin panas apabila pertahanan Indonesia, Asnawi Mangkualam mengasari Van Hau pada minit ke-34 sehingga mengakibatkan pemain kedua-dua pasukan bertikam lidah.

Susulan itu, Asnawi dilayangkan kad kuning atas kekasarannya terhadap Van Hau. Beberapa minit kemudian, giliran Van Hau pula dikenakan kad kuning selepas melakukan kekasaran terhadap pemain lawan.




Sebaik babak kedua bersambung, Tien Linh sekali lagi menggamatkan stadium apabila menanduk masuk bola hasil sepakan sudut pada minit ke-47.

Terdesak memburu jaringan, Tae-yong memasukkan Witan Sulaeman dan Ricky Kambuaya bagi menambah sengat jentera serangan Indonesia.

Namun, sebaliknya berlaku apabila Vietnam hampir menambah gol ketiga menerusi Pham Tuan Hai pada minit ke-59 tetapi rembatannya berjaya ditangkap penjaga gol Indonesia, Nadeo Argawinata.

Beberapa minit kemudian, giliran Nguyen Quang Hai pula menguji Argawinata, namun tonggak Vietnam itu kecewa apabila percubaannya gagal menerjah gawang Indonesia.

Dalam tempoh 20 minit terakhir perlawanan, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Dengan kejayaan itu, Vietnam kini hanya menanti pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Malaysia dan Thailand sebelum membuat perhitungan di pentas final.

Malaysia yang meraih kemenangan 1-0 ke atas Thailand dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu, akan bertandang ke Stadium Thammasat, Bangkok bagi mengharungi perlawanan separuh akhir kedua malam esok.


Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 11:08 PM | Show all posts
klu mesia boleh kalahkan thai mlm esok maknanya mesia akan lawan dgn vietnam masa final
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 11:08 PM | Show all posts
vietnam ni corak permainan kasar sikit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 1.271853 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list