CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)

  [Copy link]
Post time 31-3-2011 09:06 AM | Show all posts
masing2 tak sedar dalam diam ade cinta yg tselit sebenarnye huhuhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2011 09:11 AM | Show all posts
janganlah timbul salah faham plak.
masing2 dlm hati ada taman.
lagi plsssssssssssss......
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 09:22 AM | Show all posts
cpt la abg arif blik mesia...jas rindu tuh
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 09:38 AM | Show all posts
fizz samb panjang lagi best
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 09:38 AM | Show all posts
kalau blh hari 2 biar ada n3 boleh tak..........
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 09:46 AM | Show all posts
alhamdulillah..dah ada n3 dah..thanks fizzi..harap dapat disambung lagi..ASAP..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2011 09:50 AM | Show all posts
arif...arif...cepat ler bertindak..kang melepas....
jgn ler dok melayan si wardah tu yea....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 10:29 AM | Show all posts
huhuhu best...
cepat lah bertindak arif.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2011 11:00 AM | Show all posts
ariff dgn wardah
ali dgn jasmin/......ok gak tu sekufu
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 11:11 AM | Show all posts
mintak-mintaklah diorg ni dpt luahkan perasaan masing2...
mau meroyan nanti...
masing2 susah sgt nak mengaku....
xpun arif cakap je ngan mama dia, sure on punya...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 11:17 AM | Show all posts
janganlah timbul salah faham plak.
masing2 dlm hati ada taman.
lagi plsssssssssssss......
uda08_za Post at 31-3-2011 09:11



betul tu...
tersengih sorang2 dpn pc baca cerita nie...
bestnya ada seorg sahabat yg memahami spt ali...
jgnlah ariff lepas tension dgn ajak si wardah tu dating...
makin perasanlah si minah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 12:11 PM | Show all posts
sanggup hired spy tu..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 12:36 PM | Show all posts
x ade ke ari niiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 02:44 PM | Show all posts
Ala, tak suka la bila ada salah paham camni...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 06:58 PM | Show all posts
teruja tunggu episod seterusnya !!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 07:00 PM | Show all posts
ariff dgn wardah
ali dgn jasmin/......ok gak tu sekufu
cmf_blingblings Post at 31-3-2011 11:00



    nehi.......nehi...... blings. nak jasmin ngan arif gak. nanti wedding derang boleh buat reception kat zoo......... zassssss gitew!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2011 08:53 PM | Show all posts
Assalamualaikum!!!!!
zassssssssssssss!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2011 08:54 PM | Show all posts
Talian dari Wardah di skrin telefonnya dipandang lama. Puas dia berkira, samada mahu menjawab panggilan itu atau tidak. 1…2…3…4…5…cukup 5 saat, dia menjawab juga. Telefon bimbit dilekap ke telinga.

“Ya Wardah, ada apa,” soal Arif. Komputer riba yang baru ditutup diletakkan ke meja sisi.

“Temankan I pergi makan…” tutur suara merdu itu dihujung talian. Arif terdiam. Sejenak, dia berfikir. Tak cukupkah lagi dengan makanan yang dijamah ketika habis persidangan tadi?

“Kat mana?” soal Arif. Sebetulnya, dia tidak berapa gemar keluar di malam hari melainkan ada hal penting. Lagi pula, kota Bangkok ini bukanlah selamat sangat untuk pelancong merayau2 tanpa arah.

“I nak makan kat Angkor Palace. Orang cakap tomyam kat situ is the best in Asia,” kata Wardah. Arif diam sambil berfikir. Bibirnya dikulum. Tapi, yang menerpa diingatannya kini hanyalah gambar2 Jasmin dan Ali yang dilihat tadi.

“Kalau you tak nak..tak apa. I tak paksa,” ujar Wardah lembut.

“I nak…You tunggu I 5 minit. Nanti I keluar,” kata Arif cepat2 .

“Okay. I’ll wait outside,” balas Wardah lalu memutuskan talian. Bilik hotel mereka Cuma terletak bersebelahan saja. Arif merenung telefon bimbitnya. Dengan langkah malas, dia bangun jua menuju ke bilik pakaian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2011 08:56 PM | Show all posts
“I nak tanya sikit boleh?” soal Wardah tiba2. Aroma makanan ala Thailand yang sedang berasap di tengah meja belum lagi disentuh. Arif yang baru hendak mencedok kuah tom yam yang berasap  memandang Wardah di depannya.

“Tanyalah..” balas Arif. Kuah diambil lalu dimasukkan ke dalam mangkuk kecil. Kuah berwarna merah di hirup perlahan2, bimbang melecur pula lidahnya nanti. Wardah merenung tingkah laku Arif seraya tersenyum.

“Adik angkat you tu, asal dari mana?” soal Wardah lalu turut mencedok beberapa lauk ke pinggannya. Arif mengunyah makanan perlahan2. Wajah Jasmin menerpa ruang matanya. Soalan Wardah dibalas dengan satu keluhan.

“Is she mix? Mak atau ayah dia must be foreigner,” tambah soal Wardah lagi. Arif menarik nafas lemah. Wardah dipandang sepintas lalu, kemudian Arif kembali memandang makanan di pinggan.

“Dia orang Malaysia jugak…ayah dia foreigner…” lambat2 dijawab oleh Arif. Wardah memandang Arif. Dia mengangguk sambil meneruskan makannya.

“You suka dia ke?” soal Wardah.

“Pardon?” pantas Arif mengangkat wajahnya, terus memandang tepat ke wajah Wardah. Melihat wajah tegang Arif, Wardah memaniskan muka dalam serba salah.

“No, I mean…she’s pretty. Nice girl. Don’t you like her?” soal Wardah terkial2. Arif mengulum bibirnya. Sudu di tangan diletak di tepi pinggan. Arif mengetap bibir, melempar pandang ke segenap ruang restoran.

Wardah dipandang. Wajah Arif tegang memandang Wardah didepannya. Satu nafas payah ditarik. Semua gambar2 Jasmin dan Ali yang dilihat tadi di bilik hotel menjengah di kepalanya satu persatu. Perlahan2 Arif menggeleng lemah.

“Dia adik I. Adik is adik. As a brother, I just want to make sure that she’ll get the best. No more than that,” tutur Arif tegas. Seleranya sudah terbantut. Tetapi, perasaannya yang tidak tenteram cuba disembunyikan dari penglihatan Wardah sebaik mungkin.

Wardah senyum manis bercampur lega. Sudu di mangkuk sup diambil.

“You memang abang yang baik. Family you pun baik sangat. I tak pernah jumpa family yang sangat humble dan open minded macam your family…Untung Jasmin dapat jadi anak angkat family ni…” kata Wardah senang hati. Dia menghirup sup di dalam mangkuk kecil.

Arif mengulum bibirnya perlahan. Sebuah keluhan panjang dilepaskan. Wardah dihadapannya dipandang lama. Arif tunduk, merenung pinggan sendiri. Ya. Jasmin is my sister. I’ll make sure she’ll get the best for her! Arif mencapai sudu ditepi pinggan. Jarinya terasa lemah untuk memegang sudu tersebut. Lalu sudu direnung lemah tanpa sepatah kata.

“Oh…lupa nak tanya. You nak pergi shopping tak lusa?” soal Wardah ceria. Lusa, persidangan akan berlangsung setengah hari saja. Selepas jam 3 petang waktu Bangkok, mereka akan mempunyai masa lapang. Jadi, menurut Wardah, daripada asyik memerap di dalam bilik hotel, seharusnya masa itu digunakan untuk bersiar2 menjamu mata ditempat orang.

Arif memandang Wardah. Sebetulnya, dia kurang selesa untuk bersiar2 di bandar Bangkok pada siang hari. Panas di Bangkok tidak sama dengan panas di Kuala Lumpur. Di sini, panasnya begitu perit. Tetapi, melihat wajah Wardah yang sudah merenungnya dengan pandangan yang begitu mengharap, Arif mengangguk lemah. Bertambah lebar senyuman Wardah bila melihat Arif mengangguk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2011 08:59 PM | Show all posts
Jasmin dan Ali duduk di satu meja makan di dalam bangunan Suria KLCC. Pada mulanya, mereka ingin menonton wayang, tetapi bimbang masa tanyangan yang agak panjang, mereka bercadang untuk makan sahaja di medan selera KLCC. Habis saja waktu kerja siang tadi, Ali terus ke banglo mewah ibubapa angkat Jasmin untuk membawa Jasmin keluar.

Kata Jasmin, dia bosan duduk dirumah, selepas semua kelasnya tamat. Datin Zaharah pula, nampaknya tidak menghalang. Cuma pesannya, pulang sebelum jam 10 malam.

“Kenapa kau  kata aku jatuh cinta dengan abang Arif?” soal Jasmin. Selepas pertemuannya dengan Ali tempohari, beberapa hari dia berkurung di biliknya, merenung kata2 Ali.

“Kenapa? Aku salah cakap ke?” soal Ali sambil mengunyah lasagna. Jasmin sekadar minum, kenyang katanya. Ali tersenyum memandang Jasmin.

“Jawab sajalah soalan aku,” kata Jasmin seraya menarik nafas resah. Ali yang tersengih mengejek didepannya dipandang dengan riak meluat.

“Takdelah. Cuba kau ingat2 balik…bila dia ada dengan kau, kau happy je. Senyum kau tu melebar je berjela2. Tapi, bila dia hilang dari mata kau, senyum kau terus hilang. Riak gembira kat wajah kau tu, terus lenyap….faham maksud aku?” soal Ali sambil menyudahkan makannya.

Jasmin terkesima. Ali dipandang resah. Jasmin mengetap bibirnya sambil berfikir. Rasanya, kata2 Ali tu betul…waktu Arif berada di rumah, dia jarang menelefon sesiapa. Tetapi bila Arif tiada di rumah, Jasmin bagai tak tentu arah. Dan malangnya, Ali lah yang menjadi tempat untuk melepas perasaan tidak tenteram itu. Kesiannya Ali….

“Nampak sangat ke muka aku?” soal Jasmin sambil memegang kedua2 belah pipinya. Secara tidak langsung, dia sebenarnya mengiyakan kata2 Ali. Ali tersenyum simpul.

“Bukan setakat kat muka nampak…tapi yang paling penting, kat mata kau tu…riak gembira tu tak ada…Cahaya tu hilang…” kata Ali. Tangannya tergawang2 diudara, seseolah cuba mendeklamasi sajak saja layaknya.

Jasmin merenung Ali sambil terlopong. Jasmin memegang matanya.

“Kalau macam ni, aku kena pakai spek hitam….” Kata Jasmin. Berhamburan tawa Ali mendengar kata2 Jasmin. Jasmin memandang Ali dengan wajah selamba. Tidak faham mengapa Ali mentertawakannya.

“Kenapa kau gelak?” soal Jasmin. Ali yang baru saja menghabiskan makanannya, segera menghirup teh ais limaunya dengan rakus.

“Aku terbayang muka kau pakai spek hitam 24 jam kat rumah kau. Mesti mak angkat kau gelak guling2 tengok kau nanti. Macam kumpulan panca sitara….”kata Ali lagi.

Jasmin mencebik. Kesitu pulak si Ali ni.

“Dah habis makan? Jom balik..” kata Jasmin. Ali mengangguk, lantas menghabiskan sisa2 airnya. Helmet di kerusi sebelah diambil. Mereka bangun beriringan. Jaket kulitnya disarung ke tubuh Jasmin. Jasmin memandang Ali dengan tindakan spontannya tadi.

“Aku takut kau sejuk….” Kata Ali, menjelaskan tindakannya. Jasmin diam saja. Langkah diatur pulang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.082729 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list