1 mata je lagi nak cipta sejarah....
1 mata bro...1 mata je....
di ulang.. 1 mata je :@ :@
memang takde rezeki mu la chong wei,
tu la..ko main waktu orang malaysia banyak tgh terawih...
takde positif energy dapat di salurkan kepada ko malam tadi....
kenapa LCW sukar tewaskan lindan?.. Chong Wei tak sedar jari berdarah
Post Last Edit by _19788 at 16-8-2011 06:45
Air mata Chong Wei....
•Disediakan oleh Berita Harian •2011-08-15 12:07 ■ LEE Chong Wei (kanan) bersama Lin Dan (dua dari kanan) dan dua pemenang pingat gangsa Peter Gade dan Chen Jin.
Gagal saingi ketangkasan pemain pilihan ke-2, Lin Dan pada final
"KEKALAHAN ini memang perit, tetapi saya sudah mencuba sedaya upaya, mungkin nasib tidak menyebelahi saya," kata jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei yang berlinangan air mata sejurus tunduk kepada musuh tradisi, Lin Dan pada final Kejohanan Dunia di Arena Wembley, semalam. Kekecewaan pemain nombor satu dunia berusia 29 tahun itu memang perit kerana dia hanya dipisahkan satu mata daripada kejuaraan pertamanya tetapi kegagalan mematikan bulu tangkis Walaupun mendahului dua kali 20-19 dan 21-20 pada set penentuan menyaksikan impian besarnya itu lebur. "Lin Dan memang seorang pemain yang berani mengambil risiko ketika berdepan detik genting apabila dia terus mengasak menyebabkan saya tertekan dan melakukan kesilapan.
"Walaupun kecewa tetapi kekalahan ini belum mematikan semangat saya untuk cuba memenangi kejuaraan berprestij ini. Jadi, saya akan cuba memenanginya pada penampilan terakhir 2013 nanti," katanya yang tampil beraksi dalam final pertamanya selepas gagal dalam lima percubaan sebelum ini.
Aksi kedua-dua pemain itu jelas menepati pertembungan final impian dengan permainan bermutu dan mendebarkan selama 86 minit sebelum Lin Dan keluar sebagai pemenang 22-20, 14-21, 21-23.
Chong Wei selepas itu terus mengalami kekejangan otot dan terpaksa mendapatkan rawatan kerana final itu disifatkan paling sengit dalam 25 pertemuan kedua-dua jaguh itu sejak 2004.
Kekalahan Chong Wei itu bukan saja impiannya untuk memahat nama selaku pemain pertama negara menjuarainya kejohanan itu musnah, tetapi turut menyaksikan kemarau tanpa gelaran negara selama 34 tahun terus berpanjangan.
Sebaliknya, Lin Dan, 28, membuktikan dia adalah legenda apabila memenangi kejuaraan berprestij itu buat kali keempat selepas menjulangnya pada 2006, 2007 dan 2009.
Malah, kejuaraan itu adalah koleksi kejuaraannya yang ke-44 sejak 2002 dan keempat tahun ini selepas Terbuka Korea, Jerman dan Kejohanan Asia.
"Apa yang membezakan kedua-dua pemain itu ialah Lin Dan berani mengambil risiko sewaktu berdepan situasi genting. Itu yang dilakukannya dan ia berjaya," kata jurulatih Chong Wei, Tey Seu Bock.
Sementara itu, Lin Dan berkata dia hanya mencuba nasib dengan mengasak Chong Wei ketika dia ketinggalan dan lawan sudah diambang kejuaraan pada penghujung permainan.
"Sebagai pemain saya harus mengambil risiko dan tindakan terus mengasaknya berhasil apabila Chong Wei melakukan kesilapan. Ini kejayaan bermakna dan memberi rangsangan terbaik menghadapi Sukan Olimpik tahun depan," katanya.
p/s: kenapa lee chong wei begitu susah nak kalahkan lindan?...tp orang lain chong wei boleh kan dengan sebelah mata ajer...berikan sebab..nak tanya lee chong wei ade facebook die sendiri tak?...kalu ade jom lah kita bagi kata2 semangat ke chong wei...
JAKARTA – Jaguh negara Datuk Lee Chong Wei muncul juara Super Siri Terbuka Indonesia buat kali ketiga berturut-turut apabila mengalahkan Peter Gade pada perlawanan akhir di Stadium Istora Senayan, di sini, Ahad.
Chong Wei menjadi perhatian pasukan China selepas enam pemain terbaik mereka termasuk jaguh Olimpik, Lin Dan, gagal ke final di sini.
Pegawai pasukan China meletakkan kamera di empat penjuru gelanggang untuk merakamkan aksi Chong Wei.
[size=14.1667px]Kita tak harus membenci sesuatu pasukan ataupun orang yang lebih kuat/hebat dari kita. Depa menang ataupun mempamerkan prestasi yang baik adalah atas usaha sendiri juga. Mereka pun bermain dan belajar dengan bersungguh-sungguh macam pasukan lain. Lainlah kalau mereka yang menang ni menggunakan taktik kotor untuk memenangi kejohanan, baru kita wajib benci.
spiderman80 Post at 15-8-2011 11:47
china terkenal dengan taktik kotor, chong wei dah banyak kali kena tipu kat China SS dan Hong Kong SS
1 mata je lagi nak cipta sejarah....
1 mata bro...1 mata je....
di ulang.. 1 mata je
mema ...
AnBulisia Post at 15-8-2011 15:54
luck lebih kepada LD semalam....3 kali LD smash, shuttle kena net dan jatuh dalam court LCW....LCW takleh buat apa-apa..
set ke 3, LD terpa ke arah net, 2 kali dia ketuk shuttle yang belum lepasi net, kali pertama umpire nampak...dan kasi point pada LCW...yg kali ke 2, umpire tak pasti....dan LD dapat point yg sepatutnya jadi point LCW...bila tengok replay balik,jelas shuttle masih tak lepasi net, tetapi dah diketuk LD
nak salahkan LCW takleh gak, kalau dia tak serang LD diakhir game tu...LD pulak yg akan serang dia...bila dia tak berada pada kedudukan yg baik utk smash, dia smash juga, tu yg sangkut kat net.....
sedih sangat tengok muka chong wei waktu atas podium....nampak die tahan sebak......dua kali chong wei dapat match point utk cipta kemenangan ...tp apakan daya...
dua2 hebat..tp luck lebih kepada lindan....berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul nya...harap chong wei tabah.....
kalo nk ikutkan memang Chong Wei boleh menang..cuma dia banyak buat mistakes last2 minutes je.
harap kekalahan ni tidak mematahkan semangat Chong Wei, sebab dia satu2nya pemain yg paling bagus pernah Malaysia ada..Media Malaysia pun masalah juga,time Chong Wei kalah suka hati je nak hentam dia, bukannya nak bagi kata semangat..wartawan sukan Malaysia memang hampeh..xde etika langsung..walaupun Chong Wei tak menang juara dunia,tapi Chong Wei masih boleh masuk final dalam semua super series.itu pun dah cukup bagus bagi aku la. Nak harapkan pemain pelapis muda Malaysia semuanya tak ada kualiti,teruk,nakkan perhatian je lebih..Corak permainan Chong Wei skg memang bagus,cuma masa lawan lin dan tu je aku xbpe berkenan dia main rally (taktik misbun) & bagi peluang lin dan untuk smash. Apapun all the best to Chong Wei, we're always supporting u.
chong wei memang kurang buat smash..mungkin hantaran lin dan tu menyukarkan chong wei utk smash....sebab jika smash tidak tepat akan mudah terkena jaring....tp kita leh perasan....walaupun lindan smash n attack dengan kuat yg bg kita susah nak balas balik tp cong wei berjaya balas balik...walaupun cong wei dah terduduk, terbaring, chong wei masih mampu berdiri semula ngan cepat n balas balik pukulan..
aku perasan teknik cong wei ni memang jarang guna attack spt smash.....tp byk guna net skill.....skill cong wei sangat hebat kita tengok jela waktu lawan chen jin..chen jin suka buat smash kencang..tp hantaran cong wei yg penuh dgn skill menyukarkan chen jin....
lindan ngan cong wei main separas jaring je...kualiti yg sangat hebat...mungkin lepas ni cong wei kena attack lebih jika nk berjumpa dengan lin dan n jangan bg peluang lindan attack lebih n kena pelbagaikan skill lg..tp kita leh prasan pemain lain makin jauh ketinggalan kepada cong wei n lindan...cong wei n lindan pemain yg terhandal ketika ini,..,sukar digugat..,.
nak tanya cong wei ade facebook die yg official tak?
nak salahkan LCW takleh gak, kalau dia tak serang LD diakhir game tu...LD pulak yg akan serang dia.. ...
ambok Post at 15-8-2011 19:11
agreed! tak paham bila org asek salahkan LCW..yes, he did some mistakes/unforced errors,but he had tried d best..bukan die kalah teruk pon semlm..kot kena buli ngan Diva tu kot la kan..LCW is consistent, but mentally kena improved lagik..
agreed! tak paham bila org asek salahkan LCW..yes, he did some mistakes/unforced errors,but he had ...
ShaCroft Post at 15-8-2011 22:13
yup..betol tuh, bukannye jd lauk si lcw smlm kann..dlm situation smlm mmg kene serah pada nasib je kot..bkn rezki chong wei menang
bengang aku bile ade yg ckp die kalah coz tak g terawih:@
bengong nak mampus
yup..betol tuh, bukannye jd lauk si lcw smlm kann..dlm situation smlm mmg kene serah pad ...
maya_27 Post at 15-8-2011 22:30
no luck+neves..nk wat camna..die pon dah cuba sesungguh2nya kan.."bermati2an" die fight semlm..jatuh tegolek sana,tegolek sini, tibai shuttle celah kaki suma ada..semata2 nk selamatkan shuttle,nk dptkan point..sedih plak bila ingt tu suma ..
paper asek cakap,malaysia kemarau2,dahagakan kemenangan bagai..abeh tu,LCW tu takmo ke suma tu..kalo dah tau mesia kemarau kemenangan, so d association shud do something! ..kalo China buleh letak kamera2 kat suma penjuru, nape kite tak leh jugak letak kamera kat penjuru2 yg ada?letak lah webcam ke,digi cam ke, video cam, apa segala jenis kamera yg ada,letak..wat analysis..kalo player ada yg tak disiplin,juz sack them out..simpan wat pe,wat semak+rugi wit ja..so, leh invest dlm hal2 len n pada org len yg more beneficial..
dua-dua hebat n berada di kelas yg tersendiri..tp nasib lebih menyebelahi lindan..sebenarnya dua2 bermain dengan penuh risiko..sape yg amik risiko, berani n menjadi ape yg di buat die yg akan menang...mungkin cubaan risiko yg di ambil chong wei lebih tak menjadi berbanding lindan...
kan bagus kalau malaysia buat macam china letak kamera di setiap penjuru semasa lin dan main utk kaji n analisis kelemahan n kekuatan lindan..china sudah buat mengkaji cong wei.....malaysia bila pula?
Chong Wei tak salah apa2 pon...he was at his best semalam...aku berani cakap Lin Dan semalam menang nasib je...unlike the 15 matches yg Lin Dan menang sebelum2 ni yg beliau kelihatan amat rilex meng’ayam2’kan Chong Wei dan player2 lain, but not in yesterday’s final match….nampak ketara Lin Dan struggling…that’s quite an achievement la pada aku….seems like Chong Wei dah ada semua elemen untuk kalahkan Lin Dan, cuma kurang tang luck je tu…cara Lin Dan celebrate kemenangan pon cam dia sendiri tak caya boleh ‘ter’ menang..heheheh…and Lin Dan is finally a ‘human’ after all when facing Lee Chong Wei…
tarak hal la dato’ lee chong wei, if u reconsider back your persaraan tu, the next world championship will be yours la kot….but next, Olympic gold medal la…Lin Dan punya focus kat Olympic, based on prestasi chong wei semalam, rasanya takde problem dia nak snatch that from Lin Dan…unless the luck is on Lin Dan’s side again….