CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: novelloverzz

Peristiwa Dunia, Mitos & Sejarah

[Copy link]
Post time 18-9-2016 06:26 PM | Show all posts
18 September, 1977
Gambar pertama Bumi dan Bulan bersama dalam satu frame

Gambar seluruh Bumi dan seluruh Bulan bersama dalam satu frame telah diambil buat pertama kalinya oleh prob angkasa (space probe) Voyager 1 hari ini pada tahun 1977.  

Prob angkasa ialah sejenis kapal angkasa yang tidak berangkasawan yang dikawal secara robotik, dan ia menjelajah angkasa untuk mengumpul maklumat, data dan sebagainya. Ia berkomunikasi dan menghantar maklumat ke Bumi melalui gelombang radio.


Edward C. Stone, bekas pengarah NASA bersama model Voyager 1

Latar belakang Voyager I :
Voyager 1 telah dilancarkan oleh NASA ke angkasa pada 5 September 1977, 16 hari selepas kembarnya, Voyager 2. Voyager 1 dan 2 adalah dua prob angkasa yang dilancarkan oleh NASA untuk program angkasa Voyager. Sebahagian tujuan daripada program angkasa Voyager ialah untuk mengkaji tentang lapisan luar Sistem Suria yang merangkumi kajian dan pemerhatian planet-planet Jupiter, Saturn, Uranus, dan Neptune.


Pelancaran Voyager 1 ke angkasa pada 5 September 1977


Voyager 1


Voyager 2


Sistem Suria

Kedua-dua Voyager telah pun selesai menjalankan misi planetari tersebut. Sekarang kedua-dua Voyager sedang menjalankan misi tambahan untuk mengkaji ruang angkasa lain. Setelah beroperasi selama lebih 39 tahun, Voyager 1 masih lagi berkomunikasi dengan Deep Space Network (rangkaian antenna dan komunikasi NASA diseluruh dunia) untuk menerima arahan rutin dan menghantar kembali data.

Pada jarak 135 AU (2.02×1010 km) dari Matahari pada Jun 2016, Voyager 1 merupakan kapal angkasa yang paling jauh dari bumi hari ini.


Jarak 1 AU (Astronomical Unit, jarak antara Bumi dan Matahari)
1 AU = 14959787.0700 kilometer


Gambaran jarak AU dalam Sistem Suria


Garis masa pengembaraan Voyager 1 sehingga tahun 1985


Voyager 1 tahun 1989


Voyager 1 tahun 2013


Voyager 1 tahun 2015

Misi tambahan Voyager 1 dijangka akan berpanjangan sehingga sekitar tahun 2025 apabila penjana termoelektrik radioisotopnya tidak mampu lagi untuk membekalkan tenaga elektrik yang cukup bagi mengendalikan instrumen-instrumen saintifiknya.

Gambar bersejarah Bumi dan Bulan :



Kira-kira 2 minggu selepas dilancarkan, Voyager 1 memusing ke arah Bumi dan dari lokasinya, telah mengambil gambar seluruh planet Bumi dan seluruh Bulan dalam satu frame yang sama. Dari data, ia dicatatkan telah diambil pada 18 September 18 1977. Ketika mengambil gambar ini, Voyager 1 berada 7.25 juta batu (11,660,000 kilometer) dari Bumi.

Bulan berada di bahagian atas gambar dan lebih jauh dari Bumi, keadaan sebenar seperti yang dilihat oleh Voyager. Ini adalah kali pertama seluruh planet Bumi dan seluruh Bulan telah digambarkan bersama-sama, kata NASA.

Imej-imej dari angkasa lepas sebelum ini ada menunjukkan sebahagian Bumi dan sebahagian Bulan bersama. Tetapi sehingga imej ini diambil oleh Voyager 1, manusia tidak pernah lagi melihat Bumi dan Bulan sebagai planet-planet penuh di angkasa lepas, dalam satu gambar yang sama dan berwarna. Voyager 1 adalah kapal angkasa pertama yang telah mempotretkan segala-gala yang telah manusia terokai dalam satu gambar. Buat pertama kali, manusia telah berjaya melihat  secara keseluruhan, kedua-dua objek-objek angkasa yang menjadi sebahagian besar dari kehidupan kita sejak lahir.

Membina model sistem suria mengikut skala sebenar (SO GOOD!!) :


Video ringkas tentang pengembaraan Voyager 1 dan 2

Sumber :


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2016 05:16 PM | Show all posts
19 September, 1692
Giles Corey, mangsa Salem Witch Trials mati ditekan

Giles Corey telah dituduh mengamalkan ilmu sihir semasa siri Perbicaraan-perbicaraan Ahli Sihir Salem (Salem Witch Trials). Kerana Giles Corey enggan membuat pengakuan bersalah atau tidak bersalah, dia telah dikenakan hukuman 'tekan' untuk memaksa dia mengaku. Dia mati pada tengahari 19 September 1692 selepas ditekan dengan batu-batu berat selama 2 hari.


Giles Corey (11 September 1611 - 19 September 1692) bersama isterinya Martha

Latar belakang :
Giles Corey ialah seorang petani yang berada dan memiliki ladang di Salem, Massachusetts. Pada usia 65, Giles telah dibawa ke mahkamah di Essex atas tuduhan memukul mati salah seorang pekerja ladangnya, Jacob Goodale. 10 hari selepas Goodale dibelasah teruk dengan kayu kerana disyaki mencuri epal dari ladang abang iparnya, Giles telah menghantar Goodale untuk menerima rawatan. Tetapi Goodale mati tidak lama selepas itu akibat darah beku disekitar jantungnya kesan dipukul teruk oleh Giles. Undang-undang pada zaman itu membenarkan pekerja kontrak menerima hukuman fizikal maka Corey dibebaskan dari tuduhan membunuh. Giles disabitkan dengan kesalahan "menggunakan kekerasan yang tidak munasabah". Dia didapati bersalah dan didenda.


"The Giles Corey Mill, West Peabody,"
ilustrasi yang diterbitkan di New England Magazine Volume 5, 1892

Giles mengahwini isteri ketiganya Martha pada tahun 1690, beberapa tahun selepas kematian isteri keduanya. Untuk seorang petani berusia 80 tahun, tidak berpelajaran tetapi berjaya dan cukup harta benda , Giles dan isterinya Martha hidup dengan aman. Walau bagaimanapun, itu semua berubah apabila Martha mempersoalkan kebenaran dakwaan gadis-gadis belasan tahun yang asyik menuduh orang mengamalkan ilmu sihir di keliling kampung.

Paranoia bermula :
Berikutan khabar angin tentang penggunaan sihir di kampung-kampung berdekatan, orang ramai mula menjadi bimbang dan resah apabila 2 orang kanak-kanak kampung Salem tiba-tiba meracau bagai disampuk hantu pada bulan Febuari 1692. Seolah-olah berjangkit, beberapa wanita-wanita muda lain turut meracau sama. Tuduh-menuduh pun bermula yang akhirnya memulakan siri perbicaraan ahli-ahli sihir di Salem.

Martha dituduh :
Martha tidak pernah menunjukkan sokongan untuk perbicaraan ahli sihir kerana dia tidak percaya ahli-ahli sihir wujud. Pada bulan Mac 1692, Martha melakukan kesilapan dengan mempersoalkan kebenaran tuduhan mengamalkan sihir secara terbuka. Dia berkata dengan terus-terang bahawa gadis-gadis belasan tahun yang membuat tuduhan ini, Ann Putnam Jr (13 tahun) dan Mercy Lewis (17/18 tahun), berbohong. Putnam dan Lewis berang dimalukan begitu dan membalas dakwaan dengan mengatakan yang Martha adalah seorang ahli sihir. Orang kampung terkejut melihat Martha dituduh kerana dia dikenali sebagai seorang yang kuat agama dan seorang ahli gereja yang berdedikasi.

Semasa pada hari Ahad 20 Mac, sedang servis sedang berjalan di gereja kampung Salem, Abigail Williams (12 tahun) telah mengganggu majlis dengan mendakwa dia nampak roh Martha keluar dari badannya. Martha ditahan dan sesi pemeriksaan sebelum perbicaraan berlangsung pada hari berikutnya, 21 Mac 1692.


Catatan keterangan mahkamah Abigail Williams vs. Martha Corey

Martha yang tidak menyedari tahap paranoia orang kampung, menafikan tuduhan terhadapnya dengan tenang. Hakim-hakim salah faham dan menyangka ketenangan Martha ialah kerana dia adalah seorang yang mempunyai rancangan jahat yang berjaya setakat ini.


Martha menjawab tuduhan semasa sesi pemeriksaan

Semasa sesi berjalan para penuduh mengganggu soalan hakim dengan tiba-tiba menjerit, mendakwa yang Martha telah menggigit, mencakar, atau mencekik mereka. Putnam memberitahu hakim pada suatu malam telah melihat Martha berdoa kepada Iblis di luar tingkap rumahnya semasa mereka sekeluarga sedang makan malam. Semasa gadis-gadis itu memberi keterangan Martha meminta para hakim supaya tidak percaya kata-kata yang tidak berasas dari budak-budak muda.

Gadis-gadis itu kemudian mula meniru gerak geri Martha, kononnya Martha mengawal gerak geri mereka. Lewis berkata, "Ada seorang lelaki sedang berbisik ke telinganya!" Hakim bertanya, "Adakah lelaki itu Iblis?", Lewis kemudian berkata ada burung kuning menghisap antara jari-jari Martha. Berdasarkan daripada keterangan para penuduh, Martha telah dihantar ke penjara Salem untuk menunggu perbicaraan.


Catatan keterangan mahkamah Mercy Lewis vs. Martha Corey

Giles dituduh :
Walaupun mengetahui risiko dan mengetahui gadis-gadis penuduh telah berjaya membuat seluruh kampung percayakan pembohongan dahsyat mereka, Giles membuat keputusan untuk mempertahankan isterinya lalu pergi menghadap majistret untuk melawan tuduhan palsu yang dibuat ke atas isterinya yang tidak bersalah. Gadis-gadis itu membalas dakwaan Giles dengan menuduhnya mengamalkan sihir.

Pada 14 April, Mercy Lewis mendakwa Giles telah muncul sebagai hantu dan memaksanya menandatangani buku syaitan. Giles ditahan pada 18 April 1692 selepas Ann Putnam Jr, Mercy Lewis, Abigail Williams, Mary Walcott dan Elizabeth Hubbard menuduhnya menyihir mereka. Sesi pemeriksaan sebelum perbicaraan dijalankan keesokkan harinya. Semasa sesi itu, Mercy Lewis memberikan kenyataan yang Giles ialah seorang ahli sihir. Abigail Hopps yang turut ditahan atas tuduhan sihir mengaku yang Giles juga sebenarnya seorang ahli sihir.


Mary Walcott accusing Giles Corey of Witchcraft (John W. Ehninger, 1902)

Semasa sesi itu hakim-hakim telah berkali-kali menuduh Giles menipu dan memerintahkan tangan Giles diikat supaya Giles tidak dapat melakukan sihirnya di dalam mahkamah. Bila Giles menggerakkan kepalanya penuduh-penuduh menjerit kesakitan seolah-olah terkena kesan sihir. Bila ikatan tangannya dibuka penuduh-penuduh meracau-racau. Bila dia menggerakkan kepalanya ke satu belah, kepala penuduh-penuduh turut senget ke sebelah. Bila dia mengempiskan pipinya, pipi penuduh turut kempis terhisap ke dalam.
Seperti Martha, Giles kemudian dipenjarakan untuk menunggu perbicaraan.


Catatan nota semasa sesi pemeriksaan Giles Corey

Perbicaraan Giles Corey :


Courthouse in Salem (Samuel Hill, 1790)

Semasa sesi pendengaran bukti di perbicaraannya pada 9 September, hampir sedozen saksi tampil ke hadapan dengan bukti-bukti berat. Elizabeth dan Alice Booth mengatakan Giles telah menghidangkan roti dan wain di sebuah majlis sakramen yang dihadiri lebih 50 ahli-ahli sihir. Kedua-dua Ann Putnam dan Mercy Lewis menceritakan sifat-sifat Giles sebagai "seorang ahli sihir berpangkat besar". Putnam memberi keterangan bahawa hantu telah menampakkan diri kepadanya dan berkata, Corey telah membunuh dia. Para hakim dan juri segera diingatkan kembali tentang kisah Goodale yang mati dipukul oleh Giles suatu masa dahulu.


Trials of Giles Corey (Charles Reinhardt, 1878)

Dalam rekod mahkamah terdapat catatan mengenai keterangan Mercy Lewis pada hari itu:
Mercy Lewis vs Giles Corey:
Pengakuan Mercy Lewis berusia kira-kira 19 tahun yang memberi keterangan dan berkata bahawa pada 14 April 1692 "Saya melihat jelmaan Giles Corey datang mengganggu dan memaksa saya untuk menulis di dalam bukunya (buku syaitan) dan kerana itu dia terus menerus dengan teruknya menyakiti saya dengan berkali-kali memukul saya dan hampir mematahkan tulang belakang saya pada hari sesi pemeriksaannya 19 April dan juga pada masa sesi pemeriksaannya berlansung dia menyihir dan menyeksa saya paling teruk sekali: dan juga beberapa kali memaksa saya sekeras-kerasnya untuk menulis di dalam bukunya dan saya sangat-sangat percaya dalam hati saya yang Giles Corey adalah seorang ahli sihir yang dahsyat kerana walaupun dia di dalam penjara, dia atau jelmaannya telah datang dan yang menyeksa saya dengan amat teruk. "
Mercy Lewis mengesahkan kepada juri bahawa bukti bertulis di atas: adalah benar di atas sumpah: yang dia angkat sebelum ini di mahkamah Oyer & Terminer: Septr 9: 1692

Dengan itu, Giles secara rasminya didakwa atas tuduhan sihir.


Catatan keterangan mahkamah salah seorang penuduh : Sarah Bibber vs. Giles Corey

Walaupun perbicaraan masih berjalan, Giles tahu bahawa para juri sudah pun memutuskan dia bersalah, dan orang ramai sudah pun mempercayai bulat-bulat kata-kata para penuduh. Jika dia mengaku, dia akan dihukum bunuh. Sebaliknya jika dia tidak mengaku ianya seolah-olah dia memang benar-benar bersalah. Giles tahu yang dia tiada harapan untuk didapati tidak bersalah oleh mahkamah jadi dia enggan membuat sebarang pengakuan, samada bersalah atau tidak. Giles bertindak berdiam diri dan mengambil kedudukan 'standing mute'.

Tindakan Giles menyebabkan perbicaraan tidak dapat diteruskan kerana di bawah undang-undang jika tertuduh tidak mengaku samada bersalah atau tidak, tertuduh tidak dapat dibicarakan. Undang-undang pada masa itu menetapkan supaya mana-mana tahanan yang tidak mahu membuat pengakuan diseksa dengan hukuman 'peine forte et dure' yang bermaksud 'sehingga dia mengalah atau mati' untuk memaksa tahanan itu mengaku dan perbicaraan dapat diteruskan.

Di kampung Salem pada tahun 1692, hukuman itu dijalankan dengan cara menekan di bawah batu berat. Banduan akan dibogelkan dan dibaringkan sebelum papan diletakkan diatas badannya dan batu-batu berat diletakkan dan ditambah sedikit demi sedikit sepanjang beberapa hari sehingga banduan itu mengalah. Kaedah ini tidak pernah dilaksanakan di Massachusetts sebelum ini, dan tidak pernah dilaksanakan lagi selepas kejadian ini.


Hukuman 'tekan' semasa zaman medieval di Eropah

Hukuman dan kematian Giles Corey :
Untuk memaksa Giles mengaku, bermula 17 September Giles telah 'ditekan'.
Sheriff George Corwin telah membawa Giles ke kawasan lapang bersebelahan penjara dan Giles dibogelkan dihadapan pihak kehakiman dan saksi-saksi. Dia dipaksa berbaring dan papan-papan diletakkan ke atas badannya. 6 orang lelaki kemudian mengangkat batu-batu berat, meletakkan batu-batu itu satu persatu ke atas bahagian dada dan perutnya. Giles tidak menjerit, apatah lagi membuat pengakuan.

Giles telah dibiarkan lapar dan dahaga pada kebanyakan masa. Cuma 3 suapan roti dan air diberikan kepada orang tua itu semasa dia menahan seksa. Selepas 2 hari, Giles diminta membuat pengakuan sebanyak 3 kali, samada bersalah atau tidak bersalah mengamalkan sihir. Setiap kali Giles hanya menjawab, "More weight!" ("Tambah lagi (berat)!").

Semakin lama semakin banyak batu-batu berat ditimbunkan ke atas badannya. Sheriff dari masa ke semasa akan berdiri dan memandang ke bawah, merenung mata Corey yang mula membonjol terkeluar. Dari catatan University of Missouri, Kansas, Robert Calef yang menyaksikan hukuman itu bersama-sama dengan penduduk lain melaporkan, "Lidah Giles telah tertolak keluar dari mulutnya, dan Sheriff, menyumbat lidah Giles masuk semula dengan tongkatnya, sementara Giles menghadapi kematian."


Giles Corey’s Punishment and Awful Death (Henrietta D. Kimball, 1892)

Selepas diseksa beberapa hari, akhir sekali, Giles berteriak "More weight!" dan mati pada September 19, 1692. Dikatakan sebelum kematiannya, Giles telah menyumpah Sheriff Corwin dan seluruh bandar Salem. Hakim Samuel Sewall menulis dalam diarinya bahawa Giles 'Cory' mati selepas 2 hari seksaan. Laporan Sewall mengenai kematian Giles menulis: "Kira-kira tengahari, di Salem, Giles Corey telah ditekan sehingga mati kerana enggan mengaku." Hakim Jonathan Corwin mengarahkan supaya mayatnya dikebumikan di kubur yang tidak bertanda.

Isterinya Martha didakwa secara rasmi atas tuduhan sihir pada 9 September dan telah mengaku tidak bersalah. Dia mati ditali gantung pada 22 September. Giles berumur 81, dan Martha 72 semasa kematian mereka.


Samuel Sewall (28 March 1652 - 1 January 1730)

Sumpahan dan penampakan Giles Corey :
Dikhabarkan bahawa Giles telah menyumpahan Salem dan sheriffnya semasa dia diseksa dengan menjerit, "Celaka kau! Aku sumpah kau dan Salem!", sebelum dia meninggal dunia. 4 tahun selepas kematian Giles, Sheriff Corwin mati tiba-tiba akibat serangan jantung pada usia muda 30 tahun. Legenda tempatan mengatakan yang Corey bukan menyumpah Corwin sahaja tetapi setiap sheriff Salem sejak 1692.

Dalam buku bertajuk 'Cursed' dari New England, ada tertulis tentang Sheriff Robert Cahill:
"Kira-kira 300 tahun kemudian, pada tahun 1978, Robert Cahill - semasa masih bertugas - mengalami penyakit darah yang jarang berlaku, serangan jantung dan strok. Doktor tidak dapat mencari punca serangan-serangan penyakitnya. Dia terpaksa bersara dari jawatan Sheriff untuk Essex County dan jawatan Master dan Keeper penjara. Hari ini dia tinggal di Florida.
Encik Cahill menyatakan bahawa sheriff sebelumnya juga mengalami penyakit darah yang serius semasa memegang jawatan; ia memaksa sheriff itu bersara. Sheriff itu, rupa-rupanya, telah mewarisi jawatan itu daripada bapanya selepas orang tua itu meninggal dunia akibat serangan jantung semasa berkhidmat sebagai sheriff. Sheriff sebelum itu juga telah mengalami masalah jantung. "Begitu juga dengan semua yang lain, sejauh yang saya kesan," katanya, "Dan dua sheriff selepas saya banyak sekali mengalami masalah [undang-undang]."

Cahill percaya bahawa apabila Pejabat Sheriff telah dipindahkan dari Salem ke penjara baru di Middleton pada tahun 1991, sumpahan itu terbatal, menyelamatkan sheriff-sheriff yang terkemudian. Sejak berpindah, tidak ada lagi sheriff yang telah menerima diagnosis masalah jantung atau penyakit darah.

Penduduk tempatan juga percaya hantu Giles masih berlegar-legar di kawasan sekitar Howard Street Cemetery, tempat dia telah mati ditekan. Rohnya sering dilihat sebelum dan selepas peristiwa dahsyat berlaku di Salem. Salah satunya ialah tidak lama sebelum Great Salem Fire 1914 apabila saksi melihat susuk hantu seorang tua terapung-apung melalui tanah perkuburan. Kebakaran kemudian bermula berhampiran bukit Gallows di mana isteri Giles, Martha, dan 18 orang lain telah dihukum gantung sabit kesalahan ilmu sihir. Api kemudian merebak dan memusnahkan sebahagian besar bandar.


Howard Street Cemetery, Salem

Kesan kematian Giles Corey :
Kata-kata akhir Giles Corey, "More weight!" atau "Tambah lagi!" menjadi ungkapan yang terkenal. Ia menunjukkan pengorbanan Giles yang menjadi bukti bahawa dia sebenarnya, tidak mungkin seorang ahli sihir. Kerana bantahan Giles bersifat sangat awam dan mengerikan, ia telah menyebabkan ramai penduduk Salem pada masa itu berfikir semula tentang perbicaraan-perbicaraan ahli sihir. Kematiannya telah memainkan peranan penting dalam membina bangkangan awam terhadap perbicaraan-perbicaraan yang tidak berasas ini.


Kata-kata terakhir Giles Corey yang menjadi terkenal

Kerana tidak mengaku sehingga ke akhir hidupnya, Giles tidak dapat dibicarakan, maka tidak disabitkan dengan kesalahan, tetapi dia tetap dikebumikan di kubur tidak bertanda bersama semua mangsa-mangsa lain yang dihukum bunuh akibat disabitkan dengan jenayah sihir.


Memorial penanda Giles Corey di Salem Witch Trial Memorial

Kubur Giles and Martha Corey didirikan berhampiran rumah ladang asal mereka dengan Crystal Lake di barat Peabody.


Kubur Giles dan Martha Corey

Pada tahun 1711, satu tindakan perundangan Massachusetts telah membersihkan nama dan mengembalikan semula hak-hak sivil mangsa-mangsa tuduhan sihir termasuk Giles Corey, dan pampasan telah diberikan kepada waris mereka.

2 drama pentas mengenai Giles Corey telah ditulis pada abad ke-19: drama pentas Henry Wadsworth Longfellow bertajuk 'Giles Corey of Salem Farms' pada tahun 1868, dan drama pentas Mary E. Wilkins Freeman bertajuk 'Giles Corey, Yeoman' pada tahun 1893. Kedua-dua drama ini menggambarkan Giles Corey sebagai seorang lelaki tua yang sanggup mengorbankan nyawanya sebagai protes terhadap tindakan tidak adil mahkamah. Pada tahun 1953, Giles Corey telah dipaparkan sebagai watak utama dalam drama pentas Arthur Miller yang bertajuk 'The Crucible'.


Skrip tulisan Longfellow mengenai Giles Corey

Tourguide untuk 'Salem Night Walk' di Howard Street Cemetery, bercerita tentang Giles Corey dan apa yang berlaku pada hari-hari Corey diseksa dan sumpahannya :


Adegan Giles Corey lakonan Peter Vaughan dalam filem The Crucible (1996) :


Lawatan siang hari ke Howard Street Cemetery, tempat Giles Corey mati :

Sumber :


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 05:48 PM | Show all posts
19 September, 1976
Insiden UFO Tehran 1976
(1976 Tehran UFO incident)

Sebuah kejadian yang tidak dapat dijelaskan melibatkan anggota tentera udara Tehran dan objek angkasa yang tidak dikenali (Unidentified Flying Object, UFO) telah terjadi hari ini, pada tahun 1976. Insiden yang terjadi di ruang udara Tehran ini adalah sebuah kejadian UFO yang paling didokumentasikan setakat ini.



Kronologi - Panggilan telefon :
Kira-kira jam 00:30 pagi 19 September 1976, pihak tentera udara Iran telah menerima panggilan telefon di pos kawalan utama mereka di kota Tehran. Beberapa penduduk awam dari daerah bandar Sheridan melaporkan mereka telah melihat sesuatu yang besar, dengan cahaya yang terang menyala di langit malam itu. Panggilan itu melalui beberapa sambungan dan akhirnya tiba di telinga General Yousefi, Penolong Timbalan Komander Operasi.

Reaksi pertamanya ialah untuk menelefon Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad untuk memastikan jika mereka melihat apa-apa yang sedang terbang di dalam kawasan itu. Pihak Mehrabad melaporkan bahawa mereka tidak melihat apa-apa seumpama itu di langit. Dia kemudian menelefon Pengakalan Tentera Udara Shahrokhi di Hamadan yang terletak 275 km dari Tehran. Mereka memberitahu tiada apa-apa yang kelihatan di radar mereka.

Mendengar laporan itu Yousefi menganggap yang mungkin pelapor awam itu telah melihat bintang yang terang ataupun mungkin planet Venus, yang agak mudah kelihatan pada masa itu. Apabila Yousefi pergi keluar untuk menyiasat sendiri, berbeza dari anggapannya, dia lansung tidak mempunyai masalah untuk melihat objek besar bercahaya terang yang dilaporkan itu. Yousefi membuat kesimpulan bahawa objek itu adalah terlalu besar dan terlalu hampir untuk ianya menjadi bintang atau planet. Dia membuat keputusan untuk menghantar jet pejuang ke udara untuk memintas dan menyiasat selanjutnya.


Peta Iran menunjukkan Tehran (lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad),
dan Hamadan (lokasi Pengkalan Tentera Udara Shahrokhi)

Siasatan oleh dua buah jet F-4 Phantom II :
Kira-kira 175 batu (282 km) ke barat Tehran, sebuah jet F-4 Phantom II telah dikerahkan berlepas dari Pengkalan Tentera Udara Shahrokhi pada jam 1:30 pagi. Dipandu oleh Kapten Mohammad Reza Azizkhani (ada catatan lain mengatakan Lt. Yaddi Nazeri), jet itu terbang menuju ke arah objek. Azizkhani melaporkan bahawa objek itu tersangatlah terang sehingga ia boleh dilihat dari jarak kira-kira 70 batu (113 km). Apa pun ia, objek itu adalah sangat, sangat besar.


Jet F-4 Phantom II milik tentera udara Iran

Pada jarak kira-kira 25 batu nautika (46 km) dari objek, peralatan jet Azizkhani mula mengalami kerosakan. Keupayaan komunikasi juga menjadi tidak berfungsi. Pada ketika ini, juruterbang yang keliru dan ketakutan itu tidak mempunyai pilihan selain dari membatalkan misi pemintasan objek itu, dan menuju kembali ke pengkalan. Sedang dia menjauhkan dirinya dari objek angkasa itu, peralatannya mula berfungsi semula. Tetapi Azizkhani tidak mahu mengambil risiko lalu dia terus kembali ke pengkalan untuk menjelaskan apa yang telah berlaku kepada pegawai atasannya.

Sebagai respons kepada keadaan kerosakan jet Azizkhani, jet kedua F-4 Phantom II telah diarahkan untuk pergi memeriksa jika ianya adalah semata-mata kerana pesawat Azizkhani yang entah bagaimana mengalami kerosakan dan bukannya ada apa-apa kaitan dengan objek angkasa yang tidak diketahui itu. Pada jam 1:40 pagi, Leftenan Parviz Jafari berlepas memandu pesawatnya menuju ke arah objek angkasa itu dan berjaya mengunci radar ke atasnya. Jafari kemudiannya melaporkan bahawa kesan radar objek angkasa itu adalah besar, setanding dengan pesawat Boeing 707.


Leftenan Parviz Jafari (sekarang Jeneral)


Parviz Jafari dengan pesawatnya

Sedang Jafari merapati objek angkasa itu, ia mula bergerak. Jelas sekali objek angkasa itu menyedari pemintasan yang sedang dilakukan oleh Jafari. Jafari cuba untuk menganggarkan saiz objek angkasa itu, tetapi sama seperti pemerhatian yang telah dibuat oleh Azizkhani sebelum ini, objek itu terlampau terang untuk membolehkan anggaran yang betul dibuat. Jafari bagaimanapun dapat mengenal pasti warna-warna lampu yang berbeza yang berkelip dalam turutan yang berselang-seli. Biru, merah, dan oren semuanya berkelip dengan amat pantas. Jafari meneruskan penerbangannya ke arah selatan, cuba mengekori objek angkasa itu. Ketika ini keadaan menjadi semakin pelik dan menarik.

Tiba-tiba, sebuah objek yang lebih kecil terpisah dari objek angkasa yang asal, dan mula meluru dengan cepat ke arah pesawat F-4 Jafari. Jafari terus percaya yang ini adalah satu bentuk serangan ke atas pesawatnya lalu cuba untuk melancarkan peluru AIM-9 Sidewinder ke arah objek yang mendekatinya, tetapi sama seperti sebelum ini, instrumen pesawatnya gagal berfungsi. Semua keupayaan senjata dan komunikasi telah hilang.


Gambaran semula oleh History Channel


Lukisan menggambarkan apa yang dialami oleh Jafari

Jafari menyatakan keadaan sungguh tegang sehingga dia cuba menghidupkan fungsi kerusi anjal untuk dipelantingkan (eject) dari pesawatnya, tetapi fungsi itu turut tidak berfungsi. Dia segera memalingkan pesawatnya dan membuat selaman G negatif. Objek angkasa yang lebih kecil itu jatuh di belakangnya dan mengekorinya untuk seketika. Jafari yang cemas cuba untuk melepaskan diri dari pengekoran objek itu tetapi tidak berjaya. Selepas adegan kejar mengajar sejauh beberapa batu nautika, objek angkasa yang mengekorinya akhirnya berhenti mengekorinya dan kembali bercantum semula dengan objek angkasa yang besar tadi.

Jafari yang lansung tidak tahu situasi atau objek apa yang sedang dia hadapi, berundur untuk menilai keadaan. Selagi dia menjauhkan dirinya dari objek angkasa itu, peralatan penerbangan dan komunikasi pesawatnya berjalan baik. Dia memberitahu bahawa ada objek lain kelihatan seperti akan menanggalkan diri dari objek angkasa yang asal. Setelah berpisah, objek yang tertanggal itu membuat turunan dengan sangat laju ke arah permukaan tanah. Jafari percaya dengan kelajuan seperti itu, apa pun objek akan meletup apabila terkena tanah, tetapi objek itu telah perlahan-lahan mendarat di atas hamparan batu-batu. Jafari telah menurunkan ketinggian pesawatnya dengan mendadak untuk menyaksikan kejadian ini dengan matanya sendiri. Objek itu telah mendarat berhampiran dengan sebuah fasiliti penapisan minyak di pinggir Iran, Rey Oil Refinery di bandar Mehrabad. Pesawat-pesawat awam di kawasan itu juga melaporkan kegagalan peralatan penerbangan.

Jafari membuat satu percubaan terakhir untuk menyiasat kejadian yang amat menakutkan dan luar biasa ini. Dia menyaksikan satu lagi objek, berbentuk silinder, berlegar-legar di kawasan itu. Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad dimaklumkan tentang perkara ini, dan mereka memberi maklum balas dengan memberitahu mereka tidak mempunyai pesawat udara dalam penerbangan pada masa itu. Walau bagaimanapun, kakitangan menara penerbangan menyokong dan mengesahkan penglihatan Jafari tentang objek angkasa yang terakhir ini. Mereka memberitahu ia memberi kesan keseluruh menara, semua peralatan elektrik mereka gagal berfungsi untuk suatu tempoh yang singkat. Tidak lama kemudian, objek ini kembali ke objek utama. Kerlipan cahaya yang besar dan menyilaukan berlaku, kemudian ia hilang daripada penglihatan.


Lukisan salah seorang saksi menerangkan apa yang telah dilihatnya

Siasatan :
Keesokan paginya, juruterbang-juruterbang F-4 yang terlibat dengan pemerhatian malam semalam keluar untuk menyiasat dengan menaiki helikopter. Tujuan mereka ialah untuk mengumpul bukti pendaratan objek angkasa yang kecil itu semalam. Mereka memerhatikan bahawa ia telah mendarat berhampiran hamparan tasik yang kering, tetapi apabila mereka mengelilingi kawasan tersebut untuk meninjau, bukti fizikal yang dapat dilihat tidak dapat dijumpai.

Mereka, bagaimanapun, menerima banyak bunyi 'beep' dari meter helikopter mereka. Beep berbunyi paling kuat apabila mereka menghampiri sebuah rumah berhampiran. Mereka mendaratkan helikopter dan mengambil keputusan untuk menyoalkan penghuni rumah tersebut jika mereka telah melihat atau mengalami apa-apa pada masa kejadian itu.

Penghuni rumah tersebut tidak mempunyai banyak maklumat untuk dikongsikan, tetapi mengakui bahawa ada satu bunyi yang kuat berlaku dan cahaya terang telah memenuhi kawasan itu seperti sebuah sambaran kilat yang besar. Ini akhirnya menjadi penamat siasatan Jafari dan juruterbang lain kerana selepas itu mereka telah diberitahu secara khusus untuk meneruskan tugas biasa mereka, seolah-olah kejadian ini tidak pernah berlaku.

Pendedahan :
Pada tahun 2007, Jafari telah menghadiri persidangan akhbar antarabangsa dengan National Press Club di Washington DC, untuk menceritakan kisah yang sangat terperinci dan sukar dipercayai ini. Turut hadir adalah pegawai-pegawai kedudukan tinggi dan anggota tentera yang lain.


Gambar semasa perjumpaan dengan National Press Club di Washington DC

Insiden ini telah mendapat perhatian di kedua-dua Timur Tengah dan di Amerika Syarikat. Tidak lama selepas pemberitahuan umum itu, laporan terperinci 4 halaman yang telah direkodkan oleh Agensi Perisikan Pertahanan Amerika Syarikat (U.S. Defense Intelligence Agency) dan telah diedarkan kepada sekurang-kurangnya kepada White House, NSA (National Security Agency) dan CIA (Central Intelligence Agency).


Laporan yang telah diedarkan, muka 1


Laporan yang telah diedarkan, muka 2


Laporan yang telah diedarkan, muka 3


Laporan yang telah diedarkan, muka 4

Penjelasan skeptik :
Wartawan Philip J. Klass menulis bahawa kemungkinan adalah sangat tinggi yang sebenarnya saksi pada mulanya telah melihat sebuah objek astronomi, mungkin planet Jupiter. Penjelasan ini juga disokong oleh penyelidik aero-angkasa James Oberg. Klass menulis bahawa ketidakcekapan juruterbang dan kerosakan peralatan mungkin menyumbang kepada kegagalan peralatan yang dilaporkan.

Mengenai laporan juruterbang telah melihat "objek terang" jatuh ke tanah dan "meninggalkan jejak ekor yang cerah", seorang pengarang Brian Dunning menyatakan bahawa pada hari kejadian 19 September, adalah kemuncak dua pancuran meteorit tahunan, iaitu Gamma Piscids dan Southern Piscids, dan juga ekor-ekor akhir pancuran Eta Draconids, jadi pemerhatian objek jatuh atau cahaya ganjil bukanlah suatu yang luar biasa.

Apa pun anggapan mana-mana pihak, insiden ini adalah salah satu daripada beberapa kes-kes melibatkan UFO yang telah menjangkau sempadan ketenteraan beberapa negara. Insiden ini juga masih kekal sebagai salah satu kejadian UFO yang paling didokumentasikan.

Review mengenai insiden ini oleh History Channel :


History Channel memaparkan Jafari menerangkan apa yang dia saksikan pada malam 19 September 1976 :

Sumber :


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 12:00 PM | Show all posts
20 September, 1814
Lirik lagu kebangsaan Amerika Syarikat dicetak akhbar

Hari ini pada tahun 1814, selepas berakhirnya Pertempuran Baltimore (Battle of Baltimore), akhbar-akhbar Baltimore Patriot dan The American telah menerbitkan puisi yang ditulis oleh Francis Scott Key bertajuk "Defence of Fort Henry". Puisi ini mendapat sambutan yang hebat dan menjadi lirik kepada lagu "The Star Spangled Banner", lagu kebangsaan Amerika Syarikat hari ini.


Francis Scott Key (1 Ogos 1779 - 11 Januari 1843)

Francis Scott Key ialah seorang peguam, penulis dan penyajak amatur Amerika. Dia telah menulis puisi ini kerana sangat terkesan melihat bendera Amerika berkibar megah di atas kubu selepas kemenangan tentera pertahanan Amerika mengalahkan tentera British semasa Pertempuran Baltimore. Pertempuran ini berlaku daripada 12 sehingga 14 September di Baltimore, Maryland.

Pertempuran Baltimore (Battle of Baltimore) :
Pada 18 Jun 1812, Amerika telah mengisytiharkan perang terhadap British berikutan beberapa siri perselisihan perdagangan. Pada bulan Ogos 1814 tentera British telah menyerang Washington DC dan membakar White House, Capitol Building dan Library of Congress. Sepanjang tempoh kempen British terhadap Washington DC, seorang doktor tua dan dihormati, Dr. William Beanes telah ditahan kerana bertindak tidak mesra terhadap askar-askar British.

Francis Scott Key, seorang peguam terkemuka dan juga kawan kepada Dr. Beanes telah dihantar oleh Presiden Amerika James Madison untuk mendapatkan membebaskannya. Pada 3 September Francis Scott Key and John Stuart Skinner, seorang peguam, penerbit dan editor Amerika telah berlepas dari Baltimore menaiki kapal HMS Minden dengan mengibarkan bendera putih perdamaian (White Flag of Truce).


Presiden Amerika keempat, James Madison (4 Mac 1809 – 4 Mac 1817)


Contoh mesyuarat perbincangan dibawah bendera putih White Flag of Truce, 9 Disember 1917

Pada 7 September Key dan Skinner dibenarkan menaiki kapal British HMS Tonnant untuk berbincang. Sambil menikmati makan malam perbincangan telah diadakan antara Key dan Skinner di pihak Amerika, dan Mejar Jeneral Robert Ross dan Timbalan Laksamana Alexander Cochrane di pihak British. Semasa perbincangan Ross dan Cochrane ada bercakap-cakap tentang rancangan perang mereka. Setelah berbincang dan berunding, pihak British akhirnya bersetuju untuk melepaskan Beanes.


Robert Ross (1766 - 12 September 1814)


Alexander Inglis Cochrane (23 April 1758 - 26 Januari 1832)


HMS Tonnant at the Battle of the Nile (Louis Lebreton, 1798)

Walau bagaimanapun, oleh kerana Key dan Skinner telah mendengar tentang rancangan mereka untuk menyerang Baltimore, Key dan Skinner tidak dibenarkan kembali ke darat dan ditahan sementara sehingga pertempuran itu selesai.

Tentera British mendarat di Baltimore pada 12 September lalu terlibat dalam pertempuran darat dengan tentera pertahanan Amerika. Walau bagaimanapun, Baltimore tidak berjaya ditawan. Sebagai sebahagian daripada serangan dua penjuru, British menghantar pula armada tentera laut mereka untuk menyerang dan memusnahkan kota pelabuhan.

Pertahanan utama pelabuhan Baltimore adalah Kubu McHenry (Fort McHenry). Selama 25 jam kapal-kapal tentera British melepaskan tembakan roket dan bom ke arah kubu itu. Tentera Amerika yang mempertahankan kubu bertahan dengan pengeboman dari pihak British dan tidak menyerah kalah. Menyedari mereka tidak akan boleh menawan Baltimore tanpa menanggung banyak kecederaan, pihak British berundur dari Baltimore.


Pertempuran Baltimore, inskripsi dibawahnya menulis :
"A VIEW of the BOMBARDMENT of Fort McHenry, near Baltimore, by the British fleet taken from the Observatory under the Command of Admirals Cochrane & Cockburn on the morning of the 13th of Sept 1814 which lasted 24 hours & thrown from 1500 to 1800 shells in the Night attempted to land by forcing a passage up the ferry branch but were repulsed with great loss."


Lukisan menunjukkan keadaan di Kubu McHenry semasa serangan

Penulisan puisi :
Pada malam yang hujan ribut dan berkabus itu, Key telah menyaksikan serangan dan pengeboman-pengeboman ke atas Baltimore dari atas kapal di mana dia ditahan. Dia memerhatikan bendera kecil 'storm flag' di Kubu McHenry terus berkibar, tetapi selepas serangan berhenti, sehingga subuh dia tidak tahu bagaimana pertempuran telah berakhir. Storm flag ialah bendera cuaca Amerika bersaiz kecil yang dinaikkan semasa ribut.

Pada pagi 14 September, storm flag diturunkan dan bendera yang lebih besar telah dinaikkan. Dalam samar-samar cahaya awal pagi, Key berasa sangat terkesan dan terharu dengan kemenangan Amerika yang diisyaratkan oleh bendera besar Amerika yang terbang megah di atas kubu itu. Bendera yang mempunyai 15 bintang dan 15 jalur ini telah dibuat oleh Mary Young Pickersgill bersama pekerja-pekerja lain di rumahnya di Baltimore Pratt Street. Bendera inilah yang kemudiannya dikenali sebagai 'Star-Spangled Banner'.


By Dawn's Early Light (Edward Moran, 1912),
menggambarkan keadaan pagi 14 September 1814 bila Francis Scott Key dan John Stuart Skinner bersama Dr. William Beanes melihat bendera Amerika berkibar di atas Kubu McHenry, Baltimore.


Bendera Star Spangled Banner yang dilihat oleh Francis Scott Keys dan lain-lain pada 14 September 1814 (Foto oleh George Henry Preble, 1873)


Bendera Star Spangled Banner 14 September 1814 yang telah dibaik pulih dipamerkan di Smithsonian's National Museum of History and Technology


Mary Young Pickersgill (12 Februari 12 1776 - 4 Oktober 1857)


Mary Young Pickersgill dan pekerjanya menjahit Star Spangled Banner (R. McGill Mackall, 1976)

Keesokan harinya, di atas kapal di mana dia ditahan, Key mula menulis sebuah puisi di atas belakang sepucuk surat yang tersimpan di dalam poketnya. Key dan Skinner akhirnya dibenarkan turun ke darat Baltimore pada senja 16 September. Key menyempurnakan puisinya setelah kembali ke Indian Queen Hotel di mana dia menginap. Puisi itu diberi tajuk "Defence of Fort McHenry" dan ditulis berdasarkan melodi sebuah lagu bertajuk "The Anacreontic Song". The Anacreontic Song ialah sebuah lagu rasmi sebuah kelab laki-laki muzik amatur yang bernama 'Anacreontic Society' di London.


Salinan manuskrip asal puisi "Star-Spangled Banner" tulisan Francis Scott Key, ia kini dipamerkan di Persatuan Sejarah Maryland

Percetakan dan penyesuaian melodi :
Key kemudian menunjukkan puisinya kepada abang iparnya Hakim Joseph H. Nicholson yang mendapati bait-bait puisi itu bertepatan dengan melodi lagu The Anacreontic Song yang telah ditulis oleh seorang komposer Inggeris, John Stafford Smith. Nicholson membawa puisi itu ke sebuah syarikat percetakan di Baltimore yang kemudiannya membuat cetakan tidak bernama di atas sebelah muka surat kertas murah (broadside printing) pada 17 September.


John Stafford Smith (30 Mac 1750 - 21 September 1836)


Salinan puisi "Defence of Fort McHenry", cetakan broadside printing tidak bernama,  17 September 1814

Pada 20 September, akhbar-akhbar Baltimore Patriot dan The American menerbitkan puisi itu dengan komen "Tune: Anacreon in Heaven", 3 perkataan awal dalam lagu The Anacreontic Song. Selepas itu 17 surat khabar lain dari Georgia ke New Hampshire turut mencetak puisi berlagu ini menjadikan popularitinya naik mencanak-canak. Tidak lama kemudian, Thomas Carr daripada Carr Music Store di Baltimore menerbitkan puisi dan muziknya bersama-sama di bawah tajuk "The Star Spangled Banner".


Terbitan pertama oleh Thomas Carr dengan versi nama "Star-Spangled Banner" dan bukan "Defence of Fort Henry"

Puisi berlagu ini menjadi bertambah popular. Pada bulan Oktober, ianya mula dipersembahkan secara umum bila pelakon Baltimore, Ferdinand Durang menyanyikannya di kedai minum Captain McCauley. Puisi ini dicetak lagi oleh majalah The Analectic Magazine di Philadelphia pada November 1814.


Defence of Fort McHenry dalam The Analectic Magazine cetakan November 1814

Kronologi sehingga menjadi lagu kebangsaan :
Lagu ini meraih populariti sepanjang abad ke-19 dan telah dimainkan semasa acara-acara awam seperti sambutan 4 Julai. Pada 27 Julai 1889, Setiausaha Tentera Laut Benjamin F. Tracy menandatangani Perintah Am #374 (General Order #374), menjadikan The Star-Spangled Banner lagu rasmi untuk dimainkan ketika menaikkan bendera. Pada tahun 1916, Presiden Woodrow Wilson memerintahkan The Star-Spangled Banner dimainkan di majlis-majlis tentera dan majlis-majlis lain yang sesuai.


Benjamin Franklin Tracy (26 April 1830 - 6 Ogos 1915)


Presiden Amerika ke-28, Thomas Woodrow Wilson (28 Disember 1856 - 3 Februari 1924)

Pada 10 April 1918, John Charles Linthicum, seorang ahli Kongres dari Maryland, memperkenalkan rang undang-undang untuk mengiktiraf The Star-Spangled Banner sebagai lagu kebangsaan secara rasmi. Rang undang-undang itu tidak diluluskan. Pada 15 April 1929, Linthicum memperkenalkan rang undang-undang lagi untuk keenam kalinya. Rang undang-undang itu masih tidak diluluskan. Amerika Syarikat masih lagi tidak mempunyai lagu kebangsaan yang diterima secara rasmi setakat itu.


John Charles Linthicum (26 November 1867 - 5 Oktober 5 1932)


"Ripley’s Believe it or Not" menyentuh isu lagu kebangsaan Amerika, 1929

Pada tahun 1930, organisasi 'Veterans of Foreign Wars' memulakan petisyen supaya Amerika Syarikat mengiktiraf The Star-Spangled Banner sebagai lagu kebangsaan secara rasmi. 5 juta orang menandatangani petisyen itu. Petisyen itu kemudian disampaikan kepada Jawatankuasa Dewan Amerika Syarikat pada Badan Kehakiman (United States House Committee on the Judiciary) pada 31 Januari 1930. Pada hari yang sama, Elsie Jorss-Reilley dan Grace Evelyn Boudlin menyanyikan lagu itu di depan Jawatankuasa untuk menyangkal persepsi bahawa nadanya terlalu tinggi untuk dinyanyikan oleh orang biasa. Jawatankuasa mengundi untuk menyokong penghantaran cadangan itu kepada Dewan Rakyat untuk diundi. Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang tersebut pada tahun yang sama. Senat meluluskan rang undang-undang ini pada 3 Mac 1931.

Presiden Herbert Hoover menandatangani rang undang-undang tersebut pada 4 Mac 1931, dan secara rasminya The Star-Spangled Banner diterima pakai sebagai lagu kebangsaan Amerika Syarikat. Lagu ini kekal sebagai lagu kebangsaan Amerika Syarikat dan dinyanyikan dalam pelbagai versi sehingga ke hari ini.


Presiden Amerika ke-31, Herbert Clark Hoover (10 Ogos 1874 – 20 Oktober 1964)

Video tentang Battle of Baltimore dan bagaimana lagu The Star Spangled Banner terhasil :


Battle of Baltimore dari pandangan Francis Scott Key :


The Anacreontic Song, melodi asal The Star Spangled Banner :

Sumber :


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 12:13 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 21-9-2016 04:03 PM

20 September, 1839
Pembukaan laluan keretapi pertama di Belanda

Sejarah pengangkutan keretapi di Belanda telah bermula pada 20 September 1839, apabila keretapi pertama yang ditarik oleh enjin De Arend, berjaya membuat perjalanan 16 km dari Amsterdam ke Haarlem.

Laluan keretapi pertama di Belanda antara Amsterdam ke Haarlem, 1839

Jubin meraikan pembukaan laluan keretapi pertama Belanda

Latar belakang pembinaan laluan keretapi di Belanda :
Seorang pegawai tentera bercita-cita tinggi, W. A. Bake, telah mencadangkan pelan pertama untuk membina laluan keretapi di Belanda tidak lama selepas pembukaan laluan keretapi pertama di Britain. Dia merancang untuk membina sebuah laluan keretapi yang menghubungkan Amsterdam ke Cologne (Jerman), melalui Arnhem. Walau bagaimanapun, tidak seperti kebanyakan negara-negara Eropah, Belanda sudah pun mempunyai cara yang berkesan untuk mengangkut barang-barang dan penumpang antara bandar-bandar, iaitu menggunakan bot yang ditarik kuda atau trekschuit.

Pengangkutan trekschuit di Delft, 1700

Trekschuit sebagai tarikan pelancong hari ini

Belanda secara turun temurun mempunyai sejarah sebagai sebuah negara perdagangan, sebahagiannya disebabkan oleh bilangan sungai dan terusannya yang banyak, yang menjadi penyumbang kepada pengangkutan yang berkesan. Dengan sebab-sebab itu ramai orang mempersoalkan tentang keperluan keretapi. Selain itu, industri perkapalan yang sedia ada juga telah membentuk sebuah lobi yang kuat berbanding keretapi dan ini berjaya mempengaruhi pendapat umum. Hasilnya, percubaan Bake untuk mengumpul dana bagi pelannya gagal. Dia putus asa dan tidak lagi cuba mencadangkan pelannya lagi selepas itu.

Sebaliknya seorang pekerja Bake yang bernama W. C. Brade telah meneruskan rancangan Bake. Tetapi kali ini Brade telah menukar laluan dari Amsterdam ke Rotterdam, dengan laluan pertama melalui ke Haarlem dahulu untuk menguji daya tarikan ekonomi laluan itu. Kebetulan King William I yang memerintah pada masa itu pula tidak mahu Belanda menjadi ketinggalan dan kurang daya saing berbanding negara-negara jiran yang semuanya sedang giat membina laluan-laluan keretapi.

King William I (24 Ogos 1772 - 12 Disember 1843)

Dengan restu King William I, pembinaan keretapi dimulakan. Walau bagaimanapun, terdapat satu halangan utama: kekurangan jurutera pembinaan kereta api yang berkelayakan. Pakar-pakar terpaksa diimport dari negara-negara lain, terutamanya England.

Pembukaan :
Setelah pembinaan laluan akhirnya selesai, dan lokomotif pun selesai dihantar, pada 20 September 1839, gerabak-gerabak keretapi yang ditarik oleh lokomotif De Arend (The Eagle) telah berlepas dari Amsterdam, dan tiba 30 minit kemudiannya di Haarlem. Kelajuan ini merupakan kelajuan rekod pada zaman itu!

Peraian pembukaan laluan di stesen Amsterdam d'Eenhonderd Roe

Peraian pembukaan laluan keretapi pertama Belanda

Lokomotif De Arend

Replika De Arend di muzium Het Spoorwegmuseum, Utrecht

Tiket keretapi Amsterdam-Haarlem, 1839

Tetapi ramai orang tidak kagum: keretapi berjalan terlampau laju dan membuat banyak bunyi bising! Mereka berpendapat adakah sesuatu yang baru ini benar-benar perlu? Dan adakah ia selamat? Mereka memanggil keretapi dengan nama "Iron Monster".

Walaupun dengan semua pendapat awal yang skeptik, laluan keretapi yang pertama ini menjadi titik tolak yang besar kepada Belanda. Laluan Amsterdam-Haarlem ini segera dilanjutkan menjadi apa yang dikenali sekarang sebagai "Old Line" yangmenghubungkan Amsterdam ke Rotterdam. Kerja-kerja bagi projek keretapi utama kedua bermula pada tahun 1843, menghubungkan Amsterdam dengan Utrecht. Inidiikuti dengan banyak lagi laluan keretapi dibuka, semuanya dikendalikan oleh pengendali keretapi yang berbeza. Menjelang kira-kira tahun 1900, keretapi telah menjadi salah satu pilihan yang paling penting dalam pengangkutan Belanda.

Peta laluan keretapi Amsterdam-Haarlem-Rotterdam atau "Old Line" (Oude Lijn)

Peta laluan keretapi Belanda di sekitar 1880an dengan pelbagai syarikat pengendali

Stesen-stesen keretapi laluan Amsterdam-Haarlem :
Stesen keretapi Amsterdam d'Eenhonderd Roe sekarang sudah tidak wujud lagi kerana telah diganti dengan stesen Amsterdam Centraal, stesen keretapi utama Amsterdam sekarang. Tetapi replikanya boleh dilihat di muzium Het Spoorwegmuseum, Utrecht.

Replika De Arend bersama replika platform stesen keretapi Amsterdam d'Eenhonderd Roe

Lukisan stesen keretapi Amsterdam d'Eenhonderd Roe

Stesen Amsterdam Centraal hari ini

Stesen Haarlem sekarang telah diiktiraf sebagai bangunan bersejarah Belanda (rijksmonument). Stesen ini telah melalui banyak perubahan tetapi rumah isyaratnya yang asal masih lagi terletak di tempat asalnya di pertengahan platform. Ia juga dikenali sebagai 'seinhuisburcht' atau kubu rumah isyarat dan dari sini Station Master dapat memerhatikan semua keretapi yang masuk dan keluar ke stesen ini.

Stesen Haarlem (W.Ball. 1839)

Stesen Haarlem sekarang dengan rumah isyarat asalnya di tengah-tengah platform

Video menunjukkan sejarah dan keadaan stesen keretapi Haarlem sekarang :

Video lokomotif De Arend :

Sumber :

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 04:21 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 21-9-2016 04:31 PM

21 September, 1937
The Hobbit tulisan JRR Tolkien diterbitkan


Ilustrasi jeket buku The Hobbit oleh JRR Tolkien

The Hobbit, or There and Back Again atau sekarang lebih dikenali sebagai The Hobbit, adalah novel fantasi kanak-kanak yang ditulis oleh pengarang Inggeris JRR Tolkien. Buku novel ini telah diterbitkan pada 21 September 1937 dan disambut dengan pujian yang meluas.


JRR Tolkien (3 Januari 1892 - 2 September 1973)
semasa berumur 24 tahun, 1916

Latar belakang penulisan The Hobbit :
John Ronald Reuel Tolkien atau lebih dikenali dengan nama penanya JRR Tolkien pada sekitar tahun 1930an sedang mengejar kerjaya akademik di Oxford. Pada masa ini beberapa puisinya telah diterbitkan dalam majalah-majalah dan koleksi-koleksi kecil. Dia juga telah mula mereka bahasa 'elven' (makhluk elf) sejak 1917 lagi.


Tulisan kriptogram Runes yang diubahsuai kepada huruf-huruf Inggeris oleh Tolkien untuk buku The Hobbit

Dalam surat yang ditulis pada tahun 1955 untuk W. H. Auden, Tolkien menceritakan bahawa dia mula menulis The Hobbit pada suatu hari di awal tahun 1930an, semasa dia  menanda kertas untuk 'School Certificate'. Sedang menanda kertas-kertas tersebut dia terjumpa sehelai halaman kosong. Diilhamkan tiba-tiba, dia menulis kata-kata, "In a hole in the ground there lived a hobbit." ("Di dalam sebuah lubang di dalam tanah, ada hidup (satu) Hobbit.")


Ayat pembukaan dalam kisah The Hobbit

Menjelang akhir tahun 1932, Tolkien telah habis menulis cerita itu. Dia kemudian meminjamkan manuskrip kisah yang habis ditulis itu kepada beberapa rakan-rakannya dan seorang pelajarnya yang bernama Elaine Griffiths. Pada tahun 1936, semasa berada di Oxford, Griffiths telah dikunjungi oleh Susan Dagnall, seorang kakitangan daripada syarikat penerbit George Allen & Unwin Ltd London (Allen & Unwin). Griffiths samada telah meminjamkan Dagnall manuskrip itu atau mencadangkan Dagnall meminjamnya dari Tolkien.

Bagaimana pun caranya, Dagnall telah membaca manuskrip The Hobbit tulisan Tolkien dan berasa sangat kagum dengan kisah itu. Dagnall lalu menunjukkan buku tersebut kepada Stanley Unwin, yang kemudian meminta anaknya  Rayner, yang berusia 10 tahun untuk membaca dan memberikan pendapatnya. Rayner memberi komen yang menggalakkan lalu mempengaruhi keputusan Allen & Unwin untuk menerbitkan buku Tolkien.

Penerbitan buku The Hobbit :
George Allen & Unwin Ltd London menerbitkan edisi pertama The Hobbit pada 21 September 1937 dengan cetakan 1,500 naskhah. Kesemua 1,500 naskhah itu habis dijual pada bulan Disember berikutan ulasan orang ramai yang memberangsangkan. Percetakan pertama ini telah diilustrasikan dalam hitam putih oleh Tolkien sendiri, yang juga telah mereka bentuk jeket buku tersebut.


Kulit depan edisi pertama tahun 1937 dengan ilustrasi Tolkien


Kulit belakang edisi pertama tahun 1937 dengan ilustrasi Tolkien


Ilustrasi depan edisi pertama tahun 1937 dengan ilustrasi Tolkien


Muka pembukaan edisi pertama tahun 1937 dengan ilustrasi Tolkien

Syarikat penerbitan Amerika, Houghton Mifflin mereka bentuk semula tata cetak buku itu untuk edisi Amerika yang bakal dikeluarkan pada awal tahun 1938, di mana 4 daripada ilustrasi akan menggunakan plat warna. Berikutan ini Allen & Unwin juga memutuskan untuk menggabungkan ilustrasi warna ke dalam percetakan kedua mereka yang dikeluarkan pada akhir tahun 1937.


Ilustrasi berwarna The Hobbit 1937


Ilustrasi berwarna oleh Tolkien


Ilustrasi berwarna oleh Tolkien


Ilustrasi berwarna oleh Tolkien


Ilustrasi berwarna oleh Tolkien


Ilustrasi berwarna oleh Tolkien


Ilustrasi berwarna oleh Tolkien

Pada Disember 1937, penerbit The Hobbit, Allen & Unwin telah meminta Tolkien untuk menuliskan sambungan kepada kisah The Hobbit. Menerima permintaan itu Tolkien telah menyediakan sebuah draf untuk The Silmarillion, tetapi telah ditolak oleh para editor. Mereka percaya yang orang ramai mahu membaca 'lebih lanjut mengenai hobbit'. Tolkien kemudiannya mula menulis kisah The New Hobbit, yang akhirnya menjadi siri The Lord of the Rings.


Siri buku The Lord of the Rings, cetakan 1954-1955

Edisi The Hobbit dalam bahasa Inggeris yang berikutnya telah diterbitkan pada tahun 1951, 1966, 1978 dan 1995. Novel ini telah kerap dicetak semula kerap oleh ramai penerbit dan telah diterjemahkan ke dalam lebih daripada 40 bahasa.


Kulit buku The Hobbit dalam bahasa Russia

Rumusan kisah The Hobbit :
Zaman The Hobbit diletakkan dalam sebuah masa "antara Kebangkitan alam Færie dan Kekuasaan Manusia" ("between the Dawn of Færie and the Dominion of Men"), dan ia mengisahkan tentang pencarian seorang Hobbit yang menyayangi rumahnya, Bilbo Baggins, untuk memenangi sebahagian daripada harta yang dijaga oleh naga Smaug. Pencarian Bilbo telah membawa dia dari persekitaran luar bandar yang meriangkan hingga ke kawasan-kawasan yang lebih bahaya.


Bilbo Baggins lukisan JRR Tolkien


Bilbo Baggins lakonan Martin Freeman dalam filem-filem The Hobbit


Bilbo Baggins lakonan Ian Holm dalam filem-filem The Lord of the Rings

Kisah ini diceritakan dalam bentuk pencarian berepisod. Kebanyakan bab dalam buku ini memperkenalkan makhluk-makhluk tertentu, atau jenis-jenis makhluk mengikut geografi Tolkien. Sambil menggunakan kecerdasan dan akalnya dalam menerima sebahagian sifat semulajadinya yang keji, romantis, sakti, dan sukakan cabaran, Bilbo Baggins telah memperoleh tahap kematangan, kecekapan, dan kebijaksanaan yang baru.

Cerita ini mencapai kemuncaknya dalam Pertempuran Lima Tentera (Battle of the Five Armies), di mana banyak daripada watak-watak dan makhluk-makhluk daripada bab-bab sebelum ini muncul semula untuk mengambil bahagian dalam konflik kemuncak tersebut.

Buku ini masih kekal popular dan diiktiraf sebagai klasik dalam kesusasteraan kanak-kanak selain diadaptasikan dalam bentuk filem. Filem 3 siri The Hobbit arahan Peter Jackson telah diterbit kan sepanjang tahun 2012 hingga 2014.


The Hobbit : An Unexpected Journey (2012)


The Hobbit : The Desolation of Smaug (2013)


The Hobbit : The Battle of the Five Armies (2014)

JRR Tolkien membaca The Hobbit: Riddles in the Dark :


Temubual BBC dengan JRR Tolkien :


Trailer filem-filem The Hobbit arahan Peter Jackson :






Sumber :

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2016 04:44 PM | Show all posts
21 September, 1995
Hindu Milk Miracle

Pada pada 21 September 1995, berlaku sebuah fenomena yang dianggap ajaib oleh ramai penganut agama Hindu. Pada hari itu apabila para penganut menyuapkan susu kepada patung-patung dewa-dewa Hindu di kuil-kuil di seluruh dunia, susu hilang dari sudu mereka, seolah-olah telah di"minum". Kejadian ini telah menarik banyak perhatian dari orang ramai dan media terutamanya di India.



Kronologi kejadian :
Majalah Hinduism Today yang diterbitkan dari Amerika Syarikat melaporkan:
"Semuanya bermula pada September 21 apabila seorang lelaki biasa di New Delhi bermimpi bahawa Lord Ganesha, dewa bijaksana berkepala gajah, kehausan sedikit susu. Apabila terjaga, dia bergegas dalam kegelapan sebelum subuh ke kuil yang terdekat, di mana seorang guru agama Hindu ragu-ragu membenarkan lelaki itu menyuapkan sesudu susu kepada patung batu kecil Lord Ganesha. Kedua-dua mereka menyaksikan dengan hairan kerana susu itu hilang, ajaib di"minum" oleh tuhan tersebut. Apa yang yang berlaku selepas itu adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Hindu moden."


Lord Ganesha


Menyuapkan susu kepada Lord Ganesha


Akhbar Sun melaporkan Lord Ganesha telah "minum" susu yang disuapkan padanya

Khabar kejadian itu merebak dengan cepat, dan pada pertengahan pagi tersebut didapati patung-patung dewa Hindu di keseluruhan kuil-kuil di seluruh India telah me"minum" susu. Sepanjang hari, fenomena ini merebak ke banyak kuil-kuil Hindu yang lain di seluruh dunia. Para penganut agama Hindu melaporkan patung Lord Ganesha dan dewa-dewa Hindu yang lain seperti Lord Shiva dan Dewi Parvati juga kelihatan telah "minum" susu di negara-negara seperti Kanada, Itali, Dubai, Jerman, Thailand, Kenya, Malaysia, United Kingdom, Sri Lanka, Trinidad, Denmark, Bangladesh, New Zealand, Nepal, Denmark, Mauritius, Australia, dan Amerika Syarikat.


Lord Shiva dan Dewi Parvati bersama Lord Ganesha


Kejadian Milk Miracle di seluruh dunia


Menyuapkan susu kepada Lord Ganesha


Aktiviti menyuap susu di serata tempat

Sedang laporan berita tentang fenomena itu tersebar, Vishva Hindu Parishad, organisasi agama Hindu di India yang berkhidmat untuk semua penganut Hindu di seluruh dunia, telah mengisytiharkan bahawa sebuah "keajaiban" telah sah berlaku. Jualan susu meningkat secara mendadak dalam sesetengah masyarakat berikutan orang ramai bergegas membeli susu dan membawanya ke kuil Hindu tempatan yang berdekatan untuk disuapkan kepada patung-patung di sana.

Walau bagaimanapun, fenomena itu telah berhenti pada penghujung hari tersebut.


Akhbar melaporkan Hindu Milk Miracle


Akhbar melaporkan Hindu Milk Miracle


Akhbar melaporkan Hindu Milk Miracle

Penjelasan sains :
Untuk menjelaskan fenomena ini, Ross McDowall dari Kementerian Sains dan Teknologi India (India's Ministry of Science and Technology) telah pergi ke sebuah kuil di New Delhi dan menyuapkan susu yang mengandungi pewarna makanan kepada patung dewa di situ. Dia mendapati, sementara aras cecair dalam sudu menurun semasa ianya disuap, susu berwarna kemudian menyelaputi bahagian bawah patung, di bawah posisi sudu semasa penyuapan. Para saintis membuat pemerhatian bahawa fenomena ini telah disebabkan oleh tindakan kapilari, di mana ketegangan permukaan tempat susu itu disuapkan telah menarik cecair itu dari sudu sebelum graviti mengalirkannya ke bawah patung.


Gambarajah tindakan kapilari

Kejadian Hindu Milk Miracle yang lain selepas 1995 :
Fenomena yang sama seperti ini berlaku lagi di kuil-kuil Hindu pada Ogos 2006, Januari 2008, dan yang terbaru sekali pada September 2010. Tetapi laporan kejadian pada tahun-tahun ini jauh lebih sedikit berbanding dengan bilangan laporan kejadian di tahun 1995.

Penerangan ringkas kejadian Hindu Milk Miracle 1995 :


Laporan dan temubual dengan para penganut mengenai Hindu Milk Miracle 1995 :


Video menerangkan tindakan kapilari dan ketegangan permukaan :

Sumber :


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 07:03 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 22-9-2016 07:09 PM

22 September, 1888
Majalah National Geographic yang pertama diterbitkan

Majalah National Geographic yang terkenal dengan format cetakan segi empat tepat berkilat dengan kulitnya yang berbingkai kuning telah diterbitkan buat pertama kalinya hari ini pada tahun 1888. Majalah ini secara majoritinya memaparkan artikel-artikel tentang geografi, sejarah dan budaya dunia. Ia juga terkenal dengan penggunaan foto-foto dramatik di dalam artikel-artikelnya.


Kulit depan majalah National Geographic yang paling terkenal, isu Jun 1985

National Geographic Society (NGS) :
NGS yang beribu pejabat di Washington DC, Amerika Syarikat, adalah salah satu institusi saintifik dan pendidikan bukan berasaskan keuntungan yang terbesar di dunia. Keutamaan NGS merangkumi ilmu pengetahuan mengenai geografi, arkeologi dan sains semula jadi; kempen mempromosi pemuliharaan alam sekitar dan sejarah; dan kajian mengenai budaya dan sejarah dunia. Logo NGS sekarang ialah bingkai berwarna kuning yang berbentuk segi empat tepat. Logo inilah juga yang digunakan menghiasi kulit majalahnya, majalah National Geographic.


Logo The National Geographic Society

NGS bermula sebagai sebuah kelab pengetahuan untuk kumpulan elit akademik dan para pelabur kaya yang berminat dalam pengembaraan. Pada 13 Januari 1888, 33 orang yang terdiri daripada para pengembara dan ahli-ahli sains berkumpul di Cosmos Club, sebuah kelab persendirian yang pada masa itu terletak di Lafayette Square di Washington DC. Mereka berkumpul untuk menganjurkan "sebuah kumpulan yang menyumbang kepada pertambahan dan penyebaran pengetahuan geografi." Selepas menyediakan perlembagaan dan pelan organisasi, NGS ditubuhkan dua minggu kemudiannya pada 27 Januari. Gardiner Greene Hubbard menjadi presiden pertama dan menantunya Alexander Graham Bell, telah menggantikan beliau pada tahun 1897 sebagai presiden kedua NGS.


Ahli-ahli menandatangani piagam NGS di Cosmos Club (lukisan 1962)


Gardiner Greene Hubbard (25 Ogos 1822 - 11 Disember 1897)


Alexander Graham Bell (3 Mac 1847 - 2 Ogos 1922)

Majalah National Geographic :
National Geographic, atau sebelum ini bernama The National Geographic Magazine, adalah majalah rasmi NGS. 9 bulan selepas NGS ditubuhkan, pada 22 September 1888, NGS telah menerbitkan isu pertama jurnal saintifiknya; majalah National Geographic. Isu pertama ini telah diedarkan kepada 200 ahli-ahli NGS pada bulan Oktober 1888.


Isu pertama majalah National Geographic, September 1888

Walaupun National Geographic kini terkenal dengan koleksi fotografinya cemerlang, isu pertamanya tidak mempunyai sebarang gambar yang sama sekali! National Geographic adalah sebuah jurnal saintifik berasaskan teks mengenai geografi sehinggalah Januari tahun 1905, apabila majalah ini menerbitkan foto esei buat kali pertama, foto esei itu menceritakan tentang Tibet. Majalah National Geographic juga mengedarkan peta suplemen kepada para pembacanya. Peta pertama majalah itu telah diedarkan pada tahun 1918. Majalah ini mula menampilkan beberapa muka surat fotografi warna dalam tahun 1930an, semasa teknologi ini masih dalam pembangunan awal.


Kulit depan National Geographic, Januari 1905


Gambar pertama dalam siri fotografi pertama majalah National Geographic,
menunjukkan istana Dalai Lama di Lhasa, Tibet (1905)


Gambar haiwan liar telah diterbitkan untuk pertama kali dalam isu Julai, 1906


Taman bunga di Ghent, Belgium pada tahun 1914
Gambar pertama gambar warna semulajadi yang diterbitkan, bukan diwarna dengan tangan (hand-tinted)


"Map of the Western Theatre of War", peta pertama diedarkan oleh National Geographic pada isu Mei 1918


Gambar dari siri fotografi dalam air berwarna pertama diterbitkan, 1926


Gambar berwarna dari udara yang pertama diterbitkan, 1930


National Geographic telah merakamkan pendakian kumpulan pendaki Amerika yang pertama mendaki Gunung Everest pada tahun 1963

National Geographic kini diterbitkan dalam lebih daripada 30 bahasa di seluruh dunia, termasuk Jepun yang merupakan edisi bahasa asing pertama dan Ukraine edisi bahasa asing yang terbaru (diterbitkan pada 2013). Setakat tahun 2015 percetakan global untuk majalah National Geographic adalah kira-kira 6.5 juta sebulan mengikut data yang dikeluarkan oleh The Washington Post atau 6.7 juta mengikut carian National Geographic.


National Geographic dalam Bahasa Jepun


National Geographic dalam Bahasa Ukraine

Majalah ini kekal diterbitkan setiap bulan secara berterusan sejak isu pertama pada tahun 1888. Hari ini, majalah National Geographic dikenali dengan artikelnya yang berwawasan, fotografinya yang berkualiti tinggi, dan pemetaan tentang budaya dan rupa bumi dunia.


Kulit depan majalah National Geographic Oktober 2016

Bagaimana National Geographic mengajak manusia menjaga persekitaran sejak 1888 :


Iklan koleksi majalah National Geographic dari 1888 hingga 2010 :


Antara 25 gambar terbaik National Geographic :



Majalah National Geographic June 2012, versi iPad :


Sumber :



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2016 07:32 PM | Show all posts
22 September, 1892
Insiden keretapi Lindal



Kejadian terjadi di laluan keretapi kawasan kampung Lindal-in-Furness , di antara Ulverston dan Barrow-in-Furness di daerah Cumbrian, North West England. Pada hari Khamis 22 September 1892, sedang lokomotif No.115 berada di atas landasan keretapi stesen Lindal, bumi tiba-tiba terbelah, mendedahkan lubang besar betul-betul di bawah keretapi tersebut. Lokomotif No. 115 'Sharpie' masih lagi tertanam di dalam lubang ini, di bawah landasan kereta api Lindal sehingga ke hari ini.


Peta kedudukan Lindal-in-Furness di North West England

Kronologi kejadian :
Di sebelah timur stesen Lindal dalam laluan Barrow-Carnforth, 2 landasan utama dan 2 landasan barangan menyusuri sepanjang sebuah tanah tambak. Terdapat 5 landasan tepian  keretapi dibahagian utara stesen tersebut. Keretapi barang Barrow-Carnforth jam 7:00 pagi telah berhenti di tepian landasan keretapi, di belakang lokomotif No.115 Furness Railway. Lokomotif No.115 ialah sebuah lokomotif jenis D1 kelas 0-6-0 yang telah dibina oleh firma Sharp Stewart antara tahun 1866 dan 1885. Lokomotif kelas ini diberi gelaran 'Sharpie'.


Stesen keretapi Lindal


Stesen keretapi Lindal


Lokomotif No.115 'Sharpie' bersama gerabak


Landasan tepian di stesen Lindal


Landasan tepian di stesen Lindal

Sedang Sharpie sibuk beralih landasan, pemandunya Thomas Postlethwaite ternampak permukaan tanah mula merekah betul-betul di bawah keretapinya. Panik, dia terus melompat keluar untuk menyelamatkan dirinya dan sejurus kemudian bumi di tempat dia berdiri tadi terbelah dan runtuh, mendedahkan sebuah lubang yang besar, 30 kaki (9 meter) lebar dengan kedalaman yang lebih kurang sama.

Pemandu dan penyala api keretapi merenung tidak percaya sementara lokomotif mereka jatuh kepala dahulu ke dalam lubang itu. Serobong asap dan kepala keretapi terbenam, cuma gerabak barangnya sahaja yang boleh dilihat di atas permukaan tanah.

Landasan di mana lokomotif itu berada sebentar tadi telah patah dan runtuh bersama-sama keretapi itu, manakala kayu-kayu sokongan di bawah landasan utama habis terdedah. Landasan  keretapi penumpang yang bersebelahan tinggal tergantung senget, batu-batu kerikilnya runtuh ke dalam jurang.

Cubaan menyelamat :
Anggota kumpulan pemecah daripada lokomotif tersebut dan pejabat-pejabat landasan datang dengan kren dan van peralatan. Gerabak pengangkut barang keretapi terlerai bersih dari lokomotif yang tenggelam itu, tetapi lokomotif itu sendiri mempunyai berat 35 tan. Menariknya keluar akan menjadi satu tugas besar-besaran yang amat rumit dan memerlukan tenaga yang besar serta kesabaran yang tinggi. Walau bagaimanapun, petugas-petugas mula membuat perancangan dan memulakan tugas menggali.  


Antara para petugas kerja-kerja menggali

Lubang ini terbuka hanya 45 minit sebelum keretapi penumpang Barrow-Carnforth dijadualkan tiba di stesen itu. Khabar angin mula tersebar yang sebuah keretapi penumpang telah ditelan bumi dan berpuluh-puluh orang telah terbunuh dan cedera. Orang berpusu-pusu datang untuk melihat, tetapi dihalang daripada pergi terlalu dekat oleh kakitangan keretapi dan polis.

Runtuhan kedua :
Pada jam 2:30 petang, petugas-petugas mengambil masa rehat untuk minuman. Tidak lama selepas mereka beredar lubang itu tiba-tiba runtuh lagi, kali ini sehingga kedalaman kira-kira 60 kaki (18 meter). Lokomotif itu jatuh lebih jauh ke dalam bumi dan tanah jatuh menutupnya. Cuma sebahagian sahaja daripada lokomotif itu yang dapat dilihat. Saksi-saksi semua kagum melihat mesin sebesar itu hilang dengan begitu cepat dari pandangan mereka. Lokomotif itu sekarang telah jatuh ke kedalaman yang tidak diketahui dan jelas sekali keadaan ini sudah berada di tahap luar pemulihan.

Lubang semakin luas dengan semua 8 trek sekarang terpintal dan bengkok, batu kerikil runtuh dengan lebih banyak, tepian landasan yang tadinya boleh menampung gerabak-gerabak kosong kini sama sekali tidak selamat.


Lubang besar selepas lokomotif tenggelam sepenuhnya


Lukisan menunjukkan runtuhan pertama dan kedua

Para penumpang keretapi dari Carnforth terpaksa meninggalkan keretapi mereka dan berjalan kaki di sepanjang jalan bersebelahan dengan landasan sehingga ke stesen Lindal. Dari Lindal keretapi lain membawa mereka untuk meneruskan perjalanan ke Barrow.

Penimbusan :
Usaha menyelamatkan lokomotif yang tenggelam itu dibatalkan dan digantikan dengan kerja penimbusan. Gerabak demi gerabak yang penuh dengan batu kerikil tiba terus menerus untuk menimbus lubang besar itu. Walaupun kebanyakan orang berfikir kejadian yang paling teruk telah pun berlaku, mereka cuma mampu meneka setakat mana kebesaran dan kedalaman pemendapan tersebut. Tiada siapa tahu bila landasan boleh mula dibaiki dengan selamat.

Sememangnya diketahui terdapat kawasan perlombongan bawah tanah di tempat pemendapan itu berlaku. Tahap paling atas lombong adalah 500 kaki (152 meter) ke bawah dari aras permukaan tanah. Kerja menyelamat lokomotif mustahil untuk diteruskan dan lokomotif Sharpie No. 115 dianggap hilang selama-lamanya. Ada yang berpendapat lubang itu hanya sedalam 80-90 kaki (24-27 meter) ke bawah, tetapi ia hanyalah tekaan semata-mata.

Untuk membuat asas tanah yang kukuh, lubang itu akhirnya menelan sekitar 300 gerabak penuh batu kerikil. Sebuah siasatan Board of Trade telah diadakan di bawah naungan Major General C.S Hutchinson, seorang veteran dalam mengendalikan banyak kemalangan kereta api termasuk bencana Tay Bridge of 1879, apabila sebuah jambatan keretapi telah runtuh ketika ribut semasa sebuah keretapi berada diatasnya.

Dengan tiada kehilangan nyawa Lindal mungkin tidak menjadi satu tragedi, walaupun begitu ianya tetap sebuah kes yang mengejutkan.

Penjelasan :
Di sekeliling benteng di sepanjang laluan keretapi itu terdapat lubang dan rongga tanah yang menunjukkan adanya sejarah pemendapan tanah. Struktur tanah yang goyah ini telah menyebabkan kebimbangan sebelum kejadian ini lagi. Keretapi perlu memperlahankan kelajuannya sebelum menyeberangi jambatan berhampiran. Batu kerikil tambahan telah diperlukan dalam pembinaan. Padang di bawah tambak itu mempunyai rongga bekas pemendapan sebesar 70 kaki (21 meter) x 30 kaki (9 meter) dengan kedalaman hampir 10 kaki (3 meter), dan rumah ladang yang berhampiran telah ditinggalkan kerana pemendapan tanah.

Terdapat 2 aras kerja perlombongan di bawah landasan kereta api. Aras yang paling atas telah tidak digunakan untuk beberapa waktu, tetapi para pelombong di aras bawah mendakwa mereka boleh mendengar setiap kali keretapi lalu di atas kepala mereka dan telah meramalkan "kemalangan besar" bakal terjadi suatu hari nanti.

Legasi :
Stesen keretapi Lindal telah ditutup pada 1 Oktober 1951 kerana kemelesetan ekonomi akibat perang dan tidak lagi digunakan hari ini.


Tapak di mana stesen Lindal pernah berada sebelum ditutup pada tahun 1951 (gambar diambil pada 2014)

Kejadian ini dikatakan telah menjadi inspirasi bagi kisah 'Down the Mine', salah satu sebuah kisah keretapi tulisan Rev. W. Awdry yang diterbitkan pada tahun 1953. Walau bagaimanapun penulisan ini mungkin juga telah diinspirasikan juga oleh kejadian yang sama pada April tahun 1945, di mana sebuah lokomotif industrial, masih dengan pemandunya di atas keretapi telah jatuh ke dalam lubang lombong yang tidak digunakan.

Kejadian ini juga telah mencetuskan inspirasi bagi Arthur Conan Doyle untuk menghasilkan cerpen "The Lost Special". Doyle kemudian menerbitkan sebuah cerpen yang mempunyai premis lebih kurang sama bertajuk "The Lost World" yang secara langsung dan tidak langsung, telah menginspirasikan siri TV "Lost".


Cerpen The Lost Special tulisan Arthur Conan Doyle


Cerpen The Lost World tulisan Arthur Conan Doyle, terbitan 1912


Siri drama TV "Lost"

Keretapi melalui kawasan tambak 2 landasan di Lindal (30 may 2009) :


Rancangan tv adaptasi cerpen The Lost Special (1932) :

Sumber :


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 01:02 PM | Show all posts
23 September, 1889
Syarikat Nintendo ditubuhkan

Nintendo Co Ltd (任天堂株式会社, Nintendō Kabushiki gaisha) yang kini terkenal sebagai sebuah syarikat gergasi permainan elektronik Jepun, telah ditubuhkan pada 23 September 1889 sebagai sebuah syarikat kecil yang menghasilkan kad permainan 'Hanafuda' buatan tangan di Kyoto, Jepun.



Nama "Nintendo" biasanya dianggap bermaksud "menyerahkan nasib ke syurga", tetapi sebenarnya tidak ada sebarang catatan sejarah yang mengesahkan andaian ini. Dipercayai bahawa Nintendo adalah syarikat permainan video tertua di dunia.

Awal pertubuhan Nintendo :
Nintendo bermula sebagai sebuah syarikat Jepun yang kecil, ditubuhkan oleh Fusajiro Yamauchi pada 23 September 1889 dengan nama Nintendo Koppai (任天堂骨牌). Koppai bermaksud kad permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak Jepun pada hari tahun baru. Perniagaan yang berpusat di Kyoto ini menghasilkan dan memasarkan kad Hanafuda buatan tangan. Kad permainan buatan tangan ini segera mula mendapat perhatian dalam populariti sehinggakan Fusajiro terpaksa mengupah pembantu-pembantu untuk pembuatan kad secara besar-besaran demi memenuhi permintaan.


Lukisan Fusajiro Yamauchi membuat kad Hanafuda


Poster iklan kad permainan Hanafuda oleh Nintendo (Zaman Meiji, tahun 1868-1912)


Sekeping kad Hanafuda Nintendo, dengan nama syarikat Nintendo tertulis di bawahnya

Fusajiro tidak mempunyai anak lelaki untuk mewariskan perniagaannya. Jadi mengikuti tradisi yang biasa diamalkan di Jepun, dia telah mengambil menantu lelakinya Sekiryo Yamauchi, sebagai anak angkat. Apabila diambil sebagai anak angkat Sekiryo kini menggunakan nama Yamauchi sebagai nama keluarga dan boleh mewarisi perniagaan Fusajiro kelak. Pada tahun 1929, Fusajiro bersara daripada syarikatnya dan membenarkan Sekiryo mengambil alih syarikat itu sebagai presiden. Pada tahun 1933, Sekiryo menubuhkan usaha sama dengan syarikat lain dan menamakan semula syarikatnya sebagai Yamauchi Nintendo & Co.


Pejabat Nintendo dari pembukaannya sehingga tahun 1959 di Kyoto


Pintu pejabat dan plak syarikat berbahasa Jepun di kanan pintu


Plak syarikat berbahasa Inggeris di kiri pintu pejabat pertama Nintendo di Kyoto

Pada tahun 1947, Sekiryo menubuhkan sebuah syarikat pengedaran, Marufuku Co Ltd, untuk mengedarkan kad Hanafuda serta beberapa jenama kad lain yang telah diperkenalkan oleh Nintendo. Seperti Fusajiro, Sekiryo juga hanya dikurniakan anak-anak perempuan, jadi seperti Fusajiro, dia mengambil menantu lelakinya Shikanojo Inaba sebagai anak angkatnya. Walau bagaimanapun Shikanojo tidak pernah menjadi presiden kerana telah meninggalkan keluarganya. Anak lelaki Shikanojo yang bernama Hiroshi dibesarkan oleh datuk dan neneknya setelah ditinggalkan oleh bapanya.

Nintendo 1949 - 1956 :
Pada tahun 1949, Hiroshi Yamauchi yang sedang belajar di Universiti Waseda, Tokyo, terpaksa meninggalkan pembelajarannya kerana kematian datuknya Sekiryo. Hiroshi pulang ke Kyoto dan mengambil jawatan sebagai presiden Nintendo. Pada tahun 1951, dia menamakan semula syarikatnya sebagai Nintendo Playing Card Co Ltd. Pada tahun 1953, Nintendo menjadi syarikat pertama Jepun yang menghasilkan kad permainan dari plastik.

Pada tahun 1959, Nintendo menandatangani perjanjian dengan Disney untuk membolehkan Nintendo menggunakan watak-watak Disney pada kad permainan Nintendo. Dengan mengaitkan kad permainan dengan Disney dan menjual buku-buku yang memperkenalkan pelbagai jenis permainan kad, Nintendo berjaya menjual sekurang-kurangnya 600,000 pek kad dalam tempoh setahun.


Watak-watak Disney pada kad permainan Nintendo

Dengan kejayaan ini, Hiroshi bertindak menyenaraikan syarikatnya di Bursa Saham Osaka (Osaka Stock Exchange) pada tahun 1962. Pada tahun 1963, Nintendo Playing Card Co Ltd telah dinamakan semula kepada Nintendo Co Ltd.

Cubaan bidang lain dan kemerosotan :
Nintendo mula menceburkan diri dalam perniagaan-perniagaan lain. Dalam tahun-tahun sepanjang antara 1963 dan 1968, Nintendo menubuhkan sebuah syarikat teksi, rantaian hotel "kasih sayang" (love hotel), syarikat makanan menjual beras segera dan beberapa perniagaan lain. Semua usaha ini akhirnya gagal, kecuali pembuatan mainan. Pada tahun 1964, ketika Jepun sedang mengalami ledakan ekonomi kerana Sukan Olimpik Tokyo, perniagaan kad permainan mencapai takat tepu. Isi rumah Jepun tidak lagi membeli kad permainan dan harga saham Nintendo jatuh daripada 900 yen kepada 60 yen seunit.

Pada tahun 1965, Nintendo telah mengupah Gunpei Yokoi sebagai jurutera penyelenggaraan untuk mesin pemasangannya.

Nintendo 1965 - 1972 :
Dibebani hutang, Nintendo bergelut untuk terus hidup dalam industri mainan Jepun. Nintendo masih lagi bersaiz kecil pada masa ini, dan industri mainan pula dikuasai oleh syarikat-syarikat yang sudah mantap seperti Bandai dan Tomy. Disebabkan kitaran hayat produk yang umumnya pendek, Nintendo sentiasa perlu tampil dengan produk baru.

Pada tahun 1966, sedang Hiroshi memerhatikan sebuah kilang Hanafuda, dia ternampak sebuah "lengan memanjang" yang telah dibuat oleh salah seorang jurutera penyelenggaraan mereka, Gunpei Yokoi, sebagai hiburan dirinya sendiri. Hiroshi mengarahkan Yokoi untuk memperkemaskan lengan itu menjadi produk yang sesuai untuk pasaran Krismas tahun itu. Produk itu kemudian dipasarkan dengan nama "Ultra Hand". Ia menjadi salah satu mainan terawal Nintendo yang mendapat sambutan hangat dengan jualan lebih 1 juta unit. Yakin bahawa Yokoi mempunyai potensi, Hiroshi memindahkan Yokoi dari tugas penyelenggaraan ke bahagian pembangunan produk.


Hiroshi Yamauchi (7 November 1927 – 19 September 2013)


Gunpei Yokoi (10 September 1941 - 4 Oktober 1997)


Alat permainan Ultra Hand keluaran Nintendo

Dengan latar belakang kejuruteraan elektrik, Yokoi agak mahir mencipta alat-alat permainanan elektronik. Oleh kerana alat-alat permainanan elektronik mempunyai nilai 'sesuatu yang baru' yang lebih tinggi daripada alat permainanan tradisional, ini membolehkan Nintendo untuk mengenakan margin harga yang lebih tinggi untuk setiap produknya. Yokoi telah mencipta banyak alat-alat permainan setelah dimasukkan ke bahagian pembangunan produk, termasuk puzzle Ten Billion Barrel, mesin pembaling bola baseball dipanggil Ultra Machine dan Love Tester.


Permainan Ten Billion Barrel keluaran Nintendo


Permainan Ultra Machine keluaran Nintendo


Permainan Love Tester keluaran Nintendo


Cara-cara bagaimana menggunakan Love Tester


Iklan Love Tester dalam bahasa Jepun

Hasil usahasama dengan syarikat Sharp, Nintendo telah mengeluarkan pistol pertama solar cahaya, Nintendo Beam Gun, pada tahun 1970. Nintendo Beam Gun adalah pistol cahaya yang pertama boleh didapati secara komersial untuk kegunaan isi rumah.


Nintendo Beam Gun keluaran Nintendo

Nintendo selepas 1972 :
Penglibatan pertama Nintendo dalam permainan video bermula pada tahun 1972 apabila Nintendo bekerjasama dengan syarikat permainan Amerika, Magnavox, untuk menghasilkan konsol permainan video pertama yang boleh didapati secara komersial, Magnavox Odyssey. Pada tahun 1974, Nintendo mendapat hak untuk mengedarkan konsol permainan video Magnavox Odyssey di Jepun.


Konsol permainan video Magnavox Odyssey

Setelah mengalami beberapa kejayaan dalam bidang permainan video, Nintendo mula mereka permainan videonya sendiri, untuk permaian di rumah dan di arked. Pada tahun 1970, Mitsubishi Electric mencadangkan pembangunan bersama "Color TV Game Machine". Pada tahun 1977, dengan hasil kerjasama mereka telah mengeluarkan "Color TV Game 6" dan "Color TV Game 15"; nombor 6 dan 15 menunjukkan bilangan perisian permainan video di dalam konsol tersebut.


Color TV Game 6

Permainan video arked pertama Nintendo adalah EVR Race yang dikeluarkan pada tahun 1975. Awal 1980an telah menyaksikan bahagian permainan video Nintendo yang diketuai oleh Yokoi mencipta beberapa tajuk permainan arked yang paling terkenal. Donkey Kong yang sangat popular secara meluas telah dikeluarkan pada tahun 1981 dengan Shigeru Miyamoto sebagai mastermind. Donkey Kong telah dikeluarkan sebagai permainan video arked dan juga untuk konsol Atari 2600, sistem permainan video Intellivision dan ColecoVision walaupun Nintendo sendiri secara amnya tidak terlibat dengan pembuatan konsol-konsol awal ini.


Permainan arked EVR Race keluaran Nintendo


Mesin arked Donkey Kong


Variasi 'level' dalam permainan arked Donkey Kong

Selain dari permainan arked dan konsol, Nintendo juga pada masa ini sedang menguji potensi permainan video pegang tangan (handheld video game) dengan produknya yang diberi nama Game & Watch (G&W).

Game & Watch (G&W) :
G&W adalah permainan elektronik handheld yang dihasilkan oleh Nintendo dari tahun 1980 hingga tahun 1991. Direka oleh Gunpei Yokoi, setiap G&W menampilkan satu sahaja permainan untuk dimainkan pada skrin LCD di samping jam dan/atau penggera jam. G&W adalah produk permainan video Nintendo paling awal yang meraih kejayaan besar, dengan 43.4 juta unit terjual di seluruh dunia.


Game & Watch, permainan video handheld keluaran Nintendo

Pada bulan Julai 1983, Nintendo mengeluarkan sistem Famicom (Family Computer) di Jepun. Famicom merupakan percubaan pertama Nintendo dalam bidang konsol permainan video berasaskan kartrij. Sistem ini menjual lebih 500,000 unit dalam tempoh 2 bulan pada harga sekitar USD 100 seunit.


Sistem permainan video di rumah, Famicom (Family Computer)


Katrij game untuk Famicom

Pada tahun 1985, Nintendo mengumumkan bahawa mereka akan mengedarkan Famicom di seluruh dunia dengan reka bentuk yang berbeza di bawah nama Nintendo Entertainment System (NES). Untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam perisian permainan, Nintendo of America mengehadkan bilangan tajuk permainan yang boleh dikeluarkan oleh pihak ketiga kepada  5 tajuk dalam tempoh setahun. Konami adalah syarikat pihak ketiga pertama yang dibenarkan untuk membuat kartrij untuk Famicom. Pada tahun 1985, Super Mario Bros telah dikeluarkan untuk Famicom di Jepun dan menjadi satu kejayaan besar yang global.


Nintendo Entertainment System (NES) yang dikeluarkan pada tahun 1985

Game Boy dan Super NES :
Pada tahun 1989, Nintendo mengeluarkan Game Boy, juga dicipta oleh Gunpei Yokoi, dengan perisian permainan Tetris. Oleh kerana harga dan daya tahannya, Game Boy akhirnya mengumpul jualan 118 juta. Kemudian, Super Mario Land juga dikeluarkan untuk Game Boy dan ia telah terjual sebanyak 14 juta salinan di seluruh dunia.


Game Boy keluaran Nintendo


Super Mario Land, perisian game untuk Game Boy

1989 juga merupakan tahun Nintendo mengumumkan sekuel kepada Famicom yang dikenali sebagai Super Famicom. Super Famicom telah dikeluarkan di Jepun pada 21 November 1990. Pelancaran sistem itu berjaya dan Super Famicom telah dijual di seluruh Jepun dalam masa 3 hari dengan jualan 1.6 juta unit menjelang Jun 1991. Pada bulan Ogos 1991, Super Famicom dilancarkan di Amerika Syarikat di bawah nama Super Nintendo Entertainment System (SNES), diikuti oleh Eropah pada tahun 1992. Permainan utama terakhir keluaran Nintendo untuk NES, Super Mario Bros 3, telah dikeluarkan pada awal tahun 1990 dan meraih jualan lebih 18 juta unit.


Sistem permainan video Super Famicom


Sistem permainan video Super Nintendo Entertainment System (SNES)

Nintendo 64 dan Pokémon :
Pada 23 Jun 1996, Nintendo 64 (N64) telah dikeluarkan di Jepun dan telah menjual lebih 500,000 unit pada hari pertama jualan. Pada 29 September 1996, Nintendo mengeluarkan N64 di Amerika Utara, menghabiskan semua penghantaran awal sebanyak 350,000 unit.

Walau bagaimanapun pembeli N64 mengalami kekecewaan kerana kekurangan perisian. Ini adalah disebabkan iklim pasaran yang amat kompetitif pada masa ini dengan saingan daripada Sega dan Sony. Banyak syarikat-syarikat perisian permainan pihak ketiga dengan segera mengeluarkan perisian permainan untuk pesaing Nintendo. Sebab utama adalah kerana kos pembuatan dan penghasilan perisian adalah lebih murah untuk format CD yang digunakan oleh pesaing, berbanding dengan format kartrij yang digunakan oleh Nintendo.


Sistem permainan video Nintendo 64 (N64)

Pada tahun 1996, perisian permainan untuk Game Boy yang bernama Pocket Monsters (kini dikenali sebagai Pokémon) telah dikeluarkan di Jepun. Francais Pokémon yang dicipta oleh Satoshi Tajiri terbukti begitu popular di Amerika, Eropah dan Jepun. Dalam masa yang singkat, Nintendo telah berjaya mengambil semula tempat mereka sebagai kuasa tertinggi dalam industri permainan.


Perisian game Pocket Monster untuk Game Boy dan Game Boy Color

Nintendo selepas tahun 2000 :
Nintendo telah mengeluarkan GameCube pada tahun 2001. Kemudian pada bulan Mei 2004, Nintendo mengumumkan akan mengeluarkan satu jenama permainan video handheld baru yang mempunyai 2 skrin. Salah satu daripadanya adalah skrin yang sensitif pada sentuhan. Konsol berjenama baru itu, Nintendo DS, telah dikeluarkan pada 21 November 2004 dan telah menerima lebih 3 juta pesanan sebelum penjualan. Pada 26 Januari 2006, Nintendo mengumumkan versi baru Nintendo DS, Nintendo DS Lite yang lebih kecil dan lebih ringan berbanding Nintendo DS, dengan skrin yang lebih cerah. Ia telah dilancarkan di Jepun pada 2 Mac 2006, kemudian di Amerika Utara pada 11 Jun  dan Eropah pada 23 Jun 2006.


Game Cube


Nintendo DS


Perbandingan di antara Nintendo DS dan Nintendo DS Lite

Sistem Wii dikeluarkan buat pertama kali pada 19 November 2006 di Amerika Syarikat, diikuti oleh pelancaran Jepun pada 2 Disember, Australia pada 6 Disember, dan Eropah pada 8 Disember. Konsol Wii menikmati jualan yang sangat memberangsangkan dan merupakan satu kejayaan besar untuk Nintendo, mengembalikan momentum perniagaan Nintendo yang sedikit merosot berikutan keluaran konsol terakhir mereka, GameCube.


Sistem Wii

Dua tahun kemudian pada November 2008, Nintendo mengeluarkan versi terkini Nintendo DS Lite bernama Nintendo DSi. DSi mempunyai semua ciri-ciri yang ada pada Nintendo DS Lite, kecuali ia sekarang mempunyai kamera di bahagian dalam dan di luar sistem, selain daripada ciri-ciri baru yang lain. Huruf 'i' pada nama DSi bermaksud 'internet ' dan ia adalah sistem permainan handheld pertama keluaran Nintendo yang membolehkan perisian permainan dimuat turun ke dalam sistem melalui internet.


Perbandingan antara Nintendo DS Lite, DSi dan DSi XL (dikeluarkan 2009, 2010)

Berikutan gelombang pengeluaran barangan eletronik yang meggunakan teknologi 3D yang pada masa itu, pada 2011, Nintendo 3DS telah memasuki pasaran. Berbeza dengan kebanyakan peralatan elektronik lain yang menggunakan teknologi 3D, Nintendo 3DS tidak memerlukan cermin mata 3D. Ia sebaliknya menggunakan teknologi "parallax barrier autostereoscopy" untuk kesan 3Dnya.


Nintendo 3DS

Pada 7 Jun 2011, konsol baru Nintendo telah diumumkan dengan nama Wii U. Wii U adalah konsol pertama Nintendo yang membolehkan permainan video dapat dinikmati dalam 1080p HD. Wii U telah dikeluarkan pada hujung tahun 2012 menepati musim Krismas.


Sistem Wii U

Kini, masih lagi beribu pejabat di Kyoto, Nintendo masih lagi gigih mengukuhkan namanya dalam industri permainan video. Nintendo kini diterajui oleh Tatsumi Kimishima (President and CEO), Genyo Takeda (Technology Fellow) dan Shigeru Miyamoto (Creative Fellow) dengan pekerja seramai 5,120 orang pada tahun 2015.


Bangunan ibu pejabat Nintendo di Kyoto hari ini

Video menunjukkan evolusi logo Nintendo sejak 1889 :


125 tahun sejarah Nintendo :


Evolusi Pocket Monsters (1st – 5th generation) :

Sumber :


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 01:44 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 24-9-2016 05:15 PM

23 September, 1932
Kerajaan Nejd dan Hijaz disatukan menjadi Kerajaan Arab Saudi

Arab Saudi ialah sebuah negara Arab di Asia Barat yang menguasai sebahagian besar daripada Semenanjung Arab. Dengan keluasan tanah kira-kira 2,150,000 km persegi, Arab Saudi secara geografinya adalah negara kelima terbesar di Asia dan negara kedua terbesar dalam dunia Arab selepas Algeria.


Bendera negara Arab Saudi

Arab Saudi sebelum ini terdiri daripada empat kawasan yang berbeza: Hijaz, Nejd, dan bahagian-bahagian Timur Arabia (Al-Ahsa) dan Arab Selatan ( 'Asir). Kerajaan Arab Saudi diasaskan pada tahun 1932 oleh Ibn Saud atau juga dikenali sebagai King Abdulaziz, dengan menyatukan 4 wilayah menjadi negara tunggal Arab Saudi. Proses penyatuan ini adalah melalui satu siri penaklukan yang bermula dengan penawanan Riyadh pada tahun 1902.

Latar belakang tanah Arab :
Pada zaman sebelum Islam, selain daripada sebilangan kecil penempatan perdagangan bandar seperti Mekah dan Madinah, sebahagian besar daripada tanah Arab telah dihuni oleh masyarakat suku kaum nomad padang pasir atau orang-orang Arab Badwi (Bedouine). Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Mekah pada kira-kira tahun 571. Pada awal abad ke-7, Nabi Muhammad SAW telah menyatukan pelbagai suku kaum di Semenanjung Arab dengan dakwah Islamnya dan dengan itu telah membina sebuah kerajaan agama Islam yang tunggal. Berikutan kematian baginda pada tahun 632, pengikut-pengikutnya telah mengembangkan wilayah pemerintahan Islam di luar Arab dengan pesat. Mereka telah berjaya menakluk wilayah yang besar, dari Semenanjung Iberia (Sepanyol) di sebelah barat, hingga ke Pakistan di timur, dalam masa beberapa dekad sahaja.

Dari abad ke-10 hingga awal abad ke-20, Mekah dan Madinah adalah di bawah kawalan seorang pemerintah Arab tempatan yang dikenali sebagai Sharif Mekah (Pemimpin Mekah), tetapi pada kebanyakan masanya Sharif telah menaruh taat setia kepada pemerintah salah satu kerajaan Islam utama yang berpangkalan di Baghdad, Kaherah atau Istanbul. Dari abad ke-10 dan seterusnya, Sharif Mekah dan Emirnya, melalui perjanjian tradisional, mesti terdiri dari puak Al Hashimiyun (Bani Hashim) iaitu keturunan moyang Nabi Muhammad SAW, Hashim ibn Abd Manaf. Nabi Muhammad SAW juga adalah salah seorang dari Bani Hashim. Wilayah selain Mekah dan Madinah kebanyakannya ditadbir mengikut peraturan puak Arab tradisional.

Pada abad ke-16, Kerajaan Uthmaniyyah telah menambah kawasan persisiran Laut Merah dan Teluk Parsi (Hijaz, Asir dan Al-Ahsa) kepada Empayarnya dan mendakwa berkuasa ke atas kawasan pedalaman di situ. Salah satu sebab perluasan kuasa ini adalah untuk menggagalkan cubaan Portugis untuk menyerang Laut Merah (dengan itu Hijaz) dan Lautan Hindi.


Peta kawasan Hijaz, Nejd dan Asir


Peta kawasan Al-Ahsa (di timur Riyadh)

Penubuhan Negeri Pertama Saud :
Kemunculan dinasti keluarga diraja Saudi hari ini, yang dikenali sebagai Al Saud, bermula di Nejd di tengah-tengah tanah Arab pada tahun 1744, apabila Muhammad bin Saud, pengasas dinasti Saud, bergabung dengan pemimpin agama Muhammad ibn Abd al-Wahhab, pengasas gerakan Wahabi, satu kumpulan puritan yang mengamalkan pemikiran ketat dalam doktrin Sunni Islam.

Berikutan perjanjian Diriyah di antara Muhammad bin Saud dan Muhammad bin Abdul Wahhab, puak Al Saud mengasaskan Negeri Saud Pertama, Emiriyah Al Diriyah ( إمارة الدرعية), berdekatan Riyadh. Bermula dari rantau Nejd di kawasan tengah tanah Arab, Negeri Saud Pertama bertindak menakluki sebahagian besar Semenanjung Arab, yang membawa kepada penawanan kota suci Mekah pada tahun 1802.


Lokasi Diriyah pusat pentadbiran Negeri Saud Pertama, Emiriyah Al Diriyah di Nejd


Bendera Negeri Saud Pertama, Emiriyah Al Diriyah


Jata keluarga diraja Saud, seterusnya menjadi jata negara Arab Saudi sekarang

Kehilangan Mekah adalah satu tamparan besar kepada Empayar Uthmaniyyah yang telah mentadbir kedaulatan ke atas kota suci ini sejak 1517. Kerajaan Uthmaniyyah akhirnya mengambil tindakan terhadap Al Saud berikutan penaklukan ini. Tugas memusnahkan orang-orang Saud telah diberikan kepada wakil raja yang berkuasa Mesir, Muhammad Ali Pasha, yang kemudiannya telah menghantar anggota tenteranya ke wilayah Hijaz. Kota Mekah berjaya dikembalikan kepada Uthmaniyyah.


Muhammad Ali Pasha (17 Mei 1805 – 2 Mac 1848)
Potret dilukis pada tahun 1840 oleh Auguste Couder

Sementara itu anak Muhammad Ali Pasha, Ibrahim Pasha pula mengetuai tentera Uthmaniyyah ke tengah-tengah Nejd, dan menawan bandar-bandar Nejd dalam apa yang dinamakan sebagai Ekspedisi Nejd. Apabila Ibrahim Pasha tiba pusat pemerintahan Saud di Diriyah, dia melancarkan pengepungan selama beberapa bulan sehinggalah Diriyah akhirnya menyerah diri pada musim sejuk tahun 1818.


Ibrahim Pasha (2 Mac 1848 – 10 November 1848)
Potret dilukis pada tahun 1846 oleh Charles-Philippe Larivière


Peta perjalanan Ekspedisi Nejd, Nejd adalah destinasi selepas melalui Hijaz

Selepas penyerahan diri oleh Diriyah, Ibrahim Pasha kemudian menghantar ramai ahli daripada puak Al Saud dan Ibn Abdul Wahhab ke Mesir dan ibu negara kerajaan Uthmaniyyah, Constantinople mengarahkan kemusnahan sistematik Diriyah.

Negeri Kedua Saud :
Orang-orang Saud yang yang terselamat dari buangan seterusnya menubuhkan Negeri Kedua Saud, Emiriyah Nejd (إمارة نجد ), yang umumnya dianggap telah ditubuhkan pada tahun 1824 dan bertahan sehingga 1891. Sepanjang sepanjang abad ke-19, puak Al Saud berebut kawalan bahagian pendalaman tanah Arab dengan satu lagi keluarga pemerintah Arab, puak Al Rashid. Menjelang tahun 1891, puak Al Rashid memperoleh kemenangan dalam perebutan kuasa ini dan Al Saud telah dibuang ke Kuwait.


Lokasi Negeri Kedua Saud, Emiriyah Nejd


Bendera Negeri Kedua Saud, Emiriyah Nejd

Pengambilan semula Riyadh :
Pada tahun 1901, anak Abdul Rahman bin Faisal Al Saud, Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al Saud yang dikenali oleh barat sebagai Ibn Saud, ataupun King Abdulaziz, meminta Emir Kuwait untuk membekalkannya dengan tenaga ketenteraan dan bekalan untuk menyerang Riyadh.


Abdul Rahman bin Faisal Al Saud (1845-1928)


Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al Saud, Ibn Saud, atau King Abdulaziz (23 September 1932 - 9 November 1953)

Kerana Emir Kuwait sendiri pun telah terlibat dalam beberapa peperangan dengan puak Al Rashid, Emir Kuwait bersetuju dengan permintaan Ibn Saud dan memberikannya kuda dan senjata. Setelah kehilangan sebahagian tenteranya sepanjang perjalanan ke Riyadh, tentera Ibn Saud dipercayai tinggal seramai kira-kira 40 orang semasa dia tiba di Riyadh pada bulan Januari tahun 1902.

Dengan hanya pasukan yang kecil, Ibn Saud dan tenteranya telah menawan kubu Masmak dan membunuh Ibn Ajlan, ketua Riyadh. Kota Riyadh berjaya ditawan oleh Ibn Saud hanya dalam satu malam. Dengan pengambilan semula kota pusaka keluarganya, Ibn Saud telah membuktikan yang dia mempunyai kualiti yang diperlukan untuk menjadi seorang Sheikh atau Emir: kepimpinan, keberanian, dan nasib baik. Pengambilan semula Riyadh merupakan tanda permulaan Emiriyah Nejd dan Hasa, Negeri Saudi Ketiga yang bertahan sehingga tahun 1921.


Bendera Negeri Ketiga Saud, Emiriyah Nejd dan Hasa

Peperangan Al Saud vs Al Rashid (1903-1907) :
Perang Pertama Saud-Rashidi atau Pertempuran-pertempuran untuk Qasim (Battles for Qasim), merupakan peperangan antara pasukan setia Al Saud dari Kesultanan Negeri Saudi Ketiga yang baru lahir itu, menentang Emiriyah Ha'il (Jabal Shammar) di bawah naungan puak Al Rashid. Peperangan antara dua pihak ini berlaku secara sporadik (tidak berterusan) tetapi berakhir dengan pengambilan wilayah Al-Qassim oleh puak Al Saud selepas kemenangan muktamad di Qasim pada 13 April 1906. Walau bagaimanapun peperangan lain masih berlaku sehingga tahun 1907.


Peta kawasan jajahan Al Rashid 1830-1921

Penawanan Al-Hasa and Qatif :
Ibn Saud kemudian mendapat sokongan puak Al-Ikhwan, yang diketuai oleh Faisal Al-Dawish. Al-Ikhwan ialah sebuah puak tentera yang telah diinspirasikan oleh fahaman Wahabi yang telah berkembang dengan cepat selepas penubuhannya pada tahun 1912.


Bendera Al-Ikhwan
* Al-Ikhwan ini berbeza dengan gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir


Tentera Al-Ikhwan sedang bergerak

Pada tahun 1913, Ibn Saud dengan sokongan daripada Al-Ikhwan, menakluk Al-Hasa dari pasukan tentera Uthmaniyyah yang telah menguasai kawasan Al-Hasa dari tahun 1871. Selepas menakluk Al-Hasa, Ibn Saud kemudian merangkumkan Al-Hasa dan Qatif ke dalam kerajaannya. Orang-orang di kawasan-kawasan ini adalah dari fahaman Syiah dan oleh kerana Al Saud terdiri dari kumpulan puritan Wahabi mereka telah mengenakan hukuman yang keras terhadap Syiah di kawasan bawah taklukannya ini. Ini adalah bertentangan dengan dasar Sunni Uthmaniyyah yang lebih toleran, yang telah diamalkan oleh penduduk kawasan ini sebelum kedatangan Ibn Saud.


Lokasi Al-Hasa


Lokasi Qatif

Perang Kuwait vs Nejd :
Perang Kuwait-Nejd berlaku kerana Ibn Saud mahu menjajah Kuwait. Ibn Saud menegaskan bahawa wilayah Kuwait adalah kepunyaannya. Kuwait pastinya tidak setuju maka peperangan pun tercetus. Peperangan ini mengakibatkan pertempuran sempadan secara sporadik sepanjang tahun 1919 hingga 1920. Konflik runcing antara Kuwait dan Nejd ini telah membawa kepada kematian ratusan rakyat Kuwait.

Sempadan Kuwait dan Nejd akhirnya ditetapkan pada Persidangan Uqair yang diadakan pada tahun 1922. Persidangan Uqair ini telah dianjurkan oleh Sir Percy Cox, seorang pegawai Tentera British India dan pentadbir Colonial Office di Timur Tengah. Walau bagaimanapun, Kuwait tidak mempunyai wakil kerana tidak dibenarkan mempunyai apa-apa peranan dalam persidangan itu. Sempadan Kuwait ditetapkan oleh pihak Saud dan British.


Percy Zachariah Cox (20 November 1864 - 20 Februari 1937)

Semasa persidangan Ibn Saud telah memujuk Cox untuk memberinya 2/3 daripada wilayah Kuwait. Hasilnya, Kuwait telah kehilangan lebih dari separuh wilayahnya selepas Persidangan Uqair. Walaupun telah kehilangan wilayah, Kuwait masih lagi tertakluk kepada sekatan ekonomi dan serangan sekali-sekala dari pihak Saud. Ibn Saud telah mengenakan sekatan perdagangan yang ketat terhadap Kuwait selama 14 tahun dari 1923 sehingga 1937. Matlamat serangan ekonomi dan ketenteraan Arab di Kuwait ini adalah untuk menjajah wilayah Kuwait sebanyak yang mungkin.


Ibn Saud (No 1) dan Percy Cox (No 2) semasa lawatan ke Basrah

Hubungan Saud dengan British :
Bermula awal 1915, kerajaan British telah cuba untuk memupuk hubungan dengan Ibn Saud melalui ejen rahsianya, Kapten William Shakespear. Hubungan ini membawa kepada Perjanjian Darin yang ditandatangani pada 26 Disember 1915. Syarat perjanjian ini menyatakan bahawa negeri-negeri yang dimiliki oleh Al Saud adalah di bawah naungan British dan British akan diberi kuasa menentukan sempadan-sempadannya.


William Henry Irvine Shakespear (29 Oktober 1878 - 24 Januari 1915)

Tujuan British dalam perjanjian ini ialah untuk menjamin kedaulatan Kuwait, Qatar dan Negeri-negeri berdamai (Trucial States, Oman). Ibn Saud bersetuju untuk tidak menyerang negeri naungan British, tetapi tidak memberi perjanjian yang ia tidak akan menyerang Sharif Mekah. Ibn Saud juga bersetuju untuk berperang menentang Empayar Uthmaniyyah sebagai sekutu Britain. Ibn Saud diberikan wang saku bulanan dalam pertukaran untuk melancarkan perang terhadap Ibn Rashid yang merupakan sekutu Uthmaniyyah.

Kejatuhan kuasa Uthmaniyyah :
Pada tahun 1916, dengan galakan dan sokongan Britain yang sedang menentang Empayar Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama, Sharif Mekah yang bernama Hussein bin Ali telah mengetuai pemberontakan Pan-Arab menentang Empayar Uthmaniyyah untuk mewujudkan sebuah negara Arab yang bersatu padu. Walaupun Pemberontakan Arab (Arab Revolt) yang berlaku sepanjang tahun 1916-1918 telah gagal dalam matlamatnya untuk merdeka dari Empayar Uthmaniyyah, kemenangan Tentera Berikat dalam Perang Dunia Pertama telah menamatkan kekuasaan Uthmaniyyah ke atas tanah Arab.


Sharif Mekah Hussein bin Ali (1853/1854 - 4 Jun 1931)
Gambar diambil pada Disember 1916

Ibn Saud pada masa ini telah mengelak dari melibatkan diri dalam Pemberontakan Arab. Sebaliknya telah meneruskan perjuangannya menentang puak Al Rashid. Berikutan kekalahan Al Rashid, Ibn Saud mengambil gelaran Sultan Nejd pada tahun 1921. Dengan bantuan Al-Ikhwan, wilayah Hijaz di bawah pentadbiran puak Al-Hashimiyun (Bani Hashim) telah berjaya ditawan pada tahun 1924-1925. Pada 10 Januari 1926, Ibn Saud mengumumkan dirinya sebagai Raja Hijaz. Setahun kemudian, Ibn Saud menambah Raja Nejd sebagai salah satu dari gelarannya. Untuk 5 tahun selepas itu, Ibn Saud telah mentadbir bahagian kerajaan Nejd dan Hijaz sebagai dua unit yang berasingan.


Peta kawasan Hijaz 1916-1923

Kelahiran Arab Saudi :
Selepas penaklukan Hijaz, objektif kepimpinan Al-Ikhwan beralih kepada penyebaran fahaman Wahabi ke negeri-negeri naungan British iaitu wilayah-wilayah Transjordan, Iraq dan Kuwait. Kumpulan Al-Ikhwan mula menyerang wilayah-wilayah tersebut dan tindakan ini telah mengundang bangkangan dari pihak Ibn Saud. Ini adalah kerana Ibn Saud menyedari bahaya berkonflik secara langsung dengan British.


Al Ikhwan 1929

Pada masa yang sama, pengikut-pengikut gerakan Al-Ikhwan menjadi kecewa dengan dasar-dasar domestik Ibn Saud yang kelihatan lebih memihak kepada pemodenan dan peningkatan bilangan warga asing bukan Islam di wilayah Saud. Akibatnya, mereka berpaling tadah dan mula menentang Ibn Saud. Selepas berjuang dalam peperangan selama dua tahun, gerakan Al-Ikhwan telah dikalahkan pada tahun 1929 dalam Pertempuran Sabilla, di mana pemimpin-pemimpin mereka telah dibunuh. Walaupun ahli-ahli Al-Ikwan yang terselamat dari dibunuh telah dipenjarakan, keturunan mereka kekal menentang pemerintahan Al Saud. Salah seorang daripada keturunan Al-Ikhwan, Juhayman al-Otaibi, adalah orang yang mengetuai cubaan merampas Masjidil Haram pada tahun 1979.


Salah seorang ketua Al-Ikhwan, Sultan bin Bajad Al-Otaibi (1876-1931)


Juhayman al-Otaibi, ketua cubaan merampas Masjidil Haram pada tahun 1979

Pada tahun 1932 kedua-dua Kerajaan Hijaz dan Kerajaan Nejd disatukan sebagai Kerajaan Arab Saudi.


Peta negara Arab Saudi hari ini

Perkembangan ekonomi Arab Saudi :
Semasa kelahirannya sebagai sebuah kerajaan baru, Arab Saudi adalah salah sebuah negara-negara termiskin di dunia. Ia cuma bergantung kepada pendapatan terhad dari hasil pertanian dan keuntungan yang diperolehi daripada pendatang haji.

Pada tahun 1938, rizab besar minyak telah ditemui di rantau Al-Ahsa di sepanjang pantai Teluk Parsi, dan pembangunan medan minyak bermula pada tahun 1941 di bawah Aramco (Arabian American Oil Company) yang dikawal oleh Amerika Syarikat. Hasil keuntungan dari perdagangan minyak ini Arab Saudi telah beroleh kemakmuran ekonomi dan suara politik yang cukup besar di peringkat antarabangsa.


Dammam No.7, telaga minyak komersil pertama di Arab Saudi, telah menemui minyak pada 4 Mac 1938

Arab Saudi merupakan salah sebuah negara terkaya hari ini dan diperintah sekarang oleh King Salman atau nama penuhnya Salman bin Abdulaziz Al Saud. King Salman dikatakan anak Ibn Saud yang ke-25, dan merupakan pemerintah ke-7 negara Arab Saudi selepas kematian abangnya Nayef bin Abdulaziz Al Saud pada tahun 2012.


King Salman, pemerintah Arab Saudi sekarang

Video menunjukkan sejarah kawasan jajahan Al Saud dari 1745 ke 2015 :


Petikan dokumentari "The Saudi Royal Family" oleh The Biography Channel :


Masalah ekonomi Arab Saudi yang terlalu bergantung kepada minyak :


Sumber :




Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 05:29 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 24-9-2016 05:34 PM

24 September, 1841
James Brooke menjadi Rajah Sarawak

Berikutan kejayaannya menamatkan pemberontakan terhadap Kesultanan Brunei, pada 24 September 1841 James Brooke telah dilantik sebagai Rajah Sarawak oleh Sultan Omar Ali Saifuddien II. Perisytiharan rasmi walau bagaimanapun tidak dibuat sehingga 18 Ogos 1842. Dengan perlantikan James Brooke ini maka bermulalah Dinasti Rajah Putih dalam pemerintahan Sarawak.


James Brooke (29 April 1803 - 11 Jun 1868)

Latar belakang Sarawak sebelum kedatangan James Brooke :
Catatan terawal mengenai Sarawak telah dibuat oleh seorang ahli kartografi (pemetaan) Portugis bernama Gonsavo Pereira semasa dia melawat kepulauan Borneo pada tahun 1530. Dia mencatatkan bahawa Lave (Mempawa), Tanjapura (tidak dapat dikenal pasti), and Cerava (Sarawak) adalah pelabuhan-pelabuhan utama di rantau itu, dan terdapat banyak pedagang kaya di kawasan-kawasan tersebut.


Peta lama Kepulauan Borneo

Sarawak pada masa ini adalah di bawah pengaruh Empayar Brunei dan menjalankan pentadbiran sendiri di bawah naungan Sultan Tengah. Menjelang awal abad ke-19, Sarawak telah menjadi sebuah wilayah di bawah pentadbiran Kesultanan Brunei secara longgar. Empayar Brunei mempunyai kuasa hanya di sepanjang kawasan pantai Sarawak yang dipegang oleh pemimpin Melayu separa bebas. Sementara itu, kawasan pedalaman Sarawak pula sebahagian besarnya didominasi oleh peperangan antara suku kaum Iban, Kayan, Kenyah; kaum-kaum yang agresif dalam pengembangan wilayah mereka.

Berikutan penemuan bijih antimoni di rantau ini yang kini dikenali sebagai Kuching, Pangeran Indera Mahkota sebagai wakil Sultan Brunei mula membangunkan kawasan ini di antara tahun 1824 dan 1830. Apabila pengeluaran antimoni meningkat, Kesultanan Brunei menuntut cukai yang lebih tinggi dari Sarawak; ini membawa kepada rusuhan awam dan huru-hara. Pada tahun 1839, Sultan Brunei pada masa itu, Sultan Omar Ali Saifuddin II telah meminta bapa saudaranya Pangeran Raja Muda Hashim untuk memulihkan keadaan. Sekitar masa ini, seorang pengembara British bernama James Brooke tiba di Sarawak.


Sultan Omar Ali Saifuddin II (1827-1852)


Pangeran Raja Muda Hashim

Latar belakang James Brooke :



James Brooke (29 April 1803 - 11 Jun 1868), telah dilahirkan di Bandel, berdekatan Calcutta, Bengal, India. Bapanya Thomas Brooke adalah seorang Hakim Inggeris Mahkamah Rayuan di Bareilly, British India. Ibunya, Anna Maria, yang dilahirkan di Hertfordshire, adalah anak perempuan kepada Kolonel William Stuart yang berketurunan Scottish, hasil hubungan dengan perempuan simpanannya Harriott Teasdale.

Brooke tinggal di India sehingga dia berusia 12 tahun, sebelum dihantar ke England untuk menerima pendidikan ringkas di Norwich School sebelum dia melarikan diri. Selepas itu dia menerima beberapa sesi persekolahan di rumah di Bath sebelum dia kembali ke India pada tahun 1819 sebagai seorang pegawai komisyen Tentera Bengal di bawah British East India Company. Semasa Perang Burma-Inggeris Pertama, James cedera parah dan terpaksa dihantar ke England untuk pemulihan. Dia kemudian kembali semula ke pengkalannya di Madras tetapi akhirnya meletak jawatan kerana dia tiba terlalu lewat untuk menyertai unitnya kembali.

Pada tahun 1833 James telah mewarisi £30,000 yang digunakan sebagai modal untuk membeli kapal layar seberat 142 tan, yang dinamakan Royalist. Belayar ke Borneo pada tahun 1838, James tiba di Kuching pada bulan Ogos dan mendapati sebuah pemberontakan terhadap Kesultanan Brunei sedang berlaku. Sangat kagum dengan keindahan Kepulauan Borneo, dia pergi bertemu bapa saudara Sultan, Pangeran Muda Hashim dan menawarkan bantuan untuk menangani pemberontakan yang sedang berlaku.


James Brooke menghadap Sultan versi 1


James Brooke menghadap Sultan versi 2

Perlantikan sebagai Rajah Sarawak :
Pemberontakan menentang Kesultanan Melayu berjaya ditamatkan oleh James Brooke dan sebagai penghargaan daripada Sultan, James Brooke telah diangkat sebagai Rajah Sarawak oleh Pangeran Muda Hashim, wakil Sultan Brunei di satu perhimpunan orang ramai di bandar Kuching, Sarawak.

Pengeran Muda Hashim dan James Brooke telah menandatangani satu perjanjian mengenai pertukaran pemerintahan Sarawak. Antara isi perjanjian itu adalah:
Diserahkan kepada James Brooke pemerintahan Sarawak serta jajahan takluknya, hasil cukainya serta segala tanggunggawab pada masa yang akan datang. James Brooke pula mengakui undang-undang dan adat istiadat orang Melayu di Sarawak hendaklah sentias dihormati dan dipelihara selama-lamanya kerana negeri Sarawak adalah takluk jajahan Sultan Brunei, Pengeran Muda Hashim dan Raja-raja Melayu.

Perjanjian ini bagaimana pun dipinda pada bulan Ogos 1942 dengan isi:
Sultan Brunei menyerahkan negeri Sarawak serta segala cukal hasil negeri kepada James Brooke, dan James Brooke hendaklah membayar kepada Sultan Brunei tiap-tiap tahun wang sebanyak $2500.

Dengan perlantikan James Brooke sebagal Rajah Sarawak pada September 1941, maka tamatlah pentadbiran Pengeran Mahkota Muhamad Salleh yang mula-mula membuka bandar Sarawak yang kemudian dinamakan Kuching. Dengan pindaan perjanjian pada Ogos 1942, James Brooke mula berkuasa di Sarawak dengan rasminya.

Pemerintahan di Sarawak :
Apabila James Brooke menjadi Rajah Sarawak dia telah bertindak memecat Orang-orang Besar Brunei yang memegang jawatan kerajaan di Sarawak. Pangeran Mahkota dipaksa keluar dari Sarawak manakala Pangeran Muda Hashim pula dihantar balik ke Brunei. Sebaliknya dia telah mengangkat ketua-ketua orang Melayu Sarawak memegang jawatan dalam kerajaan. Antara mereka ialah Datu Patinggi Ali, Datu Temenggung Mersal, Datu Bandar Ranca, Muhammad Lana Ali, Abdul Ghafur dan Pangeran Matusin, yang menjadi tempat James Brooke mendapatkan nasihat mengenal pemerintahan Sarawak.


Potret Datu Patinggi Ali


Keadaan Kuching selepas 5 tahun pemerintahan James Brooke (J.W. Giles, 1846)


Rumah banglo kediaman James Brooke di pinggir sungai, 1846


Pemandangan dari rumah banglo kediaman James Brooke (J.W. Giles, 1846)

Satu lagi dasar yang dilaksanakan oleh James Brooke ialah dasar anti-lanun. Beberapa penempatan kaum Iban dan Melayu yang dianggap sebagai sarang lanun yang merbahaya dimusnahkan atas dasar anti-lanunnya. Tindakan Brooke menjadi kontroversi pada tahun 1851 apabila dia terpaksa menghadapi tuduhan menggunakan kekerasan yang berlebihan terhadap orang asli, di bawah nama dasar anti-lanun. Kontroversi ini akhirnya membawa kepada perlantikan sebuah Suruhanjaya Siasatan di Singapura pada tahun 1854. Tuduhan ini ditolak oleh Suruhanjaya selepas siasatan tetapi tuduhan ini telah terus menerus mencemari nama James Brooke.


Penduduk lanun di Kanowit


Serangan James Brooke ke atas perkampungan lanun

Semasa pemerintahannya, James Brooke telah menghadapi ancaman daripada pahlawan Sarawak seperti Sharif Masahor dan Rentap, dan juga pemberontakan oleh pelombong Cina pada tahun 1857 yang telah membakar banglonya, tetapi dia kekal berkuasa sehingga kematiannya pada tahun 1868 selepas mengalami serangan strok sebanyak 3 kali dalam masa 10 tahun.


Sharif Masahor


Rentap

Sarawak selepas James Brooke :
James Brookes telah diganti oleh anak saudaranya Charles Anthoni Johnson Brooke, pada tahun 1888 dan pemerintahannya kekal sehingga tahun 1946. Charles kemudian diganti oleh anaknya Charles Vyner Brooke yang kemudian menyerahkan haknya ke atas Sarawak kepada United Kingdom. Ketiga-tiga Rajah Putih telah dikebumikan di Gereja St Leonard di kampung Sheepstor, Dartmoor, England.


Charles Anthoni Johnson Brooke (3 Jun 1829 - 17 Mei 1917)


Charles Vyner Brooke (26 September 1874 - 9 Mei 1963)


Kubur ketiga-tiga Rajah Putih Sarawak di Dartmoor, England

Selepas kejatuhan Jepun dalam Perang Dunia Kedua, Sarawak mendapat kemerdekaan daripada British pada 22 Julai 1963 dan membentuk Persekutuan Malaysia bersama-sama dengan Singapura, Borneo Utara dan Persekutuan Tanah Melayu pada 16 September 1963.

Video meraikan 100 tahun selepas Sarawak diberikan kepada James Brooke :


Video peluasan keluarga Brooke di Sarawak 1853 - 1905 (Sejarah KBSM) :


Laporan berita koleksi dokumen keluarga Brooke diperolehi oleh Arkib Negara :


Sumber :




Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 06:02 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 24-9-2016 06:08 PM

24 September, 1906
Devils Tower menjadi monumen kebangsaan pertama Amerika Syarikat



Devils Tower yang terletak di Bear Lodge Mountains, kawasan berbukit sebahagian daripada Black Hills berhampiran Hulett dan Sundance di Crook County, timur laut Wyoming, telah diumumkan sebagai monumen kebangsaan Amerika Syarikat yang pertama oleh Presiden Theodore Roosevelt pada 24 September 1906.

Devils Tower ialah sebuah struktur semulajadi yang terbit secara mendadak setinggi 386 meter dari aras Belle Fourche River, dan berdiri setinggi 265 meter dari kaki ke puncaknya. Puncak Devils Tower adalah 1559 meter dari aras laut.


Peta Lokasi Devils Tower

Monumen kebangsaan Amerika Syarikat :
Monumen kebangsaan di Amerika Syarikat merujuk kepada kawasan yang dilindungi seperti Taman Negara, tetapi tidak terhad hanya kepada Taman-taman Negara tetapi mana-mana tanah yang dimiliki atau dikawal oleh kerajaan persekutuan, dan dengan pengumuman Presiden Amerika Syarikat, boleh dijadikan monumen kebangsaan.

Kawasan yang diumumkan sebagai monumen kebangsaan boleh diuruskan oleh salah satu daripada beberapa agensi persekutuan contohnya, Perkhidmatan Taman Negara, Servis Perhutanan Amerika Syarikat, Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat , atau Biro Pengurusan Tanah. Dari segi sejarah, beberapa monumen kebangsaan pernah diuruskan oleh Jabatan Perang.

Sesuatu kawasan juga boleh dijadikan monumen kebangsaan dengan menggunakan kuasa Akta Antikuiti 1906. Presiden Theodore Roosevelt telah mengisytiharkan Devils Tower di Wyoming sebagai monumen kebangsaan Amerika Syarikat yang pertama menggunakan akta tersebut.


Presiden Theodore Roosevelt (27 Oktober 1858 - 6 Januari 1919)


Poster lama Devils Tower

Akta Antikuiti 1906 :
Akta Antikuiti 1906 adalah satu akta yang diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat dan ditandatangani ke dalam undang-undang oleh Presiden Theodore Roosevelt pada 8 Jun 1906. Undang-undang ini memberikan kuasa kepada Presiden Amerika Syarikat untuk menjadikan tanah awam sebuah monumen kebangsaan untuk melindungi ciri-ciri semula jadi, budaya atau saintifik yang ketara, dengan cara pengisytiharan.

Selain itu, undang-undang ini juga membenarkan Presiden untuk mengisytiharkan "tempat-tempat bersejarah, struktur bersejarah dan prasejarah, dan objek lain yang mempunyai kepentingan sejarah atau saintifik" ke atas tanah-tanah persekutuan sebagai monumen negara, yang mana "had yang dalam semua kes hendaklah terbatas kepada kawasan yang paling kecil yang serasi dengan penjagaan dan pengurusan yang betul ke atas objek yang akan dilindungi."

Sebutan dalam akta ini yang berbunyi "objek [...] kepentingan saintifik" telah membolehkan Roosevelt untuk menjadikan ciri geologi semula jadi Devils Tower di Wyoming sebagai monumen kebangsaan yang pertama 3 bulan selepas perlaksanaan akta ini.


Devils Tower, monumen kebangsaan Amerika Syarikat

Akta ini telah digubal hasil dari kebimbangan untuk melindungi kebanyakannya bekas runtuhan dan artifak prasejarah kaum asli Amerika (native Americans) di tanah-tanah persekutuan Amerika Barat. Pengambilan artifak daripada kawasan-kawasan ini oleh pengumpul artifak persendirian, atau pun "pot hunters" dalam bahasa masa itu, telah menjadi satu masalah yang serius pada akhir abad ke-19.

Dengan penggumbalan dan perlaksanaan akta ini kerajaan kini boleh mengeluarkan permit kebenaran bagi siasatan arkeologi yang sah sahaja dan penalti akan dikenakan kerana mengambil atau memusnahkan persekitaran atau monumen itu sendiri tanpa kebenaran.


Penanda meminta pelawat menghormati kawasan Devils Tower


Penanda meminta pelawat menghormati tradisi keagamaan kaum asli

Nama Devils Tower :
Dalam bahasa kaum asli Lakota, struktur semulajadi ini dipanggil Matȟó Thípila atau Ptehé Ǧí, yang bermaksud masing-masing "Bear Lodge" dan "Brown Buffalo Horn". Tetapi semasa ekspedisi yang diketuai oleh Kolonel Richard Irving Dodge pada tahun 1875, jurubahasanya tersalah terjemah nama ini sebagai bermakna "Bad God's Tower" yang kemudian disebut sebagai Devil's Tower. Semua penanda-penanda maklumat di kawasan itu menggunakan nama "Devils Tower" berikutan standard penamaan geografi di mana simbol koma telah dihapuskan.


Penerangan mengenai nama Devils Tower

Pada tahun 2005 dan 2014 terdapat cadangan dari beberapa pihak untuk mengembalikan nama sebenar Devils Tower, tetapi cadangan itu belum diterima setakat ini.

Lagenda Devils Tower versi Kiowa dan Lakota :
Menurut suku kaum asli Amerika daripada Kiowa dan Lakota, sekumpulan gadis telah pergi keluar untuk bermain-main. Mereka kemudian terserempak dengan beberapa beruang gergasi yang mula mengejar mereka. Dalam usaha untuk melarikan diri, gadis-gadis itu memanjat ke atas batu besar dan melutut lalu berdoa kepada Great Spirit untuk menyelamatkan mereka. Mendengar doa-doa mereka, Great Spirit menaikkan batu dari tanah ke arah langit supaya beruang tidak dapat mencapai gadis-gadis itu.

Beruang besar berusaha untuk mendaki batu yang meninggi lalu meninggalkan tanda cakaran di sisi batu yang telah menjadi terlalu curam untuk didaki. Suku kaum ini percaya tanda cakaran inilah yang dapat dilihat di permukaan sisi Devils Tower. Apabila gadis-gadis tersebut mencapai langit, mereka telah bertukar menjadi bintang-bintang Pleiades. Lagenda ini dikenali dengan nama Seven Star Girls atau Seven Star Sisters.


Beruang cuba memanjat Devils Tower dengan bintang-bintang Pleiades diatasnya


Bintang-bintang Pleiades di atas Devils Tower


Poster Devils Tower dengan bintang-bintang Pleiades

Lagenda Devils Tower versi Sioux :
Versi lain menceritakan bahawa dua kanak-kanak lelaki Sioux telah merayau jauh dari kampung mereka apabila Mato, makhluk beruang besar yang mempunyai kuku bersaiz tiang khemah teepee, ternampak mereka dan mahu membaham mereka untuk sarapan pagi. Mato sudah berada sangat hampir kepada mereka apabila kanak-kanak lelaki tersebut berdoa kepada Wakan Tanka the Creator untuk membantu mereka.


Mendirikan tiang-tiang teepee

Kemudian mereka bangun melarikan diri ke atas sebuah batu besar, manakala Mato cuba untuk ikut naik dari setiap penjuru, meninggalkan kesan calar yang besar setiap kali ia cuba naik. Akhirnya Mato berputus asa dan beredar dari situ dengan kecewa. Beruang itu pergi berehat di bahagian timur Black Hills yang kini dipanggil dengan nama Bear Butte. Si helang Wanblee, pengutus kepada Wakan Tanka dalam kepercayaan suku kaum Sioux, telah membantu kanak-kanak lelaki itu turun dari batu itu dan kembali ke kampung mereka. Sebuah lukisan yang menggambarkan legenda ini oleh artis Herbert A. Collins ada tergantung rapi sebagai pameran di pusat pelawat Devils Tower.


Lukisan Herbert A. Collins

Lagenda Devils Tower versi Cheyenne :
Dalam versi Cheyenne, seekor beruang gergasi telah mengejar sekumpulan gadis dan membunuh kebanyakan mereka. Dua adik beradik telah berjaya melarikan diri kembali ke rumah mereka dengan beruang itu masih lagi menjejaki mereka. Dua adik beradik itu memberitahu dua budak lelaki, yang beruang itu hanya dapat dibunuh dengan satu tikaman anak panah menembusi bahagian bawah kakinya.

Budak-budak lelaki itu lalu meminta dua beradik perempuan tadi mengumpan beruang supaya mengekori mereka ke Devils Tower. Mereka membuat helah dengan membuat beruang itu berfikir yang mereka telah memanjat Devils Tower. Budak-budak lelaki itu cuba untuk memanah kaki beruang berkali-kali sementara beruang itu cuba memanjat batu besar itu tetapi menggelongsor kembali ke bawah. Beruang itu telah meninggalkan lebih banyak tanda cakaran setiap kali ia tergelongsor. Beruang itu akhirnya lari ketakutan apabila sebilah anak panah hampir mengenai kaki kirinya. Dikatakan anak panah ini terlepas terus naik ke langit dan tidak pernah turun.


Permukaan bertiang Devils Tower yang dikatakan kesan cakaran beruang gergasi

Lagenda Devils Tower versi Wooden Leg :
Wooden Leg, seorang lelaki dari suku kaum Cheyenne Utara mengaitkan legenda lain yang diceritakan kepadanya oleh seorang lelaki tua semasa mereka bersama-sama melalui kawasan Devils Tower sekitar tahun 1866-1868. Seorang lelaki Red Indian telah memilih untuk tidur di sebelah kepala kerbau di kaki Bear Lodge (Devils Tower). Keesokkan paginya dia mendapati bahawa kedua-dua dia dan kepala kerbau itu berada di bahagian atas batu itu, dibawa oleh roh Great Medicine dengan tiada cara untuk turun.

Lelaki itu menghabiskan sehari suntuk di atas batu itu dengan tiada makanan atau air. Selepas dia telah berdoa sepanjang hari dan tidur pada malam itu, dia bangun keesokan paginya mendapati bahawa roh Great Medicine telah membawa dia turun ke tanah, tetapi meninggalkan kepala kerbau di atas Devils Tower, di bahagian tepi batu itu. Wooden Leg menegaskan bahawa kepala kerbau itu dapat dilihat dengan jelas melalui binokular kecil orang tua Red Indian itu. Pada masa itu, Devils Tower tidak pernah dipanjat oleh sesiapa dan bagaimana kepala kerbau boleh berada di bahagian atas Devils Tower tidak dapat diterangkan.

Subjek kepala kerbau memberikan cerita ini maksud yang istimewa bagi suku kaum Cheyenne Utara. Dalam semua penempatan kem Cheyenne akan ada sebuah khemah teepee suci untuk roh Medicine Great. Ia ini mengandungi objek-objek suci suku kaum itu. Dalam kes Cheyenne Utara, objek suci mereka adalah kepala kerbau.


Perubatan tradisi suku kaum Cheyenne Utara dengan objek suci kepala kerbau

Penjelasan geologi  :


Devils Tower 1900

Ahli geologi Carpenter dan Russell telah mengkaji Devils Tower pada abad ke-19 dan membuat kesimpulan bahawa struktur batu ini adalah disebabkan oleh kemasukan atau "pertumbuhan" batu igneus. Ahli geologi moden bersetuju bahawa ia telah disebabkan oleh bahan igneus, tetapi tidak sepakat mengenai bagaimana proses ini berlaku. Beberapa orang percaya yang batu lebur yang terkandung dalam Devils Tower kemungkinan tidak menimbul dari struktur sekelilingnya yang mendap atau menurun; beberapa orang lain pula yakin Devils Tower adalah bahagian yang kekal daripada kejadian letupan gunung berapi besar yang pernah berlaku.


Keadaan geologi persekitaran Devils Tower


Teori kemasukan atau pertumbuhan igneus, dan teori letupan gunung berapi


Teori gunung berapi

Pada tahun 1907, ahli-ahli sains Darton dan O'Harra memutuskan bahawa Devils Tower tentunya adalah sisa terhakis daripada "laccolith". Laccolith adalah jisim besar batu igneus yang masuk atau "tumbuh" dari bawah melalui hamparan batu enapan tanpa mencapai permukaan. Sebaliknya ia membuat bonjol bulat dalam lapisan mendapan di atasnya. Teori ini agak popular pada abad ke-20 awal kerana banyak kajian sebelum ini telah dilakukan tentang kejadian laccolith di Barat Daya Amerika Syarikat.

Teori-teori lain telah mencadangkan bahawa Devils Tower adalah sebuah plag gunung berapi atau bahawa ia adalah leher gunung berapi yang pupus. Anggapan mengatakan, jika Devils Tower adalah sebuah plag gunung berapi, apa-apa bahan gunung berapi yang telah dihasilkan oleh plag ini seperti abu gunung berapi, aliran lava, sisa gunung berapi dan sebagainya, akan telah terhakis lama dahulu, cuma meninggalkan Devils Tower sebagai kesan tinggalan.


Teori igneous, laccolith dan plag gunung berapi Devils Tower

Devils Tower tidak kelihatan menonjol daripada landskap persekitarannya sehinggalah batu-batu yang melindungi lapisan tanah mendapan terhakis. Sementara elemen-elemen semulajadi seperti hujan dan angin menghakis batu pasir lembut dan lumpur, batu igneus yang lebih tahan lama menyelamatkan Devils Tower daripada kuasa-kuasa hakisan dan permukaan kelabu Devils Tower mula muncul sebagai batu yang berdiri bersendirian di atas landskap persekitarannya.


Teori kemunculan Devils Tower akibat hakisan dan mendapan

Dengan hakisan hujan dan salji yang berterusan di sekitar asas Tower, dengan masa, lama kelamaan semakin banyak bahagian Devils Tower akan menjadi terdedah. Bahagian-bahagian yang sudah sedia ada terdedah juga sedang mengalami hakisan. Retak di sepanjang lajur tiang-tiang Devils Tower adalah disebabkan hakisan air dan ais.


Rekahan dan retakan memanjang di permukaan Devils Tower

Sebahagian, atau keseluruhan tiang-tiang batu Devils Tower sentiasa pecah terlerai dan jatuh dari masa ke semasa. Timbunan tiang-tiangnya yang pecah, batu-batu besar, batu-batu kecil dan serpihan-serpihan cerun terkumpul di kaki Devils Tower, yang menunjukkan bahawa ia sebenarnya lebih luas dan besar suatu waktu dahulu berbanding hari ini.


Antara tiang Devils Tower yang sudah 'patah' dan jatuh


Berdiri di atas tiang Devils Tower yang mula runtuh


Batu-batu di kaki Devils Tower

Devils Tower dalam media massa :
Pada tahun 1941 seorang yang bernama George Hopkins telah terjun ke atas Devils Tower tanpa kebenaran, sebagai aksi publisiti yang berlaku disebabkan sebuah pertaruhan. Hopkins merancang untuk turun dari atas Devils Tower dengan tali yang sepatutnya dijatuhkan bersama-sama dengan dia, tetapi rancangan ini gagal dan Hopkins kemudian terkandas selama 6 hari, terdedah kepada sejuk, hujan dan angin selaju 50 mph sebelum pasukan penyelamat gunung akhirnya sampai dan membawa dia turun dari puncak Devils Tower. Kes ini telah liputan meluas oleh media masa pada masa itu.


George Hopkins dan Devils Tower, 1941


George Hopkins turun dengan paying terjun


George Hopkins dengan paying terjunnya di atas puncak Devils Tower

Filem "Close Encounters of the Third Kind" yang diterbitkan pada tahun 1977 telah menggunakan Devils Tower sebagai unsur plot dan sebagai lokasi adegan klimaks filem itu. Penayangan filem ini menjadi punca peningkatan besar dalam bilangan pengunjung dan pendaki Devils Tower.


Devils Towers dalam poster filem Close Encounters of the Third Kind

Penerangan ringkas mengenai Devils Tower dari University of Wyoming:


Penerangan geologi mengenai Devils Tower :


Salah satu lagenda Devils Tower :


Devils Tower sebagai lokasi filem Close Encounters of the Third Kind :


Sumber :


Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2016 08:34 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 25-9-2016 08:40 PM

25 September, 1690
Akhbar berbilang halaman yang pertama Amerika diterbitkan

Publick Occurrences Both Forreign and Domestick, akhbar berbilang halaman yang pertama di benua Amerika, telah diterbitkan hari ini pada tahun 1690. Walaupun penerbitnya berhasrat untuk menerbitkan akhbar ini secara bulanan, akhbar ini tidak lagi diterbitkan selepas terbitan pertama ini.


Muka pertama Publick Occurrences Both Forreign and Domestick

Penerbitan akhbar pada abad ke-17 di Amerika :
Sebelum akhbar Publick Occurrences Both Forreign and Domestick diterbitkan, berita-berita diterbitkan sebagai bahan bacaan satu halaman yang dipanggil broadsides. Berita-berita satu halaman ini telah diterbitkan di koloni-koloni Inggeris di Amerika dan dicetak di Cambridge.


Contoh cetakan broadside tahun 1772 mengiklankan kalendar atau almanac untuk tahun itu


Contoh cetakan broadside tahun 1856

Dalam abad ke-17, kerajaan kolonial di Amerika lebih memilih ketiadaan surat khabar daripada terpaksa melayan kejengkelan penerbitan-penerbitan berita yang tidak memihak kepada mereka. Kerajaan British pernah memberitahu gabenor Massachusetts, "Kesulitan besar mungkin timbul akibat kebebasan percetakan."

Dalam 1671, Gabenor William Berkeley of Virginia menulis: "Saya bersyukur kepada Tuhan, atas ketiadaan sekolah percuma dan ketiadaan percetakan dan saya berharap kita tidak akan mempunyai, untuk 100 tahun ini, kerana pendidikan telah membawa ketidaktaatan dan kesesatan, dan pecahan-pecahan ke dalam dunia, dan percetakan pula telah mendedahkan pemikiran-pemikiran ini, dan menulis perkara yang tidak benar terhadap kerajaan yang terbaik. Harap Tuhan menjauhkan kita dari kedua-duanya."


William Berkeley (1605 - 9 Julai 1677)

Penerbitan Publick Occurrences :
Edisi pertama akhbar berhalaman ini telah diterbitkan pada 25 September 1690 di Boston, semasa itu sebuah bandar di Dominion of New England. Akhbar ini dirancang untuk diterbitkan secara bulanan, "atau, jika ada lebih kejadian berlaku, lebih kerap."


Kenyataan dalam Publick Occurrences tentang kekerapan penerbitannya

Ia telah dicetak oleh Richard Pierce dari Boston, dan telah disunting oleh Benjamin Harris, yang sebelum ini telah menerbitkan sebuah akhbar di London. Akhbar berbilang halaman ini mengandungi 4 muka surat 6x10 inci, tetapi hanya 3 sahaja yang penuh bertulis. Muka surat terakhir dibiarkan kosong supaya pembaca boleh menulis komen atau berita lain sebelum berkongsi akhbar itu dengan orang lain.


Publick Occurrences Both Forreign and Domestick, halaman 1 hingga 3

Benjamin Harris (1673-1716) ialah seorang pencetak di London sebelum datang ke Amerika. Akhbar dan risalah terbitan Harris sering kali mengkritik kerajaan Inggeris. Untuk mengelak dari disaman dan dipenjarakan Harris telah melarikan diri dari Britain pada tahun 1686 dan akhirnya tiba di Boston. Di Boston, Harris membuka kedai buku, kedai cetak, dan kedai kopi yang popular di mana orang ramai suka datang berkumpul dan berbincang tentang hal ehwal semasa.


Kerja-kerja percetakan sekitar tahun 1863

Falsafah kewartawanan Harris mempunyai ciri-ciri kewartawanan moden. Dia hanya akan mencetak "apa yang kita ada sebab untuk percaya adalah benar," dan "apabila ada muncul apa-apa kesilapan material" berjanji bahawa "ia akan diperbetulkan."


Kenyataan dalam Publick Occurrence tentang memperbetulkan isi yang tidak benar

Tidak seperti cetakan-cetakan satu halaman kolonial (colonial broadsides) sebelum ini yang kebanyakannya hanya mencetak pengumuman-pengumuman yang dicedok daripada akhbar British, Harris mempunyai matlamat supaya "orang-orang di mana-mana dapat lebih memahami keadaan hal ehwal semasa, kedua-dua di luar negara dan di dalam.

Isi penerbitan :
Harris ialah seorang yang menyampaikan berita seadanya. Dia telah menceritakan dengan terperinci kekejaman "Mason," seorang kapten Inggeris yang "telah mengelar muka, dan mengoyakkan perut 2 orang Red Indian, dan melemparkan yang Red Indian yang ketiga kedalam laut."


Laporan tentang Kapten Mason (Halaman 3)

Dia melaporkan berkenaan 2 kanak-kanak di Chelmsford, usia anggaran 9 dan 11, "yang dikatakan akan jatuh ke tangan kaum Red Indian." Dia juga menulis, " Kaum Red Indian yang telah dikristiankan di beberapa bahagian Plimouth, telah memilih satu hari sebagai hari Kesyukuran kepada Tuhan atas rahmat-Nya memenuhi keperluan mereka yang amat menduga." Dia menambah bahawa, "Contoh baik seperti mereka mungkin bernilai untuk disebut."


Berita tentang kanak-kanak yang mungkin diambil oleh Red Indian (Halaman 1)


Berita tentang Red Indian Plimouth (Halaman 1)

Publick Occurrences juga mengandungi cerita kemanusiaan seperti sebuah kisah sedih tentang seorang duda yang merasa amat tertekan lalu menggantung dirinya sehingga mati.


Berita tentang duda yang telah menggantung diri (Halaman 1)

Dia juga menulis pendapatnya tentang kebakaran yang terjadi baru-baru ini mungkin akan memusnahkan habis Rumah Mesyuarat Selatan Boston, "Jika Tuhan tidak memberi bantuan luar biasa kepada usaha orang ramai untuk memadamkan api."


Berita tentang kebakaran di Boston (Halaman 2)

Akhbar itu juga melaporkan bahawa wabak cacar di Boston "kini telah banyak reda." Ia juga menyampaikan berita perang sengit yang sedang berlaku di antara England dan Perancis, termasuk khabar angin berunsur skandal, "Jika laporan adalah benar," bahawa Raja Perancis "pernah 'berbaring' dengan isteri anaknya."


Berita tentang wabak cacar yang telah reda di Boston (Halaman 1)


Berita tentang skandal Raja Perancis (Halaman 3)

Reaksi dan tindakan kerajaan :
Akhbar berbilang halaman ini mendapat sambutan dari orang ramai, tetapi tidak Gabenor. Gabenor bersama-sama ahli Majlis Massachusetts Bay Colony semuanya berasa amat tidak senang dengan penerbitan ini.


Orang ramai membaca akhbar berhalaman Publick Occurrences

Mengikut undang-undang British, "tiada seorang pun [dibenarkan] menyimpan sebarang alat penekan cetak untuk mencetak, atau [tidak pernah] apa-apa buku, risalah atau apa-apa perkara lain" boleh dicetak tanpa memperolehi dari Gabenor "kebenaran istimewa dan lesen terlebih dahulu." Pendek kata, ianya adalah salah di sisi undang-undang pada masa itu untuk menerbitkan sesuatu tanpa kelulusan kerajaan, dan Harris telah gagal untuk mendapatkan kelulusan itu.

4 hari kemudian kerajaan kolonial mengisytiharkan "Kebencian mereka yang tinggi dan Pengharaman sesebuah Risalah berkenaan," yang lansung menamatkan penerbitan akhbar itu dan memenjarakan Harris. Mereka juga menuntut mana-mana individu atau kumpulan mendapatkan lesen sebelum mereka "Bertindak mencetak sesuatu."


Notis pengharaman dari Gabenor dan ahli-ahli majlis

Pihak Berkuasa telah mengutip dan memusnahkan setiap salinan Publick Occurence yang mereka boleh dapati. Satu-satunya salinan yang diketahui telah terselamat sekarang disimpan dan dipelihara di Perpustakaan British.

Dengan kejadian ini akhbar berbilang halaman pertama yang diterbitkan di Amerika turut menjadi yang pertama yang diharamkan dan ditamatkan penerbitannya oleh pihak berkuasa. Tindakan kerajaan ini agak berkesan kerana selepas pengharaman Publick Occurrences, orang ramai terpaksa menunggu sehingga tahun 1704 untuk akhbar kedua muncul di tanah kolonial itu dengan nama The Boston Newsletter.

Akhbar Publick Occurrences kini digunakan sebagai salah satu item dalam permainan video tahun 2015 bertajuk Fallout 4.

Proses percetakan di abad ke-17 :


Percetakan broadside :


Sejarah penerbitan surat khabar Amerika :


Pola penerbitan akhbar di Amerika 1690-2011 :


Akhbar Publick Occurrences dalam permainan video Fallout 4 :


Sumber :

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2016 08:54 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 25-9-2016 08:55 PM

25 September, 1956
Kabel telefon bawah air transatlantik pertama dirasmikan

TAT-1 atau TransAtlantic Telephone Cable System No 1 ialah kabel telefon bawah air yang menyeberangi lautan Atlantik menghubungkan Amerika Syarikat, Kanada dan London, yang merupakan kabel telefon transatlantik yang pertama di dunia dan ia telah dirasmikan pada 25 September 1956. Perasmian ini merupakan titik permulaan era moden komunikasi kabel.


Peta kabel laluan dari Oban, Scotland ke Clarenville, Newfoundland dan gambarajah topografi dasar laut

Sejarah teknologi kabel telefon bawah air :
Kabel telegraf transatlantik yang pertama telah dibina pada tahun 1858 oleh seorang ahli perniagaan Amerika bernama Cyrus West Field. Ia hanya beroperasi selama sebulan, tetapi telah digantikan dengan sambungan yang lebih baik pada tahun 1866.


Cyrus West Field (30 November 1819 - 12 Julai 1892)

Perkhidmatan telefon transatlantik berasaskan radio telah dimulakan pada tahun 1927, dengan pembayaran sebanyak £9 untuk perbualan selama 3 minit, kira-kira $45 USD pada zaman itu, atau kira-kira $550 USD pada nilai tahun 2010. Sistem itu mengendalikan kira-kira 300,000 panggilan setahun.

Walaupun kabel telefon telah mula dibincangkan pada masa itu, ianya adalah tidak praktikal sehinggalah beberapa kemajuan teknologi mula diperolehi sekitar tahun 1940an. Kemajuan teknologi yang membolehkan TAT-1 tercapai ialah penggunaan kabel coaxial (kabel sepaksi), penebat polietilena (polyethylene insulation) yang menggantikan getah perca, tiub vakum yang sangat kukuh untuk kegunaan repeater (pengulang) bawah air, dan kemajuan umum dalam peralatan carrier. Transistor tidak digunakan dalam sistem TAT-1 kerana ianya merupakan suatu ciptaan baru pada masa itu dan ketahanannya masih belum diketahui.


Type B coaxial cable, yang digunakan oleh TAT-1


Penebat polietilena (polyethylene insulation)


Tiub vakuum peringkat pertama dalam TAT-1


Tiub-tiub vakuum yang disambung menjadi repeater bawah air yang panjang untuk TAT-1

Pembinaan TAT-1 :
Perjanjian untuk membuat sambungan TAT-1 telah diumumkan pada 1 Disember 1953. Projek ini adalah satu kerjasama antara Pejabat Pos Besar di UK, syarikat American Telephone and Telegraph, dan Kanada Overseas Telecommunications Corporation. Perpecahan bahagian dalam skim ini adalah 40% British, 50% Amerika, dan 10% Kanada. Jumlah kos pembinaan adalah kira-kira £120 juta.


Transatlantic Link kerjasama London, Kanada dan Amerika Syarikat

Terdapat dua kabel utama, satu untuk setiap arah penghantaran. Setiap kabel telah dihasilkan dan ditempatkan dalam tiga bahagian, dua bahagian berperisai untuk kawasan air cetek, dan satu bahagian tengah yang berterusan sepanjang 1,500 batu nautika (2,800 km).


Perentangan kabel di kawasan air cetek di Oban, Scotland, 1955


Perentangan kabel di kawasan air cetek di Clarenville, Newfoundland, 1955


Perentangan kabel di kawasan air dalam

Repeater-repeater elektronik telah direka oleh Bell Telephone Laboratories di Amerika Syarikat dan alat-alat fleksibel ini dimasukkan ke dalam kabel pada jarak 37 batu nautika (69 km) setiap satu. Sejumlah 51 repeater telah diisi ke dalam kabel bahagian tengah.


Pemeriksaan repeater dibawah mikroskop

Kabel berperisai untuk bahagian air cetek telah dikilangkan tenggara London, di sebuah kilang di Erith, Kent, yang dimiliki oleh Kabel Submarine Ltd. Kilang ini dimiliki bersama oleh Siemens Brothers & Co, Ltd, dan The Telegraph Construction & Maintenance Company, Ltd.


Pembuatan kabel TAT-1


Penghasilan sambungan kabel di kilang

Kabel ini telah direntangkan pada musim panas tahun 1955 dan 1956, dengan majoriti kerja perentangan dilakukan oleh Her Majesty's Telegraph Ship, sebuah kapal kabel bernama Monarch.


Kapal telegraf, Monarch


Monarch merentang kabel di laut dalam


Mengharungi badai semasa proses perentangan kabel


Kerja perentangan kabel di atas kapal Monarch


Monarch disisir pantai merentang kabel di air cetek

Majlis perasmian :
TAT-1 telah dirasmikan pada 25 September 1956 dengan perbualan telefon tiga hala antara New York, Ottawa, dan London. Ramai tetamu kehormat mengambil bahagian dalam panggilan rasmi menerusi kabel telefon transatlantik yang pertama dalam generasinya ini. Acara ini telah dirakamkan oleh kamera-kamera televisyen yang turut hadir menyaksikan perasmian ini.


Presiden AT&T Frederick Kappel (kiri) dan Presiden AT&T Bell Telephone Laboratories Oliver Buckley sedang bersedia untuk bercakap dengan England pada majlis perasmian kabel telefon transatlantik pertama, 25 Sep 1956


Kulit depan kertas program yang diagihkan kepada para tetamu di majlis perasmian TAT-1

Majlis perasmian ini telah disiarkan oleh stesen radio Kanada CFCF of Montreal dari dewan jamuan Chateau Laurier Hotel di Ottawa. Siaran kira-kira 53 minit itu mengandungi kebanyakan perbualan telefon pertama tiga hala antara London, Ottawa, dan New York menerusi sistem TAT-1.


Suasana majlis perasmian TAT-1

Penggunaan TAT-1 :
Dirasmikan pada 25 September 1956, TAT-1 telah mengendalikan sebanyak 588 panggilan London-Amerika dan 119 panggilan London-Kanada dalam tempoh 24 jam pertama selspas dibuka sebagai perkhidmatan awam.

Lebar jalur (bandwidth) 36 saluran yang asal adalah 4kHz. Peningkatan kepada 48 saluran telah dapat dicapai dengan mengecilkan lebar jalur itu kepada 3kHz. Kemudian, 3 saluran tambahan telah dimasukkan melalui penggunaan peralatan C Carrier. TAT-1 mula menggunakan teknik time-assignment speech interpolation (TASI) pada bulan Jun 1960 dan ini berkesan meningkatkan kapasiti kabel dari 37 daripada 51 saluran yang disediakan, kepada jumlah 72 litar suara.

Selepas kejayaan TAT-1, beberapa kabel TAT lain telah dibina dan TAT-1 akhirnya berhenti digunakan pada tahun 1978.  Kabel coaxial yang dipasang kemudian sepanjang tahun-tahun 1970an, telah menggunakan teknologi transistor dan mempunyai bandwidth yang lebih tinggi.


Para operator mengendalikan switchboard untuk panggilan antarabangsa

Teknologi kini :
Semua sistem kabel bawah air kebelakangan ini menggunakan gentian optik (fiber optic) dan topologi cincin yang menyembuhkan diri (self-healing ring topology). Lewat abad ke-20, satelit komunikasi telah kehilangan sebahagian besar daripada trafik telefon Atlantik Utara mereka kepada kabel-kabel bawah air yang berkos rendah, berkapasiti tinggi, rendah kelewatan (low latency).


Kabel  TAT-1 (bahagian air cetek)


Contoh kabel berperisai gentian optik yang digunakan kini


Jaringan kabel-kabel bawah air zaman ini

Kelebihan ini hanya meningkatkan dari masa ke semasa kerana kemajuan kabel yang lebih ketat memberikan kelajuan yang lebih tinggi. Kabel-kabel generasi 2012 telah berjaya merendahkan lagi kadar kelewatan komunikasi transatlantik kepada nilai di bawah 60 milisaat. Maklumat ini adalah menurut Hibernia Atlantik yang telah mengeluarkan kabel seumpama itu pada tahun itu.

TAT-1 telah dinamakan IEEE Milestone pada tahun 2006.


Anugerah IEEE Milestone untuk TAT-1

Filem 1959 tentang kabel telefon bawah air transatlantik kedua :


Video merentang kabel telefon bawah air di San Francisco Bay :


Peta kabel bawah air yang menghubungkan internet zaman ini:


Video tentang kabel internet bawah air Google :

Sumber :

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 09:55 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 26-9-2016 09:57 PM

26 September, 1902
Levi Strauss meninggal dunia

Levi Strauss nama yang tidak asing lagi di dalam dunia fesyen, merupakan pengasas syarikat pertama di dunia yang mengeluarkan seluar jeans biru dengan jenama Levi Strauss, telah meninggal dunia hari ini pada tahun 1902 di umur 73 tahun.



Kehidupan awal :
Levi Strauss dilahirkan dengan nama Loeb Strauss di Buttenheim, di rantau Franconian Bavaria, Germany, pada 26 Februari 1829 kepada sebuah keluarga Yahudi Ashkenazi. Beliau adalah anak kepada Hirsch Strauss dan isteri keduanya Rebecca Strauss. Bapanya Hirsh dan ibunya Rebecca mempunyai 2 orang anak bersama-sama, sementara Hirsh mempunyai 5 anak hasil perkahwinan pertamanya kepada Mathilde Baumann Strauss yang meninggal dunia pada tahun 1822.


Rumah kelahiran Levi Strauss di Buttenheim


Rumah kelahiran Levi Strauss di Buttenheim, kini muzeum

Semasa tinggal di Bavaria, keluarga Strauss mengalami diskriminasi agama kerana mereka orang Yahudi. Kawasan mana mereka boleh hidup dan tinggal telah disekat dan cukai khas dikenakan ke atas orang-orang Yahudi.


Levi Strauss (26 Februari 1829 - 26 September 1902)

Penghijrahan ke Amerika :
Pada tahun 1846 semasa Loeb berumur kira-kira 16 tahun, bapanya Hirsch meninggal dunia akibat batuk kering. 2 tahun kemudian ibunya Rebecca, dan 2 adik beradiknya Fanny dan Maila berhijrah ke New York. Di sana, mereka disambut oleh Jonas dan Louis, abang-abang mereka yang telah pun berhijrah ke Amerika terlebih dahulu.

Di New York, Jonas dan Louis telah memulakan perniagaan borong barangan kering, yang dinamakan J Strauss Brother & Co. Loeb yang masih muda ketika itu segera bekerja bersama abang-abangnya dan mula belajar cara berniaga. Menjelang tahun 1850 dia dikenali di kalangan keluarga dan pelanggan sebagai dengan nama "Levi". Dalam bancian penduduk tahun itu, namanya telah dieja sebagai "Levy".

Kakaknya Fanny dan suaminya David Stern kemudian berpindah ke St Louis, Missouri. Levi pula berpindah ke Louisville, Kentucky, dan menjual barangan jualan abang-abangnya di sana. Pada bulan Januari 1853, Levi Strauss menjadi warganegara Amerika.

Gold Rush :
Emas mula ditemui di Coloma, California pada 1848. Penemuan ini telah memulakan fenomena California Gold Rush 1849 apabila ramai rakyat Amerika berpusu-pusu ke barat negara itu untuk mencuba nasib mereka. Levi juga tidak terkecuali. Pada awal tahun 1853, dia menuju ke San Francisco untuk menjual barangan kering kepada orang-orang yang terlibat dalam perdagangan perlombongan yang sedang berkembang maju itu. Levi menguruskan syarikat borong barangan keringnya sendiri selain bertindak sebagai ejen cawangan Pantai Barat Amerika untuk perniagaan abang-abangnya.


Iklan pengangkutan kapal ke San Francisco untuk menyertai Gold Rush

Syarikat Levi mengimport barangan kering seperti pakaian, pakaian dalam, payung, sapu tangan, bolt kain, dan menjualnya kepada kedai-kedai kecil yang banyak muncul di seluruh California dan kawasan barat California. Kedai-kedai kecil inilah yang membantu membekalkan pakaian kepada para pelombong Gold Rush dan juga keluarga-keluarga baru yang mula mengisi kawasan itu.

Setakat yang diketahui, alamat pertama di mana Levi menjalankan perniagaannya ialah di No 90 Sacramento Street. Nama syarikatnya ialah "Levi Strauss." Dalam tahun 1850an lokasi ini adalah satu kawasan yang sangat dekat dengan pantai, maka ianya sangat mudah untuk Levi menerima dan menjual barangan yang baru tiba dengan kapal dari abangnya Jonas di New York.


Keadaan pelabuhan San Francisco, 1850-1851

Pada tahun 1856 Levi memindahkan perniagaannya ke No 62 Sacramento Street dan kemudian ke No 63 & 65 Sacramento untuk menampung perniagaan dan reputasinya yang sedang berkembang. Pada masa ini abang iparnya David Stern, suami kepada Fanny menyertai syarikatnya. Pada tahun 1861 perniagaan Levi berpindah lagi, kali ini ke No 315 & 317 Sacramento Street, dan pada tahun 1863 syarikat itu dinamakan semula "Levi Strauss & Co." Kemudian pada tahun 1866 Levi berpindah ibu pejabat sekali lagi, untuk ruang yang lebih besar di No 14-16 Battery Street, di mana ia kekal selama 40 selepas itu.


Levi Strauss & Co di No 14-16 Battery Street

Perniagaan Jeans :
Pada tahun 1872, Levi menerima surat daripada Jacob Davis, seorang tukang jahit berbangsa Yahudi Latvia daripada Reno, Nevada. Jacob adalah salah seorang daripada pelanggan tetap Levi Strauss. Dia sering membeli bolt kain dari syarikat Levi untuk digunakan bagi perniagaannya sendiri.


Jacob Davis (1831-1908)

Dalam suratnya, Jacob bercerita tentang cara menarik dia membuat seluar untuk pelanggannya dengan cara meletakkan rivet logam di point-point ketegangan seperti sudut-sudut poket dan di kaki lubang butang. Dia membuat jahitan ini untuk menjadikan seluar lebih kukuh bagi lelaki-lelaki pekerja lasak yang merupakan majoriti pelanggannya.


Rivet-rivet logam diletakkan pada point-point ketegangan seluar jeans

Jacob mahu mempatenkan idea baru ini tetapi memerlukan rakan kongsi perniagaan untuk melancarkan ideanya. Jacob mencadangkan supaya dia dan Levi bersama-sama mendaftarkan paten dan berkongsi kosnya. Levi sangat berminat dengan idea dan cadangan Jacob, dan pada 20 Mei 1873, paten ini telah diperolehi oleh mereka berdua.


Paten No 139 121 yang diterima pada 20 Mei 1873

Dengan ini lahirlah fesyen jeans biru yang kita kenali hari ini.
Pada mulanya seluar-seluar yang dipanggil "waist overall" (kini dipanggil jeans) ini telah dibuat dengan kanvas yang berat. Syarikat Levi kemudian telah menukar fabriknya kepada kain denim yang telah dicelup biru untuk menyembunyikan kekotoran.


Para petani di Idaho mengenakan antara seluar jeans terawal Levi Strauss


Iklan seluar Levi's mempromosikan paten yang diterima


Iklan seluar Levi's untuk pekerja-pekerja lasak


Iklan seluar Levi's berpaten, sesuai untuk kerja-kerja lasak

Menurut beberapa laporan, pada mulanya Strauss telah mengupah tukang-tukang jahit yang menjahit dari rumah mereka. Dia kemudian membuka kilangnya sendiri untuk pengeluaran seluar-seluarnya. Jeans 501® yang dikenali pada masa itu sebagai "XX" segera menjadi produk yang paling popular dan meraih penjualan tertinggi, maka Levi dan Jacob menambah produk itu kepada barisan produk yang dikilangkan mereka.


Seluar jeans XX yang terawal


Tiket gerenti untuk setiap seluar jeans XX


Cop seluar XX berserta promosi paten


Suasana di kilang Levi Strauss

Tahun-tahun akhir kehidupan :
Menjelang akhir abad ke-19, Levi masih terlibat dalam kerja perniagaan seharian, walaupun dia telah membawa anak-anak buahnya ke dalam syarikat itu pada masa ini. Abang iparnya David Stern telah meninggal dunia pada tahun 1874 dan 4 anak-anaknya: Jacob, Sigmund, Louis dan Abraham, kini bekerja dengan bapa saudara mereka Levi.


Syarikat Levi Strauss & Co, 1880


Levi (kiri sekali) bersama keluarga

Pada tahun 1890, "waist overall" yang dikenali sebagai XX pada masa itu telah diberi nombor lot 501®. Anak-anak buah Levi telah menyertai syarikat Levi secara rasmi ketika ini. Walaupun masih aktif dalam perniagaannya, Levi mula memberi lebih tanggungjawab yang lebih kepada anak-anak buahnya yang bekerja di bawahnya.


Tag seluar XX yang kini bernombor lot 501

Pada minggu pada 22 September 1902 Levi mula mengadu tidak sihat tetapi pada Jumaat 26 September, dia berasa cukup sihat dan kuat untuk menghadiri majlis makan malam keluarga di rumahnya yang dikongsi dengan anak buanya Jacob Stern di Leavenworth Street. Malam itu dia bangun sebentar dari tidurnya dan memberitahu jururawat yang hadir bahawa dia berasa "seselesa yang mungkin dalam keadaannya." Kemudian dengan aman, dia menghembuskan nafasnya ang terakhir pada umur 73 tahun.

Kerana tidak pernah berkahwin dia meninggalkan perniagaannya kepada 4 anak buahnya, Jacob, Sigmund, Louis dan Abraham Stern, anak-anak kakaknya Fanny dan suaminya David Stern. Harta yang ditinggalkan Levi dianggarkan sekitar $6 juta pada masa itu, kira-kira $164 juta mengikut nilai USD pada tahun 2014.


Laporan akhbar mengenai kematian Levi Strauss

Levi Strauss telah dikebumikan di Colma, California.


Makam di mana Levi Strauss dan ramai ahli keluarnganya dikebumikan

Pengenalan ringkas Levi Strauss :


Sejarah Levi Strauss :


Seluar jeans tertua di dunia :


Sumber :



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2016 10:10 PM | Show all posts
26 September, 1982
Knight Rider ditayangkan buat kali pertama

Siri TV Knight Rider yang memaparkan watak Michael Knight lakonan David Hasselhoff sebagai hero melawan jenayah, dibantu oleh 'rakan'nya KITT, sebuah kereta berteknologi tinggi yang bijak dan boleh berkata-kata, telah menemui penonton pada 26 September 1982 menerusi siaran NBC.



Siri Knight Rider ditayangkan selama 4 musim, dari tahun 1983 hingga 1986, dengan jumlah 90 episod. Hampir setiap episod dimulakan dengan intro pembukaan yang berbunyi:
"Knight Rider, a shadowy flight into the dangerous world of a man who does not exist.
Michael Knight, a young loner on a crusade to champion the cause of the innocent, the helpless, the powerless in a world of criminals who operate above the law."

Pembukaan episod siri Knight Rider :


Premis cerita :
Selepas Detektif Leftenan Michael Arthur Long ditembak di muka dan hampir maut, jutawan Wilton Knight telah menyelamatkan detektif itu melalui pembedahan plastik. Wilton Knight kemudian memberikan Michael Arthur Long identiti dan nama baru: Michael Knight.


Jutawan Wilton Knight

Wilton menjadikan Michael ejen utamanya dalam program perintis organisasi keadilan awam yang ditubuhkan oleh Wilton, Foundation for Law and Government (FLAG). Separuh lagi daripada isi program perintis ini ialah Knight Industries Two Thousand (KITT), sebuah Pontiac Firebird Trans Am yang telah diubahsuai dengan teknologi maju dan ciri-ciri baru termasuk bingkai dan salutan luar yang sangat tahan lasak, dan kalis musnah. Kereta ini dikawal oleh komputer berkecerdasan buatan manusia. Michael dan Kitt dibawa masuk ke dalam situasi di mana "tindakan secara langsung mungkin satu-satunya penyelesaian yang boleh dilaksanakan".


Michael Knight dan KITT sedang beraksi

Ketua FLAG ialah Devon Miles, orang yang akan memberikan Michael arahan dan bimbingan. Ketua jurutera yang bertanggungjawab menjaga KITT ialah Dr Bonnie Barstow. Dia juga bertugas sebagai pembantu teknikal untuk Devon Miles.


Michael Knight, Devon Miles dan Dr Bonnie Barstow

Setiap episode Knight Rider akan mengisahkan pengalaman dan pancaroba yang dihadapi oleh kumpulan ini, Michael Knight dan KITT terutamanya, dalam menentang jenayah.

Barisan pelakon :
David Hasselhoff sebagai Michael Knight. Dengan identiti barunya Michael Knight telah disediakan dengan peralatan teknologi tinggi untuk memerangi jenayah, termasuk kereta pintar yang dinamakan KITT.


David Hasselhoff sebagai Michael Knight, dengan kereta pintarnya KITT

David Hasselhoff juga memegang watak Garthe Knight, anak Wilton Knight yang sekian lama terpisah dari ayahnya. Garthe juga merupakan dalang penjenayah yang memandu Goliath, sebuah traktor semi trak treler yang bersenjatakan roket dan dilindungi oleh lapisan molekul tahan lasak sama seperti KITT setelah formula itu dicuri oleh Elizabeth Knight, janda Wilton.


David Hasselhoff sebagai Garthe Knight, sedang memandu Goliath


Traktor semi trak treler Goliath yang dipandu Garthe Knight

William Daniels memegang watak sebagai suara KITT, kereta pintar yang bekerjsama dengan Michael Knight.


William Daniels


Kereta pintar KITT

Video KITT dikejar Goliath :


Edward Mulhare sebagai Devon Miles, ketua FLAG. Devon Miles muncul dalam hampir setiap episod, memberikan butiran misi untuk Knight dan Kitt. Dia juga merupakan jurucakap FLAG apabila organisasi itu menjadi mangsa siasatan dan kritikan.


Edward Mulhare sebagai Devon Miles

Richard Basehart sebagai Wilton Knight, pencipta FLAG, yang mati dalam episod pertama. Suara Basehart bagaimanapun digunakan pada bahagian pembukaan dan penutup setiap episod sepanjang siri ini berjalan.


Richard Basehart sebagai Wilton Knight

Muzik tema :
Muzik tema Knight Rider telah digubah oleh Stu Phillips dan Glen A. Larson. Selain dari muzik tema, muzik yang digunakan dalam siri ini telah digubah secara kerjasama oleh Stu Phillips, Don Peake, dan Glen A. Larson.


Salinan muzik tema Knight Rider oleh Stu Phillips


Stu Phillips


Don Peake

Produksi :
Siri ini diterbitkan oleh Glen A. Larson, seorang penerbit dan penulis siri televisyen Amerika. Siri lain terbitannya juga termasuk siri siasatan Magnum PI dan siri sains fiksyen Battlestar Galactica.


Glen A. Larson (3 Januari 1937 - 14 November 2014)

Kereta yang menjadi bintang dalam siri Knight Rider ini, KITT, adalah sebuah kereta Pontiac Firebird Trans Am model sport 1982 yang telah diubahsuai dengan menelan belanja sebanyak USD $100,000 (bersamaan dengan kira-kira USD $245,000 pada nilai tahun 2014).


Katalog Pontiac Firebird Trans Am model sport 1985


Pontiac Firebird Trans Am model sport 1985

Bahagian hadapan kereta, dash dan hiasan dalaman lain kereta itu telah direka oleh perunding reka bentuk Michael Scheffe.


Michael Scheffe dan rekaan hiasan dalaman KITT


Voice equalizer KITT


Hiasan dalaman KITT dalam musim pertama dan kedua

Selepas tamat penayangannya, siri Knight Rider telah diedarkan dalam bentuk DVD, Blu-ray dan kini boleh ditonton melalui kaedah streaming Hulu dan Netflix. Terdapat juga filem televisyen dan filem spinoff dan sekuel Knight Rider seperti Knight Rider 2000, Knight Rider 2008, Knight Rider 2010, Team Knight Rider dan sebagainya, tetapi satu pun tidak mendapat sambutan sehebat siri asalnya yang ditayangkan pada tahun 1980an ini.


Knight Rider Season 1 DVD


Knight Rider Season 2 DVD

Video dokumentari Knight Rider :

Sumber :


Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 12:01 PM | Show all posts
7 Mar, 1876 - U.S.A. Patent For The Telephone
7th March, 1876 : Alexander Graham Bell receives a patent for his revolutionary new invention the telephone.

The Scottish-born Bell worked in London with his father, Melville Bell, who developed Visible Speech, a written system used to teach speaking to the deaf. In the 1870s, the Bells moved to Boston, Massachusetts, where the younger Bell found work as a teacher at the Pemberton Avenue School for the Deaf. He later married one of his students, Mabel Hubbard.

While in Boston, Bell became very interested in the possibility of transmitting speech over wires. Samuel F.B. Morse’s invention of the telegraph in 1843 had made nearly instantaneous communication possible between two distant points. The drawback of the telegraph, however, was that it still required hand-delivery of messages between telegraph stations and recipients, and only one message could be transmitted at a time. Bell wanted to improve on this by creating a “harmonic telegraph,” a device that combined aspects of the telegraph and record player to allow individuals to speak to each other from a distance.

With the help of Thomas A. Watson, a Boston machine shop employee, Bell developed a prototype. In this first telephone, sound waves caused an electric current to vary in intensity and frequency, causing a thin, soft iron plate–called the diaphragm–to vibrate. These vibrations were transferred magnetically to another wire connected to a diaphragm in another, distant instrument. When that diaphragm vibrated, the original sound would be replicated in the ear of the receiving instrument. Three days after filing the patent, the telephone carried its first intelligible message–the famous “Mr. Watson, come here, I need you”–from Bell to his assistant.

Bell’s patent filing beat a similar claim by Elisha Gray by only two hours. Not wanting to be shut out of the communications market, Western Union Telegraph Company employed Gray and fellow inventor Thomas A. Edison to develop their own telephone technology. Bell sued, and the case went all the way to the U.S. Supreme Court, which upheld Bell’s patent rights. In the years to come, the Bell Company withstood repeated legal challenges to emerge as the massive American Telephone and Telegraph (AT&T) and form the foundation of the modern telecommunications industry.

source:  www.history.com/this-day-in-hist ... tents-the-telephone

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 03:55 PM | Show all posts
day2 replied at 15-5-2013 09:52 PM
In 15 May 1800, President John Adams ordered the federal government to be moved to Washington, D.C.
...

<a href="http://www.adidasnmdsales.us/"><b>Adidas NMD</b></a><br />
<a href="http://www.nike-airmax90.com/"><b>Nike Air Max</b></a><br />
<a href="http://www.running-shoes.top/"><b>Running Shoes</b></a><br />
<a href="http://www.starboots.us/"><b>StarBoots</b></a><br />
<a href="http://www.michael-kors-bags.us/"><b>Michael Kors</b></a><br />
<a href="http://www.yeezy-outlet.us/"><b>Yeezy</b></a><br />
<a href="http://www.asics.us.com/"><b>Asics</b></a><br />
<a href="http://www.coach-online.us/"><b>Coach</b></a><br />
<a href="http://www.timberland-outlets.org/"><b>Timberland </b></a><br />
<a href="http://www.sunglasses--oakley.us/"><b> Oakley </b></a><br />
<a href="http://www.jordan-air.us/"><b> Jordan </b></a><br /><a href="http://www.adidasnmdsales.us/"><b>Adidas NMD</b></a><br />
<a href="http://www.nike-airmax90.com/"><b>Nike Air Max</b></a><br />
<a href="http://www.running-shoes.top/"><b>Running Shoes</b></a><br />
<a href="http://www.starboots.us/"><b>StarBoots</b></a><br />
<a href="http://www.michael-kors-bags.us/"><b>Michael Kors</b></a><br />
<a href="http://www.yeezy-outlet.us/"><b>Yeezy</b></a><br />
<a href="http://www.asics.us.com/"><b>Asics</b></a><br />
<a href="http://www.coach-online.us/"><b>Coach</b></a><br />
<a href="http://www.timberland-outlets.org/"><b>Timberland </b></a><br />
<a href="http://www.sunglasses--oakley.us/"><b> Oakley </b></a><br />
<a href="http://www.jordan-air.us/"><b> Jordan </b></a><br />
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 08:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.275249 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list