CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

   Close [Copy link]
Post time 3-6-2016 04:07 PM | Show all posts
harap2 jgn jadi cam cite si hizam tu ....amylia ke  tajuk dia.
jgn marah k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2016 04:54 PM | Show all posts
awanearisu replied at 31-5-2016 09:26 PM
gambar hiasan lagi. Random pics

aku terbayang tanggu tu yg menuju ke tokong, gambar rumah black & white tu rumah mayat yg diaorg duduk..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 05:18 PM | Show all posts
Edited by k_a_a at 3-6-2016 05:23 PM

Menanti update.... huh... dah tak sabar ... kekekeke....
Yang membuatkan cerita2 TT ni Ultra-BEST ialah kerana berdasarkan kisah benar yg dirakam... (cerita sapa tu Hizam yg dicelup-celup dari pelbagai cerita tu pun hebat)... dan diceritakan dgn penulisan yg kemas & bebas tulisan2 SMS (eg "xminx = tak mintak") yg menjengkelkan...

Aku saran kalau boleh MOD buat "award" hujung tahun la, org boleh kasi vote (rp tertentu) supaya penulis mcm TT ni diberi pengiktirafan & bertambah motivasi .

Comments

Machih dengan cadangan.. Insya Allah.. Boleh  Post time 5-6-2016 10:44 AM
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 05:27 PM | Show all posts
Malam nie citer The Exorcist chanel 729.
Best gak crita nie..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 06:03 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 3-6-2016 06:14 PM

Misteri Yurizawa (Bahagian VI)

Semakin dalam mereka masuk ke dalam hutan mengikut rantai besi tersebut, makin mencabar perjalanan mereka. Tumbuh-tumbuhan makin tebal dengan pokok-pokok gergasi yang banirnya boleh memuatkan dua orang dewasa. Rozman dan Lily berhenti apabila rantai besi menembusi hutan di cerun bukit yang curam. Perut lapar, dahaga dan kepenatan melampau, Rozman tak berdaya nak mendaki cerun di depannya.

"Take 5, take 5 Rosh, I can't take it anymore" Kata Lily terbaring kepenatan.

Rozman turut berbaring di lantai hutan. Lily dah tertidur di sebelahnya. Rozman menelan seberapa banyak air liur yang boleh. Tekaknya kering kontang. Kelopak mata terasa berat, dikelip-kelipkan mata untuk menahan diri dari tertidur tapi tubuhnya terlalu lesu. Dengan secebis tenaga yang tinggal dia menggapai tangan Lily dan memegang dengan erat. Tak kira apa yang berlaku, dia takkan lepaskan Lily, never ever let her go, never ever...never...

ZZZzzZZZzzzzzZZzzzzzzz...

Rozman sedar dengan objek berwarna perang depan mata. Rupanya masa dia terlelap, daun-daun kering berguguran melitupi seluruh tubuh badannya. Lily pula terbenam terus dalam rimbunan daun kering. Gila, berapa lama dia terlelap? Tangannya yang masih erat memegang Lily dah naik kebas. Dengan sebelah tangan, Rozman struggle untuk berdiri kerana lagi sebelah masih semut-semut. Vertigo. Kepalanya pusing dan dia terdesak perlukan air. Rozman kejutkan Lily tapi gadis itu cuma mengerang. Sewaktu dia pegang kepala Lily, terasa berbahang di dahi. Dilihatnya wajah Lily pucat dengan bibir mengigil-gigil. Demam pulak dah...

Rozman membantu Lily bangun. Lily muntah air dan terjelepok ke tanah. They won't make it to hike the hill jadi Rozman papah Lily mengelilingi cerun tersebut. Mesti ada opening somewhere.

Terdengar suara orang berborak. Sayup-sayup tapi dengar jelas butirannya, dan seakan cam suara itu. Rozman seperti disuntik adrenalin dan mendukung Lily dan berlari anak ke arah suara itu.

Mereka tiba di sebuah tokong beratap merah. Dari keusangan tokong, ternyata sudah lama ditinggalkan. Suara lelaki dan perempuan berborak kedengaran di sebalik tokong. Rozman memang cam sangat suara si lelaki, dia sandarkan Lily yang dah tak separuh sedar ke dinding tokong sebelum memanggil...

"Gunma? GUNMA! It's me Roshi!" Laung Rozman sambil lari mengelilingi tokong itu.

"ROSSSSHIIIIIIII" Jeritan nickname Rozman bergema ke seluruh kawasan hutan.

Rika menyambut kedatangan Rozman dengan senyuman dan tangisan. Mereka berpelukan lebih kurang dan minta bantu Lily di belakang. Rika berlari pergi ke Lily manakala Rozman ke depan tokong dimana suara Gunma kedengaran.

Gunma duduk di tangga tokong dengan kaki berikat dua batang kayu. It looks bad. Rika muncul di sebelah tiang memapah Lily yang lemah dan dibantu Rozman untuk berbaring atas some kind of small balcony. Rika kembali dengan bekas berisi air. Walaupun rasanya payau, Rozman melahap air dalam bekas tersebut sepuas-puasnya.

"What happened? Where are Kentaro and Kitaura?" Tanya Rozman kepada Gunma.

Gunma teragak-agak untuk menjawab. Mungkin tak tahu nak mula kat mana.

"Kitaorang sesat, Gunma jatuh dalam gaung dan the guys pergi cari bantuan semalam sampai sekarang tak muncul-muncul" Kata Rika tenang sambil membantu Lily minum.

So cerita group Kentaro begini...

Sebenarnya rumah group Kentaro bukan sebelah ladang kobis yang group Yamazaki sangkakan. Rumah diaorang dekat belakang lagi berhampiran terowong. Technically memanglah sebelah rumah Yamazaki tapi kalau mengarah ke utara lah. Mungkin they missed it masa mencari tempoh hari sebab kena pergi dekat terowong baru nampak rumah tu.

Selepas gangguan malam pertama, keesokan harinya mereka minta tukar rumah dan dapat this one house di kawasan hujung kampong. Dari rumah tu dengar clear bunyi air terjun. Semua gatal nak pergi berendam jadi mereka devised plan macam mana nak pergi ke air terjun tersebut. Mereka guna alasan untuk check air terjun sebagai persediaan membaiki sistem pengairan. Untuk lebih menyakinkan, mereka akan tabur all these engineering whatever jargons so that Yumiko tak boleh nak counterback.

Hari yang sepatutnya mereka mula aktiviti, instead of repairing people house, diaorang ni pindah masuk dan bersihkan rumah baru. Since Yumiko pun ada time tu, mereka pun kelentong pasal preliminary check kat air terjun tu. Sudah tentu Yumiko-san tak bagi. Lagi mereka cuba justified, lagi keras larangan Yumiko-san, sehinggalah mereka ugut kalau macam tu sampai hujung minggu ni aja lah kitaorang kat kampong ni. Yumiko beralah.

"Okay kalau korang nak sangat besok aku bawa tapi kena awal-awal pagi sebelum breakfast"

Yumiko meninggalkan rumah group Kentaro. Girang gembira semua bila dapat tahu besok dapat berendam. What is it about Japanese and waterfall that many of them are super excited? Hell I don't know. Malam itu semua tidur dengan lena despite the usual pelikness berlaku di luar rumah.

Keesokan harinya, mereka bangun awal dan seperti dijanjikan Yumiko-san dah tunggu depan rumah. Mereka ramai-ramai masuk hutan dengan Yumiko-san sebagai guide. Kata Gunma, Yumiko-san tak bersuara langsung pagi itu.

Seperti apa yang dialami group Yamazaki, group Kentaro dengar bunyi deruan air tapi tak sampai-sampai ke air terjunnya. Yumiko pula makin jauh ke depan. Bila suruh tunggu, buat tak tahu je. Sampailah Yumiko benar-benar hilang dari pandangan mereka.


Group Kentaro melaungkan nama Yumiko tapi tiada jawapan. Memang sah lah Yumiko sengaja meninggalkan mereka dalam hutan. Kentaro cuba bawa kumpulannya keluar dan mereka seperti putar-putar ke tempat yang sama, atau tempat lain tapi tak dapat bezakan kerana semua arah sama je rupanya.


Tengah kalut mencari jalan keluar, empat ekor babi hutan keluar entah dari mana mengejar mereka. Tengah lintang pukang menyelamatkan diri, mereka lompat kedalam gaung berdekatan tapi malangnya Gunma mengalami kecederaan di kaki kiri. Mereka terperangkap dalam gaung tersebut di kepung tapi babi-babi hutan itu hanya merenung mereka. Kata Gunma lagi, mata-mata babi hutan tu merah menyala. Dengusan babi hutan itu pula seperti taking their own sweet time untuk terkam mereka.


Lepas beberapa saat, babi-babi hutan berlalu pergi meninggalkan mereka. Semua menghela nafas lega tapi masalah mereka tak selesai lagi. Matahari dah tegak atas kepala dan perut berbunyi. Kitaura cuba usha keadaan sekeliling dan terjumpa sebuah tokong tinggal. Perfect untuk berteduh ditambah pula ada perigi kat depan tokong tersebut. Iya rasa airnya pelik tapi lebih baik dari tiada air langsung.


Mereka bertukar-tukar pengalaman. Pasal air terjun, pasal rantai besi kat tengah hutan, pasal kehilangan Yamazaki, Sonoko dan Yumi pagi tadi. It's a tough heart to heart talk tapi mereka terlalu letih untuk embrace the mixed feelings.


"Wait..." Kata Rozman.

"Kalau korang stuck kat sini dari pagi kelmarin, so siapa yang kitaorang jumpa kat balairaya tengahari tu"

Mereka cerita pasal Koyuda bersaudara, atuk nampak group Kentaro masuk hutan dari rumahnya, Harupa and so on.

Gunma dan Rika cakap obviously itu bukan mereka. Mengenangkan all the weird shit mereka dah lalui, Rozman tak terkejut pun.

"Harupa...heh" Kata Gunma dengan sinis.

"Rumah korang tak kena ke? Kan ada orang-orang kampong datang berbisik ke lantai masa first day, ingat tak? Mesti rumah korang pun ada mangkuk ayun tu kan"

"Tak pula It just that masa kat rumah, mereka ada tanya kenapa korang (group Yamazaki) ambil rumah sebelah tangga ke tokong? Rumah tu actually tempat penyediaan mayat untuk dibakar dan berhantu"

"Lepas tu apa korang cakap?" Tanya Rozman lagi.

"Kitaorang gelak je lah. Bagitau atuk nenek tu yang kitaorang mana percaya hantu setan ni semua. So, mungkin sebab tu mereka tak bagitau korang pasal Harupa masa ziarah tempoh hari. Tak nak kena gelak"


"Kau ni relax je aku bagitau pasal Harupa. That motherf*cker is scary man"

"Yeah, aku tau, kalau kat rumah kau tu ada sekor je, ni ha kat area tokong ni, macam zoo!" Kata Gunma separa berseloroh.

Rozman tercengang. Apa maksud kau Gunma?

"We'll see tonight" Jawab Gunma.

Rozman mengeluh panjang. Tak sampai seminggu mereka di Yurizawa, Yamazaki, Sonoko dan Yumi hilang, Kentaro dan Kitaura tak tahu kat mana, Gunma patah kaki, Lily demam, satu group sesat dalam hutan, hampir tiap malam kena deal dengan hantu raya siapa tah dan malam ni sekali lagi nak berdepan dengan Harupa cilanat.

Kicauan sekawan burung pulang ke sarang di langit menandakan hari nak malam.

"Kalau korang nak membuang, baik buat sekarang. Bila dah malam, you won't have that chance. Trust me" Kata Gunma serius.

(bersambung)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 3-6-2016 05:03 PM
Misteri Yurizawa (Bahagian VI)

Semakin dalam mereka masuk ke dalam hutan mengikut rantai besi ter ...

Mak aih...semua sesat kiranys tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2016 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeaa...dh ada sambungan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
seko harupa pun dh seram... berpuluh2 harupa......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2016 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
excited tggu sambungan..btambah seram plak bila imagine rupa harupa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeahhh...ada suda sambungan Yurizawa...tq Mr Damm.......keep good writing...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Yaaayyyyy...dah ada sambungan...terima kasih enche' damm..macam biasa cerita best dan mudah difahami..tak sabar nak tunggu part seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dam is great.
Dam is the best. (Bodek)
hoyeahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestt tak sabar tunggu sambungan nya
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestt tak sabar tunggu sambungan nya
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 11:06 PM | Show all posts
Anak harommmmm.. Banyak gila peak/suspen citer ni. Wow..

Kalu citer hantu melayu plg berat pun 2,3 twist/peak. Citer Rozman ni dah mmg terbaik damm. Walaupun ko ckp dia punya recording tak best, terima kasih sbb sudi tulis.

Terbaik bang..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 11:18 PM | Show all posts
fuhhhh best gila cerita Yurizawa nih. Tetiba terkenangkan game Siren Blood Curse pulak. hahahah. Keep it up bro Dammerung!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2016 12:08 AM | Show all posts
yess dah ada sambungan.. diorang excited nak pi air terjun sebab nak mandi kot.. bukan ke siri sebelum ni ada mention diorang dok kat kampung tu tak mandi? belengas kot..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2016 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 teringt zaman muda2 dl komik penyiasat remaja ngn conan
.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2016 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Menanti dgn penuh kesabaran dan debaran utk sambungan Yurizawa seterusnya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2016 09:06 AM | Show all posts
WoW makin menarik citer nie

HARUPA pulak makin galak dapat mainkan budak2 yg dh sesat tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.409246 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list