CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mummychiaz

Meh la Share Resepi Makanan Untuk Baby.

  [Copy link]
Post time 24-8-2011 08:13 AM | Show all posts
Reply  lissa


    baby lissa umur berapa bln?
mcm mana nak wat pasta tu
nak try gak
dedaun85 Post at 23-8-2011 14:20



   daun..baby umur 11 bulan.
   U kena beli baby pasta tau. Bukan pakai pasta yang kita makan tu. Baby pasta ader jual kat bahagian baby food. For 7 months and above.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2011 09:31 PM | Show all posts
salam mommies..

tumpang tnya ye.my bby nk msk 6 bln da.sy perlu bg apa ye?puree trus ke beras perang dlu?sy pening ni.xtau nk start mne dlu.sblm ni,sy try la beli nestum beras (just nk try je)tp dia cm xmo je.sy nekad nk bt sndri.tp sy xtau nk mula mne dlu.plsss tolong sye.share resepi ngn sye.sharing is caring.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2011 11:18 AM | Show all posts
[quote]salam mommies..

tumpang tnya ye.my bby nk msk 6 bln da.sy perlu bg apa ye?puree trus ke beras per ...
sekati Post at 10-9-2011 21:31 [/quote


salam...
my bb da 6 bln++ la...
saya bg bubur yg di blend or lecek pada bb saya...
nestum masa mula2 je dia nak pastu skang ni cam xmau lg da...
kalo ptg2 nak saya bg dia biskut rusk...
bubur kadang saya campur ikan, ayam, daging n ikan bilis + sayur...tukar2 selang 2hari...
ari ni cuba bg kentang lenyek...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2011 11:41 AM | Show all posts
My baby dah setahun last week. Skang ni dia dah x mau makan bubur..nestum or yang lembik2 ni.

Dia nak makan nasi mcm org2 besar. Nak nasi letak sup...nasi semata pun ok.

Kalau bagi bubur or yang lembik2 ni dia luek balik or sembur.

Ok ke bagi dia nasi x lenyek?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 11:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by eyradanira at 27-9-2011 11:35

bby eyra pun dh masuk hampir masuk setahun,dh mula menunjukan rasa muak dng nasi lembik,eyra dh try nasi keras cam org dewasa makan+ayam goreng,ok laju ja makan n baru nk mula mengunyah sebelum ni main telan ja..tp bby eyra xtumbuh gg lagi 2 yg risau nk bagi nasi keras..bila boleh eyra berikan makanan keluarga kat bby eyra,kena tuggu tumbuh gg dulu ka...keliru sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 12:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by eyradanira at 28-9-2011 12:22

baby eyra dh setahun,boleh xlagi baby eyra minum susu badam+kurma..kenalan eyra bagitahu bagus untuk perkembangan otak..kalau diamalkan minum..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2011 02:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by ask_2207 at 4-10-2011 11:25

Sarah cuba buat chicken nugget utk baby (umo dah 1 thn 2 bln) since dia suka sgt makan nugget mekdi tu. Since bahaya kalau bagi selalu, so better buat sendiri. Senang aje.

Bahan2 :

1) Isi ayam (kalau boleh 1 bahagian dada, 1 bahagian thigh) - cincang halus

2) 1 biji telur

3) 2-3 sudu besar tepung jagung (depending on size telur, kalau telur besar, adunan mungkin cair so kena letak byk tepung supaya tak lembik sgt)

4) Garam (secubit) + paprika/pepper (siiiiikiiiiit aje) nak kasi hilang hanyir ayam.

5) Gaul rata & buat bentuk nugget dan shallow fry <-- adunan mmg mcm lembik sket, sbb tu kena shallow fry aje.

6) Serve.

7) Optional : boleh letak hirisan daun sup + bawang just to have variety. My baby sental je.

Kalau buat meat ball, sarah tukar ayam dgn mince meat, tp jgn letak byk2 sgt tepung, kenyal sgt nanti meatball.

Selamat mencuba!

Btw, resipi ni boleh juga guna masa buat chicken soup sebagai chicken ball. Tambah noodle/pasta, dah jadi mi sup.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 09:59 AM | Show all posts
Reply 887# ask_2207


   Menarik ni..nak try la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2011 02:59 PM | Show all posts
nk share resepi yg aku dh kumpul 2thn yg lepas

PURI KAROT
sebtg karot
air secukupnya utk merebus

cara membuatnya;
Buang kulit lobak merah dan potong kecil2.
Rebus sehingga empuk.
Setelah empuk, kisar hingga halus.
Utk mencairkan puri, tambah sedikit air masak.]
Sedia utk dihidang.

PURI NASI
Segenggam kecil beras
Air secukupnya utk memasak nasi bubur.

cara membuatnya;
Cuci bersih beras dan masak menjadi bubur.
Kemudian kisar halus bubur tersebut.
Sedia utk hidang.

PURI BROKOLI
Sepokok brokoli bersaiz sederhana.
Air masak secukupnya.

Cara membuatnya;
Potong kecil brokoli dan bersihkan.
Untuk melembutkannya, anda bolehlah rebus sebentar atau kukus.
Setelah lembut, kisar brokoli dengan sedikit air masak sehingga hancur.
Sedia utk dihidang.

PURI EPAL

buah epal tu..tp kena ambik epal merah je..pastu potong cam dadu..then rebus bg dia empuk.Lepas tu blend ler..based on buku tu, dia kata bg baby from 6 months, bg kasar sikit..kalau from 5 - 6 momths..kena bg halus betul2..epal tu leh jugak ganti ngan keledek, kentang, carrot, pir. Tp mcm baby mysuria ni kalau epal...laju je dia makan..mmg tak cukup.Nak tambah kang, dah banyak..cuba la..tgk mcmmana yur baby nanti..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 03:04 PM | Show all posts
My baby dah setahun last week. Skang ni dia dah x mau makan bubur..nestum or yang lembik2 ni.

Dia ...
lissa Post at 26-9-2011 11:41


ns lenyek ok je lissa. msk ns lembik2 skit.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 03:28 PM | Show all posts
Weekend aritu buat baby pasta untuk ammar.

Campurkan ayam + carrot + baby corn then taburkan chee ...
lissa Post at 23-8-2011 13:24


bg la resepi detail sket..sharing is caring
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 03:31 PM | Show all posts
ni resepi drpd pa&ma

200gram keledek
2 sudu mkn susu tepung
1 sudu teh mentega
secubit serbuk kayu manis
air secukupnya utk merebus

Cara2:-
1. Buang kulit keledek dan bersihkan
2. Potong dadu lekedek & rebuskan hingga empuk. Tos airnya
3. Campur susu tepung pada keledek yg dah empuk
4. Lenyek @ kisar keledek hingga hancur
5. Tambah sedikit serbuk kayu manis dan kacau
6. Sedia utk di makan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 03:32 PM | Show all posts
SUP PASTA
100 ml susu segar
400 ml air 200 g jagung ala krim
4 camt tepung jagung + 2 camb air (larutkan)
200 g isi ayam, dikiub halus, direbus simpan airnya
70 g pasta aneka warna, direbus lembut
1 biji telur

Jerang air, susu dan jagung hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata hingga mendidih (jika terlalu pekat, tambah sedikit air panas/air rebusan ayam). Campurkan dengan pasta dan isi ayam. Pukul telur dan satukan ke dalam periuk. Kacau hingga telur masak kemudian angkat dan biar suam sebelum disajikan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 03:35 PM | Show all posts
BIJIRIN SIHAT
1 hiris betik
2 biji pisang emas
2 camb oat segera } dikisar halus
3 camb cornflakes }
2 camb serbuk barli
100 ml air suam
80-100 ml susu segar

Satukan oat, cornflakes, barli dan air suam. Biar 1 jam. Kisar betik dan pisang, masukkan bijirin rendam tadi dan tambahkan susu. Boleh diminum (jika agak cair) atau dimakan dengan sudu seperti puding. Boleh juga dicicah dengan biskut dll.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 03:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by akudancinta at 5-10-2011 15:55

cilok dr pa&ma..tuk 1year above..kang klu ada ank gatal2 sbb alergik jgn cari acik ye

omelet enak.
BAHAN-BAHAN :

1 sudu besar minyak masak
2 biji telur
5 sudu besar sayur campur
1 batang sosej dihiris nipis
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK
1. Panaskan kuali leper di atas api yang sederhana. Setelah panas, masukkan minyak
masak. Biarkan sehingga minyak betul-betul panas. Sementara itu sediakan sosej yang dihiris nipis. Kemudian, sediakan sayur campur seperti kubis bunga, putik jagung dan brokoli. Hiris nipis nipis kesemua sayur tersebut.
2. Pecahkan telur di dalam bekas lain terlebih dahulu. Kemudian campurkan sosej yang sudah dihiris terlebih dahulu. Kemudian masukkan sayur campur dan secubit garam. Kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan ke dalam kuali yang sudah panas dan biarkan sehingga bahagian bawahnya berwarna keemasan. Kecilkan sedikit api.
4. Kemudian, terbalikkan telur tadi dan biarkan selama kira-kira satu minit. Setelah kedua-duanya belahnya kekuningan, segera angkat dan masukkan ke dalam piring. Hal ini penting supaya telur anda tidak terlalu garing hingga menghilangkan khasiat di dalamnya.
5. Potong telur tadi mengikut ukuran yang anda ingini. Kemudian, susun bertingkat ke atas pinggan. Hiaskan mengikut kreativiti anda.
6. Hidangkan dengan sos tomato atau pun mayonis. Anak anda pasti menggemari rasanya dan teksturnya yang pelbagai. Walau pun hidangan ini mudah disediakan namun, ia merupakan hidangan yang lengkap. Sertakan sekali secawan susu untuk si kecil.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 03:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by akudancinta at 5-10-2011 15:53

PASTA ayam chunky-pa n ma jugakk

BAHAN-BAHAN :

125 gm pasta (direbus dan diketepikan)
Mentega secukupnya
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dicincang halus)
200 gm isi ayam (dipotong kecil)
100 gm krim
cawan susu segar
30 gm cendawan butang (dihiris nipis)
Garam secukupnya

CARA MEMASAK
1. Rebus pasta sehingga lembut. Tapis dan ketepikan sementara anda menyediakan sosayam chunky.
2. Basuh isi ayam tanpa tulang. Kemudian potong kecil-kecil. Atau anda oleh beli isi ayam hancur yang terdapat di pasaraya. Di samping itu, bawang putih dan bawang besar hendaklah dikupas dan dibersihkan sebelum dicincang halus. Gunakan pisau pemotong daging untuk memudahkan kerja-kerja mencincang.
3. Panaskan kuali dengan api sederhana. Cairkan mentega dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
4. Masukkan isi ayam dan kacau hingga sebati. Pastikan isi ayam masak (jika ia masih merah bererti ayam itu belum masak).
5. Sewaktu menanti ayam masak, anda bolehlah menyediakan cendawan butang. Hiris cendawan itu nipis-nipis.
6. Setelah isi ayam empuk, masukkan susu segar, krim dan cendawan butang secara bergilir-gilir. Kacau rata. Pastikan api tidak terlalu besar.
7. Masak sehingga pekat. Kemudian, barulah dimasukkan garam secukup rasa. Garam tidak boleh dimasukkan terlalu awal kerana sos mungkin akan termasin setelah ia semakin pekat.
8. Hidangkan bersama pasta. Anda boleh menaburkan sedikit keju parut atau serbuk jika mahu. Hiaskan dengan daun pudina.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2011 03:49 PM | Show all posts
Salmon panggang bersos
nk buat tuk ank boleh je tp lada itam tu kasik buang


BAHAN-BAHAN :

2 helai daun selasih/bay (dihiris nipis)
2 keping isi ikan salmon
1 sudu makan mentega
&#189; cawan krim sup
Jus daripada &#189; biji lemon
&#189; sudu teh lada hitam
&#189; sudu teh kulit lemon
&#189; sudu besar herba campuran

CARA MEMASAK
1. Ambillah dua keping isi ikan salmon dan cuci bersih-bersih. Ikan perlulah dicuci bersih untuk menghilangkan rasanya yang sedikit hanyir.
2. Setelah ikan bersih, pangganglah ikan tersebut. Selepas ikan masak, angkat dan
ketepikan.
3. Ambil periuk bersaiz sederhana dan tuangkan krim sup ke dalamnya. Panaskan periuk dengan api sederhana dan biarkan krim sup mendidih.
4. Setelah krim sup mendidih, masukkan pula sedikit mentega. Kacau rata sehingga sup menjadi wangi.
5. Kemudian, masukkan lada hitam, jus lemon, kulit lemon, hirisan daun selasih dan herba campuran ke dalam sup. Kacau perlahan-lahan. Kecilkan api dan teruskan memasak.
6. Ingat, untuk mendapatkan sos yang baik, api dapur jangan terlalu besar dan anda perlu mengacaunya selalu.
7. Setelah krim sup cukup pekat, matikan api dan ketepikan.
8. Untuk menghidangkan, letakkan ikan yang sudah dipanggang ke dalam pinggan dan curahkan sos lemon ke atasnya. Makanan ini enak dimakan ketika masih panas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 03:58 PM | Show all posts
Salmon panggang bersos
nk buat tuk ank boleh je tp lada itam tu kasik buang


BAHAN-BAHAN :

2 ...
akudancinta Post at 5-10-2011 15:49


yg ni bukan takat baby...mak baby pun suke ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 04:02 PM | Show all posts
yg ni bukan takat baby...mak baby pun suke ni
mamahusna Post at 5-10-2011 15:58


sngla..x yahla aku msk byk2 lauk. aku msk ni..rissa pn leh mkn skali
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 04:06 PM | Show all posts
sngla..x yahla aku msk byk2 lauk. aku msk ni..rissa pn leh mkn skali
akudancinta Post at 5-10-2011 16:02


pasta tu nampak cam sedap..susu segar tu kene beli susu drpd macha yg naik beskal tu ke? kalu susu kotak tu aci tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.066920 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list