CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aFViRGo

♥ HoMe oF MiLaNiaNS ♥ Raw Preview Lagu Terbaru Mila (Page 99)

[Copy link]
Post time 27-1-2010 10:05 AM | Show all posts
Salam pagi warga Milanians
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2010 10:22 AM | Show all posts
Taken from mstar.com.my
Mila Sudah Mula Penat Berlakon, Ingin Tumpu Album Baru
Mila ketika beraksi di Suria FM Rancak Tour: Myd ...
aFViRGo Post at 26-1-2010 12:34


Thanks Tira, lambat lagilah Mila nk kuarkan album die...tak pelah biar lambat asalkan berkualiti... so tak jadilah Mila ambik lagu Ajai...tapi bagus juga Mila bekerjasama dengan Komposer lain lak....Aidit Alfian dan Ad Samad pun komposer yang sedang naik sekarang ni....

Harap Mila pilih lagu2 yang kuat, bagus dan menarik kalau nak ke AJL dan AIM...  
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 10:30 AM | Show all posts
874# Afvirgo

agak-agaknya wartawan tanya Mila tak, ketidakpuasan pelakon Lu Fikir sendiri terhadap Mila brrkenaan Poster tersebut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2010 02:26 PM | Show all posts
URTV Isu 1-15 Feb 2010
Kredits scan: diri sendiri






Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 04:09 PM | Show all posts
URTV Isu 1-15 Feb 2010Kredits scan: diri sendiri


http://img141.imageshack.us/img1 ...
aFViRGo Post at 27-1-2010 14:26


Thanks Tira, comelkan Mila berambut panjang...ayu je kalau boleh nak Mila hitamkan rambut die yg panjang tu lagi nampak ayu dan jelita...Barulah anak Mamiii
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 04:13 PM | Show all posts
Mila tercalon dlm Kategori  artis Kiut-miut kt HIPTV tv9 bersama sama Stacy, Bell, Tam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2010 09:50 PM | Show all posts
Mila Majalah Sensasi - Februari 2010

Kredits : Wangi






Jalan jalan jumpa kat kedai mamak , belek2 ada sikit cerita Mila
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 09:59 PM | Show all posts
Mila @ Nasi lemak kopi O - TV9

(Lambat sikit nak upload sebab tuan tanah dah upload dulu )









Banyak pics yg kita delete sebab lebih kurang sama je ngan Tira punya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2010 10:16 PM | Show all posts


Undi Mila di ABPBH 2009 melalui SMS

Contoh : Taip BH <jarak> ABP <jarak> A01,B07,CC15,D20,E23 dan SMS ke 33333

B07 tu kod Mila. Minimum 5 ketegori dan maksimum 16 kategori.
Tarikh tutup 19/03/2010

Kalo yg rajin beli paper tu, borang mesti sampai pada atau sebelum25/03/2010 tapi borang hanya sampai 19/03/2010

Sekian untuk makluman dan tindakan susulan
Yg dah keje tu boleh hantar lebih
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 11:04 PM | Show all posts
Mila tercalon dlm Kategori  artis Kiut-miut kt HIPTV tv9 bersama sama Stacy, Bell, Tam
taurus-71 Post at 27-1-2010 16:13


Terbaca gak kat HIP TV tu tapi tak ada cara2 nak undi pon
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 11:10 PM | Show all posts
Mila Gegaria Metro di Taman Tasik Taiping @ 30/01/2010



Kalo ikut program konsert hanya pada 30/01/2010
Hu hu ...sape nak kejo Mila ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 11:33 PM | Show all posts
Nampak nya kita sorang2 kat sini...takut......nak tido le
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 09:25 AM | Show all posts
Salam pagi semua....
Hari ni kelas habis awal, lecturer semua ada mesyuarat kabinet
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2010 10:41 AM | Show all posts
Morninggggg

Thanx serai banyak share info n pics
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2010 10:45 AM | Show all posts
Taken from kosmo.com.my

Nyanyi guna mikrofon sendiri


JIKA perbandingan dibuat antara juara program realiti TV, Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Nor Syarmilla Jirin atau lebih mesra dengan panggilan Mila dengan pelakon Puteri Sarah Liyana dari segi nilai komersial, sudah pasti nama Mila lebih ke depan.

Ini kerana merujuk kepada populariti dan pendedahan kepada umum, Mila ternyata melebihi Puteri Sarah.

Namun, apabila Mila yang muncul dalam hanya beberapa adegan filem Lu Pikirla Sendiri De Movie dijadikan penghias poster filem itu, bukan fakta tersebut yang bermain di fikiran Puteri Sarah.

Puteri Sarah yang tampil membuat kenyataan media baru-baru ini mempersoalkan kenapa hanya Mila yang diberikan penghormatan menghiasi poster tersebut bersama hero filem itu, Nabil, sedangkan Puteri Sarah yang sebenarnya heroin Lu Pikirla Sendiri De Movie.

Justeru apa agaknya hujah Mila dalam mengulas mengenai perkara itu? "Puteri Sarah Liyana tidak pernah cakap apa-apa mengenai poster (Lu Pikirla Sendiri De Movie) itu kepada saya. Namun, setahu Mila, gambar Mila diletakkan sebagai penghias poster kerana faktor promosi.

"Itu adalah strategi pemasaran kerana orang ramai akan tertanya-tanya siapa heroin filem itu. Mungkin orang akan keliru tetapi itu adalah elemen kejutan yang diinginkan," ujar Mila, ringkas tapi padat.

Jika dikira, Mila sebenarnya baru tiga tahun bergiat sebagai artis selepas dijulang sebagai juara AF5. Walaupun belum diklasifikasikan sebagai antara penyanyi terhebat negara, Mila dilihat mempunyai potensi untuk berada di tahap itu pada masa akan datang.

Menariknya dalam jangkamasa pendek itu, Mila sudah berupaya memiliki mikrofon sendiri. Diakui mempunyai mikrofon sendiri bukannya satu isu yang perlu diperbesarkan. Cuma tidak ramai penyanyi negara kita yang 'mampu' memilikinya kerana mikrofon juga boleh dianggap sebagai salah satu item mewah.

"Seperti pemuzik, mereka mempunyai alat muzik sendiri. Jadi sebagai penyanyi, tidak salah jika saya memiliki mikrofon sendiri. Itu adalah atas usaha saya sendiri. Selama tiga tahun saya bekerja, saya kumpul wang untuk membeli mikrofon tersebut," ujar Mila ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

Tidak mahu menyatakan harga mikrofon itu, Mila menyatakan penggunaan mikrofon sendiri juga kerana aspek kebersihan diri. Selain itu, Mila membeli mikrofon itu di Singapura untuk dijadikan hadiah kepada dirinya sendiri.

"Menyanyi dengan mikrofon sendiri dapat memberikan kepuasan berbeza. Tapi saya tidak menggunakannya di semua tempat. Hanya pada sesetengah acara sahaja saya menggunakan mikrofon sendiri," ujar penyanyi kelahiran Pulau Pinang itu.

Bagi Mila, 23, memiliki mikrofon sendiri juga bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk tetapi ia satu pelaburan. Ia juga tidak mempunyai kaitan dengan lontaran vokal Mila.

"Sama sahaja suara saya apabila menggunakan mikrofon sendiri atau tidak. Cuma bila ada mikrofon sendiri, saya tidak perlu menggubah mikrofon itu mengikut vokal saya selalu."

Populariti Kau dan Aku


Pertama kali muncul dalam drama, Mila bersyukur kerana siri muzikal Kau dan Aku yang sedang ditayangkan di Astro Ria menerima sambutan baik daripada penonton. Drama sebanyak 26 episod itu pada Mila juga sedikit sebanyak membantu karier nyanyiannya.

"Menurut pihak Astro, pengikut drama itu semakin meningkat. Ini bermaksud siri muzikal semakin boleh diterima penonton bukan seperti yang disangkakan sebelum itu. Menariknya, semasa saya membuat persembahan, ramai orang yang meminta saya menyampaikan lagu dari drama itu.

"Ada juga peminat yang bertanya saya mengenai pengakhiran cerita itu. Ada yang menegur dan ada yang memuji tetapi saya tidak kisah kerana ini bermakna mereka memberi perhatian terhadap drama itu," tambah Mila yang masih sibuk menjalankan promosi Kau dan Aku.

Selain sibuk dengan drama itu, peminat juga bakal menyaksikan Mila dalam filem pertamanya, Lu Pikirla Sendiri sekitar Februari nanti. Ramai yang mungkin tahu, itu merupakan percubaan pertama Mila dalam bidang lakonan.

"Saya menerima filem itu kerana menyukai watak sebagai adik Nabil. Memang saya amat gementar kerana itu adalah kali pertama saya berlakon. Apabila pengarah memulakan rakaman sahaja, saya terus kaku. Lagipun saya perlu berlakon di hadapan krew yang ramai. Perasaannya tidak seperti menyanyi," katanya.

Walaupun mahu mengembangkan karier dalam bidang lakonan, Mila tidak melupakan nyanyian yang memperkenalkan dia kepada dunia hiburan.

"Sudah dua bulan saya tidak menyanyi kerana berlakon di Jakarta. Sekarang saya mahu memulakan kelas nyanyian dan berkemungkinan besar album terbaru saya akan diterbitkan pertengahan tahun ini," ujar Mila.

Terbaru, Mila dicalonkan untuk kategori Kiut Miut bagi Parti HIP TV anjuran TV9. Majlis itu yang bakal berlangsung pada 12 Mac ini, pukul 9 malam akan menyaksikan Mila bersaing dengan Sari Yanti, Stacy, Tam dan Bell.

Memiliki bentuk badan kecil dengan wajah comel, Mila tidak dinafikan sesuai dengan pencalonan itu. Malah perubahan fesyen Mila yang ketara juga dilihat dapat menyumbang kepada kemenangan Mila. Kata Mila, dia banyak membuat rujukan fesyen terbaru di Internet serta majalah.

"Sebagai figura awam, cara penampilan itu amat penting. Jadi saya selalu melayari Internet serta membaca majalah untuk mengikut trend terkini. Tapi saya sendiri juga akan mengubah mengikut bentuk badan saya yang kecil.

"Ramai juga jurusolek dan rakan artis yang memberikan saya panduan atau nasihat. Contohnya Atilia selalu memberitahu di mana untuk membeli kasut cantik kerana kami berkongsi saiz kasut sama," senyum Mila.

Parti Hip TV bakal mempertandingkan 9 kategori berbentuk hiburan yang mengiktirafkan anugerah iaitu Artis Bibir Paling Seksi, Artis Contoh, Artis Mat Romeo, Artis Awet Muda, Artis Kuat Melaram, Artis HIP, Artis Kiut Miut, Hot Mama dan Artis Tidak Bergantung Pada Rupa.

Bagi mereka yang mahu mengundi, anda boleh menghantar undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip HIP <jarak> bersama kod artis dan hantar ke 33399. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web www.tv9.com.my.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 11:22 AM | Show all posts
Taken from kosmo.com.my
Nyanyi guna mikrofon sendiri

JIKA perbandingan dibuat antara juara program realiti TV, Akademi Fantasia ...
aFViRGo Post at 28-1-2010 10:45


Wow ...pose cantek, outfit cantek, colour cantek...org nya cantek kiut
Tolong bagi kod Mila nak SMS gak. Kat web TV9 tu leceh sikit kena buka akaun le
INI tak kiut lagi ke....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2010 11:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by seraiwangi at 28-1-2010 11:30

Cute means ; Attractive , pretty macam serai gak

Jgn mare ye Mila..kakak..abang
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 12:32 PM | Show all posts
Taken from Majalah EH Mac 2008

Coba teka apa yang missing




Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 12:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 03:34 PM | Show all posts
Petang semua....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.129335 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list