CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V151'

 Close [Copy link]
Post time 21-7-2022 11:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 11:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:38 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 21-7-2022 10:07 AM
sekarang mmg panaskan kaka ....

malam2 nay boleh bangun g mandi lagi

berpeluh tu sb berbahang kan nay.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:40 AM | Show all posts
Covid-19: 5,685 kes baharu, lapan kematian
NUR IFTITAH ROZLAN | | 21 Julai 2022



Sebanyak 5,685 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan dua daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan


SHAH ALAM - Sebanyak 5,685 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan dua daripadanya merupakan kes import.


Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, Selangor mencatat kes tertinggi sebanyak 2,024 kes diikuti Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur 1,834 kes.


Tujuh negeri mencatat kes tiga angka melibatkan Perak (357), Sabah (279), Negeri Sembilan (230), Pulau Pinang (205), Melaka (147), manakala Johor dan Kedah masing-masing (126).


Negeri lain mencatat kes dua angka iaitu Putrajaya (92), Sarawak (85), Pahang (63), Kelantan (53), Terengganu (41), Labuan (15) dan Perlis mencatat lapan (lapan) kes.


Sebanyak lapan kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan lima daripadanya melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).


Ini menjadikan jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 35,878 kes.


Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 45,484 kes, dengan 43,858 atau 96.4 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.


Seramai 39 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,531 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 56 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).


Daripada jumlah itu, 35 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 21 lagi memerlukan mesin ventilator.


Kes sembuh yang direkodkan pada Selasa ialah 3,337 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,554,286 kes.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... haru-lapan-kematian
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:43 AM | Show all posts
Naiknya cepat, turunnya lambat!
Oleh WAI TEE Penulis Bebas | | 21 Julai 2022





Harga barang memang isu sepanjang zaman dan takkan ada penghujungnya! Apatah lagi jika pendapatan dan gaji tidak meningkat dan setimpal.


Apa yang berlaku di dunia, inilah yang berlaku di negara kita sekarang. Bila semua aktiviti sektor sosial dan perniagaan dibuka serentak selepas pandemik, sedangkan penyediaan bekalan dan bahan mentah tidak seiring permintaan.


Akibatnya, harga meningkat sejajar dengan teori ekonomi penawaran dan permintaan. Bagaimanapun, Indeks Harga Pengguna (CPI) atau inflasi negara masih rendah sekitar 2.8 peratus jika dibandingkan lain-lain negara.


Ketua Pengarah Perangkawan (DOSM) menyatakan, ini kerana dasar kerajaan memperuntukkan subsidi dalam mengawal harga barang terutama keperluan asas seperti ayam, telur, minyak masak, petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG). Tanpa subsidi, kadar CPI akan melebihi 10 peratus seperti Amerika, United Kingdom, Singapura dan Thailand.


Bukan sahaja harga barang akan naik, produk makanan bermasak dan tidak bermasak juga akan turut melonjak.


Kerajaan membelanjakan subsidi RM1.1 bilion untuk memastikan ayam dan telur pada harga mampu milik dan berbilion ringgit untuk mengekalkan harga petrol RON95 dan diesel pada harga RM2.05 dan RM2.15 seliter.


Bila harga ayam hendak diapungkan mengikut harga pasaran, riuh rendahlah pengguna kerana harga ayam di negara pengeluar seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia semuanya antara RM13 - RM15 sekilogram.


Bila kerajaan umumkan ayam pada harga siling baharu RM9.40 sekilogram, isu ayam terus mati malah ada yang jual ayam di bawah harga siling. Tidak dinafikan ia didorong oleh penyaluran subsidi cepat dan efisien kepada penternak di samping harga dedak yang mula turun.


Apabila kerajaan merasakan tidak perlu lagi memberi subsidi minyak masak kemasan botol setelah pembiayaan sehingga RM2.1 bilion untuk subsidi minyak masak polibeg bagi tahun 2021 melalui Skim Menstabilkan Minyak Masak (COSS), gendang netizen berbunyi lagi!


PUNCA KETIRISAN


Anehnya, sebelum ini tak pernah pengguna bising tentang minyak masak polibeg di pasaran. Peruntukan masih sama iaitu RM60 juta peket minyak masak sebulan atau 720 juta setahun. Bilangan rakyat juga tidak jauh berbeza masih sekitar 33 juta. Kenapa tiba-tiba riuh rendah?


Rupa-rupanya harga minyak masak kemasan botol mendadak naik. Ramai terkesan bila harga Crude Palm Oil (CPO) atau Minyak Masak Mentah (MSM) melonjak hampir 200 peratus daripada RM2,500 ke RM7,000 per tan metrik di pasaran dunia. Kesan positif hanya kepada peladang dan pengilang MSM sekitar 700,000 orang, tetapi tidak kepada pengguna yang berjumlah 33 juta.


Tanpa subsidi, harga minyak masak botol mencecah RM42 untuk botol 5kg. Patutlah pengguna beralih ke minyak masak bersubsidi polibeg. Peket 1kg berharga RM2.50 dan 5kg hanya RM12.50, jimat sehingga 300 peratus berbanding dengan botol!


MSM pada Mei dan Julai 2022 sahaja berharga RM7 sekilo atau RM35 untuk botol 5kg. Ini belum lagi kos memproses, menjernih, mengenyah bau, mengenyah kolesterol dan menambah nutrisi seperti vitamin E. Jika ditambah kos pembotolan, pemasaran, pengangkutan dan margin keuntungan, tidak mustahil minyak masak tulen tanpa subsidi dijual melebihi RM40 untuk 5kg.


Faktor harga disokong dengan kejayaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam advokasinya bahawa minyak peket bukan minyak kitar semula dan kualitinya serupa dengan minyak masak tulen kemasan botol. Tidak hairan ramai beralih ke minyak masak peket bersubsidi.


Satu lagi faktor adalah harga minyak masak yang mahal di negara jiran. Di Indonesia, negara pengeluar terbesar minyak masak dunia lebih mahal jika dibandingkan di Malaysia. Justeru, banyak minyak masak peket bersubsidi negara di seludup ke Thailand dan Indonesia, dijual secara berleluasa pada harga RM7 sepeket. Laporan Sinar Harian dan TV3 menonjolkan sikap si penyeludup mengkhianati negara hasil daripada kesusahan rakyat.


Satu lagi cara mengaut keuntungan segera ialah penyelewengan di mana minyak masak bersubsidi dimasukkan ke dalam kemasan botol, dilabelkan dan dijual di pasaran pada harga tanpa subsidi.


Penyelewengan ini sebenarnya berlaku kepada LPG di mana LPG bersubsidi 14kg dipindahkan ke tong komersial 50kg. Begitu juga dengan diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter yang di seleweng dijual pada harga komersial.


Harga minyak masak terpakai melebihi RM4 seliter mendorong pengkhianat membeli minyak masak bersubsidi pada harga RM2.50. Biasanya, minyak masak peket digunakan sekali lalu dijual sebagai minyak masak terpakai untuk industri bio-diesel. Ada juga yang menjual minyak masak bersubsidi tanpa menggunakannya terlebih dahulu.


Pengkhianatan ini menyebabkan kekurangan bekalan minyak masak di pasaran, kesusahan di peringkat pengguna dan kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang tinggi untuk menampung kekurangan tersebut. Ini belum lagi kerosakan dari segi imej, kebencian dan cemuhan yang terpaksa ditanggung kerajaan dan kementerian yang mengendalikannya.


BILA NAK TURUN?

Kini harga MSM sudah jatuh ke paras RM3,600 per tan metrik dan pengguna berharap agar ia diturunkan. Mungkin ia mengambil masa untuk pelarasan stok MSM lama, tetapi seharusnya tidak terlalu lama untuk harga pasaran minyak masak kemasan botol diturunkan.


Kita berharap episod kekurangan minyak masak bersubsidi akan berakhir cepat seperti kisah ayam dan seharusnya minyak masak peket diutamakan untuk isi rumah golongan B40.


Kerajaan juga harus mengizinkan penjaja kecil B40 yang berniaga tepi jalan menggunakan minyak peket bersubsidi dengan syarat harga jualan mereka tidak dinaikkan, kekal pada kadar ’subsidi’ kerana mereka menggunakan ayam, telur, LPG, beras dan mungkin tepung juga bersubsidi. Tetapi tidak kepada restoran makan dan kedai mamak! Betul tak Tan Sri?



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... at-turunnya-lambat!
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:46 AM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 21-7-2022 11:58 AM

Bukan Zalina... tapi gelandangan

Ruwaida Md Zain
[email protected]



ZALINA Azman (kiri) dan wanita yang didakwa mirip bekas personaliti TV3 itu dikesan melalui CCTV sebuah hotel. FOTO Ihsan Polis Shah Alam




Shah Alam: Seorang wanita yang ditemui di beberapa lokasi sekitar Shah Alam termasuk di sebuah restoran, hotel di sini bukan bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang hilang seperti didakwa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati wanita yang ditemui orang awam itu adalah seorang gelandangan.

"Pihak kami sudah menyemak dengan pekerja cafe itu dan mendapati (wanita) yang datang ke cafe berkenaan adalah gelandangan yang dijumpai di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14.

"Pihak kami (polis) ada jumpa (wanita itu) di taman tasik berkenaan.

"Siasatan mendapati, semua (yang ditemui) adalah orang yang sama dan bukan Zalina," katanya kepada media hari ini.

Mohd Iqbal turut memuji usaha dan niat baik orang ramai yang sudi membantu pihak polis menjejaki bekas pembaca berita itu.

"Niat (orang awam) baik untuk membantu cuma individu itu bukan Zalina," katanya.

Beliau berkata, semakan terkini mendapati tiada mana-mana indinvidu tampil membuat laporan polis berhubung kes berkenaan.

"Pihak polis mengalu-alukan orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat sehingga Zalina berjaya ditemui," katanya.

Ketika ditanya keberadaan keluarga Zalina, Mohd Iqbal berkata tiada ahli keluarga yang tinggal di sekitar Shah Alam.

Terdahulu media melaporkan bekas pengacara program Money Matters itu di lokasi berbeza sekitar Shah Alam seperti Seksyen 3, Seksyen 9.

Antara dakwaan tular dalam media sosial ialah seorang wanita mirip Zalina pernah dilihat mengunjungi sebuah restoran seolah-olah berada dalam keadaan tidak sihat dan menggigil ketakutan.




Disiarkan pada: Julai 21, 2022 @ 11:33am





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2022 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 20-7-2022 04:52 AM
panjang akal ye dak budak mcm ni.

Tegur sikit drama. Geram btl.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 20-7-2022 04:54 AM
kt mamak sambal belacan pun takde. semedang kari ja.

Mmg x prnh ade dan x kan ade rsnya. Sbb nov bermastautin dkt png dah berdekad x prnh jmp lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 11:59 AM | Show all posts
novelloverzz replied at 21-7-2022 11:53 AM
Tegur sikit drama. Geram btl.

klu anak kaka dia monyok klu kena tegur
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 12:02 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 21-7-2022 11:54 AM
Mmg x prnh ade dan x kan ade rsnya. Sbb nov bermastautin dkt png dah berdekad x prnh jmp lg

aah takkan ada sb tu bukan makanan derang.
walaupun mamak declare derang muslim tp tak semua kedai jual daging lembu.
majororiti hanya jual lauk daging kambing ja.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 20-7-2022 12:36 PM
TnG nk byr utk parking kt mall pun boleh.

Yg byr parking nov duk guna. Ni mbr scan qr code utk tng e wallet
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 01:16 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 21-7-2022 12:15 PM
Yg byr parking nov duk guna. Ni mbr scan qr code utk tng e wallet

kaka tak boleh masuk tng e wallet. tak tau nape.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 01:31 PM | Show all posts
dah azan zohor
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 01:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 20-7-2022 12:40 PM
mmg tak ada.

X akan ada rsnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb lelaki septtnya melindungi perempuan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 20-7-2022 12:41 PM
GM tu dah masuk opis ke. atau masih lg kt obersi.

Msh dkt Europe.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 20-7-2022 12:43 PM
GM dah tau ke brg yg nov order lambat sampai

Tau itu yg kn prepare summary bagai
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 21-7-2022 11:43 AM
Naiknya cepat, turunnya lambat!
Oleh WAI TEE Penulis Bebas | | 21 Julai 2022


Saya ada attend satu talk , jemputannya seorang ahli ekonomi, dia ada menyebut negara mcm ke arah nak remove banyak subsidi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 20-7-2022 12:45 PM
sama dgn kaka. klu lps renovate lg lah.
dgn debu, pasir segala. mmg tak suka nk hadap.
kt rumah k ...

Sm la ingatkan nov srg je sapu tp mcm x sapu. Dah siap sapu tgk2 ade lg 3 helai rambut atas lantai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.175408 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list