|
Air mata Chong Wei.... ...
_19788 Post at 15-8-2011 17:56
salah diri sendiri, bnyk giler unforced error, bkn sbb lindan smash ke hape ( even bnyk smash lindan dia dpt ambil )
tp sbb salah sendiri, asyik2 sangkut net ( ms main ngn org lain hebat sgt main net ), pastu x hbs out2......
actualy lindan xde la aggrassive mcm dulu, aku tgk lindan main smlm, aku yakin sgt LCW bleh mng, tp sbb mental sgt lemah, smpi 1st set leading 20-16, bleh plak jd 20-20. sbb nya UNFORCED error,
biasa nye unforced error nih disbbkan 2 punca je
1) xde latihan ( impossible for LCW sbb dia kan gigih training n pengalaman pn bnyk )
2) psychology n kelemahan mengawal tekanan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply wadituas
chong wei memang kurang buat smash..mungkin hantaran lin dan tu menyukarkan c ...
_19788 Post at 15-8-2011 22:03
actualy bnyk gile peluang dia utk smash smlm, tp dia xnk smash, smpi skrg aku pikir kenapa strategy dia mcm tu, nk save tenaga ke apa,
smpi bile nk defend defend defend defend defend defend pastu angkat angkat angkat, org smash, mati.
belajar la utk menyerang, lindan x dpt amik pn smash2 dia yg berapa ketol smlm tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Chong Wei tak salah apa2 pon...he was at his best semalam...aku berani cakap Lin Dan semalam menang ...
Mr_One Post at 15-8-2011 22:47
satu yg bgus psl lindan nih, emosi n mental dia terbaik.....
lindan main xde la aggrassive mcm dulu, aku dah yakin LCW akan mng, tp bile bnyk unforced error, mmg x bleh nk kata apa la
good luck utk LCW utk olimpik, kite tetap sokong LCW |
|
|
|
|
|
|
|
siannyer chong wei kalo aku kat tmpat die pun aku nangis kot
what to do.. ...
maya_27 Post at 15-8-2011 22:59
kak maya, apa yg perlu kite buat utk LCW nih lg?? ( cehhh feeling2 pengerusi BAM plak kan ) |
|
|
|
|
|
|
|
kak maya, apa yg perlu kite buat utk LCW nih lg?? ( cehhh feeling2 pengerusi BAM plak ka ...
micha Post at 15-8-2011 23:10
harus laaa micha..nk jadik timbalan pres uols buleh? |
|
|
|
|
|
|
|
satu yg bgus psl lindan nih, emosi n mental dia terbaik.....
lindan main xde la aggra ...
micha Post at 15-8-2011 23:09
yeap....Lin Dan and taufik hidayat ni jenis player mental mmg kuat giler....cuma Lin Dan consistent sampai sekarang...Lin Dan punya pattern game especially kalau lawan seeded player most of the time mesti 1st set dia let go dulu (baca game & buat opponent seronok dulu), second set mesti hantam cukup2 kasi opponent punya moral down, 3rd set kasi abis and that's it....chong wei pernah apply this tactic dulu, tapi dgn Lin Dan mmg tak jalan....but semalam mental Chong Wei dah sama par dgn Lin Dan...again, the luck was not there for him...
Lin Dan tak bley nak aggressive pasal Chong Wei main rilex and banyak main rally tidak seperti kebiasaan....dia pon takut nak main laju2 ngan Chong Wei pasal percentage untuk unforced error sgt le tinggi kalau berdepan ngan Chong Wei ni... |
|
|
|
|
|
|
|
comey plak LYD masa neh
|
|
|
|
|
|
|
|
it's ok LCW...focus on Olympic next year..
|
|
|
|
|
|
|
|
Chong Wei tak sedar jari berdarah
TIADA siapa yang lebih mengetahui situasi sebenar Datuk Lee Chong Wei ketika bermati-matian mahu menewaskan Lin Dan pada aksi final Kejohanan Dunia, kelmarin selain jurulatihnya sendiri, Tey Seu Bock.
Ketika peminat pemain nombor satu dunia itu bersorak memberi sokongan kepada Chong Wei sepanjang perlawanan yang menyaksikannya tumpas 22-20, 14-21, 21-23 di tangan jaguh China itu, Chong Wei sebenarnya mempamerkan semangat cukup jitu.
“Sebenarnya beberapa jari kaki kanannya berdarah akibat kesungguhannya ketika menentang Lin Dan. Chong Wei sendiri tidak sedar mengenainya sehinggalah tamat perlawanan.
“Bila saya menyaksikan kesungguhannya sehingga ke tahap itu, saya berasa kasihan kerana tidak dapat muncul sebagai juara dunia.
“Saya tidak berasa kecewa dengan pencapaiannya itu, sebaliknya amat berbangga kerana Chong Wei sudah memberikan segala-galanya. Dia kalah secara terhormat,” katanya.
Jelas Seu Bock, meskipun Lin Dan sebelum perlawanan itu menyatakan dia tidak terlalu ghairah untuk mengenggam kejuaraan itu namun berdasarkan pemerhatian beliau, Lin Dan jelas sekali bermain bermati-matian untuk menumbangkan anak buahnya pada aksi final.
“Saya sudah masak dengan strateginya. Lin Dan apabila bertemu Chong Wei, dia akan mempamerkan peningkatan cukup ketara. “Mujur Chong Wei cukup tenang sepanjang perlawanan. Tetapi malangnya tuah saja tidak memihak kepadanya,” katanya.
Jelas Seu Bock lagi, perlawanan kelmarin juga membuktikan tahap kedua-dua pemain hampir sama tetapi hanya tuah memisahkan kedua-dua pemain terhebat dalam era ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Chong Wei ubah taktik!
Daripada Hussain Said di London
[email protected]
2011/08/16Yakin bangkit, lupakan detik tewas kepada Lin Dan
LEE Chong Wei yang pulang ke tanah air dari London, semalam mengakui dia harus mengubah corak permainannya yang mudah dibaca lawan andai memasang impian besar untuk memburu pingat emas Sukan Olimpik 2012.
“Saya akan bangkit dan melupakan detik kecewa ini. Ia bukan penamat dan tumpuan utama adalah Olimpik tahun depan,” katanya.
Pemain nombor satu dunia itu juga percaya sudah tiada lagi jurang dari segi corak permainan di antara dia dan Lin Dan. Dia percaya akan ada perubahan baru andai kedua-dua pemain itu bertembung dalam final kejohanan besar dunia, termasuk Olimpik nanti.
Dalam final Kejohanan Dunia, kelmarin Chong Wei tewas 22-20, 14-21, 21-23 kepada Lin Dan yang juga kekalahan ke-17 daripada 25 pertemuan sejak 2004
'Saya tidak gentar lagi'
WALAUPUN sekali lagi tunduk kepada Lin Dan yang meleburkan terus impiannya memenangi Kejohanan Dunia, tetapi jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei menyifatkan masih terdapat elemen positif di sebalik kekalahan kepada musuh tradisi itu di final kelmarin.
“Saya kini lebih yakin dan tidak gentar lagi bertemu jaguh China itu. Jika sebelum ini corak permainan saya agak ketinggalan, tetapi kini saya dapati permainan kami lebih seimbang dan saya mampu menyainginya.
“Peluang untuk menang juga 50-50 dan faktor tuah turut memainkan peranan penting seperti yang berlaku semalam (kelmarin) apabila nasib lebih memihak Lin Dan,” katanya semalam.
Kekalahan 22-20, 14-21, 21-23 kepada Lin Dan pada final kelmarin adalah kekalahan keduanya daripada tiga pertemuan tahun ini dan juga ke-17 daripada 25 pertemuan sejak 2004.
Kekalahan itu juga menyaksikan impian besar pemain berusia 29 tahun itu memenangi kejohanan berprestij itu buat pertama kali musnah selepas gagal dalam lima percubaan sebelum ini dan Lin Dan pula ceria dengan kejuaraan keempatnya selepas 2006, 2007 dan 2009.
Chong Wei berkata, dia juga berpuashati dengan corak permainan dan bercadang mempertajamkan serta mempelbagaikan lagi bagi mengelakkan bergantung kepada satu corak yang mudah dibaca lawan.
“Lin Dan mempunyai beberapa corak permainan. Dia menukarnya selepas tewas set pertama dan saya terperangkap apabila dia mudah memenangi set kedua. Jadi, saya perlu mempelbagaikan lagi corak permainan,” katanya.
Chong Wei juga menegaskan kegagalan di Wembley tidak melunturkan semangatnya dan kini menghalakan tumpuan untuk cuba memenangi pingat emas di Sukan Olimpik tahun depan yang diadakan di gelanggang sama.
“Saya akan bangkit dan melupakan kekecewaan ini. Ia bukan penamat dan tumpuan utama adalah Sukan Olimpik tahun depan,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|