CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CikTigger

Perkahwinan Liyana Jasmay -seronok jdk istri pg.37

[Copy link]
Post time 10-2-2013 01:22 AM | Show all posts
atlantis88 posted on 9-2-2013 11:29 AM
Tahniah ler dah kawin... selamat la sume (halal la sudah whatever it is)... tapi apsal nampak macam  ...

mungkin sbb laki LJ ni berjambang kemas kot tu yg nampak matang. tiba2 teringat pula masa kahwin lisa/yusry. menangis tgk sbb yusry ada jambang dan misai. kalau takde tu mesti nampak comel.

bila pula bertandang belah laki. nak tengok baju kahwin lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2013 07:10 PM | Show all posts
Ni reception belah laki dia kot. Jumpa kat fb 2 keping jek



Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 07:11 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 08:15 PM | Show all posts
lasagnaklcc posted on 10-2-2013 07:11 PM

Semuanya cantik!! <3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2013 09:46 AM | Show all posts
lasagnaklcc posted on 10-2-2013 07:11 PM

dia ni mmg suka pakai lipstik merah mak ngah kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 01:01 PM | Show all posts
Liyana Jasmay Tolak Adegan Bersentuhan Demi Suami



Semua sedia maklum, pelakon genit Liyana Jasmay baru sahaja melayari bahtera perkahwinannya bersama jejaka pilihan, Fathuddin Mazlan awal Februari lalu.

Setelah hampir 4 bulan bergelar isteri, Liyana akui kini dirinya lebih peka dengan babak-babak yang melibatkan aksi sentuhan dan demi menjaga perasaan suami tercinta, pelakon tersebut akan lebih selektif dengan segala aspek lakonannya selepas ini.


Lepas kahwin memang tak nak lakonkan babak yang melibatkan sentuhan sebab sebagai isteri kita kena jaga hati suami. Nanti kecil hati pula.

Lagipun memang tak elok. Bagi saya, walaupun ia sekadar lakonan kita kena tetap jaga batas-batasnya.




Mengulas lebih lanjut mengenai babak sentuhan, Liyana akui filem terbarunya bersama pengarah terkenal, Bade Haji Azmi berjudul Sindiket turut diselitkan dengan adegan rogol dan memerlukan dia memakai pakaian seksi.

Oleh itu, sebagai seorang pengarah yang berpengalaman, pelakon ini akui Bade merupakan seorang pengarah yang bertanggungjawab dan mempunyai limitnya tersendiri untuk hal-hal berkaitan babak sebegitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2013 01:57 AM | Show all posts
Sebab nak jaga hati suami.. nti kecil hati?apa punya jawapan da...
Dah jadi bini orang kan... jaga maruah suami..jaga agama..itu kot sepatutnya jawapan
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 10:56 AM | Show all posts
dah kawin ni jgn la menggedik lagi ya LJ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2013 11:43 AM | Show all posts
myralupilato posted on 5-2-2013 12:03 PM
ai pun suka tintin...1st tgk muka dia kat pangako sa yo (masa mula2 tayang kat asto ria) mmg terpa ...

..ni heroin citer Budoy kann..? mmg cantik n putih betul dia nih..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 12:23 PM | Show all posts
Congrats!
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 07:39 PM | Show all posts
dahlamadah.. posted on 2-6-2013 11:43 AM
..ni heroin citer Budoy kann..? mmg cantik n putih betul dia nih..

aah..jessie mendiola..

little kristine hermosa katanya...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 12:02 PM | Show all posts

Liyana Jasmay seronok jadi isteri


liyana dan husband bahagia bersama

Biarpun baru empat bulan menjalani kehidupan berumah tangga, namun kebahagiaan yang terpancar di wajah pelakon dan penyanyi genit, Liyana Jasmay sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Menurut Liyana, walaupun dirinya masih menyesuaikan diri dengan alam rumah tangga dan tanggungjawab sebagai isteri, namun dia cukup bersyukur dengan kebahagiaan yang dikecapi bersama suami tercinta, Fathudin Mazlan.

"Memang sejak berkahwin banyak perubahan berlaku. Sekarang ini kalau saya mahu buat sesuatu, saya perlu dapatkan persetujuan daripada suami terlebih dahulu dan itulah antara perubahan terbesar dalam hidup saya.

"Berbeza dengan kehidupan saya sebelum ini yang agak selfish dengan cara pemikiran tersendiri. Tapi sekarang saya perlu lebih bertolak ansur. Setiap pendapatnya saya perlu ambil perhatian kerana itulah peranan seorang isteri," jelas pelakon dan penyanyi berusia 25 tahun ini.

Berkongsi cerita mengenai tanggungjawab yang dilakukannya, Liyana memberitahu walaupun jarang melakukan kerja-kerja di rumah sebelum bergelar isteri, kali ini dia mahu melakukannya sendiri.

"Sejak berkahwin, saya banyak buat benda yang saya jarang lakukan seperti kemas katil, masukkan baju dalam mesin basuh dan sapu rumah. Maklumlah, sebelum ini rumah keluarga saya ada pembantu rumah.

"Memasak pun saya tiada masalah. Dia pun seorang yang simple, tidak terlalu cerewet. Memandangkan tahun ini kali pertama saya menyambut Ramadan bersamanya, saya merancang untuk tidak mengambil mana-mana job sebab mahu masak untuk dia.

"Bagi saya, menjalani kehidupan berumah tangga bagaikan satu penggambaran dan daripada situ banyak perkara baru yang saya lalui. Saya akui adakala terasa agak sukar tapi seronok sebenarnya," katanya sambil tertawa.

Tambah penyanyi lagu Cinta Bersatu ini, setiap perkara baru yang dijalaninya adalah satu proses pembelajaran buat dirinya.

"Sebagai suami isteri, tidak semestinya kami sentiasa bercinta sahaja, kadang-kadang ada juga gaduh manja, tambahan pula kami baru empat bulan.

"Sama seperti apa disampaikan ibu dan kawan-kawan yang ada pengalaman, perkahwinan ni adalah satu pekerjaan, selalu kena kerja bukan sentiasa mahu berseronok sahaja,
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 12:05 PM | Show all posts
"Berbeza dengan kehidupan saya sebelum ini yang agak selfish dengan cara pemikiran tersendiri. Tapi sekarang saya perlu lebih bertolak ansur. Setiap pendapatnya saya perlu ambil perhatian kerana itulah peranan seorang isteri," jelas pelakon dan penyanyi berusia 25 tahun ini.

Berkongsi cerita mengenai tanggungjawab yang dilakukannya, Liyana memberitahu walaupun jarang melakukan kerja-kerja di rumah sebelum bergelar isteri, kali ini dia mahu melakukannya sendiri.

"Sejak berkahwin, saya banyak buat benda yang saya jarang lakukan seperti kemas katil, masukkan baju dalam mesin basuh dan sapu rumah. Maklumlah, sebelum ini rumah keluarga saya ada pembantu rumah.



kemas katil pun x pnah ye
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 12:12 PM | Show all posts
Anak orang kaya....sanggup x da job semata nak masak untuk suami....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 12:24 PM | Show all posts
kalu laki kaya, takde job pun takpe .. aman saja dok 'goyang' kaki
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 12:26 PM | Show all posts

keje dia masukkan baju dalam mesin basuh jaahh...yg jemur nanti maid die jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2013 12:27 PM | Show all posts
bestnye hidup camtu.. xyah nk susah2 cari duit.. heuheheu untunglaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 12:41 PM | Show all posts
pandai LJ ni...sbb cari org kaya jd laki
so aku speku sheols takkan register kat CARI ni dan masuk bod Family Discussion sana tuh dan bukak tred psl masalah duit
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 12:44 PM | Show all posts
muka laki die..macam katun
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 12:51 PM | Show all posts
awoks posted on 4-6-2013 12:26 PM
keje dia masukkan baju dalam mesin basuh jaahh...yg jemur nanti maid die jugak

ish org kaya xkan jemur2 baju...mesti ada dryer kat rumah..or laundry service dtg collect kat rumah kan...
Last edited by momomikomiki on 4-6-2013 12:53 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.046388 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list