CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hezzach

~CASA deAMOUROUS DIDDY 11~ nantikan lakonan Diddy: Rebab Tak Bertali

[Copy link]
Post time 3-11-2008 01:41 PM | Show all posts
Originally posted by hezzach at 31-10-2008 07:55 PM


banyak la ko nak cari BH tgh2 malam... janji kosong



oppppsss.. lupa nak mention "balik kg nanti arin carik"
sebab kat umah tu mmg subscribe BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2008 08:52 PM | Show all posts
Originally posted by arin51 at 3-11-2008 12:40 PM



malang la ko.. tak tgk gambo Diddy pakai shirt kaler merah...


laaa pakai baju merah ek.... ishhhh rugi.... rugiii......

tp sib baik gak... takut nampak merah ada keinginan nak nyondol lak nanti.... eh silap... aku bukan lembu kan???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 08:53 PM | Show all posts
Originally posted by arin51 at 3-11-2008 01:32 PM



kira ko ngan diddy sama2 la berjaya mensepraiskan orang?


eleh kalo setakat diddy punya seperais.... anytime maaaa aku boleh beat....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 08:55 PM | Show all posts
Originally posted by arin51 at 3-11-2008 01:37 PM


bukan pilih kawan.. aku kesian kat tuan rumah, asyik kena kurung jer.. yg ko tu asyik nak berfoya-foya..

kira aku pun tumpang glemer ko ler kannnnnnn..


hmmmm bukan dah lama ke ko mmg numpang glemer aku....

skrg ko nak tuan umah aku gak numpang glemer... ishhhhh ngabihkan boreh jer tau....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 08:59 PM | Show all posts
Originally posted by arin51 at 3-11-2008 01:39 PM



huh! belagak giler!!

kobis goreng mana bubuh bawang...


ko jgn nak temberang ek.... aku tgk abg mamak buat kobis goreng.... tak jumpa pun kobis nya... penuh ngan bawang jer....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 09:02 PM | Show all posts
Originally posted by arin51 at 3-11-2008 01:41 PM



oppppsss.. lupa nak mention "balik kg nanti arin carik"
sebab kat umah tu mmg subscribe BH


hahahahhahahaa.... kan dah kantoi....

(((Diddy)))  arin KANTOI.... ntah betul ntah tak Diddy pakai baju merah.... yo yo awww jer.....



btw, Arin.... panjang tu jer ke siggy ko.... laaaa.... byk lagi dialogue yg tak masuk tawww.... penat jer dia bercakap ngan ko
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2008 11:15 PM | Show all posts
semekom.........lame nye tak masuk cni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 01:37 PM | Show all posts
sila buka dictionary Melayu-Kelantan masing2
mana2 yg tak biasa cakap dialek kelantan, sila biasakan berbuat demikian

sape2 nak pegi tgk movie "Budak Kelantan", sila bgtau arin
arin nak pg tengok tapi takde sape nak teman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2008 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by hezzach at 3-11-2008 09:02 PM
hahahahhahahaa.... kan dah kantoi....

(((Diddy)))  arin KANTOI.... ntah betul ntah tak Diddy pakai baju merah.... yo yo awww jer.....



btw, Arin.... panjang tu jer ke siggy ko.... laaaa.... byk lagi dialogue yg tak masuk tawww.... penat jer dia bercakap ngan ko





betul ler.. Diddy pakai baju kaler merah. tak caye tanya Diddy sendiri

cukup2 la siggy tu hezz.. buat apa nak banyak2.. kang aku tumpang glemer Diddy pulak nak pomot diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 02:00 PM | Show all posts

Reply #908 arin51's post

nak kawen ngan org kelantan ker? tetiba nak gi tgk cita budak kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 06:28 PM | Show all posts

Reply #910 maya1311's post

hihihihi.. serkap jarang nampak?
asrul faizal yg jadi jaha budak jahat tu kawan hostel arin masa kat um
konon2 nak sapot member la.. (dah femes baru nak ngaku kawan)

kak maya, arin dpt anak sedara pukul 2.15ptg tadi
ayman dah ada geng.. yahoooo.. nanti dia sebaya la ngan hirdy jr, cuma beza 2 bulan je
babai.. nak pegi ampang puteri tgk baby
tp dia kena masuk incubator...

alhamdulillah kakak ipar arin & baby selamat

[ Last edited by  arin51 at 4-11-2008 06:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 02:43 PM | Show all posts
assalamualaikum

hello.... enibodi hom?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 02:44 PM | Show all posts

Reply #911 arin51's post

tahniah arin
dpt anak sedara
nama apa?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 02:47 PM | Show all posts

Reply #908 arin51's post

nak belaja kecek kelate?
tak sempat kot

hahaha .. diddy shooting 12 hari jer, abg inc tak sempat nak pick up
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 05:47 PM | Show all posts

Reply #913 Incanto's post

thanks abg inc
ntah, tak de nama lagi
along arin panggil Naim Jr, mcm Hirdy Jr pulak
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 11:37 AM | Show all posts




sharing some photos...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2008 10:46 AM | Show all posts
morning
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 03:24 PM | Show all posts

Reply #916 badrulaftersix's post

addya sure suka gambo gambo ni

ada diddy &  jijat
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 12:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 12:26 PM | Show all posts
XY10: Wawasan Diddy
Oleh Fairuz Zaidan
[email protected]





Berlakon, berniaga antara bidang baru yang mahu dimahirkan

TIGA tahun mengharungi dunia showbiz, bakat nyanyian Syamsul Hirdi Muhid atau Diddy tidak perlu disangkal lagi. Bekas bintang siri realiti Akademi Fantasia (AF) ini terus membina nama sebagai antara pelapis penghibur tanah air.

Tidak cukup bakat nyanyian, Diddy mula mengintai peluang berlakon. Hajatnya untuk mengembangkan bakat tidak menghampakan apabila 'disunting' sebuah produksi drama tempatan, Rebab Tidak Bertali.



"Ini percubaan pertama saya dalam bidang lakonan. Sebelum ini, saya pernah berlakon teater. Namun, pengalaman kali ini cukup berharga dalam misi mengembangkan keupayaan diri dan bakat seni saya," bicara Diddy yang teruja ditawarkan berlakon dalam drama itu.

Penggambaran drama Rebab Tidak Bertali yang berlarutan dua minggu tidak mengganggu kerjaya nyanyian Diddy. Ketika ini, anak muda ini sibuk mengumpul lagu bagi album kedua yang dirancang menjengah pasaran pertengahan tahun depan.

Bersama XY10, Diddy bersemangat menceritakan kehidupan harian, perancangan masa depan serta tidak ketinggalan 'rahsia' hatinya...





Perkembangan terkini Diddy?

Diddy sekarang sibuk menyudahkan penggambaran drama pertama Diddy, Rebab Tidak Bertali yang dijadual berakhir 17 November ini. Ini percubaan pertama dan diharap menjadi kayu pengukur bakat lakonan Diddy. Pada masa sama, Diddy sedang mengumpul bahan untuk album kedua Diddy berkonsepkan moden pop.

Aktiviti masa lapang?

Terus terang Diddy katakan Diddy lebih banyak menghabiskan masa di rumah atau bersenam di gimnasium... Ini rutin Diddy pada waktu lapang.

Jika bukan seni, bidang apa agaknya diminati Diddy?

Jangan terkejut kerana Diddy berminat menjadi guru. Mata pelajaran kegemaran Diddy ialah Bahasa Malaysia dan Geografi. Tetapi bagaimana lah agaknya Diddy bergelar cikgu ya! (tergelak)

Perancangan jangka panjang Diddy?

Sekarang Diddy sudah memiliki perniagaan menjual barangan terpakai. Perniagaan yang hampir tiga bulan beroperasi ini berkonsep jual dan beli barang terpakai. Alhamdulillah, lokasi kedai yang berdekatan pasar besar di Ampang menarik perhatian pelanggan.

Di sebalik penampilan Diddy, apa agaknya sifat anda yang peminat perlu tahu?

Peminat harus tahu Diddy sebenarnya pemalu. Sifat ini bukan dibuat-buat tetapi itulah personaliti sebenar Diddy. Tetapi, apabila berada di atas pentas, Diddy ketepikan rasa malu dan teruja berdepan peminat.

Apa untungnya menjadi lelaki?

Tanggungjawab lelaki besar, sebagai ketua keluarga dan menjadi role model dalam keluarga itu sendiri. Yang lain-lain, mungkin lelaki lebih ringkas dalam bergaya.

Fesyen penggayaan Diddy?

Diddy suka gaya funky dan moden. Ini sesuai dengan konsep lagu dan imej Diddy. Jika pada hari-hari biasa dan tidak terikat dengan kerjaya seni, Diddy lebih senang mengenakan kemeja berleher bulat serta seluar denim.

Wanita pilihan Diddy?

Wanita yang berkulit cerah, fizikal tidak penting. Paling utama, dia mestilah menerima Diddy seadanya.

Seksi mengikut persepsi Diddy?

Pada Diddy, seksi tidak bermakna seseorang itu harus bergaya keterlaluan untuk menampakkan imej seksi. Mungkin melalui cara pembawaan diri serta percakapan saja boleh menimbulkan rasa seksi. Itu semua subjektif!

Perancangan 2009?

Diddy akan menumpukan segala aktiviti seni dengan syarikat f-tersix dan memperlengkapkan diri dengan album baru yang dijangka dipasarkan menjelang Mei tahun depan, insyaAllah.

PROFIL: Diddy
Nama: Syamsul Hirdi Muhid
Nama komersiol: Diddy
Umur: 23 tahun
Tarikh lahir: 5 Oktober 1985
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Tinggi: 183 sentimer
Berat: 75 kilogram
Saiz baju: M
Saiz kasut: 11
Emel: [email protected]
Blog: diddyaftersix.blogspot.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.090896 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list