CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
 Author| Post time 28-8-2012 09:01 AM | Show all posts
auntieagony posted on 27-8-2012 05:23 PM
Auntie dah tersangkut hati kat SAK ni....

Apasal lak diaorg jumpa dlm keadaan tragis? Semasa s ...

Ada kena mengena gak dengan polis. Tapi Shark dah _________ sebelum tu.

Ada juga yang minat kat Shark. Heheh. As I said, walaupun dia gangster, hatinya bertaman gitu. . Shark will not end up with Bella because Bella will end up with _________ .

Sorrylah auntie. Banyak pulak le JENG JENG JENG dalam cerita ni.

Tukang buat cerita ni pun dah pening...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2012 09:03 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-8-2012 08:55 AM
Cheq prihatin kekdahnya....

Heheheh.terima kasih di atas keprihatinan




Nicki ku sayang sudilah kiranya bagi entri memandangkan rumah lagi satu sudah dapat entrinya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2012 09:05 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 27-8-2012 05:42 PM
sampai ke sini sesi mencari jodohnya fred woiii!

Btw, best arr n3 nicki... action pack! {:1 ...

Thanks Lady. Memang cenderung ke arah genre tersebut. Ni pun saja je cuba-cuba. Tak tau le menjadik ke tidak. Haisshhh...




Sorrylah kalau ada certain scene dalam cerita ni agak kasar bahasanya. Itu pun dah penggunaan paling minumum gitu..huhuhu.
Karang kalau gangster cakap sopan santun, tak real pulak ye tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2012 09:06 AM | Show all posts
freddianza posted on 28-8-2012 09:03 AM
Heheheh.terima kasih di atas keprihatinan

Owh...cheq tersentuh dengan kesopanan dan kesusilaan mu....






Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 09:06 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-8-2012 09:01 AM
Ada kena mengena gak dengan polis. Tapi Shark dah _________ sebelum tu.

Ada juga yang minat ka ...

Salam.

Thks for the "teaser" @ gazette sebelum tayangan perdana....

Cepatler sambung entry, pls...... Mintak2 ada adegan Fifi, An and Shark today.... Hihihi.... demand lagik....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 09:08 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-8-2012 09:06 AM
Owh...cheq tersentuh dengan kesopanan dan kesusilaan mu....

Hhahhaha.cheq tengah jaga kesopanan mana tahu ada emak emak yang nak cari bakal menantu kat sini.




P/s:semalam pergi melawat kawan baik cheq nak menikah jumaat ni.Alhamdulillah.seronok pulak tengok orang kelamkabut nak buat majlis.hihii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2012 09:09 AM | Show all posts
auntieagony posted on 28-8-2012 09:06 AM
Salam.

Thks for the "teaser" @ gazette sebelum tayangan perdana....

Kan auntie..

we want moreee

Fifi and fandi..nak susu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2012 09:15 AM | Show all posts
Episode 45

Ladang Sentosa, Banting.

Ladang kelapa sawit ini selalunya aman dan sentosa, seperti juga namanya. Kebanyakan perkerjanya terdiri dari warga pendatang asing dari Indonesia dan Myanmar. Tidak di ketahui sama ada datang dengan izin ataupun tidak. Ada juga pekerja warga negara Malaysia berbangsa india dan melayu. Rata-rata mereka yang memang tinggal berdekatan dengan ladang ini.

Rutin harian warga Ladang Sentosa bermula seawal enam setengah pagi. Matahari semakin mesra menunjukkan diri. Pagi ini cerah.Walaubagaimanapun, rutin harian warga Ladang Sentosa pada hari ini telah terganggu rentaknya. Jeritan nyaring Devani, salah seorang pekerja Ladang Sentosa telah menjadikan suasana kecoh.

Pada pagi ini, ketika mahu melakukan kerjanya seperti biasa, dia terlihat seseorang berbaring terlungkup tidak berapa jauh dengan tempat masuk kawasan lading. Pada mulanya, Devani sangkakan ada pekerja yang mabuk tidak sedarkan diri lalu tertidur di situ. Niatnya baik, hendak mengejutkan orang mabuk itu supaya bangun dan pergi dari situ sebelum di tangkap penjaga ladang. Tapi, kesan darah di pakaian yang di pakai mematikan niatnya. Malah, orang itu tidak bergerak lagi. Akhirnya Devani menjerit nyaring setelah menyedari dia terjumpa mayat. Gegak gempita jadinya.

****************************************************

“Bila sampai, ini orang punya mayat sudah ada sini duduk…”

“Pukul berapa awak jumpa mayat ni?”

“Pukul tujuh pagi sikit kurang…”

“Awak seorang saja?”

“Satu orang juga Inche…”

“Yang jumpa awak ke cik ni?”

“Bukan sayalah inche. Ini perumpuan juga….”

“Kenapa awak yang bercakap?”

“Pasal dia nangis berhenti tak mau. Saya sudah cakap sama dia, berhenti nangis tapi dia degil juga ada…”

Encik Mathumalai, penyelia ladang ini kelihatan bersemangat sedang menerangkan sesuatu kepada polis yang bertugas unuk menyoal siasat kes penemuan mayat tersebut. Kepalanya tergeleng-geleng bagai mengikut irama. Tangannya tergapai-gapai ke atas, sekejap kiri, sekejap kanan bercerita kepada polis tersebut dengan penuh perasaan. Macam dia pula saksi utama yang terjumpa mayat itu. Walhal, Devani di sebelahnya hanya tersedu teresak-esak dek kerana takut dan terkejut.

"Inche..."

"Ya.."

"Nanti berita kalu, muka saya ada masuk tv ka?"


****************************




Last edited by Nicki_Meow on 1-2-2013 09:10 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2012 09:32 AM | Show all posts
Ajak ke yg mati????? jgn lah jgn lah

sikit nau sambungan nya

apa-apa pun ....next
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 09:36 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-8-2012 09:15 AM
Episode 45

Ladang Sentosa, Banting.

hahaha..yang part last tu kelakar..



NEXTTTTTTTTTTTTTTTTTT

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 09:40 AM | Show all posts
Lorr.... sikitnya entry... Sorry Nicki, TERtamak entry lak.....

Dah tu adegan Fifi, An + Shark = e'lek poci.... yanadei..... amma.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2012 09:55 AM | Show all posts
kenapaaku posted on 28-8-2012 09:32 AM
Ajak ke yg mati????? jgn lah jgn lah

sikit nau sambungan nya

Errr...errr.... Haah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2012 09:57 AM | Show all posts
auntieagony posted on 28-8-2012 09:40 AM
Lorr.... sikitnya entry... Sorry Nicki, TERtamak entry lak.....

Dah tu adegan Fifi, An + Shark =  ...

Coming..coming...

Fandi + Fifi next chaps... kasi habis yg ni dulu ek...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2012 10:02 AM | Show all posts
Inspektor Sabri melihat jam di tangan. Pukul sebelas pagi. Tetapi cuaca agak terik seperti sudah tiba waktu tengahari. Mata Inspektor Sabri melilau mencari sesorang.

“ACP Ridzuan” Inspektor Sabri menegur lalu menghulurkan tangan untuk berjabat salam.

“Inspektor Sabri” Salam di sambut lalu ACP Ridzuan tersenyum. Inspektor Sabri memandang sekeliling di sebahagian kawasan ladang ini yang telah dilingkari dengan tali berwarna kuning dan hitam, menandakan telah menjadi kawasan larangan. Setengah jam yang lalu, dia menerima arahan dari ketuanya, ACP Zaid untuk meninjau keadaan mayat yang di jumpai di ladang ini.

Seorang pakar forensik sedang memeriksa satu mayat yang terbaring kaku. Di satu sudut yang lain pula, kelihatan beberapa orang dipercayai wartawan dan jurugambar sudah mula mengunjungi ladang ini untuk mendapatkan berita.

“Macam mana?” Inspektor Sabri bertanya.

“Tiga kesan tembakan. Satu di peha kiri, satu di perut dan satu di rusuk kanan”

“Bila waktu kematian?”

“Mungkin tengah malam tadi” Inspektor Sabri mengangguk. Dia kemudian menepuk bahu ACP Ridzuan beberapa kali lalu berjalan ke arah mayat yang di jumpai. Wajah yang sudah tidak bernyawa itu di pandang sebentar. Kemudian, dia mengeluarkan telefon bimbit.

“Assalamualaikum tuan”

“Waalaikummusalam” ACP Zaid menjawab di hujung talian.

“Saya di Ladang Sentosa”

“Jadi?”

“Ada mayatnya. Seperti yang diberitahu, tiga kesan tembakan”

“Okay. Teruskan dengan rancangan kita. ACP Ridzuan akan membantu” ACP Zaid berkata.

"Okay"

“Ada apa-apa lagi?” ACP Zaid bertanya.

“Itu saja tuan”

“Baiklah. Kalau ada apa-apa, terus hubungi saya”

“Baik tuan”

“Kirim salam saya pada ACP Ridzuan. Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam” Talian di matikan.

Inspektor Sabri berjalan ke arah ACP Ridzuan lalu memanggil.

“Tuan” ACP Ridzuan menoleh lalu tersenyum.

“ACP Zaid kirim salam”

“Waalaikummusalam” ACP Ridzuan menjawab.

“Macam mana dengan mayat tu?”

“Kita akan buat prosedur biasa. Pihak kami akan bawa ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat” ACP Ridzuan menjawab. Inspektor Sabri mengangguk.

“Kalau ada apa-apa, tuan boleh hubungi pihak saya” Inspektor Sabri berkata.

“Jangan risau” ACP Ridzuan menjawab. Sekali lagi Inspektor Sabri menghulurkan tangan dan mereka berjabat salam. ACP Ridzuan membalas dan tersenyum penuh makna.

Inspektor Sabri meminta diri. Sekali lagi pandangannya terarah kepada kumpulan wartawan dan jurugambar yang mengerumuni tempat ini. Semakin ramai nampaknya.

Dia kemudiannya menggelengkan kepala beberapa kali dan terus berlalu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 10:17 AM | Show all posts
makin menarik citer nie...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 10:59 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-8-2012 09:15 AM
Episode 45

Ladang Sentosa, Banting.

.... gila glamoor ...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2012 11:01 AM | Show all posts
nickkiii ... cepat upload part fifi and fandi ....

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 11:09 AM | Show all posts
comel jer mathumalai sebork nak masuk tv
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2012 11:31 AM | Show all posts
liawseng posted on 28-8-2012 11:09 AM
comel jer mathumalai sebork nak masuk tv

Nak berkenalan dgn Encik Mathu tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2012 11:36 AM | Show all posts
Episode 46

Mati Di Tembak

BANTING - Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian dijumpai dengan kesan tembakan di sebuah ladang di sini.
  
Mayat yang dipercayai warga negara Malaysia itu yang mempunyai kesan tembakan di peha kiri, perut dan rusuk kanan.

Ketua Polis Daerah Banting, ACP Ridzuan Jalal ketika dihubungi berkata mayat lelaki itu ditemui orang salah seorang pekerja ladang yang kebetulan mahu memulakan kerja pada hari itu.
  
Polis belum mengenal pasti identiti mayat lelaki itu yang telah meninggal dunia itu namun di percayai ada kaitan dengan geng sindiket pengedaran dadah.
  
"Kemungkinan besar mangsa di bunuh di tempat lain sebelum mayatnya di buang di kawasan ladang ini," kata Ridzuan.
  
Mayat berkenaan dihantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fandi menggelengkan kepala membaca berita dalam akhbar. Semakin kerap pula berita-berita jenayah terpapar di media massa. Tetapi, mengikut kajian, kadar peratusan jenayah di Malaysia semakin menurun. Macam mana tu? Akhbar itu di selak lagi, membuka ruangan di bahagian sukan pula.

Mana pulak budak ni? Fandi melihat jam di tangan. Sudah hampir lima belas minit Fifi ke tandas. Fandi melilau memandang sekeliling, mencari dengan mata. Orang ramai sudah mula memenuhi kompleks beli belah Mid Valley ini. Maklumlah, hari minggu. Hari ini, sengaja Fandi membawa Fifi keluar, sementelah beberapa hari ini Fifi kelihatan kurang ceria. Fandi tahu sebabnya tetapi tidak pula mahu mendesak Fifi untuk bercerita panjang.

“Assalamualaikum” Terdengar suara memberi salam sebelum bahunya di tepuk perlahan.

“Waalaikummusalam” Fandi menjawab lalu menoleh ke kanan.

“Affandi”

“Eh, Encik Bahar. Apa khabar?” Mereka bersalaman. Encik Bahar adalah bekas pensyarahnya ketika dia menjadi perantis di Shah Alam dulu.

“Alhamdulillah sihat. Seorang je ke?”

“Tunggu isteri saya. Dia pergi toilet tadi” Fandi menjawab.

“Oh, jadi betullah. Saya ada dengar juga awak dah kahwin. Senyap-senyap aje ya….”

“Buat majlis kecil-kecilan je Encik Bahar. Bukan tak nak jemput..” Fandi tersengih memberi alasan. Encik Bahar mengangguk dan tersenyum lagi.

“Kerja tempat lama lagi ke, Encik Bahar?”

“Eh tak. Saya dah kerja dengan company lain. Tak jadi lecturer dah. Sekejap…” Encik Bahar mengeluarkan dompetnya, menggagau sesuatu.

“Ini kad saya” Sekeping kad perniagaan di hulurkan kepada Fandi lalu di sambut. Fandi membaca sekilas kad tersebut.

“Boleh tahan Encik Bahar” Ujar Fandi.

“Rezeki” Encik Bahar membalas lalu tersenyum.

“Okaylah. Saya pun nak pergi cari isteri dengan anak-anak saya. Diorang kalau dah shopping, memang lupa terus kat saya” Fandi tersengih.

“Kalau awak rasa nak bertukar angin, contactlah saya”

“Betul ke Encik Bahar?”

“Betul”

“InsyaAllah Encik Bahar. Nanti saya call Encik Bahar” Encik Bahar mengangguk.

“Saya pergi dulu” Encik Bahar meminta diri. Mereka bersalaman dan Encik Bahar terus berlalu. Fandi membaca lagi kad perniagaan di tangannya.

Rezeki ni…

“Awak” Fifi sudah berada di sebelahnya.

“Lamanya awak pergi toilet…”

“Orang ramai” Pendek Fifi menjawab.

“Kita nak pergi mana ni?” Fifi pula bertanya.

“Entah”

“Selalu macam ni. Ajak keluar lepas tu tak tahu nak pergi mana…” Fifi merungut. Fandi hanya tersengih.

“Kita pergi tengok wayanglah”

“Cerita apa?”

“Apa yang ada…”

“Okay” Fifi memberikan persetujuan.

************************************************
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.629756 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list