CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bobby2008

[Tempatan] AirAsia Indonesia (QZ8501): Bangkai Pesawat Telah Dikesan #2428

[Copy link]
Post time 29-12-2014 04:01 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 29-12-2014 03:47 PM
Juruterbang Pesawat QZ8501 Terbang Terlalu Perlahan? – Pakar
Sebuah helikopter Tentera Laut Republ ...
Selain itu, beliau berkata pesawat A320 juga tidak dilengkapi dengan sistem radar terkini

Radar yang digunakan pesawat jenis itu sesekali akan menghadapi masalah dalam cuaca ribut petir dan adakalanya ia memberikan data yang salah kepada juruterbang.

Teknologi radar yang terkini, yang mula digunakan oleh syarikat penerbangan Qantas pada 2002, memberikan data yang lebih jelas dan tepat berkenaan ribut petir tetapi ia hanya akan digunakan oleh pesawat A320 pada tahun depan.

“Jika anda tidak memiliki sistem rada yang mempunyai pelbagai fungsi, anda terpaksa mengemudi radar berkenaan secara manual dan kemudian mengkaji data secara sendiri tentang kelembapan awan sebelum membuat keputusan.

“Anda boleh tersilap, ia boleh terjadi,” kata Thomas.

bayangkan pilot masa tu .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 04:01 PM | Show all posts
Isnin, 29 Disember 2014 @ 11:14 AM

QZ8501: Perbualan akhir juruterbang, ATC didedah esok

KUALA LUMPUR : Rakaman perbualan akhir antara juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dan Pihak kawalan trafik udara (ATC) Surabaya akan didedahkan esok.

Perkara itu dimaklumkan jurucakap ATC Surabaya pada sidang media hari ini yang disiarkan secara langsung menerusi MetroTV, sebentar tadi.

"Perbualan dan komunikasi akhir juruterbang dan ATC akan kita umumkan esok," katanya.

Sementara itu, jurucakap AirAsia Indonesia yang turut berada dalam sidang media itu menjelaskan, pihaknya sudah bersetuju mengubah penerbangan pesawat berkenaan.

"Namun kita memerlukan sedikit waktu (untuk ubah penerbangan), perlu autoriti di Indonesia dan Singapura," katanya.


http://www.bharian.com.my/node/25820
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:03 PM | Show all posts

takkanlah ceo AA xtahu kekurangan ini
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:04 PM | Show all posts

Menakutkan kan dik
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:04 PM | Show all posts
nape nk tunggu next year baru install kat A320
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:05 PM | Show all posts
geenie replied at 29-12-2014 03:56 PM
tak bgtau plak apsal dgn tayar tuh. tayar tuh ada cycle dia la brapa kali landing nak kene tukar : ...

kann?...mentang2 lah skrg tgh panas pasal kapalterbang AA yg hilang...
saja lah tu nak bikin panas lagi dan burukkan imej AA dan Airbus...
ntah2 mmg tayar tu dah sampai waktu utk ditukar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2014 04:07 PM | Show all posts
Kalau stall pada 32000 kaki,sempat lagi nak recover speed dan gain altitude semula. Melainkan tindakan pembetulan oleh juruterbang sudah terlalu lambat atau juruterbang tersilap membuat tindakan. Susah juga nak jangka sebab keadaan sebenar ketika tu mungkin kritikal berbanding pasukan penyiasat yang mengupas kejadian dalam keadaan tenang dan tenteram.

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:07 PM | Show all posts
azie.dz replied at 29-12-2014 04:00 PM
tak masal terpost dua kali...nak delete dah tak bley haha

tu la pasal...tiba2 je delete button lesap sejak bertukar format baru ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 04:07 PM | Show all posts
immi replied at 29-12-2014 04:03 PM
takkanlah ceo AA xtahu kekurangan ini

menjawab la AA nanti kenapa tak beli / tak d lengkapi dengan radar tu


Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:08 PM | Show all posts
achik2009 replied at 29-12-2014 04:07 PM
tu la pasal...tiba2 je delete button lesap sejak bertukar format baru ni...

bengong kan....sudahnya bila terdabel aku biar kan je hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:10 PM | Show all posts

kan ..
sebab bacer awal2 artikel tu
dier rang cuba meletak kan salah kat pilot
terlalu perlahan
senang la komen kot sebab dier rang cuma analisis dalam keadaan tenang aman2 ja

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
bab laju yang katanya perlahan, sila rujuk coffin limit aerodynamics...ada had di mana benda boleh laju pada batas minimum pada ketinggian tertentu...

dengan tinggi 32000 kaki, kelajuan minimum mestinya 475knot hour...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:14 PM | Show all posts
achik2009 replied at 29-12-2014 04:05 PM
kann?...mentang2 lah skrg tgh panas pasal kapalterbang AA yg hilang...
saja lah tu nak bikin pa ...

same je dgn ari tuh. ade kapal ATB pun, masuk paper
sbenarnya, air turn back / Return to base nih, slalu gak jadik.
for various reason gak. safety paling diutamakan

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:19 PM | Show all posts
Tgk tony fernandes smlm kat sidang akhbar mcm org sasau..pandangan kosong je.. Sian pun ada gak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:22 PM | Show all posts
Simunggu replied at 29-12-2014 03:15 PM
dalam sangat kah laut di sana?? tapi kapal terbang kalau jatuh laut mesti ada partsnya yg timbul ...

Betul tu.. Dh mcm kes mh370.. X nmpk lgsung bukti yg kpl tu terhempas kat lautan... Adakah kes ini akan kekal misteri mcm mh370?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:24 PM | Show all posts
Edited by akusukaq at 29-12-2014 08:26 AM
AHMADVW replied at 29-12-2014 02:32 AM
nk bg imej buruk kt mlysia yg sedia buruk dibwh kemimpinan najib

Ada apa kaitan dgn Melesia kes AA indonesia hilang ni . Adoiiii Segala yg buruk nak saje di kaitkan tanpa cari info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 04:24 PM | Show all posts
Isnin, 29 Disember 2014 @ 11:54 AM

Saham AirAsia jatuh hampir 8 peratus

KUALA LUMPUR: Saham syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di rantau ini, AirAsia, jatuh hampir lapan peratus pagi ini selepas sebuah pesawat AirAsia Indonesia dengan 162 penumpang dan anak kapal hilang semalam.

Saham AirAsia jatuh 12 peratus kepada RM2.60 pada pembukaan sebelum naik sedikit pada RM2.71, masih jatuh 7.82 peratus pada 11.15 pagi.

Pesawat Airbus A320 itu hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. - AFP


http://www.bharian.com.my/node/25834
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:25 PM | Show all posts
juliez replied at 29-12-2014 03:26 PM
@scorpionkiki org insurance. Harap dpt bagi pencerahan

I bukanlah per se orang insurans...he he he..tp knowledge i more on risks financing  especially on large and special risks.
Tp untuk kes airlines ni yg pampasan yg perlu dibayar oleh airlines kepada waris kpenumpang ialah dari segi liability... yg tu mmg airlines wajib ambik untuk fly... kalau tak tak dapat nya landing rights.. FAA approval... CAA approval semua ni.  Untuk kes kedua ialah bila penumpang ambik extra coverage untuk bodily injury and death ..tp yg ni penumpang kena ambik kan. MAS pun ada kalau tak salah I. Tiket MAS ada kan termasuk lodging, makan dan transportation  kalau beli dr travelling agent. MAS kalau tak salah I mencanak premium naik untuk renewal after incident MH370 dan MH17 dan I yakin bnyk clausa ditambah untuk safeguard all the reinsurers... Air Asia pun I rasa mcm tu juga. Jadi..untuk supposedly passengers...belilah insurance untuk travel ya ...tak kira atas darat atau atas kayangan sana. At least for peace of mind. Kita kan kena berusaha...

Untuk kes ni Air Asia Indon yg liable...dan of course insurer Air Asia Indon. I jugak pasti reinsurer untuk Air Asia Indon adalah reinsurer yg sama untuk Air Asia kita..sbb players ttp orang yg sama..pi mai pi mai tang tu jugak

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:29 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 29-12-2014 03:47 PM
Juruterbang Pesawat QZ8501 Terbang Terlalu Perlahan? – Pakar
Sebuah helikopter Tentera Laut Republ ...

Selepas kes MH370 semua pakar keluar...tp tak satu pun mengena.... Elok suka nak salahkan pilot. Kalau pilot ni tak ada gambar ister bersama agaknya diaorang kata dia nak bunuh diri tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.125975 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list