|
[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)
[Copy link]
|
|
Terbaik abg damm selamat berpuasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
warghhh..x sabar nk tau sambungan citer harupa nih...
kalo tgk wayang citer nih, mau aku tgk ikut celah2 jari jer..
good job TT |
|
|
|
|
|
|
|
omakk aii momod striking nya highlighter itu sakit mato eden |
|
|
|
|
|
|
|
hi semua.
Harini takde update. Isnin. Busy. Hopefully besok. Ini nak browsing pun takde masa.
Btw, selamat berpuasa semua |
|
|
|
|
|
|
|
adeh..ingatkan ada sambungan..tapi memang dah tahu hari isnin
selamat berpuasa jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
saja gua up kan thread nih |
|
|
|
|
|
|
|
huwaaa..lama tggu tt update cite.. sabar menanti mcm nk nk tggu jam 7.28pm ja |
|
|
|
|
|
|
|
terbaik la cita hang ni dammerung..
harus jadi feveret mokcun nih
|
|
|
|
|
|
|
|
10.10 pagi tiada tiada tiada huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
WeAiNe replied at 7-6-2016 10:11 AM
10.10 pagi tiada tiada tiada huhuhu
hahaha org puasa la kak
sabarrrr |
|
|
|
|
|
|
|
abis rempitt smua citer.. paling seram antu bapok naik kembara tu aku rasa.. Citer kat japan tu pun best.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Jajabeans at 7-6-2016 04:02 PM
Untuk menambah mood keseraman
Rozman dan lily
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Misteri Yurizawa (Bahagian VII)
Akur dengan saranan Gunma, Rozman pergi cari port nak membuang. Semasa hendak turun dari bukit, Rozman perasan tokong tersebut tidak ada tangga. Bukan tangga dah ditelan zaman ke apa tapi memang takde langsung, seperti tokong itu dibina bukan untuk di ziarah. Kalau shrine, Rozman fahamlah tapi tokong ni besar. Sebesar rumah single storey 2 bilik.
Di kaki bukit kecil terdapat beberapa rumah burung or what looks like it. Curious, dia pergi usha rumah-rumah burung dan mendapati ia bukan rumah burung tapi shrine kecil seperti kotak sembahyang merah yang korang selalu tengok kat depan rumah Cina.
Dalam shrine kecil ada clay pot berisi abu. Tak perlu tengok lebih-lebih untuk mengetahui itu ialah abu mayat. Ketika Rozman melakukan bisnes, bunyi paluan loceng kedengaran dari jauh.
Naik semula ke tokong, rakan-rakan yang lain dah standby nak tutup pintu kayu. Selepas isi bekalan air dari perigi, Rozman join rakan-rakannya mengurung diri dalam tokong tinggal di tengah hutan.
Tokong itu kosong, takde patung dan takde kaligrafi kanji bergantungan seperti tipikal temple di Jepun. Pintu kayu 'dikunci' menggunakan balak yang di letak secara melintang. Mereka menyorok dalam satu ruangan seperti stor terletak di salah satu sudut.
Bunyi loceng ketiga baru beberapa minit berlalu dan angin berderu kuat seperti nak ribut taufan. Dengusan babi hutan bersahut-sahutan di luar. Lantai tokong bergegar oleh babi-babi hutan yang berlegar sekeliling tokong. Dari dengusan bertukar jadi lolongan, bukan lolongan binatang tapi seperti suara orang meraung.
Dari rekahan dinding, Rozman melihat jelas apa kelihatan seperti orang-orang terhoyong hayang macam orang mabuk sambil melolong-lolong mengelilingi tokong.
"What the hell?" Rozman tidak dapat memproses apa yang sedang dilihatnya.
"Aku rasa ini lah Harupa kau tu" Gunma membalas dengan tenang.
Pintu tokong di hentak berkali-kali dari luar hingga hampir tercampak kayu yang menghalang daunnya dari terbuka. Rozman cuba untuk melindungi tokong dari diceroboh tapi ditahan oleh Gunma.
"Kita lebih selamat kat dalam ni"
Keadaan di luar bertambah hirup pikuk dengan bunyi jentera dan rantai besi berlaga bergema di seluruh hutan.
Jika tadi pintu dihentak, kali ini dinding sekeliling pula jadi mangsa whatever creatures di luar sana. Macam nak roboh struktur kayu tu dibuatnya.
"Setiap malam macam ni?" Tanya Rozman.
"Yeap"
"Macam mana korang deal?"
"Nak buat macam mana lagi, tahan je la" Ketenangan suara Gunma dalam kegelapan sedikit sebanyak membuat Rozman tolerate situasi merinding yang dihadapi sekarang.
"Gunma! Rika! Buka pintu!" Suara Kentaro dan Kitaura kedengaran. Rozman dah excited nak buka pintu tapi ditahan Gunma.
"Those aren't them"
"Kan diaorang tu!"
Gunma tarik Rozman sampai terduduk jatuh. 'Kentaro dan Kitaura' merayu-rayu suruh buka pintu. Rozman pula dah semakin tak tentu arah, dia yakin itu adalah mereka.
"Itu diaoranglah! Apa kena kau ni!" Bentak Rozman.
"Percaye lah cakap aku, itu bukan Kentaro dan Kitaura. Kalau tak semalam lagi aku dah buka pintu"
Tadi merayu suruh buka pintu ini dah meraung minta tolong pula. Rozman dah tak boleh tahan lalu meluru keluar dari storage room menuju ke pintu masuk tokong.
"KALAU KAU BUKA, KITA SEMUA AKAN MATI!" Amaran lantang Gunma memberhentikan Rozman on his track.
"Sebelum Kentaro dan Kitaura pergi, kami dah sepakat dengan password. Kalau betul itu mereka, sepatutnya mereka akan cakap password bukan merayu-rayu buka pintu" Terang Gunma.
Rozman mengundur dalam gelap kembali ke ruang stor. Suara 'Kentaro dan Kitaura' morphing menjadi suara Yamazaki pula, disusuli Sonoko dan Rika.
Tiba-tiba semua bunyi-bunyian termasuklah bunyi jentera dan rantai hilang. Just like that. Sunyi sepi. Hening. Telinga ditekap ke dinding kayu untuk mengetahui lebih jelas what the hell is going on now.
"~Roshi, Gunma, Lily, Rika~" Suara Kentaro, Kitaura, Yamazaki, Sonoko dan Yumi memanggil-manggil dari luar. Berulang-ulang diselang-seli dengan gelak ketawa di antara 'mereka'.
Rozman hidupkan illuminator G-Shock dan menyuluh rakan-rakan. Lily tak sedarkan diri, Gunma tersandar sambil termenung dengan mata tak berkelip-kelip dan Rika baring dalam posisi fetal sambil menutup telinga dengan tapak tangan.
Dia tawar bekas air kepada rakan-rakan tapi semua tak mengendahkan pelawaan Rozman. Rozman meneguk beberapa kali sebelum melelapkan mata. Panggilan 'rakan-rakan' masih kedengaran di luar. Sekejap jauh, sekejap dekat depan pintu masuk, sekejap dekat dinding sebelahnya. Lantak lah, janji 'mereka' tak masuk dalam.
Rozman nekad, besok dia dan lain mesti keluar dari hutan sial ni. Whatever it takes.
Cahaya yang masuk dari rekahan dinding menandakan matahari dah tegak atas kepala. Rozman segera keluar dari ruang sempit yang melemaskan. Sebaik pintu tokong dibuka, dia menghela nafas lega apabila udara segar menusuk ke dalam hidung.
"Apa plan kau?" Tanya Gunma dipapah oleh Rika. Lily terduduk di belakang, masih mamai setelah seharian tidur.
"We need to get out lah, takkan nak duduk sini je"
"Yeap, I agree" Balas Gunma tanpa sebarang bantahan.
Bila dah kat luar baru nampak keadaan kaki Gunma. Bengkak dari kaki sampai pangkal betis sampai tak nampak buku lali. Keresahan di wajah Rozman membuatkan Gunma assuring bahawa dia boleh catch up dan mobilitinya tak separah yang disangka.
Easier said than done, nak turun dari bukit tokong alone took almost half an hour. Itu pun seksa gila macam angkat washing machine turun dari tingkat tiga ikut tangga.
Rozman cuba trace back kaki bukit last dia nampak rantai besi. Sambil memapah Gunma bersama Rika, Rozman lihat daun-daun kering di lantai hutan makin menebal, padahal tengah kemuncak summer. Rozman arah semua berehat sebentar sebaik nampak rantai besi terapung depan mereka.
Disebabkan keadaan Gunma, Rozman ambil keputusan untuk ikut arah timur mengarah matahari terbit. Diharapkan laluan menuruni bukit akan mengurangkan beban pada kaki Gunma.
Tengahari pun hutan itu masih menyeramkan. Rendangan pepohonnya menapis cahaya matahari yang turun ke bawah dan ini memberi some kind of an eerie atmosphere. Tambahan pula hutan tu takda bunyi cengkerik/serangga bagai. Hanya sekali sekala bunyi rimbunan daun bergegar oleh hembusan angin.
Empat jam kemudian, mereka terdengar deruan air. Rozman cam sangat bunyi itu. Berpandukan bunyi, Rozman navigate perjalanan mereka menuju ke air terjun. Dia tahu betapa mengelirukan bunyi tersebut tapi at least ada lah petunjuk. Sekurang-kurangnya kalau jumpa waterfall tu boleh replenish bekalan air yang semakin berkurangan.
Seperti dijangkakan, bunyi air terjun making them walking in circle tapi Rozman tak putus asa. Dia takkan biarkan mother nature beat him twice and he had enough with all these shits.
Miraculously dia terjumpa benang merah di atas lantai hutan. Dia tarik dan benang tersebut menegang lurus ke dalam hutan. Perlahan-lahan dia menyusuri benang merah sehinggalah dia sampai ke dahan dimana benang itu diikat.
Lily menjerit kegirangan sambil menunjuk ke arah jalan tak berturap. Kelegaan terpancar di wajah Gunma, Rozman, Lily dan Rika. Mereka segera mengikut jalan tanah merah.
Rozman macam nak menangis lihat patung-patung sami botak di bukit kecil dan tangkal-tangkal yang berlilit di pokok-pokok. Rumah-rumah perkampongan Yurizawa berselerakan di depan mereka saujana mata memandang.
(Bersambung)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
thanks for feeding us |
|
|
|
|
|
|
|
oh dah jumpa semula perkampungan yurizawa
jadi suara2 memangggil tu bukan orang rupanya...
tak leh imagine kalau rozman pergi jugak bukak..
|
|
|
|
|
|
|
|
yes yes dah ade sambongan! maceh bamdam. ok nk rempit bace |
|
|
|
|
|
|
|
fuhh.. panjang betoi cerite nie. x saba nak tau kesudahannnyaa |
|
|
|
|
|
|
|
damn damn damn.. dah sampai pun kampung balik. Boleh ada kesudahan next episod. Banyak sangat peak citer nie. Boleh batal puasa byk climax. Haha.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|