Nenek Ejas : Betul tu chami.
Ingat, kalau kita sayangkan seseorang tu, pasti ada masa kita akan marah kat dia...macam nenek marahkan cucu nenek yang malas nak buat kerja kukur kelapa tu.
Tapi marah nenek tak lama.
Korang pun bila nenek marah, terus nak merajuk.
Tapi merajuk korang pun tak lama.
Macam tu lah orang sayang dari hati.
Nama nya kasih sayang keluarga.
Tapi nenek nak buat penjelasan di sini.
Nenek suka ramai orang nak sayang cucu nenek si Ejas tu.
TETAPI lihat nenek gunakan perkataan 'sayang'
Bukan 'bercinta'.
Bukan 'menggoda'
Bukan 'mengada ngada'
Bukan. Bukan. Bukan.
Yang boleh buat begitu, nenek benarkan pada pemilik hati sejati nya yang seorang tu aje le.
Yang lain, sila ke tepi.
Bak kata orang muda sekarang......ikat tepi...
Apa? Salah ke aku gunakan perumpaan itu?
Kalau ada yang nak melebih2 ngan cucu nenek, nenek ikat dia kat tepi kandang kambing tu.....ikat tepi.....