menatang posted on 10-8-2014 10:03 AM
hi..tadi baru terjumpa 1 resepi brownies guna minyak..simple sgt..nak try tp was2 sbb tepung yg digu ...
memang brownies pakai tepung sikit.
Saya selalu buat pakai resipi ni http://www.azlitamasammanis.com/ ... ummy-brownies.html.
Tepung dia mmg tak banyak . memang sedap.Lagi tinggi kualiti butter dan coklat yang digunakan lagi sedap
menatang posted on 11-8-2014 04:02 PM
oh okay..thanks..sy nak jual dekat sekolah..agak2 berapa rm sepotong?
sy nak buat 1 adunan je.. ...
Saya tak pernah jual slice2x. Selalu saya jual satu adunan yang dipotong dapat la dalam 56 pcs kecik2. dalam brownies mmg saya campur walnut cuncang skali . Maybe dalam satu slice kecik tu sis leh jual RM1.50 satu slice camtu .
Ni gambar brownies yg saya selalu buat
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Tips : Bake ikut masa, jgn langsung terlebih masa. Ikut suhu yg ditetapkan. Bahagian tgh brownies mesti masih agak sedikit lembik masa dikeluarkan dari oven. Biarkan brownies sejuk dlm sejam dua, baru potong.
bottombikini posted on 12-8-2014 04:42 PM
amboi amboi...cantiknye...ini pakai resipi chewy gooey tu ker kak seri?
Aah, pakai resipi tu lah . Nikmat makan. Tapi macam kak min kata la. Jangan overbake. Memang sedap. Pakai lak pure butter ngan choclate masakan macam dark choc beryl's tu kan. Memang sedap
bottombikini posted on 13-8-2014 02:12 PM
okeh...dah print semalam..nanti iols cube buat hoke...
Sila2x tapi iols kurangkan gula perang tu jadi 250gm je. Just nice manis dia.
Oh ye. Emulco pun saya tak pakai. Takde emulco plus malas nak beli. Takyah pakai pun takpe
Last edited by serikandi_gurl on 13-8-2014 05:12 PM
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.